Sejarah Islam di Britain
Oleh MUHAMMAD NUR FARHAN
Kaitan Islam dengan sejarah Britain berlaku lebih serubu tahun. Kini Muslim membentuk 1.6 juta daripada 61 juta rakyatnya. Penglibatan Muslim kian menyerlah hampir dalam semua aspek kehidupan sehingga mendorong perubahan seperti membolehkan perbankan Islam di negara itu dilaksanakan.
Seawal abad kelapan Masihi, pemeta Muslim seperti Muhammad bin Musa al-Khawarizmi dalam bukunya Surat al-Arth (817 Masihi), menyebut beberapa tempat di Britain.
Raja Anglo-Saxon, Offa of Mercia (meninggal 796 Masihi), memerintahkan duit perak dicatatkan dengan “Tiada Tuhan Melainkan Allah”. Malah, salib Ballycottin, yang ditemui di pesisir barat Ireland bertarikh sekitar abad ke-9 Masihi, bertandakan tulisan Kufi – ‘Bismillah’.
Malah, pengembara Inggeris dan sarjana Arab yang juga guru Raja Henry II, Adelard of Bath (meninggal 1125 Masihi), pernah ke Syria dan Andalusia (Sepanyol) serta menterjemahkan teks Arab ke dalam bahasa Latin. Sejak itu, ramai sarjana Inggeris seperti Damel of Morley dan Micheal Scotus merantau ke negara majoriti Muslim untuk meningkatkan bidang keilmuan di Britain.
Malah, buku pertama dicetak di England oleh William Caxton pada tahun 1477 berjudul The Dictes and Saying of the Philosophers, terjemah daripada kita terkenal Mukhtar al-Hikam Wa Mahasin al-Kalim karangan Abul Wafa Ibn Fatik.
Dalam abad ke-16, Britain mengembangkan sayap sebagai negara dagang yang bercita-cita menubuhkan empayar. Selain turut dalam perdagangan Jalan Sutera, kerajaan Inggeris pada zaman Ratu Elizabeth I mengutus surat kepada kerajaan Uthmaniyah (Ottoman), iaitu Sultan Murad pada tahun 1580 bagi menentang armada Sepanyol. Orang Inggeris pertama yang mualaf tercatat dalam The Voyage Made of Tripoli (1583) ialah John Nelson, anak pengawal Ratu.
Kerusi Pengajian Arab diasaskan di Universiti Oxford, antata institusi pengajian tinggi tertua di Eropah, pada tahun 1636. Perpustakaan Bodleian di Oxford dikatakan kaya dengan manuskrip Arab. Sebelum revolusi menjatuhkan Raja Charles I dan menamatkan kuasa mutlak diraja menerusi penubuhan Parlimen, sudah wujud fasal perundangan yang disebut a sect of Mahomatens.
Malah, perlembagaan Disember 1648 juga menegaskan aspek toleransi beragama. Setahun kemudian, al-Quran diterjemahkan Ross dan dicetak dua kali. Dalam tulisan pembesar Britain seperti John Milton (setiausaha Cromwell), terpapar pengetahuan mengenai al-Quran dalam surat kepada penguasa Algiers pada Jun 1656.
Ramai sarjana Barat seperti Isaac Newton meniru cara pemikiran sarjana Islam yang mencari kebenaran semata tanpa tunduk dengan dogma agama. Newton, yang dianggap sarjana Barat terpintar dalam zaman klasik, dikatakan menolak konsep triniti dalam agama Kristian.
Teks Arab bagi matematik, astronomi, kimia dan perubatan merupakan bahan utama dalam pengajian tinggi di England shingga Isaac Barrow, mahaguru matematik Cambridge, berkata: “penguasaan Arab penting bagi kemajuan ilmu.” Lantara itu sarjana Arab diberi nama keinggerisan seperti ‘Alfarabi’, ‘Algazel’, ‘Abensina’, ‘Abenrusd’, ‘Abulfeda’, ‘Abdiphaker’, ‘AlManzor, dan ‘Alhazen’.
Tidak hairanlah Britain memberi keutamaan menguasai Dunia Islam seperti Nigerua, Mesir, India dan Tanah Melayu (kemudiannya Malaya) demi menyerap ilmu dan kekayaan Muslim mulai abad ke-17 hingga awal tahun abad ke-20.
Ratu Victoria mempunyai dua orang setiausaha Muslim India, iaitu Mohammed Buksh dan Abdul Karim yang bertugas sejak 1887. Menurut Pendafta Kawatan Beragama, dua buah masjid dibina pada tahun 1860 di No. 2, Glyn Rhondda Street, Cardiff. Badan Islam pertama di London, Anjuman-I-Islam, didaftarkan pada tahun 1996 dan kemudian dikenali sebagai Pan-Islamic Society.
Tokoh besar Islam berketurunan Inggeris ialah Willam Henry Quilliam (Shaikh Abdullah Quilliam) yang memeluk Islam pada tahun 1887 dan memimpin jemaahnya di Liverpool. Pada tahun 1889, mereke menyewa rumah di No. 8, Brougham Terrace untuk dijadikan susala. Beliau sendiri menjadi muazin dan imamnya. Ketika melawat Turki, beliau dinugerahi Sultan dengan gelaran ‘Sheikh Kepulauan British’.
Shaikh Quilliam mengendalikan jurnal mingguan The Crescent (1893-1908). Beliau dikebumikan di Perkuburan Brookwood, dekat masjid Shah Jehan di Working (luar London).
Sejak akhir abad ke-19, gerakan umat Islam terus teguh di Britain terutama penglibatan Muslim dari benua kecil India, yang kemudian dikenali sebagai kaum Pakistan. Mereka termasulah Muhammad Iqbal dan pentafsir al-Quran yang terkenal, Abdullah Yusuf Ali.
Pada tahun 1916, tokoh terkenal, Lord Headley (orang Inggeris yang memeluk Islam dan dikenali sebafau Al-Haj El-Farooq), menulis kepada Setiausaha Negara, Austen Chamberlain, agar diberi peruntukan bagi pembinaan masjid di London demi mengenang bakti askar Muslim yang berjuang untuk empayar. Namanun hanya pada tahun 1941, barulah Pusat islam atau London Central Mosque dibangunkan.
Pada atahun 1917, Marmaduke Pickthall, anak paderi Anglican dan terkenal sebagai penyair dan novelis, mengisytiharkan dirinya Muslim selepas menyampaikan ceramah “Islam dan Progress” pada November 1917 kepada Muslim Literary Society Nottinghill, West London. Beliau penterjemah al-Quran dan pembela kepentingan umat Islam, termasuk kerajaan Uthmaniyyah yanag mengalami kempen fitnah di Britain. Kemudian satu persatu tertrubuh badan gerakan Islam sama ada untuk masjid mahupun pelajar. Pendidikan Islam sejajar dengan suasana Britain hanya diasaskan pada tahun 1969 dengan penubuhan Dana Amanah Pendidikan Islam.
Pada tahun 1973, umat Islam Britain menubuhkan Majlis Islam Eropah yang berpusat di London. Tiga tahun kemudian, Pesta Dunia Islam diadakan di London. Setahun kemudian, Pusat Islam Belfast ditubuhkan dan Cat Stevens memeluk Islam dengan nama Yusuf Islam.
Dengans ejarah panjang Islam di Britain, tidak hairanlah kedudukan minoriti Muslim di sana boleh dikatakan mantap dan antara yang termaju di kalangan ummah.





