Home » Hikmah » Ciri-ciri akhlak mulia

Ciri-ciri akhlak mulia

Perilaku dan tabiat manusia, baik yang terpuji mahupun tercela disebut sebagai akhlak. Dalam bahasa Melayu, akhlak sering disebut sebagai moral atau etika. Secara etimologi, akhlak berasal daripada bahasa Arab “akhlaq”.

Para sufi dan pengarang buku mengenai akhlak mengatakan akhlak bukan hanya merupakan perilaku manusia terhadap manusia lain malahan termasuk perilaku antara manusia dengan Khaliqnya serta antara manusia dengan makhluk lain.

Akhlak atau budi pekerti yang baik merupakan darjat paling tinggi bagi umat Islam. Akhlak yang baik akan menentukan kuat atau lemahnya suatu bangsa atau negara. Apabila suatu bangsa sudah tidak memiliki moral yang baik maka bangsa itu sedang menempuh jalan kehancuran.

Meskipun negara itu kaya, tetapi jika tidak disertai dengan akhlak yang utama, ia tidak akan berharga sama sekali, baik menurut pandangan manusia apalagi menurut sunnatullah. Maka Allah s.w.t memberi kedudukan kepada Rasulullah s.a.w menjadi uswatun hasanah, sebagai contoh dan teladan umat manusia, sebab dalam diri Baginda terdapat “akhlaqul karimah”, iaitu akhlak yang mulia dan utama.

Mengenai akhlak terhadap sesama manusia, al-Quran memberi petunjuk bukan hanya dalam bentuk larangan melakukan hal-hal yang negatif seperti membunuh, tetapi juga memaki-hamun, menyakiti hati dengan cara menceritakan aib seseorang di belakangnya dengan tidak mempedulikan aib itu benar atau salah.

Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa agar lisannya digunakan dalam hal-hal yang baik. Maksud lisan yang benar dan baik itu ada dua macam.

Pertama: lisan harus digunakan untuk berzikir kepada Allah berupa takbir, tahmid, tahlil, taqdis, hauqala, atau tilawatul Quran.

Kedua: lisan yang boleh membawa manfaat, baik untuk dirinya mahupun bagi orang lain berupa nasihat, pelajaran, petunjuk, atau hal lainnya.

Lisannya tidak pernah digunakan untuk memfitnah atau mengumpat, menyinggung perasaan orang lain, kata-kata kasar atau kotor atau untuk menghina orang lain.

Memang lisan itu termasuk salah satu kurnia Allah yang sangat penting bagi manusia, lisan juga boleh menentukan manusia untuk selamat atau celaka.

Justeru itu, Islam mengajar manusia memelihara lisan dengan sebaik-baiknya. Perbuatan lisan akan termasuk salah satu amal yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di Yaumiljaza.

Lisan yang baik dan mendatangkan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, lisan yang buruk dan mendatangkan keburukan akan dibalas dengan keburukan pula.

Perkataan yang baik atau sopan merupakan kunci pergaulan yang boleh mengeratkan tali persahabatan yang abadi. Di dalam al-Quran disebut dengan bermacam-macam istilah – qaulan maruf (perkataan yang baik), surah aI-Nisaa: 5; qaulan baligha (perkataan yang menyentuh perasaan), surah al-Nisaa: 63; Qaulansadida (perkataan yang lurus dan bermakna) surah al-Ahzab: 70; qaulan karima (perkataan yang mulia), surah al-Isra: 23; qaulan ahsan (perkataan yang terbaik), surah Fuhshilat: 33; qaulan layyina (perkataan yang lemah-lembut), surah Thaha: 44; qaulan azhima (perkataan yang agung), surah al-lsra: 40; qaulan thayyib (perkataan yang bersih/baik), surah al-Hajj:24.

Islam mengajar umatnya untuk bergaul secara sopan santun walaupun berbeza agama. Sopan santun dalam pergaulan tidak mengenal dinding atau tembok pemisah kerana sifat tersebut adalah bersifat universal. Demikian juga sikap saling bermusuhan, ditegah oleh semua agama di dunia.

Dalam beberapa hadis, Nabi s.a.w bersabda, antaranya yang bermaksud:

“Jangan kamu saling membenci, jangan saling menghasut. Jangan belakang membelakangi, Jangan memutuskan hubungan. Jadilah hamba Allah yang bersaudara dan tidak boleh seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih daripada tiga hari.” (Hadis Riwayat Muttafaq alaih)

Di sisi lain, al-Quran menekankan bahawa setiap orang hendaknya didudukkan secara wajar. Nabi s.a.w misalnya dinyatakan sebagai manusia seperti manusia yang lain, namun dinyatakan pula bahawa baginda adalah Rasul yang memperoleh wahyu daripada Allah. Atas dasar itulah Baginda berhak memperoleh penghormatan melebihi manusia lain.

Allah s.w.tberfirman yang bermaksud:

“Jangan meninggikan suaramu Iebih dari suara Nabi (saat berdialog), dan jangan pula mengeraskan suaramu (dihadapannya saat Baginda diam) sebagaimana (kerasnya) suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain.”
(al-Hujurat: 2)

Petunjuk ini berlaku kepada setiap orang dan harus dihormati. Tidak wajar seseorang memboikot seseorang atau kelompok lain, tidak wajar pula berprasangka buruk tanpa alasan, atau menceritakan keburukan seseorang, dan menyapa atau memanggilnya dengan sebutan buruk. (rujuk surah al-Hujurat: 11-12)

Orang yang melakukan kesalahan hendaknya dimaafkan. Pemaafan ini hendaknya disertai dengan kesedaran bahawa yang memaafkan berpotensi pula melakukan kesalahan. Kerana itu, ketika Misthah, seorang yang selalu dibantu oleh Abu Bakar r.a menyebarkan berita palsu tentang Aisyah, puterinya, Abu Bakar dan banyak lagi orang lain bersumpah untuk tidak membantu Misthah. Tetapi al-Quran turun menyatakan yang bermaksud:

“Janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat (nya), orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan, serta berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni kamu? Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Nur: 22)

Di dunia Barat, sering dinyatakan, bahawa anda boleh melakukan perbuatan apapun, selagi tidak bertentangan dengan hak orang lain. Tetapi dalam al-Quran ditemukan anjuran, anda hendaklah mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri.

Jika ada orang yang digelar gentleman, iaitu orang yang memiliki harga diri, bercakap benar, dan bersikap Iemah-lembut (terutama kepada wanita) tetapi seorang Muslim yang mengikuti petunjuk-petunjuk akhlak al-Qur’n tidak hanya wajar bergelar demikian, melainkan Iebih daripada itu, dan orang demikian dalam bahasa al-Quran disebut “al-Muhsin”.

Susunan NORDI KASSIM

One thought on “Ciri-ciri akhlak mulia

  1. Mohamed Yusoff Rauf says:

    Perkataan Allah – Salah Persepsi

    Malaysian are generally a peaceful, tolerant and respectful people. Malaysia terkenal sebagai ‘a moderate Muslim country’ mau kah nama baik kita tercemar kerana segelintir ustaz dan org yang bersuara lantang berjaya dalam misi mereka???
    Setelah kebnyakan imej negara Islam lain udah tercemar kita mesti pelihara nama baik negara, bangsa dan agama. Seandai nama negara tercinta udah jadi busuk, hina di mata masyarakat dunia, amat susah untuk kembalikan maruah bangsa dan Negara. We must not fall to extremist, from whatever religion they profess.

    Setiap umat Islam mendirika solat 5 kali sehari dan membaca alFatiha sebanyak 17 kali, luapakah mereka, erti ayat ‘Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen’
    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    Allah swt untuk sekelian alam, 7 petala langit dan bumi, segala kehidupan, setiap makluk dan jin, haiwan, bintang dan segala sesuatu milik Allah swt.
    Islam dan Allah bukan hanya milik mutlak orang Melayu atau khusus untuk negara Malaysia sahaja.
    Most Muslims in Malaysia are a very tolerant , moderate, peaceful, hospitable people,
    but lately a small extremist fringe has become more vocal, intolerant and extreme in their views.
    This small group of confused Muslims have confused the whole nation in general.
    Mereka ni semua baru celik mata, itu pun gajah depan mata tak Nampak, semut di seberang laut lebih terang bagi mereka. Mana ustaz, mana ulama mana jabatan2 Islam sebelum ini? Sepintar PM Najib is mum membisu berkenaan hal ini?
    Rasullulah saw contoh yang terbaik, adakah berdemo dan fail ke mahkamah satu jalan menegakkan akidah Islam?Ini bukan cara menjaga kesucian Islam yang kita cintai.
    Pernahkah Rasullulah swa berperang dan mengeluarkan hadish mambanth org bukan Islam jgn mengunakan nama Allah?
    Ada dalil kah berkenaan isu ini atau pun ia timbul dan berasal dari jiwa,hati dan perasaan mereka yang berburuk sangka, tidak ada keyakinan diri, dan cepat melenting ?
    Dalam isu ini, banyak individu2 yang tampil sebagai hero satri demi menegakkan Islam yang bersih dan murni, kalau mereka nak pahal nak jadi hero banyak hal dan perkara yang mereka boleh berjuang, bukan sahaja nak hentam penganut Malaysian Christian yang sedikit, aman dan amat menghormati umat Islam amnya.
    Kalau berani pergilah hentam Batu Caves dan tokkog Cina? Menghina mengancam ibadah kaum lain, musnahkan patung-patung sembahan mereka atau larang mereka, jangan pergi gereja.
    Percayalah, penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam tidak akan mengelirukan atau mengugat umat Islam,
    tidak akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan
    tidak akan menyentuh kesucian agama Islam.
    Sekiranya mereka mengunakkan kata Allah, pada saya that is nothing, kerana kita maseh ada alquran dan hadis, yang sesiapa pun tidak boleh menandingi agama Islam.

    Aapapun kepercayaan Allah dari persepsi dan ajaran mereka itu hak dan cara mereka, sememangnya itulah pendapat akidah mereka, dan kita harus berpendirian ‘kau dgn agama kau, aku dgn agama ku’. Sebaiknya kita wajib, kita bolih menyampaikan akidah dan fahaman dari perspektif Islam dan memeperbetulkan mereka. Bukan dengan berdemo dan mengfail di mahkamah.
    Bila emosi, kurang keyakinan, curiga, buruk sangka, permusuhan menguasai pemikiran ini adalah jalan permainan iblis. Ajaran Rasullulah saw adalah membina, mengambarkan akhlak peribadi yang baik, di antaranya, sampaikan salam, jangan tinggikan suara, berhemah, jangan saling membenci dan menghasut dll.
    Dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi. sejak zaman rasullulah org Kristen tlah mengunakan kata allh, dan juga di Malaysia suah beratus tahun mereka mengunakan istilah Allah, kerana mereka pun ahli kitab. Pada saya umat Christian di Malaysia adalah kaum yang aman dan hormat menghormati.
    Sedangkan di negara Islam yang mempunyai jumlah paling ramai yang beragama Islam, atau di negara Islam Timur Tengah tidak bertindak untuk mengharam perkataan ini?
    Kita semua masing-masing ada kepercayaan sendiri. Mengapa kepercayaan orang lain dipertikaikan? Mengapa harus mengharamkan suatu perkataan yang memang sudah sekian lama wujud dalam amalan agama di seluruh dunia. Pengharaman perkataan ini bagi orang-orang kristian merupakan satu penafian hak asasi.
    Apa perasaan kita sekiranya orang bukan Islam larang kita daripada memakai jilbab, bilang sunat itu perkara bodoh? klo melayu kena amacam?

    Baru-baru ini isu ugama telah mula di bangkitkan di persendakan dan di politikkan, dan semakin ramai yang menjadi lantang dan menujukkan belang. Ini tidak berlaku sebelumnya, before we live in harmony and we don’t like to hurt each other.
    Walau kita bukan seagama, kita sesama adalah rakyat Malaysia,’unity in diversity’.
    Allah swt mewujudkan perbezaan untuk kita saling mengenal antara satu dengan yang lain, bukan dalam permusuhan.
    Sebagai umat yang majority di Malaysia, kita besar dan ramai, menjadi tanggung jawab untuk
    menjaga kaum yang minority, tanamkan keamanan dan rasa nyaman umtuk mereka. Inilah kekuatan dan akhlak kita sebagai Malaysian Muslim.
    Kita bukan seperti orang Myanmar atau Serbia yang tidak berperikemanusiaan, merusuh dan membunuh kaum yang minority. Permusuhan dan rasa curiga bukan akhlak dan amalan kita.

    Dunia Islam sedang bergolak, Muslim membunuh sesama Muslim, adat lama kuno maseh di bela, permusuhan yang dulu maseh belum terhurai, sedangkan bangsa dan Negara bukan Islam terus maju dan meninggalkan kita. Di Suria, ulama, ustaz, mufti dan juga pemimpin Negara menabur kebencian, member senjat dan tuang minyak ke dalam api supaya terus membunuh orang Islam sendiri. Belum saya dengar seorang pemimpin Islam yang cuba mendamaikan pertumpahan darah di Syria…
    Ingat Pres Morsi tumbang setelah minority di aniaya, di pinggirkan, dan akhir 4 pengikut shiah di bunuh massa dengan kejam. Begitu juga Yusoslavia hancur setelah umat Islam di bunuh dengan zalim. Kaum minority juga mempunyai hak dan perlu jaminan, dan skiranya
    mereka di aniaya, apakah tindak balas dari doa orang teraniaya, walaupun mereka kafir?
    Saya hairan mengapa sekarang timbul sifat takut dan tiada keyakinan diri, dan menganggap issue ini sebagai satu ancaman?
    Sedangkan sebelum tak ada masaallah, ini ia bukan satu isu yang telah menggugat umat Islam di Negara kita. Sebaliknya Islam tetap kukuh, umat semakin menambah, jarang kita dengar orang keluar dari agama Islam, sebaliknya semakin ramai bukan Islam telah memeluk agama Islam, saudara baru tetap menambah, beribu-ribu setiap tahun. Mereka menerima hidayah dan menyebut kalimah shahadah dan mengenal Allah swt yang sebenarnya.
    Kita sering, dalam perbualan, dengar kaum lain berkata ‘tuan allah tolong kita’, mereka tak cakap tokong atau budha tolong, ini tanda kehormatan mereka kepada agama Islam.

    Kita tidak perlu gentar dan mempersoalkan apakah niat dan tujuan sebenar mereka, kita jangan mudah mengikut emosi dan buruk sangka dengan berfikiran bahawa mereka kemungkinan besar inilah taktik dakyah mereka dan hendak mengubah mengugat dan memesongkan akidah umat Islam.Mengapa kita mesti keliru, dan kuatir akan di kelirukan mereka?
    Mengapa kita mesti rasa tergugat dan takut kepada dakwah mereka?
    Di mana letaknya keteguhan keyakinan sebenar keIslaman kita?
    Mengapa kita bersifat marah dan buruk sangka, seandainya nanti akidah umat Islam akan rosak atau terpengaruh dengan akidah mereka?
    Kini umat Islam dihantui rasa takut, curiga dan buruk sangka. Dan masing-masing mendabek dada, cuba mempamerkan, akau lah wira Islam, dan menetang ugama lain, yang belum tentu mengugat agam Islam.
    Dalam akidah pemerintahan negara Islam, ukuranya adalah bagaimana kita membela yang miskin, yang tertindas dan kaum minority, bekan sahaja mengikut haluan yang majority, yang kaya dan yang brkuasa.
    Kalau nak bincang tentang keliru dan rosak akidah, terdapat banyak yang menyeleweng, banyak yang bercanggah, dan ini semua bukan kerana sebab umat Christian mengunakan perkataan Allah. Ramai rakyat Malaysia yang keliru dan rosak akidah, yang melaku jenayah, ragut, membunuh, buang bayi, kecurangan, pegawai yang tak amanh, rasuah, kerja sembrono, artis lelaki dan wanita yang bersentuhan di TV setiap hari, producer yang sering ke nighclub, mereka yang makan dadah minum arak, berlaku kecurangan, jenayah seks dan bermacam lagi. Salah siapa???
    Ini masallah yang lebih penting dan harus di tangani demi menjaga kesucian agama Islam.
    Kitalah sepatutunya tingkatkan berdakwah kepada anak-anak muda, sebarkan akidah Islam yang benar. Hadapi dengan tenang, yakin, kita dalam kebenaran, beri gambaran sebagai umat Islam yang rational dan sabar. Yakin Allah swt bersama kita, inilah cara Rasullullah saw, bukan berdemo, mengugat, pergi mahkamah dan bertentang dengan umat Christian. Ayoh, mari kita bersaing agama dan akidah secara tenang, sihat, terbuka bukan dengan buruk sangka ancam mengancam dan kekasaran. Islam galakkan sampaikan salam, sebarkan kedamaian, tampilkan wajah keamanan bukan konfrontasi dan kebencian. Yakin bahawa kejayaan milik Islam.
    Kaum non-Muslim di Malaysia bukanlah jenis orang-orang kafir yang harus kita perangi, iaitu kafir harbi, sebaliknya mereka adalah dari golongan, kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum Muslimin)
    Baru2 ini timbul isu Syiah, ramai yang beru kenal belang dan fahaman Syiah, udah melenting, sensing lengan,naik berang, suruh putus hubungan diplomatic dgn Iran…apa ni, ini telah berlaku 1400 tahun dulu, nilah jahil Melayu, tunjuk emosi tak tentu pasal…
    Seandainya puak Islam yang menentang dan melarang kaum Christian menang, ini bukan satu kemenangan yang diredhai kerana, desakan kita telah melukakan ribuan hati penganut Christian, kecewakan akidah fahaman mereka, menambah kebencian mereka terhadap agama Islam dan umat Muslim. Puas sudah NGO dan individu yang brhati bernafsu besar konon perjuangkan maruah Islam.
    Ini bukan kemenangan yang tepat dan bukan dalam kemahuan akhlak Islam yang sebenar. Islam menuntut yang majority memelihara ketentraman dan kesejahteraan kaum minority, bukan sebaliknya. Ini adalah a small issue that was overblown and exegeratted into a big problem.
    Biar Allah swt yg mengdili saya, saya tidak menyokong parti atau kumpulan tertentu, yang saya mau adalah umat Islam yang bersikap wajar dan tenang, adil , tidak menunjuk kuat, membela yang minority dan memelihara keharmonian Malaysia yg bersatu harmoni respectful tolerant dan aman. In the end ‘we are all Gods creation…” Dalam perbezaan kita juga ada persamaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + eleven =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Lajukan Akses Internet!

Gunakan Google DNS

  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4
*Baca lanjut di sini. Cara setup di sini.

Arkib