11 September Hari Bakar al-Quran dikecam oleh kumpulan gereja Evangelis (dan 6 berita lain)

August 3, 2010 4:16 PM 1 comment

Share this Article

Author:

Cadangan sebuah gereja di Florida untuk menjadikan hari ulangtahun ke-9 runtuhnya World Trade Center yang akan diadakan pada 11 September 2010 sebagai hari membakar al-Quran.

Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah melancarkan kempen dengan menggunakan slogan “Everybody Burn Quran Day” sebagai langkah memperingati mangsa tragedi 9/11 yang dikaitkan dengan sikap ganas kumpulan pelampau Islam dan kaitannya dengan usaha untuk membina sebuah pusat Islam dan masjid di sebuah tapak di situ yang telah dibeli oleh sebuah organisasi Islam Amerika Syarikat.

Wakil Persidangan Kepimpinan Kebangsaan Hispanik Kristian, Angel Nunez mengecam seruan yang dibuat oleh  Dove World Outreach Center dan menyifatkannya sebagai “sesuatu yang memalukan” sebagaimana dilaporkan dalam majalah Christian Today, sebuah penerbitan Kristian Injili.

Menurut Nunez, “Jika saya ingin menyampaikan seruan kepada seorang Muslim agar mempercayai Kristian, saya tidak akan melakukannya dengan membakar al-Quran di depan umum dan memprovokasi mereka kerana akan menyebabkan mereka akan membenci kita. Senjata terbesar seorang Kristian ialah dengan memiliki perasaan kasih sayang.”

Persatuan Evangelis Kebangsaan (NAE) juga mengeluarkan kenyataan agar Dover World Outreach membatalkan cadangan untuk memperingati tragedi 9/11 dengan membakar al-Quran.

“Cadangan yang diumumkan oleh kelompok gereja di Florida itu baru-baru ini untuk membakar al-Quran pada 11 September benar-benar menggambarkan rasa tidak hormat ke atas tetangga Muslim dan ini akan memburukkan lagi ketegangan antara Kristian dan Muslim di seluruh dunia,” kata jurucakap NAE.

Paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida,  Terry Jones menjelaskan kepada CNN awal bulan ini bahawa “Islam adalah syaitan,  agama Islam telah menyebabkan jutaan orang memasuki neraka dan agama Islam adalah agama yang menipu, agama kekerasan. Ini sudah dibuktikan beberapa kali.”

Terry Jones turut menulis sebuah buku yang berjudul Islam is of the Devil, manakala pihak gereja turut menjual mug dan t-shirt yang menampilkan mesej tajuk buku tersebut sebagai usaha mempromosikan pelabelan Islam sebagai syaitan. Bagi menyebarkan mesej tersebut, pihak gereja turut melancarkan kempen melalui Youtube.

Dalam satu postingnya di Youtube, Jones menjelaskan “maksud saya bertanya kepada diri sendiri, apakah Anda pernah benar-benar melihat seorang Muslim sangat bahagia? Ketika mereka sedang berjalan di Mekah? Ketika mereka berkumpul beramai-ramai di dalam masjid? Apakah itu jelas menunjukkan seperti agama yang benar-benar bahagia?Tidak, bagi saya, agama ini jelas seperti agama syaitan.”

Menurut Presiden NAE, Leith Anderson “sebagaimana cadangan membakar al-Quran sebenarnya lebih bersumberkan balas dendam. Namun, al-Kitab tetap memberikan sikap bahawa orang Kristian harus memastikan bahawa  tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk menebus kesalahan tersebut. Kita harus sentiasa berusaha menunjukkan sikap baik satu sama lain dan untuk orang lain.”

“Kita mestilah sedar bahawa memerangi api dengan api akan menjadikan api semakin besar,”  kata Joel Hunter, seorang paderi kanan di Northland, yang mempunyai rangkaian gereja hingga ke Orlando, Florida dan turut menjadi anggota dalam jawatankuasa NAE, “cinta adalah air yang akhirnya akan memadamkan kebakaran.”

Tentera Amerika Syarikat gentar kebocoran maklumat perang sebaran portal Wikileaks

Pejabat tertinggi tentera Amerika Syarikat menyifatkan keadaan sekarang menjadi semakin kritikal apabila masyarakat mengetahui dengan terperinci dan jelas mengenai maklumat rahsia tentang peperangan di Afghanistan yang disebarkan oleh portal Wikileads.

Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates dan Ketua Staf Gabungan, Laksamana Mike Mullen melaporkan bahawa kebimbangan mereka tentang kerusakan yang lebih besar akan berlaku kesan dari kebocoran maklumat rahsia perang Afghanistan.

Dalam satu wawancara yang disiarkan oleh ABC News, Robert Gates berkata, “sikap saya ini adalah bahawa ada dua buah wilayah yang boleh dilihat salah. Salah satunya ialah kesalahan undang-undang dan terserah kepada Jabatan Kehakiman untuk menentukannya. Selebihnya, ia bukanlah merupakan bidang kuasa saya. Tapi ada juga kesalahan moral. Dan, di situlah saya berfikir mengenai keputusan bersalah di atas apa yang dilakukan oleh Wikileads. Mereka telah meletakkan dokumen rahsia keluar tanpa sebarang alasan dan tidak melihat kesannya.”

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Laksamana Mike Mullen. Menurut Mullen, beberapa sumber dapat berada di daftar sasaran sekarang akibat dari kebocoran maklumat rahsia tentera Amerika Syarikat.

“Potensi untuk biaya yang harus dikeluarkan saya pikir sangat signifikan,” kata Mullen dalam satu temubual oleh stesen TV NBC,  ”Meet the Press”. Menurut beliau, pendedahan maklumat rahsia akan menyebabkan orang dan operasi tentera berada dalam suasana risiko dan mempengaruhi hasil akhir operasi terbabit.

Bulan lalu, portal Wikileads yang merupakan whistleblower online mendedahkan banyak maklumat rahsia yang terdapat dalam puluhan ribu dokumen Perang Afghanistan. Dokumen tersebut meliputi percanggahan maklumat mengenai laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak tentera dari tahun 2004 hingga 2009 dengan apa yang dikeluarkan oleh Rumah Putih untuk pengetahuan umum.

Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, seorang warganegara Australia menjelaskan pendedahan dokumen rahsia itu sebagai satu pembohongan besar dalam sejarah ketenteraan Amerika Syarikat berhubung dengan laporan perang dan kematian di pihak awam.

Ekoran pendedahan tersebut, Assange masih belum pulang ke Amerika Syarikat kerana takutkan kedudukan nyawanya akan menjadi ancaman bunuh. Beliau kini diberitakan masih berada di London dan dalam kenyataannya kepada wartawan bahawa terdapat 15,000 file yang sedang diselidiki oleh pihaknya.

Berdasarkan dokumen rahsia tersebut, Assange tetap berkyakinan bahawa ribuan serangan tentera Amerika Syarikat di Afghanistan akan terbongkar secara jelas dan masyarakat dapat menilai bukti kejahatan tentera sepanjang penglibatannya dalam perang di Afghanistan.

Saluran TV ‘fatwa’ bermula menjelang Ramadan

Sepanjang bulan Ramadan ini, saluran TV satelit Islam Al-Dalil akan ke udara dengan memuatkan perkhidmatan terbaru dalam prorgamnya termasuk menyalurkan fatwa setiap jam bagi membolehkan umat Islam mengetahuinya dengan lebih jelas.

TV Al-Dalil - diselia oleh seorang ulama terkemuka Saudi, Syaikh Salman al-Audah – mengeluarkan kenyataan bahawa persiapan peringkat akhir untuk melancarkan program berupa Fatwa agama sedang dipergiatkan dan dijangka akan disiarkan pada hari pertama bulan Ramadhan, yang dijangka akan jatuh pada  11 Ogos nanti.

Program baru yang mengambil masa siaran selama 10 minit itu akan disiarkan setiap jam. Setiap episodnya akan disiarkan secara langsung dan akan menampilkan jawapan daripada soalan-soalan yang terima melalui sms, telefon dan seorang selebriti akan diundang untuk menyampaikan jawapan tersebut.

Program baru itu bertujuan menawarkan perkhidmatan yang cepat kepada umat Islam yang sering meminta fatwa agama berhubung sesuatu masalah dan permintaan sedemikian menjadi semakin meningkat pada bulan Ramadhan.

“Di bulan Ramadan, umat Islam mempunyai beberapa persoalan misalnya sebab-sebab puasa terbatal, bila waktu berbuka, keadaan bagaimana diperbolehkan membuka puasa dan sebagainya,” kata Abdul Rahman Qaid, ketua bahagian Urusan Ilmiah TV Al-Dalil, dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 1 Ogos lalu.

Menurut Qaid, fatwa akan disiarkan setiap jam dan “Kami merasa ini adalah tanggungjawab kami untuk memberikan jawapan yang jelas mengenai perkara-perkara yang kadangkala diambil mudah bagi kebanyakan orang Islam dan ia memerlukan tindakan segera.”

Walau bagaiamanapun, Qaid enggan mendedahkan selebriti yang diundang bagi membaca setiap jawapan yang bakal disiarkan, tetapi mereka sebenarnya merupakan seorang yang mempunyai reputasi baik dan jawapan itu dibuat oleh ulama yang dapat dipercaya, di mana ia mencakupi tafsiran rasional, pengetahuan luas dan petah bercakap.

Isu-isu yang ditangani dalam program fatwa itu bakal menjadi sumber perbincangan hangat dan tidak kurang juga akan menimbulkan penentangan dalam kalangan mereka yang tidak setuju dengan jawapan yang bakal disiarkan.

Portal  Al-Fiqh al-Islami (Fikih Islam) telah mengepos laporan terperinci mengenai fatwa satelit yang dikeluarkan pada suku pertama tahun Hijrah ini dan sedar akan kemunculan fenomena tersebut.

Berdasarkan laporan tersebut, program daripada 11 channel TV satelit Saudi dan Arab yang diterima di 244 episod memuatkan  lebih 5,000 pertanyaan daripada 17 negara yang berbeza, iaitu dari Arab Saudi, Mesir, Qatar, Libya, dan Maroko sebagai yang paling banyak melontarkan pertanyaan.  Umat Islam yang tinggal di Eropah turut mengemukakan soalan dan menurut laporan tersebut sebahagian besarnya adalah penduduk Austria, Britain, Jerman, Belgium  dan Perancis.

Empat banduan keturunan Cina peluk Islam di penjara Dubai

Empat banduan rakyat keturunan Cina yang ditahan di penjara Dubai akhirnya menemui jalan kebenaran dengan melafazkan kalimah syahadah di depan seorang ulamak, Syeikh Saud Aziz Rahman dan disaksikan oleh Major Abdullah Yakub, pengarah pendidikan dan latihan tahanan hujung minggu lalu.

Keempat-empat mereka memberitahu akhbar al-Khalij bahawa keputusan untuk memeluk Islam dicapai setelah melihat cara hidup umat Islam yang banyak dipengaruhi oleh ayat-ayat al-Quran dan layan yang adil terhadap mereka sepanjang menjalani hukuman penjara.

Akhbar itu turut memberikan bukti bahasa pilihan mereka itu kerana tertarik kerana melihat kebenaran ajaran Islam yang diperolehnya melalui bacaan, mendengar kaset audio dan sering mendengar syarahan oleh seorang pendakwah keturunan Cina, Ishak Tan. Penjara Dubai memberikan kebenaran kepada banduan untuk membaca di perpustakan penjara yang disediakan oleh kerajaan.

Rakyat Pakistan Anggap Amerika Syarikat sebagai musuh

Rakyat Pakistan terus membenci Amerika Syarikat malah menganggap negara kuasa besar sebagai musuhnya kerana bersubahat dengan Israel.

Sikap Amerika Syarikat yang cuba masuk campur dalam urusan politik Pakisten melalui pakej bantuan kewangan setiap tahun dengan memberikan alasan “melawan terrorisme” dan membendung kemaraan al-Qaeda sedikitpun tidak menjejaskan pandangan umum yang sudahpun negatif, demikian menurut hasil kajian pendapat yang dikeluarkan oleh Pew Research International pada akhir bulan lalu.

Dapatan tinjauan tersebut menjelaskan bahawa rakyat Pakistan semakin kurang takut dengan ancaman ekstremis dan ini mungkin ada kaitan dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan operasi ketenteraan bagi menghapuskan keganasan sejak awal tahun lalu.

Walau bagaimanapun kebanyakan rakyat Pakistan turut ingin meningkatkan hubungan dengan Amerika Syarikat manakala sebahagian lagi melihat wajah Amerika Syarikat penuh curiga. Sokongan terhadap keinginan Amerika Syarikat untu menghaouskan pengganas menjadi semakin menipis dan hampir dua pertiga mendesak agar negara kuasa besar itu keluar dari Afghanistan.

Berdasarkan data yang dikumpulkan, imej  Amerika Syarikat di Pakistan telah melonjak turun hingga ke paras terendah di antara 22 buah negara yang diteliti oleh Pew Global Attitudes Survey 2010. Tinjauan ini melibatkan lebih  2.000 rakyat Pakistan dan dilakukan pada 13 hingga 28 April lalu.

Lima puluh sembilan peratus responden melihat Amerika Syarikat sebagai musuh manakala 17 peratus sebagai menguntungkan dan 11 peratus melihat sebagai rakan yang baik.

Dari sejumlah 2000 respoden hanya lapan peratus menilai Obama melakukan perkara yang benar manakala 20 peratus menganggapnya sebagai sesuatu yang menguntungkan Pakistan. Manakala kedudukan Presiden Asif Ali Zardari dari 64 peratus bendaing dua tahun lalu.

Sebhagian besar rakyat Pakistan menentang penglibatan Amerika Syarikat di Afghanistan dimana 65 peratus menilai bahawa pasukan tentera Amerika Syarikat dan NATO harus menarik diri secepat mungkin. Mereka kurang yakin dengan dakwaan bahawa Taliban dan akl-Qaeda merupakan ancaman serius.

Sekitar 25 peratus yang menilai Pakistan akan mengalami suasana yang buruk jika Taliban kembali berkuasa di Afghanistan sementara 18 peratus berfikir di sebaliknya dam 57 peratus mengatakan ia bukanlah satu perkara yang besar.

1, 464 orang terima rawatan panas melampau di Tokyo

Keadaan iklim panas yang melampau telah menyebabkan 1,464 orang dimasukkan ke hospital berbanding 359 orang pada tahun lalu.

Menurut Jabatan Bomba Tokyo, “jumlah tersebut adalah begitu tinggi mungkin disebabkan oleh kenaikan suhu melebih 35 darjah Celsius beberapa hari lalu selepas tamatnya musim hujan.”

Musim hujan telah berakhir pada 17 Julai lalu, manakala suhu paling tinggi sepanjang Julai ialah 30 darjah dan berlarutan hingga selama 22 hari. Kesan dari cuaca panas tersebut, 745 orang dilaporkan dirawat di hospital sejak 21 Julai lalu.

Akibat perubahan cuaca melampau itu, Narima Ward, seorang warga emas berumur 91 tahun telah meninggal di rumanya di Tokyo dan 127 orang lagi dalam keadaan kritikal.

Keturunan Yahudi aktif niaga sekuriti

Orang Yahudi sama ada yang menetap di Indonesia, Singapura ataupun Malaysia merupakan mereka yang amat aktif dalam perniagaan walaupun secara jelasnya bilangan mereka adalah terlalu kecil.

Darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh mereka amat sukar untuk dikesan, terutama dalam senarai rakyat Indonesia, demikian menurut Theo Kamsma yang melakukan penyelidikan bagi melengkapkan disertasinya mengenai orang Yahudi di kawasan nusantara.

“Dalam kajian  saya, adalah jelas jika dilihat dari segi jumlahnya di Indonesia, orang Yahudi tidak kelihatan dalam kehidupan sehari-hari. Kita harus melihat mereka dalam hubungan dengan Singapura, di sana ada dua synagoga, rumah ibadah agama Yahudi. Itu menggambarkan jumlah masyarakat Yahudi cukup besar.”kata Khamsa sebagaimana dilaporkan oleh Radio Netherland (30/7/2010)

Di Singapura, orang Yahudi sangat aktif berniaga dan dari sanalah mereka memperluaskan perniagaan ke Indonesia dan Malaysia.  Mereka menjadikan Singapura sebagai pintu masuk ke Indonesia dan Malaysia. Singapura amat toleran dengan orang Yahudi.

Singapura pernah menggunakan khidmat Chaim Herzog akhir tahun 1960-an sebagai penasihat ketenteraan bagi membangunan ketumbukan tentera Singapura sebaik sahaja keluar dari Malaysia. Hasil dari percubaan itu, Singapura kini telah muncul sebagai sebuah Negara yang mampu menyerang sesiapa sahaja dan mempunyai senjata perang yang terlengkap di rantau Asia Tenggara.

Singapura juga telah terlepas dari diaspora “kongkongan Melayu” kerana kedudukannya terhimpit antara Malaysia dan Indonesia. Kini Singapura telah menjadi pengkalan utama kemasukan pedagang Yahudi ke Negara-negara ASEAN atas semangat setiakawan dan kewilayahan.

Kebanyakan keturunan Yahudi aktif berurusniaga di pasaran saham dan banyak melibatkan diri dalam urusan tukaran mata wang dan sekuriti.

Susunan MAHANOR SALEHA

Leave a Reply