Hubungan manusia dengan Maha Pencipta
Oleh ABUL HANZALAH
Orang yang bertakwa sentiasa mengetahui bahawa kitab Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w melalui perantara Malaikat Jibril merupakan roh hidayah dalam alam semesta ini dan yang telah merubah sejarah kemanusiaan.
Orang-orang bertakwa yang digambarkan di dalam al-Quran sentiasa mempunyai hubungan yang kukuh dengan pencipta-Nya. Panduan al-Quran merupakan perhubungan antara Allah dengan hamba-Nya.
Orang bertakwa menyedari bahawa al-Quran adalah kitab mulia sebagai petunjuk bagi seluruh umat Islam.
Di dalam al-Quran terhimpun asas kebaikan dan pedoman untuk membangun kehidupan serta keamanan di tanah air.
Allah s.wt berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (al-Israa: 9)
Orang yang beriman akan mengetahui bahawa al-Quran mempunyai peranan untuk manusia, baik untuk diri sendiri secara peribadi mahupun untuk masyarakat. Di samping itu, al-Quran adalah ubat yang hakiki bagi penyakit keresahan manusia.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan al-Quran menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang zalim kecuali kerugian.” (al-Israa: 82)
Orang-orang yang beriman sentiasa reda terhadap musibah yang ditimpakan Allah ke atasnya. Mereka akan mencari hikmah yang disyaratkan Allah di sebalik ujian itu.
Hakikatnya ialah Allah akan memilih makhluk-Nya yang Dia sayangi untuk diberi sesuatu ujian.
Bagi orang yang reda dengan ketentuan Allah, ketika cubaan datang menimpanya, maka ia akan menambahkan lagi ibadahnya kepada Allah s.w.t. Di samping itu, ia juga yakin bahawa Allah tidak sekali-kali mengharapkan keburukan daripada ujian yang diberikan ke atas makhluk-Nya.
Orang yang telah sampai ke tingkat reda ini dalah mereka yang sudah memiliki makrifat atau mengenal Allah dania sangat cinta dan rindu kepada Allah.
Orang yang beriman haruslah mengetahui dan yakin bahawa Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tidak akan memberi cubaan melainkan kita mampu mengharunginya.
Allah telah menjanjikan bahawa “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuatu dengan kesanggupannya.” (al-Baqarah: 286)
Selain itu, Allah juga memberi harapan kepada kita bahawa: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (al-Insyirah: 5)
Banyak sekali ayat yang terdapat di dalam al-Quran dalam kehidupan kita sehari-hari. Doa tersebut dapat kita gunakan, sesuai dengan keperluan kita. Doa tersebut ialah:
- Memohon kebahagiaan dunia dan akhirat: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan peliharalah kami daripada seksa api neraka.” (al-Baqarah: 201)
- Memohon keringanan daripada beban yang diberikan Allah: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan ke atas kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan ke atas orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan ke atas kami aqpa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami menghadapi kaum kafir.” (al-Baqarah: 286)
- Mohon agar terhindar daripada kesesatan: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi kurnia.” (Ali Imran:





