Dihukum penjara dua minggu hina Rasulullah s.a.w (dan 4 berita lain)

August 12, 2010 12:30 PM 0 comments

Share this Article

Author:

Seorang rakyat Singapura, Andrew Kiong Khen Kiat, 44, telah dijatuhkan hukuman penjada selama dua minggu atas kesalahan menghina agama lain.

Andrew Kiong Khen Kiat ditahan oleh pasukan keselamatan Singapura apabila  didapati menampalkan sebuah poster menghina Nabi Muhammad s.a.w pada cermin depan kereta milik sepasang suami isteri beragama Islam di kawasan letak kereta di sekitar apartment  mereka.

Berdasarkan laporan akhbar The Strait Times, kejadian tersebut berlaku pada 2 Februari 2009 dan mahkamah telah membuat keputusan mengenai kesalahan itu pada 30 Julai lalu.

Kejadian itu bermula apabila Halinah Barudin dan suaminya Haji Mohamad Dahar Dollah melihat sebuah poster yang menghina Rasulullah diletakkan di cermin depan kereta mereka. Bagi mendapatkan kesahihan pelakunya, pemilik kereta tersebut memohon pihak pengurusan apartment mereka menyiasat melalui rakaman kamera tertutup. Dari paparan tersebut. Identiti Andrew Kiong dikenalpasti dan pasangan tersebutnya akhirnya membuat laporan polis.

Di hadapan polis, semasa disoalsiasat, Andrew Kiong telah membuat pengkuan bahawa beliau mempunuai 16 keping poster yang membawa mesej menghina Nabi Muhamad dan menampalkan sebanyak 8 keping poster di cermin depan 8 kereta kepunyaan pasangan Islam. Poster selebihnya kemudian dibuang.

Andrew tidak menjangkakan bahawa perbuatannya itu telah dirakam oleh lensa kamera tertutup yang dipasang di sekitar kawasan meletakkan kenderaan dan walaupun proses perbicaraan tersebut mengambil masa yang lama, akhirnya beliau akur dengan keputusan yang menghantarkannya ke penjara selama dua minggu.

Insiden PM dibaling Kasut, 2 stesen TV Pakistan disekat

Dua buah stesen TV telah disekat operasinya apabila turut menyiarkan visual Presiden Asif Ali Zardari dibaling dengan kasut yang dalam satu lawatan ke Britain baru-baru ini.

Transmisi Geo News TV dan stesen TV ARY News telah disekat dan sesalinan rakaman tersebut telah dibakar bersama-sama beberapa akhbar harian Inggeris dan Urdu yang turut melaporkan insiden terbabit.

Hal sama sama turut berlaku di beberapa bahagian wilayah dan menurut seorang koresponden Press TV,  “Malam Sabtu lalu di Karachi, seorang pegawai dari pejabat Presiden Zardari telah menelefon pengendali-pengendali kabel TV dan mengarahkan mereka menyekat sebarang berita atau laporan yang dikeluarkan oleh perkhidmatan berita Geo News and ARY News di seluruh Pakistan.”

Jawatankuasa perlindungan untuk wartawan memohon agar Kerajaan Pakistan segera membatalkan arah tersebut bagi kepentingan umum untuk mendapatkan berita semasa.

Presiden Pakistan dilemparkan sepatu semasa menyampaikan cermahnya di Birmingham pada 25 Julai lalu semasa dalam rangka kunjungan ke Perancis dan Britain.

Lawatan tersebut mendapat kecaman menyeluruh dari rakyat Pakistan yang terpaksa hidup dalam buangan dan tinggal di dalam perahu—perahu terapung. Masyarakat umum mengutuk tindakan Presiden yang meninggalkan negara walaupun Pakistan sedang dilanda banjir yang terburuk sejak sekian lama. Malah ada pihak menggambarkan banjir terburuk itu adalah lebih hebat daripada tsunami 2004.

Sebagai langkah mempertahankan tindakan presiden tersebut, akhbar  Sunday Telegraph memetik kata-kata Perdana Menteri bahwa “lawatan tersebut telah dirancang beberapa bulan lalu, dan  saya datang ke luar negeri telah menarik perhatian lebih kepada mereka agar mau membantu Pakistan.”

Anak Lelaki Presiden Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari tetap menyokong keputusan ayahnya utnuk melakukan lawatan tersebut kerana ianya mampu meraih sokongan  negara-negara tersebut bagi memperoleh sokongan kewangan membangu mangsa banjir.

CIA cadang guna wanita Afghanistan sebagai perisik

Kerana bimbangkan lebih banyak negara-negara Eropah yang berada dalam pakatan tentera NATO mengambil keputusan menarik diri daripada terlibat dalam peperangan lebih panjang di Afghanistan, Badan Perisikan Pusat (CIA) bercadang untuk merekrut wanita Afghanistan sebagai agen propaganda sebagai langkah memujuk.

Menurut analisis dokumen ketententeraan yang telah dikeluarkan oleh Wikileads,  ”Wanita Afghanistan boleh berfungsi sebagai utusan yang terbaik dalam misi kemanusiaan, terutama di Perancis.”

Pandangan bahawa kemasukan wanita Afghanistan akan menimbulkan masalah tertentu hanya boleh dilihat sebagau “harapan untuk masa depan, dan ketakutan mereka akan memberikan kemenangan kepada Taliban.” Walau bagaimanapun, pihak CIA enggan mengesah atau menolak mengenai kedudukan dokumen itu sama ada seacara asli atau tidak.

Laporan tersebut dikatakan telah disusun oleh seorang pakar risikan dalam hal ehwal komunikasi strategik dan analisis jabatan luar negeri bahawa Eropah berpendapat peperangan semakin meletihkan dan dengan itu boleh dikalahkan dengan begitu mudah.  Ini adalah berkaitan dengan jatuhnya kerajaan Belanda baru-baru ini.

“Perbahasan sebelumnya membuktikan bahawa  jumlah korban di Perancis atau Jerman atau korban awam Afghanistan boleh menjadi pusingan yang besar dalam usaha pihak lawan melakukan serangan ataupun konversi perlawanan  pasif menjadi aktif sehingga menyebabkan penarikan segera jumlah tentera,” katanya.

Pendekatan seperti itu sebenarnya berpotensi membahayakan warga sivil Afghanistan jika pasukan NATO yang dipimpin dikalahkan oleh rasa bersalah kerana meninggalkan negara tersebut.

“Prospek Taliban untuk menang perang dan mengawal pendidikan anak-anak perempuan memancing kemarahan masyarakat Perancis, dan menjadi bahan kritikan sebahagian besar masyarakat Perancis yang secular dan sebagai menyokong tujuan mulia dan diperlukan dengan sedikit pengorbanan.”

Laporan itu juga turut membayangkan bahawa jika hasrat dan cadangan tersebut dilaksanakan, popularity Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dijangka mempunyai kedudukan yang lebih baik, kerana anggota NATO akan bertahan lebih lama dalam misi perang di Afghanistan.

Hakim Australia samakan bangsa Arab dengan Negro padang pasir

Seorang hakim di Australia menyatakan bahawa menggunakan istilah “Nigger” (negro/hitam) atau “Sandnigger” (nigger padang pasir) sama sekali tidak akan menyinggung perasaan seseorang kerana istilah tersebut merupakan suatu istilah yang wajar.

Menurut Michael O’Driscoll, hakim di Queensland yang membuat keputusan tersebut ketika sedang berusaha menolak satu kes yang dialami oleh seorang pesara Gold Coast. Pesara tersebut didakwa kerana menghantar faksimili yang mengecam tindakan seorang anggota polis tempatan.

Berdasarkan Gold Coast Bulletin, seorang pekerja kepada Broadwater, Peta-Kaye Croft  memberitahun polis bahawa dia telah menerima sebuah dokumen dari Mulheron Denis, 62 tahun yang berasal dari Labrador, pada tanggal 30 Juni tahun lalu.

Seorang perempuan yang berusia 28, Christie Turner memberitahu Southport Magistrates Court bahwa dia amat tersinggung ketika dia membaca faks satu halaman yang meminta Partai Buruh untuk memperketatkan  hukum pesalah imigresyen yang dilakukan oleh “Nigger” dan “Sandnigger teroris” dan perempuan Muslimah yang disunat.

Faks itu juga menyebut masyarakat pribumi Australia dengan istilah ‘Abos.’

Mulheron mengatakan kepada pengadilan, ia yakin bahwa ia menggunakan ‘bahasa Inggeris sehari-hari’ di faks.

Beliau turut mengakui bahawa  ia dibesarkan dengan istilah slang untuk orang Arab dan Afrika yang berkulit hitam dan ia tidak yakin bahwa bahasa itu bersifat terbuka.

“Saya bukan anggota kafe, chardonnay dan sosialis … Bagi saya itu hanya bahasa sehari-hari,” katanya.

Sedangkan Turner berpendapat kata-kata Mulheron itu sangat terbuka dan bakal menimbulkan masalah negatif.

“Ada cara yang tepat untuk mengekspresikan pendapat tentang dasar kemasukan rakyat asing dan ini bukan salah satunya,” katanya.

Mulheron didakwa dengan menggunakan layanan mesin fax, ia tutur mengancam, mengecam atau menyinggung perasaan, suatu pelanggaran yang dapat dikenakan  hukuman maksimum tiga tahun penjara.

Setelah pertimbangan panjang, Hakim O’Driscoll memutuskan bahwa kata-kata Mulheron itu tidak cukup untuk menjalankan tindakan menghukum.

“Kata-kata yang digunakannya sangat kasar, tidak menarik dan langsung, tetapi tidak menyinggung,” kata O’Driscoll.

Tapi ia menjelaskan bahwa pengadilan sama sekali tidak memaafkan komentar Mulheron tersebut.

Gabenor New York tawarkan bantuan jika Masjid Ground Zero mahu pindah

Kontroversi membina pusat aktiviti serta menempatkan sebuah masjid di atas sebidang tanah dalam rangka pembangunan semula lokasi serangan 11 September telah menyebabkan kumpulan pelampau Yahudi yang turut disokong oleh bekas calon naib presiden, Sarah Palin telah menyebabkan gabenor New York menjadi serba salah.

Gabenor New York,  David Paterson pada 10 Ogos lalu menawarkan cadangan baru bagi menyelesaikan desakan kumpulan pelampau Yahudi yang tidak mahukan pembangunan masjid dilaksanakan dekat dengan tapak lokasi tragedi 9/11 yang dikenali sebagai Ground Zero.

Sebagai seorang Demokrat, Paterson mengatakan beliau sebenarnya tidak menentang projek terbabit tetapi mengingatkan bahawa masih banyak sikap yang berlawanan mengenai idea pembinaan tersebut.

Bagi menyelesaikan kontroversi itu, Paterson bersedia untuk menjadi orang tengah dan mencari lokasi baru yang lebih sesuai bagi tujuan pembangunan masjid dan pusat aktiviti Islam bagi kegunaan masyarakat New York.

“Saya rasa agak jelas bahwa pusat pembangunan di situ memenuhi semua syarat, tetapi dalam hal itu ia akan terus menimbulkan kegelisahan di antara warga New York dan orang di mana-mana, dan saya fikir mereka mempunyai alasan terbaik untuk itu,” ujar Paterson dalam suatu sidang media  di Manhattan.

Datuk Bandar New York,  Michael Bloomberg pada bulan lalu  memberikan sokongan penuh kepada pembangunan projek tersbut dan katanya: “Saya sangat sensitif terhadap keinginan mereka yang terus berdegil untuk menentang  pembangunan dan memaksanya dipindahkan ke tempat lain, ” kata Paterson.

Paterson berharap Jawatankuasa Umum Perkhidmatan Negara yang harus menandatangani projek dengan Cordoba Intiative perlu meneliti semula kedudukan keputusan tersebut dengan mengkaji kedudukannya dari aspek undnag-undang dan bukan pertimbangan politik semata-mata.

Menurut Paterson: “kita benar-benar masih bersedih mengenai insiden 11 September dan masih ada perasaan yang berkait dengan tragedi berdarah itu dan lokasi pembangunan masjid hanya dalam jarak beberapa blok dari tempat di mana hampir 3,000 orang terkorban.”

Susunan MAHANOR SALEHA

Leave a Reply