Masjid di Ground Zero, Sinagog di Mekah
Oleh MONOSIN SOBRI
Kontroversi pembangunan sebuah pusat kegiatan Islam berharga lebih USD 100 juta setinggi 13 tingkat dan turut mengandungi sebuah masjid telah meningkatkan kemarahan penyokong Parti Republikan terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg. Kemarahan sebahagian masyarakat Lower Manhattan terhadap cadangan tersebut adalah kerana sudah termakan dengan hasutan yang diperhebatkan oleh kumpulan pelampau Kristian dan Yahudi Amerika Syarikat apabila mengaitkan keruntuhan bangunan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001 sebagai kemuncak keganasan yang dilakukan oleh orang Islam.
Kumpulan menentang pembinaan pusat aktiviti Islam tersebut menjadi begitu emosional apabila tidak dapat menerima keputusan presiden Barack Obama yang tetap memberikan laluan kerana berdasarkan peraturan dan undang-undang Amerika Syarikat ia bukanlah satu kesalahan, apabila pembangunannya melibatkan tanah milik persendirian. Sebuah organisasi yang menganjurkan persefahaman antara agama, khususnya hubungan antara Islam-Kristien telah membeli sebuah bangunan yang dikenali sebagai Park 51 hampir lapan tahun lalu bagi membangunkan sebuah pusat komuniti Islam.
Organisasi yang diketuai oleh Fesal Abdul Rauf akhirnya berjaya mendapatkan sumber kewangan untuk membangunkan kawasan tersebut bagi membolehkan lebih banyak aktiviti persefahaman antara agama dapat dilaksanakan manakala masyarakat Islam sekitar Lower Manhattan dapat beribadat dengan selesa berbanding dengan keadaan sekarang. Mereka terpaksa memohon kebenaran pihak polis New York setiap kali ingin mengadakan aktiviti termasuk bersembahyang Jumaat kerana suasananya menjadi begitu sesak dan mengambil ruang di atas jalan raya.
Cadangan pembinaan yang dikatakan mula dibentangkan pada pertengahan tahun itu telah mendapat tentangan kerana “ia dilihat sebagai membakar emosi kalangan mereka yang kehilangan anggota keluarga oleh runtuhan WTC” dan “lambang kemenangan pihak yang ganas”. Islam telah dikambinghitamkan sedemikian rupa sehingga berjaya menakutkan lebih ramai masyarakat bukan Islam di Amerika Syarikat dengan imej ganas dan atas alasan itulah juga bekas presiden Amerika Syarikat, George W. Bush menyerang Iraq dan Afghanistan.
Pendapat Obama yang mempertahankan kebebasan beragama telah disalahanggap oleh sebahagian besar penentangnya, terutama penyokong parti Republikan. Pendirian Obama itu telah mengakibatkan propaganda terus dilancarkan bagi menyerang belia sehingga laporan sebuah tinjauan pendapat yang terbaru telah melabelkan presiden Amerika Syarikat ke-44 itu sebagai seorang muslim. Hampir 20 peratus atau satu daripada lima orang rakyat Amerika Syarikat percaya darah yang mengalir dalam diri Obama adalah mewarisi darah Muslim ayahnya.
Atas ketakutan itulah beberapa hari lalu, Rumah Putih terus mengeluarkan kenyataan bahawa Obama adalah seorang penganut Kristian tulin, dan mewarisi darah Yahudi daripada keturunan sebelah ibunya. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin Evangelis, Billy Graham anak kepada seorang pendeta Kristian yang banyak menyelar dan menuduh Islam, Franklin Graham dalam satu wawancaranya dengan CNN pada 20 Ogos lalu menjelaskan Barrack Obama “lahir sebagai seorang muslim” menerusi ayahnya. Beliau sebenarnya memperkatakan pendapat itu sebagai menyokong persepsi sebuah tinjauan pendapat umum yang dilaksanakan oleh Pew Research Center yang memperoleh kejutan bahawa hampir dua puluh peratus rakyat Amerika percaya presiden ke-44 itu adalah seorang Muslim.
Menurut Billy Graham, “Ia (Obama) dilahirkan sebagai seorang muslim. Ayahnya adalah seorang Muslim dan benih Islam adalah menerusi ayahnya seperti benih Yahudi yang diwarisinya menerusi ibunya. Ia dilahirkan sebagai seorang muslim, ayhanya telah memberikan nama Islam.”
Walau bagaimanapun, Billy Graham memberikan sedikit sokongan moral kepada Obama dengan mengatakan, “presiden itu telah meninggalkan Islam. Presiden mengatakan ia adalah seorang Kristian dan kami harus menerimanya. Sebagai seorang Kristian fanatik, Billy Graham pernah mengeluarkan kenyataan berbaut fitnah dan membangkitkan kebencian terhadap Islam.
Pada tahun 2009, Billy Graham memberitahu CNN bahawa “saya tidak setuju dengan ajaran Islam dan saya mendapati bahawa Islam merupakan agama kekerasan.” Pada tahun 2002, Graham menyokong tindakan mengaitkan Islam dengan keganasan apabila mengaitkan “terrorisme sebagai sebahagian daripada “arus perdana Islam” dan mengaitkan al-Qur’an sebagai “kitab yang menganjurkan ajaran-ajaran ganas.”
Rasa marah yang terpantul dari agresifnya pelampau Kristian dan Yahudi Amerika Sayrikat menjadikan symbol Islam sebagai “hantu hijau” semakin meluap dan tidak lagi dapat dibendung oleh sokongan Barrack Obama berdasarkan prinsip demokrasi dan kebebasan beragama. Kumpulan penentang yang cuba berusaha untuk menguasai Konggres dalam pilihan raya umum pada bulan November nanti seakan-akan mendapat senjata baru bagi melumpuhkan pengaruh Parti Demokrat. Jika dalam pilihan raya Konggres nanti memberikan kemenangan kepada Parti Republikan, ia akan menjadi petunjuk bahawa Parti Demokrat akan mempunyai peluang tipis bagi memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2012 nanti.
Jika Obama berjaya dilumpuhkan oleh propaganda Republikan yang semakin mendapat sokongan pelampau Kristian dan Yahudi, bermakna akan berakhirnya penguasaan Demokrat yang tempoh yang lebih panjang. Obama yang mewarisi situasi ekonomi yang lembab di akhir pentadbiran George W. Bush masih belum mampu mengeluarkan Amerika Syarikat daripada kemelut yang berpunca dari krisis subprima pada tahun 2007. Kini, Obama masih berhadapan dengan beberapa langkah ketenteraan George W. Bush dalam usahanya memerangi keganasan terutamanya apabila menyerang Iraq dan menduduki Afghanistan.
Afghanistan yang sudah tidak sanggup dijajah oleh Rusia menjadi medan politik yang amat ghairah, bagaikan sedang menghadapi singa yang lapar melihat kepada tindak-tanduk sekumpulan anggota Taliban yang mendapat sokongan al-Qaeda. Al-Qaeda secara jelasnya dituduh terlibat dalam serangan WTC pada 11 September 2001, walaupun kebenarannya masih belum jelas telah dijadikan alasan kukuh oleh George W. Bush untuk membendung “terrorisme”. Setelah George Bush menamatkan kariernya sebagai presiden ke-43 Amerika Syarikat, bumi Afghanistan semakin terdesak kerana semakin ramai askar di bawah NATO mengalami pelbagai bentuk stress dan jumlah kematiannya turut melebihi angka 2,000 orang.
Kini, hampir semua rahsia yang melibatkan strategi tentera Amerika Syarikat, termasuk perbualan antara pemimpin tertinggi tentera, keputusan menyerang dan kematian pihak awam terbongkar setelah lebih 90,000 dokumen tersebut telah jatuh ke tangan sebuah organisasi yang bersifat whistleblower. Melalui laman webnya, Wikileads yang diasaskan oleh Julian Assange, seorang rakyat Australia telah berjaya mendedahkan maklumat dari lebih 15,000 dokumen rahsia. Akibatnya, Amerika Syarikat semakin tidak sedap duduk sehingga beberapa hari lalu mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan balik dokumen tersebut dan melancarkan tuduhan terhadap pemilik Wikileads itu. Skandal Wikileads itu dijangka akan menyebabkan imej Amerika Syarikat menjadi semakin buruk dan dijangka melampaui apa yang pernah dialami oleh Richards Nixon dalam skandal watergatenya, termasuk penglibatan Amerika Syarikatd alam peperangan saudara di Vietnam.
Pada hari Ahad, 22 Ogos lalu berlaku dua perhimpunan yang berlainan dalam kawasan yang berdekatan berhubung dengan pembinaan Pusat Aktiviti Islam yang dikenali sebagai Cordoba House itu. Kumpulan yang menyokong penubuhan Cordoba House tetap mahu meneruskan pembinaan di kawasan tersebut walaupun ada percubaan dari calon Gabenor New York agar tidak dibuat di kawasan tersebut. Ia didirikan di suatu kawasan yang berjauhan dengan Ground Zero, iaitu kawasan yang melibatkan runtuhan WTC yang dipropagandakan sebagai tindakan ganas penganut Islam walaupun Obama mengatakan, “Islam bukanlah agama yang ganas” dan “al-Qaeda yang bertanggungjawab” maka pelampau Yahudi dan Krsitian tetap beranggapan ia adalah satu percubaan membuka luka lama yang masih belum pulih sepenuhnya.
Dengan membawa spanduk, tunjuk perasaan yang disertai dalam skala yang kecil terus mencela Islam sebagai agama keganasan dan mereka mula berkumpul di kawasan berdekatan sejak pukul 10 pagi waktu tempatan, dalam jarak 100 meter dari satu lagi kumpulan yang menyokong pembinaan Cordoba House itu. Antara kata-kata yang terpampang di sepanduk berbunyi “Jangan biarkan Islam menandai kemenangan dengan pembangunan masjid.”
Sekumpulan 50 orang penunggang motosikal yang memakai jaket kulit memekik dengan suara lantang dan meraung-raung sebagai membantah cadangan tersebut. Bagi mereka, sambil menggunakan jaket dengan lambang New York Fire Department (NYFD), mereka menjerit-jerit bahawa “Kamu membina masjid di Ground Zero, kami boleh membina sinagog di Mekah” sebagai menunjukkan rasa marah dan sikapnya menyokong Islamiphobia.
Kumpulan tersebut turut mendakwa, selama bekerja keras menyelamatkan mereka yang terbakar dalam tragedi 11 September itu, rasa marah terhadap orang Islam menjadi semakin kuat. Bagi Joe O’Shay, seorang pengacara majlis yang mengenakan pakaian dengan pelbagai slogan mengutuk pembinaan masjid tersebut mengatakan, “saya adalah seorang penduduk New York dan saya kehilangan saudara saya di sini.”
Penunjuk perasaan turut melambai-lambaikan bendera Amerika Syarikat sambil ikut bersama menyanyi lagu “Born in the USA” yang dipopularkan oleh Bruce Springsteen. Lagu tersebut melatari semangat penunjuk perasaan dan ada setengahnya memberikan komen melalui tulisan Syariah menggunakan warna merah sebagai tanda berdarah dan mengundang banyak lagi keganasan.
Dalam jarak yang dipisahkan oleh dua batang jalan dari lokasi penunjuk perasaan yang menentang pembinaan Cordoba House, sekelompok yang menyokong pembangunan masjid bersuara lantang agar boleh menerima dan membela kebebasan beragama di samping memohon agar memberikan hak yang sama kepada semua imigran tanpa terhad kepada agama tertentu sahaja. Mereka iktu membawa poster yang tertera kata-kata “Hancurkan kefanatikan agama”, “fanatisme bukanlah Amerika”, dan “Tolak Islamophobia.”
Bagi Fesal Abdul Rauf, sejak menyuarakan cadangan tersebut telah menyebabkan rentak politik Amerika Syarikat menjadi sedikit kecoh apabila kelompok yang ingin memperoleh sokongan pengundi mula menggunakan sokongan Barrack Obama sebagai senjata bagi memenangi pilihan raya umum Konggres yang akan diadakan pada bulan November nanti. Nampaknya, bekas calon Naib Presiden dari Parti Republikan yang tewas pada tahun 2008, Sarah Palin semakin galak membangkitkan kemarahan penduduk New York terhadap Islam, dan Rudy Guliani, bekas Datuk Bandar New York yang pernah menguruskan tragedi tersebut nampaknya kian lantang beruara bagi menjatuhkan pengaruh Parti Demokrat. Walau bagaimanapun, Rudy Guliani nampaknya semakin kendur apabila beberapa minggu lalu anak perempuannya telah disabitkan kesalahan mencuri manakala kehidupan rumahtangganya semakin menghimpit kedudukan.
Ketika ini iman Fesal Abdul Rauf, seorang sufi yang menganjurkan persefahaman antara pelbagai agama masih dalam rangka lawatannya ke Timur Tengah. Beliau yang ditaja oleh Jabatan Luar Negara Amerika Syarikat sepanjang lawatan tersebut menyifatkan “ ia adalah satu kesan yang membanggakan kerana mendapat perhatian yang luar biasa. Ini merupakan harapan saya bahawa orang akan memahami dengan lebih banyak lagi “. Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh wartawan di kediaman Duta Besar Amerika Syarikat ke Teluk Parsi di Bahrain.
Jelaslah bahawa selagi Yahudi dan pelampau Kristian mempengaruhi politik Amerika Syarikat, selagi itulah apa sahaja ikon yang boleh dihubungkan dengan Islam tetap mendapat tentangan. Mereka seboleh-bolehnya tidak akan membenarkan ikon Islam berkembang dan pemimpin politik menjadi kuda pelejangnya yang paling kuat menentang Islam.
Islam sentiasa dilihat sebagai penghalang dan bakal menjadikan Barat hidup dalam keresahan termasuk pertambahan yang semakin cepat di kalangan penganut Islam dan keyakinan baru masyarakat dunia terhadap produk halal dan sistem kewangan Islam. Mereka akan terus menentangnya dengan pelbagai kaedah, kerana tidak mahu melihat sistem yang pernah wujud dan memberikan mereka kekayaan, hegemoni politik tumbang oleh satu kekuatan baru yang terbina atas keyakinan yang lain, keyakinan terhadap nilai-nilai keimanan dan kesejahteraan manusia sejagat.
Obama sebenarnya sudah nampak petunjuk tersebut, tetapi kerana Yahudi mempengaruhi setiap dasar dan kebijaksanaan politik Amerika Syarikat, mahu tidak mahu seorang presiden mesti tunduk kepadanya. Kuasa yang ada kepada seorang presiden Amerika Syarikat akan dijatuhkan oleh pelampau Yahudi atas kegagalannya untuk mengangkat kedudukan Yahudi sebagai bangsa yang terbaik dan terpilih untuk memerintah dunia. Itulah realitinya sebuah konsep: angsa pilihan Tuhan yang sentiasa dijadikan falsafah perjuangan pelampau Yahudi antarabangsa, sebahagian besarnya menguasai ekonomi Amerika Syarikat. Pembinaan masjid itu hanyalah satu helah, yang sebenarnya tujuan mereka ialah melenyapkan penganut Islam di Amerika Syarikat.





