Rasulullah memartabatkan kaum wanita

August 27, 2010 10:56 PM 0 comments

Share this Article

Author:

Oleh UMMU ZAYDA

Rasulullah s.a.w telah berjaya memartabatkan kedudukan kaum wanita. Inilah hasil perjuangan baginda yang sukar dilupakan oleh kaum Hawa.

Dalam usaha mengembangkan dakwah Islam, Nabi Muhammad s.a.w tidak lupa berjuang menaikkan taraf wanita setinggi mungkin. Bagi Rasulullah, wanita juga seperti kaum lelaki yang mempunyai peranan besar untuk memajukan dunia.

Ini berdasarkan bebarapa ayat al-Quran yang menekankan bahawa Allah menjadikan lelaki dan wanita tidak sahaja untuk saling berkenalan dan faham-memahami, malah saling mempunyai tanggungjawab berat kepada Allah, masyarakat dan diri sendiri (al-Hujurat: 13).

Dalam sejarah Islam, terdapat ramai wanita yang tinggi taraf dan darjat mereka. Ramai daripada mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan gemilang dalam usaha dan kegigihan mereka mengembangkan Islam.

Perjuangan Rasulullah yang memartabatkan wanita itu sesungguhnya suatu bukti perjuangan yang amat membanggakan para wanita di seluruh dunia hari ini.

Antara para wanita yang berjaya mempunyai ‘saham’ memajukan dakwah Islam ialah Siti Khadijah, Fatimah, Aisyah, Ummu Salamah, Hafsah, Zainab, Safiyah, Maryam, Saudah, Ruqaiyah, Ummi Kalthom, Juwairiyah, Ummu Habibah, Masyitah, Rabiatul Adawiyah dan ramai lagi yang lain.

Rasulullah memartabatkan wanita kerana menyedari bahawa wanita adalah insan istimewa yang diciptakan Allah untuk kaum Adam.

Keistimewaan itu menunjukkan bahawa Islam meletakkan kaum Hawa pada darjatnya yang tidak ada pada kaum Adam.

Hal ini berbeza dalam zaman jahiliah. Zaman yang berpandukan kepada konsep ‘beraja di mata bersultan di hati’ itu menyifatkan wanita sebagai barang dagangan yang boleh diperlakukan sesuka hati. Di samping itu, mereka juga menyifatkan para wanita sebagai ‘pemuas nafsu’ semata-mata.

Terdapat banyak hadis dan ungkapan penuh hikmah yang menyebut perihal kebaikan dan kemuliaan dan keistimewaan wanita. Antaranya:

-         Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang mereka lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan maksudnya, Rasulullah menerangkan dengan maksud “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia.”

-  Apabila seseorang wanita mengandungkan janin dalam rahimnya, maka malaikat memohon ampun untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,00o kejahatan.

- Apabila seseorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Alllah mencacatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jhalan Allah.

-  Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa seperti keadaan ibu yang melahirkannya.

-  Apabila seseorang wanita melahirkan anak, lalu disusui daripada puting payu daranya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu itu diberi satu kebaikan.

-  Apabila ibu tidak tidur semalaman memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

-  Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya laksana orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

-  Sesiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada lelaki. Maka sesiapa yang menggembirakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

-  Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

-  Wanita yang bersembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, memelihara klehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah ia dari pintu syurga mana yang dikehendaki atau disukainya.

-  Aisyah berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah, “Suaminya.” Aku bertanya lagi: “Siapa yang berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya.”

Leave a Reply