Obama dikecam sokong bina masjid di Ground Zero (dan 5 berita lain)

August 19, 2010 1:32 PM 2 comments

Share this Article

Author:

Penyokong kuat parti Republikan mengecam keras kenyataan presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Obama berhubung dengan keputusannya menyokong pembinaan pusat kegiatan Islam dan sebuah masjid di kawasan berhampiran Ground Zero semasa berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin Islam di Rumah Putih pada hari Jumaat lalu (13/8/2010).

Dalam sokongan tersebut, Obama memutuskan bahawa sebagai “rakyat Amerika dan Presiden Amerika Syarikat” bahawa pembinaan sebuah pusat kebudayaan Islam oleh Insiatif Cordoba atas tanah milik persendirian bukanlah merupakan sesuatu yang perlu disekat, kerana “undang-undang membenarkannya.”

Sebagai rakyat Amerika Syarikat yang mengamalkan kebebasan beragama, masyarakat Islam hendaklah dibenarkan untuk mengamalkan agamanya kerana “Islam bukanlah musuh, musuh sebenarnya ialah al-Qaeda.” Dengan pendirian tersebut, Obama mula dikecam sebagai cuba memutuskan bangsa Amerika Syarikat bagi menghadapi kempen pilihan raya akan datang.

Kenyataan Obama tersebut telah membangkitkan perdebatan dan kemarahan kumpulan Anti Defamation League (ADL) yang pro Yahudi Israel dan kelompok parti Republik yang digunakan oleh bekas Gebenor Alaska, Sarah Palin untuk membangkitkan kemarahan terhadap masyarakat Islam sejak awal Julai lalu.

Sarah Palin telah melancarkan kempen menentang cadagangan tersebut pada pertengahan Julai lalu dengan menghubungkan pembinaan pusat kegiatan Islam dan masjid itu sebagai “tindakan membangkitkan sakit hati mangsa tragedi World Trade Center”.

Kesan kemarahan tersebut, beberapa kumpulan turut mengadakan kempen membenci Islam dengan menyamakan pembinaan sebuah pusat kegiatan Islam di kawasan tersebut seolah-olah memperbaharui semula kemarahan keluarga mangsa runtuhan bangunan berkembar tersebut.

Walaupun dikecam, bagi Obama sokongannya terhapdap pembinaan Cordoba House dalam jarak dua blok bangunan dengan Ground Zero yang menjadi medan tregedi 11 Septermber 2001 bukanlah sesuatu yang melanggar sebarang peraturan yang ada di Manhattan. Pembangunannya tidak boleh disekat kerana ia adalah tanah milik swasta, dan Inisiatif Corboba yang menganjurkan persefahaman antara agama mempunyai hak untuk membangunkannya.

Atas keputusan tersebut, pada hari Sabtu lalu Obama telah cuba menjelaskan pendapatnya yang dengan tegas “menyokong hak kaum muslim untuk membangunkan Pusat Kegiatan Islam” tetapi enggan memberikan ulasan mengenai lokasi yang dicadangkan oleh banyak pihak agar tidak menjadikan Ground Zero sebagai tapak utamanya.

Tokoh-tokoh pari Republikan menyerang keputusan Obama itu melalui laman-laman sosial dengan menjelaskan cadangan pembangunan itu sebenarnya tidak peka dengan trauma keluarga mangsa dan berusaha membuka kembali luka serangan tersebut. Bagi mereka, dengan kejayaan membina sebuah pusat kegiatan Islam dan sebuah masjid di atas kawasan tersebut, menyebabkan telah memberikan kemenangan kepada masyarakat Islam yang dilihat sebagai terroris dan melampau.

Pada hari Ahad lalu (15/9) beberapa tokoh terus mengkritik Obama dengan mengatakan : “Ini bukanlah mengenai kebebasan beragama, kita semua menghormati hak setiap orang untuk beriabadat sesuai dengan hati nurani mereka, tetapi saya fikir itu adalah satu tindakan yang tidak bijak untuk membangunkan sebuah masjid di tempat di mana 3,000 orang Amerika kehilangan nyawa hasil serangan terroris,”  balas John Cornyn, seorang tokoh Parti Republikan yang berasal dari Texas dalam satu program yang disiarkan oleh  Fox News Sunday, “dan bagi saya perkara tersebut membuktikan bahawa Washington, Rumah Putih, kerajaan dan Presiden sendiri akan terputus dari arus utama Amerika.”

Peter King dan anggota Kongres Parti Republikan dari New York yang menentang lokasi Pusat Kegiatan Islam itu memberitahu CNN dalam ruangan “State of the Union” bahwa Obama jelas memberikan kesan kerana menyokong pembangunan tersebut, tetapi kemudiannya mundur keesokannya. “Jika Presiden akan masuk ke dalam isu ini, ia seharusnya jauh lebih jelas, jauh lebih tepat dan ia tidak dapat mengubah dari hari ke hari pada suatu masalah yang tidak sesuai dengan perlembagaan kitan.”

Kenyataan Obama itu dijangka akan menjadi semakin hangat dan pedas apabila kedua pari berhadapan dengan pilihan raya baru peringkat Gabenor pada bulan Novemberr nanti. Keputusan Obama dijangka akan menyebabkan Parti Demokrat akan kehilangan sokongan di Konggres dan ini akan menyukarkan lagi Obama untuk melanjutkan kuasa pentadbirannya bagi penggal kedua pada pertengahan 2012 nanti.

 

Perebutan khalayak dalam saingan TV Mesir

Akhbar Los Angeles Times memperjelaskan bahawa persiangan antara saluran tv Mesir sepanjang bulan Ramadhan adalah kerana ingin mendapatkan sebanyak mungkin sumber pendapatan iklan.

Jumlah penonton TV di Mesir dijangka bertambah dengan banyaknya sepanjang bulan Ramadhan maka stesen-stesen terus berlomba-lomba menyediakan program yang menarik, termasuk menyiarkan program bersiri, drama bersiri, dokumentari sejarah bahkan ruangan soal-jawab agama yang dijangka mampu menarik minat pihak pengiklan.

Dengan perlumbaan memuatkan program TV terbaik dan menarik, ada kalangan ulamak berpendapat ia tidak seharusnya memberik kesan kepada konteks ibadat sepanjang bulan Ramadhan,  kerana Islam menggalakkan umatnya agar mempertingkatkan amal beribadat sepanjang bulan puasa ini.

Menurut akhbar itu lagi, sejak awal Ramadhan lagi, iaitu pada hari Rabu lalu, saluran TV satelit telah menyediakan hampir 48 program bersiri. Menurut perangkaan dari Pusat Penyelidikan Uni, bulan Ramadhan adalah bulan musim iklan di Mesir. Pada tahun lalu sahaja untuk perbelanjaan iklan ia mencatat sejumlah USD $146 juta dan pada tahun ini dijangka meningkat kepada 62 peratus.

Akhbar itu juga melaporkan jutaan rakyat Mesir mengikuti dan menonton tv selepas bersahur. Menurut Ketua Kumpulan Perusahaan Iklan TBWA, untuk wilayah Afrika dan Timur Tengah serta Mediteranean, “Mesir adalah salah satu pasar terbesar danpaling cepat berkembang untuk industri iklan di dunia.”

Kebanjiran program tv sepanjang Ramadhan telah menyebabkan banyak ulamak Mesir mengkritik industri hiburan yang dilihat cuba memesongkan tumpuan umat Islam dari beribadah kepada menonton siaran-siaran tv.

 

9 terkorban, cedera akibatan letupan bom di Baghdad

Sembilan orang terkorban termasuk dua anggota polis dan tiga jemaah menjadi mangsa serangan bom pinggir jalan di sekitar Baghdad pada hujung minggu lalu (Ahad, 15/8).

Dalam serangan tersebut, dua poluh orang disahkan cedera akibat meningkatnya gelombang kemarahan dan pembunuhan dalam bulan Ogos, iaitu ketika umat Islam sedang melaksanakan ibadat berpuasa.

Pihak pemberontak dikatakan meningkatkan serangan mereka bagi mendesak Amerika Syarikat terus meninggalkan wilayah Iraq dan menyegerakan hasratnya untuk berundur.

“Menjelang fajar, tiga rakyat keturunan Suni ditembak mati semasa keluar dari masjid Abi Wais di Jurf al Shakhr, 50 kilometer ke selatan ibu kota bagi wilayah  Babil,” dan menurut polis, tembakan yang dilepaskan oleh pihak pemberontak itu berlaku sebaik sahaja para jemaah selesai bersalat dan mangmbil sahur di masjid.

Jurf al Shakhr, terkenal sebagai tiga segi maut terletak di wilayah yang banyak dihuni oleh kelompok sentiasa tidak boleh menerima kehadiran tentera Amerika Syarikat dan menjadi kawasan yang dipenuhi dengan pertempuran sejak tahun 2003 lagi.

“Tiga orang lainnya, termasuk seorang anggota polis yang sedang bercuti terkorban kerana berada dalam sebuah bus mini. Bas tersebut telah diserang sebaik sahaja memasuki pusat kota Baghdad dari sebelah timur,” lapor seorang kakitangan Kementerian Dalam Negeri.

Sebanyak 11 orang termasuk tiga wanita tercedera. Seorang anggota polis trafik dan seorang rakyat awam juga terkorban.

Seorang angota polis yang tercedera ketika sebutir bom meledak dekat stadium al-Saab, di timur Baghdad dan menurut seorang doktor di hospital Ibn Nafis, 9 orang yang tewas dan tujuh yang lainnya cedera akibat tiga butir bom pinggir jalan di utara Baghdad meletup.

Aksi keganasan terbaru itu telah menewaskan lebih 100 orang pada bulan ini dan akan menyebabkan khuatiran baru mengenai keselamatan di Irak akan terus dipersoalkan terutama ketika menjelangnya pengunduran tentera Amerika Syarikat. Tentera Irak dan pasukan polis tempatan terus diberikan keyakinan oleh Amerika Syarikat akan mampu mengawal keadaan yang tentunya tidak dapat melupakan hakikat sebenar kehancuran Iaraq adalah kerana pencerobohan Amerika Syarikat.

Iraq hingga kini masih belum mampu membentuk sebuah kerajaan walaupun keputusan pilihan raya telah pun dikeluarkan sejak 7 Mac lalu. Kebuntuan lebih 5 bulan dalam membentuk barisan pemerintah akan menjadikan Iraq bakal berperang dan berdarah lagi merebut kuasa apabila Amerika Syarikat benar-benar menarik diri pada tahun ini.

Hari kemerdekaan yang sunyi bagi Pakistan

Pakistan yang menyambut hari kemerdekaannya pada 14 Ogos dilanda sunyi dan kesedihan kerana berjuta-juta rakyatnya terpaksa berada dalam keadaan getir dan penuh penderitaan setelah dilanda banjir besar sejak lebih dua minggu.

Menurut anggaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pakistan mengalami banjir terburuk dalam tempoh 80 tahun. Hingga kini, 14 juta orang menjadi korban, di mana lebih 1.600 orang terbunuh.

Inilah yang menyebabkan suasana hari ulangtahun Pakistan hanya sekadar memperingati bekas pemimpin ulong mereka, iaitu Muhamad Ali Jinnah manakala rakyat kebanyakan masih memikirkan bagaimana untuk melalui hari-hari berikutnya dalam suasana sukar dan sedih. Mereka telah kehilangan tempat tinggal dan kini sedang bergelut dengan pelbagai jenis penyakit yang bakal menimpa selepas dilanda banjir terutama taun.

Sambutan kemerdekaan Pakistan pada tahun ini tidak lagi disusuli dengan tembakan bunga api. Tidak ada upacara perbarisan dan pesat keramaian. Tidak ada bunyi-bunyian dan banyak acara lainnya terpaksa dibatalkan .

Menurut Presiden Asif Ali Zardari, tidak ada perayaan tahun ini kerana “negara ini sedang dilnada bencana banjir,” seperti dikutip oleh agensi berita AP dan Reuters.

Presiden yang juga merupakan duda kepada bekas Presiden Pakistan yang terbunuh, Benazir Bhutto pada hari Sabtu lalu menghabiskan masa seharian mengunjungi mangsa banjir di Wilayah Khyber, Pashtunkhwa dan Punjab. Sebelumnya, beliau telah dikecam hebat oleh banyak pihak kerana tidak menjengok mangsa-mangsa banjir, iaitu ketika bencana itu mula melanda Pakistan akhir Julai lalu.

 

Israel cadang beli 20 buah jet pejuang F35E

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak telah bersetuju untuk membeli 20 buah jet pejuang F35E yang mampu mengelak dari intipan radar buatan Amerika Syarikat dengan biayai berjumlah 2.7 bilion dollar.

Persetujuan yang dicapai pada hari Ahad itu (15/8) menjadikan pesawat-pesawat pejuang F35E buatan Amerika Syarikat akan mula diterima oleh Israel dalam tempoh dua tahun, iaitu antara tahun 2015 hingga 2017. Ia adalah persediaan Israel untuk menghadapi kemungkinan serangan musuh utamanya, iaitu Iran yang secara giatnya sedang memperkembangkan pengayaan uranium dan ini semakin khuatir dengan kemungkinan serangan Iran.

Israel yang mula mencipta bayangan musuh dengan mana-mana negara Islam nampaknya semakin gentar apabila Iran berupaya mengembangkan teknologi nuklearnya. Dalam usaha melobi sekatan Amerika Syarikat, Israel telah menggunakan pelbagai helah termasuk mengeluarkan laporan bahawa proses penganyaan uranium yang dilaksanakan oleh Iran adalah untuk tujuan pembangunan senjata nuklear dan bukannya semata-mata untuk keamanan dan tenaga.

Menurut satu kenyataan dari Kementerian Pertahanan, Ehud Barak telah bersetuju pada prinsipnya perakuan Pasukan Pertahanan Israel dan Kementerian Pertahanan mengambil langkah seterusnya untuk membeli pesawat tem[ur tersebut. “Pesawat tempur yang dibuat oleh Leckheed Martin Corporation akan membolehkan Isreal kelebiah di udara dan mengetuai penguasaan teknologi bagi rantau ini.”

Menurut sumber itu lagi, Israel bercadang untuk membeli sejumlah 20 buah pesawat tempur tersebut. Israel dijangka akan memuktamadkan hasrat pembelian tersebut pada bulan September nanti dan perjanjian itu sebenarnya telah dibuat pada bulan September 2008, ketika itu Pentagon buat pertamakalinya bersetuju untuk menjual sebanyak 25 buah kepada Israel.

Pesawat F-35 dibina khusus dari dikesan oleh radar dan dijangka dapat memainkan peranan utama bagi Israel untuk meneruskan kelangsungan hidupnya di tengah-tengah program nuklear Iran. Walau apapun tuduhan tersebut, Iran tetap dikenakan tindakan oleh Amerika Syarikat dan Israel merupakan pelobi yang terpenting untuk menyakinkan bahawa negara Iran sedang rancak membangunkan teknologi senjata nuklear.

Lebih 2000 askar asing terbunuh di Afghanistan

Sejak terlibat dengan peperangan di Afghanistan di bawah ketumbukan tentera NATO pada akhir tahun 2001 hingga kini, sejumlah lebih 2000 askar penjajah pelbagai negara telah terkorban.

Menurut sebuah laporan tidak rasmi, kematian askar asing di Afghanistan menunjukkan lebih dari 60 peratus tentera yang tewas ialah rakyat Amerika Syarikat. Meskipun demikian, jumlah korban awam ekoran peperangan tersebut masih mengatasa korban tentera.

Kematian satu tentara Amerika Syarikat, Australia dan Baritain yang diumumkan dua hari lalu telah menjadikan jumlah kesemuanya kepada 2,002, iaitu sejak Taliban digulingkan pada tahun 2001 dengan diketuai oleh Amerika Syarikat.

Jumlahnya kurang dari setengah mereka yang menderita selama tujuh tahun dalam Perang Iraq, tetap merupakan tonggak utama dengan kesan sekutu NATO seperti Belanda yang telah menarik diri dari pasukan NATO sejak awal bulan Ogos lalu.

Keadaan ini lebih merupakan sisi hitam yang amat tidak dipersetujui oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang telah berjanji akan mengkaji semula kedudukan tersebut pada bulan Disember nanti, iaitu selepas pilihan raya umum konggres pada bulan November nanti. Dasar Demokrat mengenai perang di Afghanistan telah diserang hebat oleh para pemimpin parti Demokrat dan masyarakat umum semakin mempersoalkan dasar tersebut yang dilihat semakin merugikan Amerika Syarikat.

Peperangan di Afghanistan telah menyebabkan masyarakat umum semakin kurang yakin dengan dasar pentadbiran Obama. Kesan penglibatan dalam peperangan di Afghanistan turut menyebabkan politik dalam Belanda dan Jerman semakin goyah, dan kerajaan yang mendokong semakin kurang diyakini oleh rakyat umum.

Amerika Syarikat turut sedar dengan kemungkinan tersebut kerana dari beberapa hasil tinjauan pendapat menunjukkan Obama semakin kurang diyakini mampu mentadbir Amerika Syarikat yang masih dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang besar. Amerika Syarikat mencapai tahap pengangguran yang tertinggi manakala belanja perang semakin meningjkat menyebabkan pembayar cukai mempersoalkan kewajaran Obama meneruskan dasar Bush yang gilakan perang itu.

Menurut www.iCasualties.org , sebuah laman web bebas yang memantau kematian tentera asing di Afghanistan,  sekitar 2.002 tentara tewas sejak tahun 2001, 1.226 dari mereka adalah orang Amerika. Britain sendiri telah kehilangan seramai 331 orang askar, manakala 445 lagi dikongsi bersama dengan 44 buah negara yang bernaung di dalam Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa NATO. Dalam konflik ketenteraan tersebut, ramai lagi askar yang cedera namun Obama terus memberikan semangat bahawa “peperangan tersebut adalah satu keperluan”, keperluan untuk menyekat kemaraan puak pengganas al-Qaeda dan Taliban.

Susunan MAHANOR SALEHA

2 Comments

  • pembuatan masjid di amerika syarikat wajar di hentikan,sperti yang kita tahu,ajaran agama islam jauh berbiza dengan ajaran kristian..ajaran islam akan menimbulkan penganas..smua pemganas-penganas di dunia ini smua berasal dripada keturunan islam..seperti nordin seorang pnganas malysia juga berasal daripada islam..

Leave a Reply