Jakim anjur Karnival Inovasi Islam

July 21, 2010 4:47 PM Comments Off

Share this Article

Author:

PUTRAJAYA, 21 Julai – Buat julung kalinya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Karnival Inovasi Islam peringkat kebangsaan yang berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos di Presint 3, Putrajaya.

Karnival bertemakan “Inovatif 1Malaysia 1Ummah” itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Tan Sri Muhyiddin juga dijadual menyampaikan anugerah utama, iaitu Anugerah Inovasi Islam di samping empat kategori lain, iaitu Anugerah Sektor Halal, Sektor Kewangan Islam, Sektor Pendidikan Islam dan Sektor Pengurusan Masjid Mandiri.

Selain pameran membabitkan 180 pempamer, aktiviti-aktiviti lain seperti bengkel inovasi Islam, forum perdana ehwal Islam, dialog industri, dan bicara mufti juga diadakan.

Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati jualan gudang yang disertai antara lain Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Metrojaya, BATA, Al-Ikhsan Sports Centre, dan Jakel.

Comments are closed