Tanggungjawab penjawat awam menuju Wawasan 2020

February 25, 2011 10:01 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Setelah lebih 50 tahun merdeka, Malaysia sebuah negara pertanian yang mundur kini berada pada tahap yang membanggakan dan sedang menuju ke arah negara maju dalam acuannya sendiri pada tahun 2020. Hakikat kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dalam segala bidang kehidupan tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Dalam situasi serta pencapaian yang dinikmati oleh seluruh rakyat itu, penghormatan yang tinggi sewajarnya diberikan kepada barisan kepimpinan yang berjaya mewujudkan keamanan serta mengekalnya sehingga dapat berlangsungnya pembnangunan terancang yang dapat dinikmati oleh seleuruh rakyat.

Namun demikian selepas Pilihanraya Umum ke-12 apabila Barisan Nasional gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat dan kehilangan kuasa politik di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan dapat dilihat sebagai kestabilan politik negara telah tergugat. Parti pembangkang oleh kegagalannya menunaikan janji pilihanrayanya telah menimbulkan budaya politik agresif yang baru yang tidak mencerminkan adab dan rasa hormat – tidak sahaja mempertikaikan Perlembagaan Malaysia, Kedudukan Raja-raja Melayu, Dasar Ekonomi Baryu dan yang terakhir adalah persoalan ketuanan Melayu. Dalam bidang keagamaan pula muncul persoalan penggunaan kalimah Allah oleh penagnut Kristian.

Persoalan ini semua muncul dalam suatu keadaan kabur yang dibungkus dengan hak-hak kemanusiaan, kebebasan beragama dan demokrasi serta keadilan sejagat. Kes-kes terpencil seperti kes murtad Lina Joy, kes Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan SPRM, Kes Kugan yang dikaitkan dengan PDRM, kes pembakaran gereja Kristian dan sebagainya menimbulkan pertanyaan kepada banyak orang yang waras di manakah letaknya jiwa mereka yang berjanji menjunjung Perlembagaan Malaysia.

Pertanyaan itu tidak terhenti di situ sahaja. Ia berkembang kepada pertanyaan lain iaitu dimanakah duduknya kaki tangan awam atau penjawat awam dalam kemelut itu? Ada jawapan yang diberikan bahawa “saya penjawat awam tidak bekerja dengan parti politik, saya bekerja dengan kerajaan.” Adakah jawapan itu memang benar lahirnya dari kaki tangan awam? Kalau memang benar kita pun ingin juga bertanya, siapakah pula kerajaan yanga memerintah itu? Tidakkah kerajaan itu dalam sistem di Malaysia dibentuk oleh parti politik yang memerintah?

Barangkali jawapan yang tepat kepada persoalan itu ialah ada sebahagian kaki tangan awam yang bekerja dengan kerajaan tetapi yang tidak menyokong kerajaan oleh kerana mereka itu berpegang kepada konsep  kebebasan bersuara, demokrasi dan yang seumpamanya. Tentulah ramai di kalangan mereka yang telah lupa bahawa pencapaian mereka itu adalah pada mulanya didokong oleh pelbagai dasar kerajaan.

Jelas peranan yang dapat dimainkan oleh penjawat awam adalah amat besar terutama waktu kini apabila kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program Transformasi Ekonomi (PTE). Dalam hal ini anggota penjawat awam adalah barisan hadapan yang perlu menerapkan “Kepimpinan Melalui Teladan, Bersih Cekap dan Amanah, Islam Hadhari dan kini Satu Malaysia: rakyat di dahulukan Pencapaian di Utamakan.” Semua slogan itu bukan satu slogan kosong melainkan untuk memastikan kesejahteraan kepada rakyat dalam proses kelangsungan pembangunan dan pembinaan negara bangsa. Maka dalam hal itu seorang penjawat awam, apapun kedudukannya hendaklah sentiasa taat dan memberikan tumpah setianya kepada aspirasi baik yang dibawa kerajaan serta bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, dia haruslah sentiasa peka dan selari memahami dan menghayati semua dasar, menerapkan nilai-nilai murni kepada rakyat kerana dia adalah bayangan kerajaan selaoin sanggup serta bersedia menyumbangkan tenaga, idea dan pemikiran yang member nilai tambah kepada kerajaan.

Taat kepada pemerintah  adalah antara perkara asas yang dituntut dalam agama khususnya dalam agama Islam. Ini jelas sebagaimana sebuah hadis yang bermaksud: “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang dia tidak sukai dari penguasanya,. Maka bersabarlah! Kerana barangsiapa yang memisahkan diri dari jumaah sejengkal sahaja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyah.” (Riwayat Bukhari dean Muslim)

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.” (an-Nisa: 59)

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang taat kepadaku, bererti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaku bermakna ia derhaka kepada Allah sesiapa yang taat kepada pemeriontah bermakna ia taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaku.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibn Majah)

Atas sifat “hablumminannas” tidak ada salahnya menumpahkan taat kepada pemerintah yang tidak menzalimi rakyatnya, malah yang sebaiknya mensyukuri kerana pemerintah ini sentiasa memikirkan kaedah dan inspirasi yang baik kepada seluruh rakyatnya.

Dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan semenjak dulu hingga kini adalah nilai dan norma yang dibina dan menjadi tanggungjawab penjawat awam melahirkannya dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan secara iklhlas, berhemah serta penuh tawaduk.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan, dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi mereka yang melanggar perintahnya).”

Sebagaimana yang ditegaskan pada awal-awal lagi penjawat awam adalah cerminan sifat kerajaan justeru anggotanya mestilah bertanggungjawab, berdisiplin, berintegriti, mempunyai iltizam yang tinggi pada mata masyarakat. Ini semuanya dapat dilakukan misalnya melalui memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa resmi, menerapkan nilai-nilai murni menggambarkan budaya Melayu yang tinggi dan bersikap patriotik terhadap negara. Perlakuan yang sedemikiaan oleh penjawat awam ayang begitu ramai akan melahirkan sinergi adalah menghidupkan roh Perlembagaan Malaysia.

Penjawat awam dalam hal ini berdaya menjadi penyampai maklumat dan ilmu serta perubahan kepada masyarakat umumnya. Ibnu Majah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Sedekah yang paling afdal ialah apabila seorang Islam yang belajar sesuatu ilmu dari saudara Islamnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada sauadara Islamnya.”

Begitulah penjawat awam boleh berperanan menyampaikana dasar-dasar kerajaan secara bersama melalui Transformasi Kerajaan dan  Program Rangsangan Ekonomi agar rakyat dan masyarakat boleh memahaminya. Dengan yang demikian akan menimbulkan satu rasa bersama di kalangan masyarakat. Dari satu sudut yang lain pula apabila informasi dan ilmu sampai kepada pengetahuan masyarakat secara yang berhemah secara tidak langsung menyukarkan anasir-anasir lain yang merosakkan masuk menjadi barah dalam diri masyarakat dan tidak menguntungkan tamadun bangsa.

Memang membina dan membentuk kesedaran dikalangan rakyat bukan sesuatu yang mudah namun seorang penjawat awam yang mempunyai kualiti dan integriti yang tinggi tidak sukar melakukannya. Pada masa akhir-akhir ini banyak timbul cabaran yang mengganggu perjalanan sejarah bangsa. Mereka seolah-olah tidak tahu atau pun sudah lupa mahupun sengaja melupakan bagaimana terbentuknya negara yang kini mereka hidup dengan aman di dalamnya. Bahawa ada banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh rakyat asal rantau ini untuk berada pada keadaan waktu kini.

Ini semua jika dibawa dengan berhemah akan menimbulkan rasa syukur, rasa berterima kasih yang natijahnya akan melahirkan keharmonian dalam satu perpaduan bangsa yang sukar dimasuki oleh apa-apa anasir yang merosakkan. Rakyat umumnya harus sentiasa diingatkan kalau suatu waktu dulu Malaysia menghadapi ancaman komunis, apabila komunis telah menyerah diri, apakah kita tidak mempunyai musuh lagi. Sesungguhnya musuh yang berada dari dalam tentulah lebih bahaya daripada musuh dari luar. Dunia moden hari ini musuh tidak mungkin lagi datang secara peperangan sebagaimana Perang Dunia Kedua. Tidak mungkin lagi peperangan dengan kereta kebal, bom dan mortal tetapi peperangan dalam bentuk lain sentiasa ada kemungkinannya terutama melihat pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia bukan tidak menimbulkan rasa iri hati banyak pihak lain. Dalam hal ini, rakayat harus sentiasa ditunjukkan bahawa pencapaiann yang dinikmati hari ini bukannya datang secara bergolek tanpa sebarang pengorbanan dan perjuangan.

Dari satu aspek lain pula kerajaan sendiri hendaklah ikut sama dalam proses meningkatkan kefahaman serta sedia membuka pintu dan ruang  serta peluang yang sebaik-baiknya kepada anggota penjawat awam bagi meningkatkan kemahiran dan keilmuan. Apabila semua kaki tangan serta penjawat awam dalam setiap peringkat bersama menikmati  dinamisme keilmuan dengan sendirinya sumber manusia atau modal insane ini memiliki nilai yang lebih tinggi. Apabila hal ini dicapai sesungguhnya terlalu banyak manfaat yang dapat disumbanagkan kembali kepada kerajaan.

Ada banyak yang boleh dilakukan. Baru-baru ini timbul beberapa cabaran misalnya persoalan dalam cabaran pembantu rumah asing dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Dalam hal ini dapat diwujudkan misalnya institusi bimbingan pembantu rumah tempatan sebagai satu profesi, juga boleh dibentuk mewajibkan latihann kerahan tenaga berkala di kalangan rakyat selain mewujudkan siri-siri kursus bagi meningkatkan jati diri di kalangan masyarakat.

Cabaran dalam Wawasan 2020 bagi mencapai sebuah negara maju bukan satu cabaran yang hanya dapat dilaksanakaan pada waktu yang sekejap cuma. Ia mestolah dilaksanakan setiap waktu dalam jangka masa yang panjang kerana apabila tercapai matlamat itu, matlamat dan pencapaian itu mestilah pula dipertahankan supaya ia kekal. Maka tugads bagi mewujudkan emosi yang positif yang membuatkan semua kaum di Negara ini berasa bangga, bukan satu kerja yang mudah dan dapata dilakukaan dalam waktu yang relatif pendek.

Tidak dilupakan adalah peranan generasi muda waktu kini. Pertanyaan yang timbul kini ialah persoalan patriotisme di kalangan generasi muda. Adakah mereka itu sentiasa sedar tentang betapa pentingnya budaya hidup Malaysia masa kini berbanding misalnya dengan banyak negara lain yang setiap hari kita lihat dan baca dalam pelbagai media – terjadinya pelbagai macam mala petaka yang datang daripada tangan manusia itu sendiri atas nama yang pelbagai macam, yang pada hakikatnya langsung tidak menyumbang kepada  pembentukan tamadun manusia. Jadi dalam hal ini kita mestilah memperkukuhkan jati diri bangsa Malaysia bagi berjaya menghadapi cabaran yang begitu besar yang menanti di hadapan bangsa kita. Dan peranan yang dapat dimainkan oleh belia bangsa kita ini amat besar sekali. Banyak program boleh difikirkan dan dilancarkan supaya mereka ini tidak mempunyai peluang untuk merempet mahupun terbabit dalam pelbagai gerakan yang hasilnya tidak lain melainkan merugikan masa depan mereka sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dapat dimainkana oleh penjawat awam ini teramatlah besar dan dalam semua bidang kehidupan – politik, ekonomi dan sosial. Justeru itu inilah yang harus digemblengkan semaksimum yang mungkin. Jika ini dapat digemblengkan tidak ada sebab rakyat yang hidup jauh di kawasan pedalaman misalnya tidak tahu akan apa-apa perkembangan yang sedang terjadi dan bakal terjadi serta persediaan apa yang harus ada untuk berhadapan dengan segala macam perubahan yang begitu pesat itu.

Hala tuju yang dibentangkan oleh kerajaan sebagaimana tercatat dengan jelas dalam Wawasan 2020 adalah sebuah hala tuju yang jelas dan yang dapat dicapai jika semua peringkat mempunyai iltizam yang tinggi. Hala tuju dalam Wawasan 2020 itu kini diperlengkapkan pula dengan Konsep 1Malaysia yang perlu dihayati oleh semua peringkat masyarakat dan bangsa.

Oleh SUTUNG UMAR RS

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    MB, Salehuddin Boleh Selesai Bible Di Rampas?

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya, Salehuddin Muhkyi, mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu rampasan bible Melayu, jika mereka mahu. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin, berkata dua individu itu paling layak untuk memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri Selangor serius. Menurut satu laporan media arus perdana, difahamkan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta naskah bible yang dirampas pada Januari […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Malaysia Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa: PM

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. Beliau berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya. “Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam. “Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, […]

    Read more →
  • Berita Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad, atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu. Hakim Syarie, Azzeman Omar, menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu, Isnin. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris, memberitahu pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut. Ketika ditanya pemberita […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Parlimen Lulus Rang Undang-Undang GST

    Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan mendapat sokongan 118 ahli Parlimen, manakala 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta pertimbangan Yang Dipertua supaya diadakan undi kali kedua dan diterima oleh dewan. Bagaimanapun proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan kekecohan dalam dewan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas […]

    Read more →
  • Berita Makalah Pilihan

    PAC Akan Panggil Lima Kementerian Beri Penjelasan

    KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima buah kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1. yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin. Pengerusi PAC Dato’ Nur Jazlan Mohamed berkata kelima-lima kementerian berkenaan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan. “Pertanian dan Industri Asas Tani perlu dipanggil berhubung kelewatan Empangan Paya Peda di Besut sementara Kementerian Pendidikan perlu […]

    Read more →