600 ribu Muslim berkumpul di Masjidil Haram (dan 4 berita lain)
Seramai 600,000 Muslim telah menunaikan sembahyang Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan pada tahun ini di Masjidil Haram, Mekah.
Menurut kenyataan dari pejabat Masjidil Haram, secara jelasnya lebih setengah juta umat Islam berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut, manakala hampir setengah juta lagi ikut bersembahyang Jumaat di masjid-masjid di sekitarnya.
Sebagai jurucakap pihak berkuasa Kota Suci Mekah dan Madinah, al-Mansoori menegaskan bahawa lebih sejuta Muslim telah memenuhi masjid-masjid di kedua-dua buah kota suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah. Para jemaah yang memenuhi solat Jumaat itu kebanyakannya terdiri daripada warga Arab Saudi dan mereka yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadan dari seluruh dunia.
Umrah pada bulan Ramadan menjadi pilihan ramai umat Islam kerana sepanjang bulan beribadat itu mereka disunatkan melipatgandakannya bagi mendapatkan pahala yang berlipat ganda. Bagi sebahagian besar umat Islam yang mampu dan mempunyai kelapangan, mereka lebih gemar melaksanakan ibadat sunat di sepanjang Ramadan di samping mengerjakan umrah, terutama selepas seminggu berpuasa.
Pakej mengerjakan umrah pada bulan Ramadan turut menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dan kerana permintaan yang tinggi, maka perbelanjaannya dikatakan mencapai tahap maksimum berbanding pada bulan-bulan yang lain.
Bulan Ramadan pada tahun ini dikatakan akan berakhir pada 9 September, dan pada 10 September umat Islam dijangka akan menyambut bulan Syawal. Perayaan Aidilfitri dikirakan bermula pada hari pertama bulan Syawal dan kerana itulah hari Jumaat lalu adalah Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan bagi tahun ini.
Umat Islam dijangka akan menyambut Aidulfitri pada tahun ini ialah pada hari Jumaat.
Raja Arab Saudi, Raja Abdullah turut mengerjakan sembahyang Jumaat terakhir bulan Ramadan tahun ini di Masjidil Haram.
Arab Saudi rasmikan projek air zamzam
Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah melancarkan projek perluasan takungan air zamzam yang bernilai US $187 juta selepas menunaikan sholat Jumaat di Masjidil Haram.
Projek perluasan paip dan pembinaan tangki khusus yang mampu menampung sehingga 10 juta liter air itu dilaksanakan bagi memastikan kebersihan air zamzam daripada bahan bakteria dan memudahkan proses pengagihan kepada orang ramai, terutamanya ketika ramai umat Islam mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Setiap muslim yang mengerjakan Haji atau umrah dianggap tidak lengkap jika tidak membawa bali air zamzam sebagai buah tangan setelah musim tersebut berakhir.
Air zamzam yang berasal dari aliran mata air itu akan disimpan dalam tangki khusus dan kemudiannya akan dipam ke Masjidil Haram bagi kegunaan umat Islam.
Menurut Menteri Air dan Tenaga Elektrik Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Rahman Al- Hussayen, tangki khas itu dijangka mampu menampung sehingga 10 juta liter air dan akan disalurkan melalui empat paip besar yang diperbuat daripada besi tahan karat. Dua juta liter air tersebut akan disalurkan setiap hari ke sebuah firma terdekat untuk dibotolkan bagi kemudahan umat Islam.
“Projek ini menggunakan teknologi canggih untuk memastikan kebersihan air bermula dari saat air itu dipam dari telaga mata air sehinggalah semasa ia dibotolkan. Projek ini turut dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, sistem kawalan mutu yang ketat dan anti asap,” kata menteri Al Hussayen.
Menurut Al Hussayen lagi, air zamzam yang tersimpan akan disalurkan ke 42 tempat pengagihan. Setiap jemaah boleh mendapatkan 10 liter air zamzam yang siap dibotolkan di tempat-tempat pengagihan tersebut dengan memasukkan syiling di mesin yang telah disediakan.
“Projek ini dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh 30 bulan dan dapat memperbaiki sistem pengagihan air zamzam di sekitar Masjidil Haram,” tambahnya.
Umat Islam percaya telaga mata air zamzam tercipta dengan penuh keajaiban melalui Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang mencari air di gurun pasir untuk anaknya, Ismail. Pencarian Siti Hajar itu berakhir apabila secara tiba-tiba air itu keluar dari celah-celah kaki Ismail. Mata air itu akhirnya menjadi sumber air zamzam dan tidak pernah kering walaupun setiap tahun jutaan umat Islam bukan sahaja meminum malah mengambilnya sebagai buah tangan wajib selepas selesai mengerjakan musim haji atau umrah.
Hamas lancar roket ke Israel
Sekumpulan gerila Palestin dari kelompok Hamas telah melancarkan tembakan roket ke Israel pada hari Sabtu (4/9) sebagai isyarat tidak bersetuju dengan usaha damai antara Palestin-Israel yang dirintis semula oleh Amerika Syarikat dua hari lalu.
Serangan roket tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kematian atau kerosakan kerana sasarannya adalah kawasan tidak berpenghuni di barat padang pasir Sahara, iaitu di Negev.
Roket tersebut sengaja dilancarkan sebagai provokasi Hamas setelah pertemuan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Hillary Clinton bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan langsung disambung semula setelah terhenti sejak Israel melancarkan serangan ganas ke Gaza pada Disember 2008.
Gerakan Islam Hamas yang berkuasa di Gaza tidak bersetuju rundingan langsung tersebut dan sebagai protesnya telah melakukan dua tembakan di kawasan penduduk Yahudi di Tebing Barat. Yahudi telah menduduki Tebing Barat sejak tahun 1967 dan dalam dua serangan tersebut, empat penduduk Yahudi terkorban.
Kedua-dua presiden yang terbabit dalam rundingan langsung itu mengutuk serangan tersebut dan keduanya membuat keputusan tidak akan tunduk atau terpengaruh dengan insiden berkenaan. Mereka telah memberikan jaminan akan meneruskan rundingan damai.
Menurut Menteri Keselamatan Israel, Yitzhak Aharonovitz, hari Sabtu lalu bahawa pihak tentera akan segera bertindak untuk menangkap mereka yang menembak mati dua orang penduduk Yahudi itu.
Bagi Yitzhak, serangan itu merupakan tindakan para gerila Palestin untuk menghentikan usaha menyambung rundingan damai. “Dalam bulan ini, telah berlaku puluhan serangan ke atas Israel, di Judaea dan Samaria (kawan penempatan Yahudi di Tebing Barat).”
Hamas yang tidak mengiktiraf Israel telah mengeluarkan amaran akan terus melancarkan serangan terhadap Isareal dan kepentingannya dalam bulan-bulan akan datang.
Jet pejuang Zionis balas serangan Hamas
Rejim zinos Israel telah melancarkan serangan balas ke arah Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan udara baru mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang tebunuh, seorang cedera dan dua orang lagi hilang.
Serangan udara terbaru Israel itu adalah sebagai balas dendam serangan yang dilakukan oleh puak gerila Hamas yang tidak bersetuju dengan usaha menyambung semuka rundingan damai Israel-Palestin yang disasarkan kepada penduduk Yahudi di Tebing Barat. Dalam serangan pada hari Sabtu lalu, dua penduduk Yahudi terkorban.
Semalam (Ahad, 5/9) rejim Zionis Tel Aviv melancarkan serangan udara terhadap semenanjung Gaza ketika penduduk wilayah Palestin itu sedang menjalankan ibadat puasa.
Pesawat tempur Israel itu telah melancarkan tiga serangan ke atas Gaza menjelang tengah malam dan menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, seorang cedera dan dua lagi masih hilang.
Menurut sumber perubatan Palestin, pasukannya berjaya membawa mangsa yang cedera ke hospital Abu Yusuf Najjar di Rafah, selepas pesawat F-16 Israel melepaskan bedilan ke sebuah terowong di kampung As-Salam, yang bersempadan dengan Mesir di selatan Rafah.
Penyelaras perubatan itu, Adham Abu Salaminya telah mengesahkan bahawa pesawat tempur Israel itu melancarkan tiga serangan udara. Serangan pertama dilakukan di kawasan tidak berpenghuni di Abu Thaima di timur Khan Yunis. Serangan udara kedua ialah membedil sebuah terowong di kampung As Salam di Rafah, mengakibatkan dua terbunuh, seorang cedera, di samping dua orang hilang. Serangan ketiga turut menyasarkan sebuah lagi terowong di daerah Al Abd al Jabar, berhampiran Rafah.
Dalam serangan pertama dan ketiga, tidak ada laporan rakyat Palestin terkorban dan cedera.
Menurut sumber penduduk tempatan yang menyaksikan serangan tersebut, serangan udara Israel itu turut menyebabkan sebuah terowong terbakar, manakala di dalamnya terdapat beberapa orang pekerja. Serangan mengejut itu telah menyebabkan para pekerja dalam terowong tersebut tidak sempat melarikan diri. Satu daripada terowong terbabit runtuh menyebabkan dua orang terbunuh.
Israei turut menyasarkan serangan ke atas bekas pengkalan sayap bersenjata Hamas yang dijadikan pengkalan utama untuk menguasai Semenanjung Gaza pada 2007.
Israel mengesahkan tiga serangan tersebut dan menegaskan salah satu daripadanya yang disasarkan ke atas terowong yang digali menghalan ke Israel. Terowong tersebut dijangka bakal digunakan untuk melakukan serangan ke atas Israel pada masa depan.
Menurut jurucakap itu lagi, tindakan Tel Aviv itu merupakan tindakan balas setelah serangan roket Hamas ke wilayah Israel kelmarin, tetapi tidak menyebabkan kemusnahan atau kemalangan jiwa.
Insiden berlaku berikutan mesyuarat antara Presiden Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi melancarkan semula rundingan damai secara terus selepas kebuntuan sejak 20 bulan lalu.
Hamas mengancam meneruskan serangan ke atas Israel selepas melancarkan dua serangan ke atas penempatan Yahudi di Tebing Barat Khamis lalu, yang menyebabkan empat orang terbunuh.
Seorang pemimpin Abu Sayyaf terkorban
Pertempuran antara gerila Abu Sayyaf dengan anggota komando Filipina telah menyebabkan seorang pemimpinnya terbunuh dan beberapa orang yang lain tercedera.
Menurut laporan polis, dalam pertempuran itu Gafur Jumdail telah terkorban manakala beberapa anggota Abu Sayyaf yang tercedera berjaya melarikan diri.
“Anggota Pasukan Khas telah melancarkan serangan di sebuah kampong terpencil di pulau Jolo berdasarkan laporan risikan bahawa terdapatnya sekumpulan anggota Abu Sayyaf bersembunyi, ” jelas Ketua Polis wilayah berkenaan, Ketua Inspektor Joseph Ramac dalam kenyataanya semalam (5/9/2010).
“Anggota Pasukan Khas itu bertembung dengan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dan pemimpinnya, Abu Gafur Jumdail telah terkorban di desa Lapa. Beberapa orang lagi pejuang Abu Sayyaf yang tercedera berjaya melarikan diri,” kata Ramac.
Abu Gafur Jumdail merupakan salah seorang pemimpin operasi gerakan Abu Sayyaf. Beliau dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ubu Sayaf, ketua kumpulan tersebut yang dijadikan tawaran oleh kerajaan Filipina. Harga kepala pemimpin Abu Sayaf itu ditawarkan sebanyak US$100,000 kepada sesiapa yang berjaya membunuhnya.
Abu Gafur dipercayai bertanggungjawab dalam penculikan seorang krew televisysn tempatan pada tahun 2008. Krew televisyen itu kemudiannya dibebaskan setelah ada pihak dikatakan telah membayar wang tebusan kepada puak Abu Sayyaf.
Kumpulan Abu Sayaf turut dipersalahkan melakukan serangan hendap ke atas sebuah konvoi polis beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan ketua polis dan beberapa petugas di kepulauan Jolo terbunuh.
Walaupun kumpulan Abu Sayyaf merupakan kelompok kecil gerila Islam yang melakukan serangan ganas di Filipina, termasuk mengebomkan sebuah feri dan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh di Teluk Manila pada tahun 2004, ia tetap dianggap sebagai berbahaya dan menjadi jaringan al-Qaeda yang penting di Asia Tenggara.
Sebagai kelompok pejuang dan sekali gus terroris, Abu Sayyaf turut dicatatakan sebagai kumpulan pengganas asing yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat apabila dua orang warganya ditangkap dengan sekumpulan pelancong di Selatan Filipina pada tahun 2002. Kesemua mereka yang ditangkap itu dibunuh oleh kumpulan Abu Sayyaf.
Susunan MAHANOR SALEHA
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI: MAAF ZAHIR DAN BATIN






5:07 PM
Saya setuju jika pengurusan air zamzam semakin cekap, moden dan berteknologi tinggi. Tapi alasan bimbangkan air zamzam dihinggapi bakteria, agak mengejutkan saya, Ini kerana sebelum ini dikatakan pernah dilakukan ujian. Ternyata air zamzam mempunyai pelbagai zat atau logam. Apakah bakteria masih mampu dan jika mampu, bermakna air zamzam sudah tidak asli lagi.