Muslim Barat harus bantu

August 17, 2010 2:11 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Oleh NUR HIDAYAH ABDULLAH

Negara-negara Muslim mengimport hampir semuanya dari dunia luar.

Mungkin tiba masanya kita memiliki kefahaman ubahsuai, iaitu kita mahu saudara Muslim di Barat mengeksport citra demokrasi dan kebebasan ke Timur Tengah.

Pertama, kita harus akui bahawa cendekiawan Muslim Arab telah smpai ke jalan buntu. Kita tanpa budaya demokrasi atau teori politik bagi pemerintahan Islam. Ini terpapar pada kebuntuan di Iran dan kegagalan Taleban di Afghanistan.

Namun, ketiadaan tepri politik itu mungkin satu rahmat dari segi Islam dan bukan satu kekurangan.

Konsep Islam mengenai pembangunan berubah mengikut masa. Islam telah meletakkan asas pemerintah, tetapi tidak bersifat rinci agar ditentukan oleh para penganutnya mengikut keadaan mereka tinggal.

Di antara ayat al-Quran yang menyentuh mengenai pemerintahan ialah “Bahawa ehwal mereka ditentukan secara sepakat antara mereka.” (al-Syura: 38)

Perbahasan mengenai pentafsiran prinsip syura bermula selaps wafatnya Nabi Muhammad s.a.w dan berterusan hingga kini.

Empat khalifah yang menurut baginda, iaitu Khalifah ar-Rasyidin dipilih dengan cara berbeza.

Tiga dibunuh dan selepas kematian khalifah keempat, Ali, muncul dinasti Umayyah yang menetapkan cara berkuasa secara paksa.

Muslim telah lama berjuang meraih cara demokrasi demi mencapai peralihan kuasa yang aman. Namun, penemuannya masih jauh lagi.

Dengan pensejagatan, negara-negara Muslim mengimport hampir apa saja yang diperlukan. Kini, lebih ramai Muslim tinggal di Barat – Eropah dan Amerika – berbanding dengan wadah Islam, iaitu Semenanjung Arab.

Muslim dalam sistem demokrasi Barat mempunyai kelebihan kerana menikmati kebebasan berfikir dan meluah rasa – sesuatu yang sukar digarap di kebanyakan negara Muslim.

Mereka juga memperoleh maklumat dan ilmu yang tidak didapati di kebanyakan negara Muslim.

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab Muslim untuk membantu saudara mereka membantu teori Islam demoktarik demi membentuk peribadi Muslim yang dapat berjaya dalam dunia kini.

Muslim di Barat dilihat gagal memanfaatkan kelebihan kebebasan bersuara mereka. Mereka juga dirampas oleh gerakan pelampau dan terpinggir.

Sekolah ajaran pelampau mengakibatkan mereka hidup tersisih dan berasa seperti orang asing di negara mereka sendiri. Mereka juga tidak berusaha untuk merubah masyarakat setempat menjadi masyarakat Islam.

Saya teringat seorang yang mengauki sebagai pemimpin Islam dalam parlimen Islam di Britain yang secara bongkak memalukan kaum Kristian dan menyeru semua Muslim di Britain agar jangan bercampur gaul dengan rakyat bukan Ilsam demi memelihara kesucian Islam.

Sebailknya, Muslim yang berfikiran terbuka terus diancam dan dicap sebagai anti-Islam dan pro-Barat. Mereka dituduh meninggalkan agama dan akar jati diri sehingga disisihkan oleh para ulama yang menduduki pusat Islam di Barat.

Muslim dalam demokrasi Barat perlu membantah kepungan pelampau kerana mereka mempunyai keistimewaan intelek dan boleh memanfaatkan kedudukan mereka dalam mencapai kebaikan sekularisme dan demokrasi bagi Islam.

Muslim di Barat perlu menegaskan taat setia mereka kepada ‘negara angkat atau kelahiran mereka’, mengulang jaminan kepada rakan senegara akan tempat mereka dalam kawah sekular dan demokratik Barat.

Seruan untuk mengalihakn demokrasi Barat ke negara Islam hanya mencetuskan kemarahan majoriti umat bukan Islam di Barat. Lagipun, Islam adalah agama sejahtera dan mengiktiraf kewujudan bersama.

Jadei, apa jua pentafsiran mengenai Islam, hendaklah bersandarkan dua aspek ini, Namun, Muslim di Barat yang sudah berjaya wajar membantu saudara seagama di negara Islam. Islam kini diancam golongan pelampau dan prasangka bukan Muslim.

Jadi, kesederhanaan amat utama ditonjolkan agar mesej damai dan toleransi Islam dapat berkembang. Mungkin sudah suratan Muslim di Barat kini perlu membanatu saudara mereka di seluruh dunia.

Leave a Reply