Syeikh al-Azhar tetap enggan bersalaman dengan Perdana Menteri Israel (dan 5 berita lain)

July 14, 2010 11:12 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Syeikh al-Azhar, Dr. Ahmad AT-Tayyibb, Syaikhul Azhar mengajak rakyat Palestin supaya menggunakan haknya yang sah melawan rejim Zionis Israel bagi mendapatkan kembali hak tersebut yang telah dirampas.

Dalam satu temu ramah yang di siarkan oleh akhbar Al-Ahram, Syeikh al-Azhar itu menyatakan “apa yang harus diketahui oleh orang-orang Arab dan Palestin ialah bahawa Israel tidak akan memberikan hak-hak tersebut di dalam piring perak atau tembaga atau sekeping kertas.”

Menurut Syeikh At-Tayyib lagi, “siapapun yang mengharapkan  Israel akan mengembalikan hak rakyat Palestin  sebenarnya sedang bermimpi, dan rakyat Palestin harus bersatu membela hak undang-undang dan  menggunakan hak sah mereka untuk menentang penduduk Yahudi,  termasuk rejim Zionis Israel.”

Rakyat Palestin perlu melumpuhkan kekuatan penduduk Yahudi dan melemahkan keupayaan tentera penjajah, bagi mebolehkan meraka mendapat kembali haknya yang telah dirampas.

Menjawab soalan yang lain, Syeikh al-Azhar itu tetap tidak akan bertemu dan bersalaman dengan rabbo Israel dan Perdana Menteri, Shimon Peres.

Jika bertemu secara kebetulan, seperti pernah dialami oleh bekas Syeikh al-Azhar, Dr. Muhamad Tantawi, beliau menjelaskan: “Saya tidak boleh bertemu dengan para rabbi yahudi dan saya tidak boleh bersalaman dengan Peres.”

Tambahnya “saya tidak akan diketemukan  dengan dia (Peres) di satu tempat, saya tidak menerima bagaimana Syeikh Dr. Muhamad Tantawi boleh bersalaman  dengan Peres.”

“Bukan disebabkan beliau seorang Yahudi saya tidak mahu bersalaman, Perse adalah salah seorang yang merancang seacara jelas melakukan serangan ke atas rakyat Palestin dan menjajah Juresalem yang merupakan tempat suci bagi umat Islam.”

Tambahnya lagi, “jika saya bersalaman dengan Peres, Peres akan memperoleh keuntungan karena seorang tokoh Al Azhar sudi bersalaman dan dengan bersalaman itu secara tidak langsung membuktikan bahawa al-Azhar menerima kebiasaan hubungan yang tidak direstui itu.”

 

Muslim Britain kecam undang-undang anti Islam Eropah

Muslim Britain terutamanya di Cardiff keluar berdemontrasi menentang undang-undang anti Islam yang diputuskan oleh masyarakat Eropah yang mula meluas diluluskan termasuk mengharamkan pakaian burqa, niqab dan menggunakan kubah dalam pembinaan masjid.

Tunjuk perasaan yang dilancarkan pada hari Sabtu lalu (10 Julai 2010) dengan jelas menampakkan “serangan ideologi” terhadap Islam.

Menurut Yaffir Abu Muhamad, penyelaras demontrasi tersebut “umat Islam melahirkan rasa khuatir mengenai kecenderungan peraturan yang mengehadkan kebebasan masyarakat Islam di Eropah.”

“Di mana pun seorang Muslim berada dirinya akan merasa disakiti,  dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan pembelaan terhadapnya ,” kata Yaffir kerana “undang-undang yang dicadangkan itu adalah berbentuk penindasan dan kami akan tetap beranggapan sedemikian. Ini bukan hanya mengenai perempuan Islam yang menutupi wajah mereka. Ia merupakan serangan ideologi terhadap Islam dan umat Islam.”

Belgium, Perancis, Sepanyol, Kanada, Switzerland dan Britain telah memperkenalkan atau sedang berusaha menggubal undang-undang yang berkaitan dengan mengharamkan sebarang bentuk yang berhubungan dengan Islam.

Tunjuk perasaan tersebut diselenggarakan oleh  Ummah of Muhammad. Bagi Yaffir, “ianya mencerminkan masyarakat yang terbelah platform, terbahagi ide dan bertukar pandangan.”

“Kami akan menggunakan undang-undang kebebasan bersuara untuk manyatakan pendapat dan menentang sikap double standard tersebut, ” katanya.

Pada tahun lepas, Switzerland mengadakan pungutan suara terhadap pembinaan kubah ke atas masjid-masjid dan seterusnya pungutan suara tersebut menyebabkan satu peraturan mengharamkannya manakala Perancis membuat perbincangan terbuka larangan pemekaian niqab oleh wanita Islam.

Dalam tinjauan pendapat di Switzerland, 57. 5 peratus menentang pembinaan kubah masjid dan Parlimen Perancis berbahas mengenai larangan pemakaian niqab sehingga menjadikan pakaian tersebut diharamkan di tempat-tempat awam.

Parlimen rendah Belgium pula membuat keputusan untuk membentangkan undang-undang melarang wanita Islam memakai jilbab di tempat-tempat awam awal tahun ini. Di Barcelona, ibu kota Sepanyol merupakan bandar besar pertama yang melarang pemakaian jilbab di dalam kawasan awam.

 

Hasil kajian: Ramai tentera Australia ketagih dadah di Afghanistan

Amerika Syarikat dijangka akan menghadapi masalah terhadap askar-askar yang dipimpinnya di Irak dan Afghanistan apabila semakin ramai tentera Australia menghadapi masalah ketagihan dadah.

Ketagihan dadah dalam kumpulan tentera Australia semakin membimbangkan atas alasan kekurangan peralatan perang, maka mereka mempunyai masa terluang untuk mengambil bahan terlarang itu.

Satu kajian terhadap barisan hadapan ketenteraan telah dilaporkan dalam akhbar The Australia dengan sorotan meluas terhadap trauma tersembunyi dari kehidupan para tentera yang sedang melaksanakan misi perang di Irak dan Afghanistan.

Sebagai sebahagian dari kajian kesehatan bernilai US$12 juta yang dibiayai oleh kerajaan Australia membuktikan bahawa  semakin ramai tentera negara tersebut di Afghanistan dan yang bertugas  di Irak sehingga 28 Juli 2009 menderita ketagihan narkotik dan mengalami tekanan yang berpunca dari operasi ketenteraan yang berpanjangan dan penuh cemas.

Menurut The Australia, transkrip dari pengambilan  obat bagi 120 orang tentara dan bekas tentara dari dua peperangan di Irak – pada awal 1990-an – dan perang di Afghanistan mendapati bahwa juruterbang  pesawat tempur Australia ketagihan Stilnox dan lain-lain ubat yang diharamkan.

Stilnox (zolpidem) adalah obat yang digunakan untuk meredakan insomnia dan gangguan fikiran dikatakan amat berkesan dalam jangka pendek. Hasil kajian tersebut juga mendapati bahawa ada penglibatan pihak tentera dalam aktiviti perdagangan haram termasuk pemerdagangan wanita untuk seks.

Walau bagaimanapun pihak  Angkatan Pertahanan Australia menafikan dapatan kajian tersebut dan menjelaskan bahawa sebahagian besar masalah terbabit telah dibincangkan dan sebahagiannya telah dapat diselesaikan.

Kajian itu dilakukan setelah sebulan selepas seorang tentera muda Australia maut akibat mengambil dadah melebih dos.

Sidang Hizbut Tahir batal, hotel enggan menerimanya

Sebuah organisasi Islam yang dianggap kontroverso terpaksa membatalkan persidangan tahunannya di Amerika Syarikat setelah pihak pengurusan hotel di Chicago membatalkan tempahan yang dibuat sebelumnya.

Hizbut Tahir Amerika Syarikat pada mulanya dijangka akan mengadakan persidangan tahunan pada hari minggu lalu (11 Julai 2010) di Hotel Marriot di Oak Brooks, Chicago. Walau bagaimanapun, menurut salah seorang jurucakapnya, Ayman Hamid ia terpaksa dibatalkan apabila pihak pengurusan hotel mengembalikan wang cagaran tempahan dua minggu sebelum persidangan itu dijangka berlangsung.

Dijangka seramai 1000 orang akan mengambil bahagian. Sebab-sebab pembatalan tempahan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan oleh pihak pengurusan hotel dan pihak penganjur amat terkilan dengan pengurusan hotel yang enggan memberikan penjelasan walaupun telah beberapa kali berhubung melalui e-mail dan telefon.

 

Israel tetap larang kapal memasuki Gaza

Menteri Luar Negeri Israel, Avigdor Lieberman tetap berkeras tidak akan membenarkan sebarang  kapal memasuki wilayah Gaza meskipun ia merupakan bantuan kemanusiaan dan pihaknya sudah lebih tiga tahun mengepung kemasukan sebarang bentuk bantuan melalui jalan laut.

Bagi Liebermann dalam satu siaran Radio Angkatan Darat pada hari Ahad lalu (11 Julai 2010), “adalah sangat jelas, tidak ada kapal akan tiba di Gaza. Kami tidak akan mengizinkan kedaulatan kami dilanggar,” dan petikan tersebut telah dikutip oleh agensi berita Reuters.

Kenyataan itu dikeluarkan setelah Israel dikecam hebat oleh masyarakat antarabangsa berhubung dengan insiden kapal Marvi Marmara yang menyebabkan  9 orang sukarelawan Flotilla Pembebasan Gaza terbunuh dan mengulas mengenai sebuah kapal Libya, Amalthea yang baru sahaja memulakan pelayaran menuju ke Gaza bagi memecah kepungan oleh Israel. Kapal Libya itu dilaporkan membawa lebih 2,000 tan makanan, ubat-ubatan telah memulakan pelayarannya pada hari Sabtu dan sedang menuju ke Mesir.

“Saya amat berharap dengan menggunakan akal yang sehat dan kapal yang menuju ke Gaza yang akan pergi ke  (pelabuhan Mesir) El-Arish, atau mereka harus mematuhi arahan Angkatan Pertahanan Israel dengan memaksa mereka menuju ke  (pelabuhan Israel) Asdod,” kata Lieberman mengulas mengenai kapal bantuan Libya Amalthea.

Gaddafi International Charity and Development Association yang berpengkalan  di Tripoli telah menggerakkan kapal bantuan ke Gaza dengan membawa 12 awak kapal dan 2.000 tan  bantuan dari Yunani dan akan menuju ke Gaza.

Para aktivis pro-Palestin berada di belakang kapal tersebut dan menjelaskan bahawa mereka mempunyai komitmen yang tinggi untuk meneruskan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Menurut Mashallah Zwei, salah seorang anggota penyelaras, “Kami sedang menuju Gaza. Kami tidak akan mengubah arah kapal kami. Pada ketika ini kami hanya memikirkan untuk memberikan bantuan ke Gaza. Kami disokong oleh masyarakat antarabangsa dan amat berharap, masyarakat dunia akan membantu kami untuk mencapai tujuan itu.”

Yussuff Sawani, pengarah eksekutif sebuah pertubuhan amal Libya menjelaskan bahwa konvoi tersebut  hanya untuk mengalihkan pasukan ke pantai Gaza. “Ini bukan untuk membuat peristiwa atau acara di laut bebas atau di tempat lain.”

 

5000 warga Bosnia ingati tragedi pembersihan Etnik

Lebih 5000 orang Bosnia berkumpul di Sarajevo bagi memperingati pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Srebrenica 15 tahun lalu dan sedang bersiap sedia menguruskan pengebumian lebih 800 rangka manusia yang baru ditemui di beberapa buah kawasan sekitar Bosnia Timur.

Tulang-temulang mereke yang terkorban itu dijangka akan tiba di  Potocari Memorial Center untuk dikebumikan semula sempena tarik memperingati peristiwa pembersihan etnik yang berlaku pada 11 Julai 1995, genap 15 tahun lalu.

Ketua  delegasi dari Serbia dan Amerika Syarikat dijangka akan turut hadir memberikan penghormatan terakhir dalam upacara pengkebumian semula rangka tengkorak yang baru ditemukan itu.

“Saya kehilangan tiga saudara dan suami saya,. Saya telah kehilangan segalanya. Saya bertemu semula dengan salah seorang saudara lelaki saya tiga tahun yang lalu, saudara lain telah saya dikuburkan. Tetapi, saya belum bertemu dengan mayat suami saya ,” lapor Reuters berdasarkan kenyataan salah seorang wanita yang masih mengalami trauma dalam pembunuhan tersebut.

“Sesekali, semasa menonton televisyen yang berbincang mengenai keganasan  pihak Srebrenica, saya tidak mampu menahan sedih, saya terus mematika siaran tv itu.  Saya merasa bulu roma saya berdiri dan saya tidak boleh tidur … Saya mula berpikir tentang bagaimana untuk terus  hidup dalam kejadian itu,” kata mangsa lain yang selamat.

Selama Perang Bosnia pada 11 Juli 1995, lebih 15.000 orang Islam Bosnia terpaksa menanggung kelaparan dan terpaksa melarikan diri dengan berjalan kaki ke wilayah yang lebih selamat  yang dikuasai oleh umat Muslim, Srebrenica.

Pada waktu itu, walaupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menetapkan zon hijau  dua tahun sebelumnya, pihak tentera Serbia Bosnia tetap melakukan keganasan sehingga menyebabkan lebih  8,000 orang terkorban, dalam misinya untuk melaksanakan agenda pembersihan etnik  Muslim Bosnia di wilayah terbabit.

Pada bulan Februari 2007, Mahkamah Antarabangsa memutuskan bahawa kekejaman yang dilakukan oleh tentera Bosnia adalah satu bentuk “genosid”, permbersihan etnik.

Susunan MAHANOR SALEHA

Leave a Reply