Laman web ‘Rasulullah’ capai kunjungan 70 juta (dan 2 berita lain)

August 25, 2010 10:54 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Dengan menggunakan nama “Rasulullah”, satu laman web yang dibangunkan pada tahun 2008 bagi menghadapi perlawanan menghina Nabi Muhammad s.a.w oleh media Denmark, ia telah mendapat kunjungan luar biasa dari seluruh masyarakat secara globalnya.

Laman web yang menggunakan alamat  http://www.rasoulallah.net/, telah menjadi sebuah laman web yang popular dan dikunjungi oleh lebih 70 juta orang pengunjung sejak dilancarkan dua tahun lalu. Laman web tersebut menggunakan slogan “Wa Rafa’na Laka Dzikrak” dan menurut pengurusnya, Muhamad Ashur, “Kami membangunkan laman web ini bukan untuk menentang penghinaan, tetapi berusaha melawan dengan berhemah dan bijaksana, dan laman web kami bukan sebagai reaksi tindakan yang kekal dan keterlaluan.”

Muhamad Ashur berkata demikian ketika berdialog dalam satu program yang disiarkan oleh laman portal Aljazeera pada hari Ahad lalu (22/8/2010.)

Menurut pengurus laman web itu lagi, “Setelah kurang daripada dua tahun jumlah pengunjung telah mencapai  65 juta pengunjung. Laman web kami menerbitkan bahan secara online mengenai biografi Nabi Muhammad s.a.w dalam 11 bahasa. Kini kami sedang bersiap sedia untuk menerbitkan versi dalam bahasa Turki dan turut bercadang melancarkannnya dalam bahasa Parsi, Jepun dan lain-lain bahasa. Kami memerlukan sukarelawan bagi melakukan kerja-kerja terjemahan secara profesional.”

Laman web itu juga menduduki tangga teratas dalam satu pertandingan diadakan di seluruh Kuwait dan dianggap portal maklumat teknikal terbaik di seluruh negara Arab.

Portal itu dibangunkan secara sukarela dan setelah diumumkan kemunculannya, ia begitu cepat mendapat perhatian pengunjung dan dalam satu ketika terdapat lebih 30,000 pengunjung secara online serentak di seluruh dunia.

Bagi menampung perbelanjaan, sebahagiannya berdasarkan hasil iklan yang digunakan untuk membayar kerja-kerja penterjemahan. Terdapat juga sumbangan daripada pihak yang ingin melihat Islam sebagai agama yang penuh ketenangan dan kebijaksanaan.

Setakat ini, menurut Muhammad Ashur beliau terus mendapat sokongan moral dan pujian daripada ulama yang mempunyai kepakaran mengenai sejarah Rasullullah s.a.w. Mereka banyak membantu memperkemaskan fakta dan melengkapkan maklumat mengenai Nabi Muhammad s.a.w untuk disiarkan melalui laman web tersebut.

Presiden Afghanistan bantah askar swasta lantikan Amerika

Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menolak firma keselamatan yang dijangka akan dilanjutkan penggunaannya oleh Amerika Syarikat bagi membantu mengawal keselamatan negara tersebut sebagaimana dilakukan hal yang sama di Iraq.

Amerika Syarikat mula menggunakan firma keselamatan swasta bagi mengawali sebarang tindakan pejuang tempatan untuk mengusir pasukan penjajah dari terus menguasai negara mereka. Atas desakan mendapatkan keuntungan yang besar, firma keselamatan Blackwater yang bertanggungjawab ke atas Iraq telah melakukan kesilapan dengan membunuh penduduk awam dan menyembunyikan sebahagian data tersebut. Kesannya, firma keselamatan Balckwater itu telah menukarkan namanya menjadi XE bagi membantu memperoleh kontrak keselamatan yang lebih besar.

Presiden Hamid Karzai menyalahkan firma-firma keselamatan swasta (asing) yang beroperasi di negaranya sebagai dalang dalam maraknya rasuah di Afghanistan dan bekerjasama dengan kumpulan mafia yang memberi dana kepada Taliban. Itulah sebabnya Karzai memutuskan untuk melarang perusahaan jasa keamanan swasta yang kebanyakan menyewakan tentara bayaran, beroperasi di Afghanistan.

Menurut Hamid Karzai, pada akhir tahun ini pihak pengendali firma keselamatan di Afghanistan dijangka akan menamatkan misi dengan berkata, “Saya meminta kepada semua pembayar cukai di Amerika Syarikat supaya tidak membelanjakan wang yang mereka dapatkan secara bekerja keras digunakan untuk memberikan kesenangan kepada kelompok tertentu, yang bukan sahaja menimbulkan huru-hara bagi rakyat Afghanistan tetapi firma-firma keselamatan yang lain – Tuhanlah yang tahu – telah menjalin hubungan dengan kumpulan mafia dan kemungkinan turut membantu kelompok militan Taliban.”

Firma-firma keselamatan asing yang beroperasi di Afghanistan telah dibayar upah oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pihak Pentagon menyewa tentera dengan bayaran tertentu untuk menjaga kepentingan Amerika Syarikat walaupun amat jarang askar upahan itu dilibatkan sama dalam operasi ketenteraan.

Firma-firma keselamatan itu dikatakan mempunyai kaitan dengan bekas-bekas panglima dan pihak pengurusan tentera tertinggi Amerika Syarikat semasa pentadbiran Georgre W. Bush. Menurut sesetengah penganalisis, penggunaan firma keselamatan dalam menjaga kepentingan Amerika Syarikat di wilayah yang dicerobohnya sebagai langkah “membalas budi atas sokongan menaikkan Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-43 buat penggal kedua.”

Pentagon sudah menilai keputusan yang dibuat oleh Hamid Karzai yang berhasrat untuk mengusir tentera upahan dan menurut jurucakap Pentagon,  Bryan Whitman bahawa penarikan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, iaitu selaras dengan skala dan keperluan tertentu di Afghanistan.

Banyak pihak mula khuatir dengan penglibatan Amerika Syarikat dalam peperangan di Afghanistan apabila semakin banyak maklumat rahsia terdedah kepada umum, termasuk penggunaan askar upahan sebagai satu cara melonjakkan kekayaan pihak-pihak tertentu melalui dana kerajaan, khususnya wang pembayar cukai. Cara itu dikatakan mampu memberikan pendapatan yang berlipat ganda kepada pemimpin Amerika Syarikat selepas mereka bersara.

Menurut Whitman, “Setidak-tidaknya sampai ke suatu tahap di mana firma-firma keselamatan yang menyediakan khidmat tentera asing itu benar-benar tidak diperlukan lagi. Kami sedia memberikan kerjasama dengan kerajaan Afghanistan untuk mengurangi jumlahnya secara munasabah jika keamanan benar-benar dapat ditentukan.”

Ketika ini terdapat sejumlah 26,000 askar upahan yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menjaga kepentingannya di Afghanistan manakala menurut Hamid Karzai, pihak tentera upahan itu menetapkan struktur bayaran sejajar dengan tahap keamanan yang ada. Jika semakin kuat mendapat tentangan, maka bayarannya menjadi semakin mahal.

Menurut jangkaan sesetengah penganalisis, jumlah belanja peperangan di Afghanistan menjadi semakin besar dan melonjak tinggi setiap tahun disebabkan terpaksa membuat bayaran yang mahal kepada askar upahan dan firma keselamatan swasta. Tentunya, sebahagian besar wang tersebut disumbangkan kembali kepada tabung kempen politik dan sebagainya.

Menurut Karzai, petugas askar upahan menerima bayaran yang tinggi dan menyebabkan timbulnya rasa kurang senang dalam kalangan tentera dan polis Afghanistan yang berjumlah antara 40,000 hingga 50,000 orang.

“Anggota tentera upahan ridak boleh lagi berkeliaran di jalan-jalan atau pasar, kerana menjaga keselamatan adalah juga tanggungjawab kerajaan dan pasukan keselamatan Afghanistan,” sambut Hamid Karzai.

Mossad mungkin bunuh pakar sejarah holocaust Poland?

Seorang penulis terkenal Amerika Syarikat, JP Bellinger yakin adanya penglibatan pasukan perisikan Israel, Mossad dalam tragedi kematian yang melibatkan kematian tragis seorang ahli sejarah holocaust Poland.

Bekas profesor sejarah Universiti Opole, Dariusz Ratajczak ditemui mati dalam sebuah kereta yang diletakkan di sebuah kawasan berhampiran dengan sebuah pusat membeli belah pada 11 Jun 2010.

Berdasarkan hasil pemeriksaan dan laporan forensik telah menemukan beberapa bukti bahwa mayat bekas profesor itu berada dalam kereta berkenaan hampir selama dua minggu dan dalam keadaan busuk sebenarnya telah dipindahkan ke sebuah kereta sebaik sahaja beliau dilaporkan mati.

Menurut JP Bellinger, “setelah disiasat, sejumlah saksi memberikan penjelasan kepada polis bahawa kenderaan tersebut baru sahaja diletakkan di situ.

“Kematian  Profesor Ratajczak menurut sebahaguan anggota polis kerana bunuh diri, tetapi ramai lagi yang skeptis, kerana beberapa hari lalu adanya tangkapan terhadap seorang anggota Mossad yang beroperasi di Poland.

Agen Mossad yangd ditangkap itu dikenali sebagai Uri Brodsky, yang turut terlibat membantu membunuh tokoh Hamas dengan menggunakan passport palsu Jerman,. Penggunaan passport palsu oleh agen Mossad bukanlah sesuatu yang asing, malah Britain dan Australia turut mengambil tindakan dengan mengusir dutanya setelah kes pembunuhan Mahmud a-Mabhuh, seorang komandan kanan Hamas di sebuah hotel mewah di Dubai bulan Januari lalu terbongkar.

Menurut Bellinger, pembunuhan Ratajczak mungkin ada kaitan dengan tulisan bekas profesor itu yang diterbitkan pada bulan Mac 1999,. Buku tersebut berjudul Dangerous Topics, yang telah membongkar mengenai pembohongan peristiwa Holocaust yang terjadi di Poland oleh pihak Nazi ke atas kelompok Yahudi sebagaimana didakwa oleh mereka bagi mendapat simpati masyarakat antarabangsa.

Bagi Ratajczak, hasil penelitian selama bertahun memberikan gambaran bahawa adalah tidak mungkin pihak Nazi melakukan pembunuhan secara beramai-ramai (jutaan nyawa) dalam satu kepongan gas. Ini menyebabkan pihak Yahudi melemparkan kritikan pedas ke atas pendedahan tersebut.

Menurut Michael Sobelman, jurucakap Kedutaan Besar Israel di Poland,  menuduh Ratajczak anti-Semitisme dan melahirkan rasa  ”terkejut” kepada seseorang yang bekerja di sebuah universiti di Poland. Ratajczak percaya bahawa tuduhan anti-Semitisme itu menjadikan dirinya sebagai ancaman senjata yang brutal dan menyangkal kebebasan berfikir.

“Saya menghadirkan diri dalam sebuah kelompok ahli sejarah yang diberangus.  Hampir kesemuanyanya, dari 45 tahun sampai sekarang, jumlah orang Yahudi yang dibunuh di  Auschwitz-Birkenau turun daripada enam juta kepada kurang daripada sejuta orang. Sebagai data rasmi, memang jika seorang dari mereka terbunuh, maka hal ini akan menjadi tragedi. Tetapi bagaimana boleh beberapa orang ahli sejarah menanyakan jumlah sah korban Holocaust, dan yang lain kenapa tidak boleh?

Bagaimana boleh dikatakan bahawa beberapa orang dapat mengurangi enam juta menjadi kurang sejuta dan tidak ada hal yang buruk berlaku kepada mereka? Bagaimana mungkin apabila beberapa orang yang tidak dibenarkan membuat pemerikasan mengenai masalah ini dan mereka pula dipersalahkan? Ahli sejarah lain dibenarkan melakukan semuanya ini? Komen  Ratajczak.

Menurut Bellinger lagi, berita tersebut memang mempunyai kaitan dengan kematian Ratajczak dan telah mengejutkan beberapa kumpulan tradisionalis dan pertubuhan patriotik Poland. Mereka turut mempersoalkan,  ”Apakah dengan mempersoalkan holocaust atau menolak peristiwa holocaust dari nilai intrinsik lebih berharga dari kehidupan setiap manusia?”

Susunan MAHANOR SALEHA

Leave a Reply