Kemerdekaan Kosovo diiktiraf

July 23, 2010 11:29 AM 0 comments

Share this Article

Author:

THE HAGUE, Belanda, 23 Julai – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam telah memutuskan bahawa pengisytiharan kemerdekaan Kosovo dari Serbia pada 2008 adalah sah dan tidak melanggar undang-undang antarabangsa.

Walaupun begitu, Rusia dan Presiden Serbia, Boris Tadic berkata, mereka tidak akan pernah mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pula menyeru semua negara agar mengiktiraf kemerdekaan Kosovo termasuk Serbia.

Leave a Reply