Sultan Selangor dukacita ada anasir cabar institusi Islam
SHAH ALAM, 5 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dukacita dengan anasir-anasir di negara ini yang cuba mencabar institusi agama Islam hari ini.
Justeru baginda mengingatkan umat Islam terutama orang Melayu agar bersatu untuk mempertahankan agama dan bangsa.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Sekolah Rendah Agama Integrasi Sesyen 7 di sini hari ini.





