Dendam terbesar Nicolas Sarkozy (dan 4 berita lain)
Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy terus bertekad untuk mengenakan hukuman yang berat ke atas kumpulan pergerakan al-Qaeda Afrika Utara setelah disahkan bahawa seorang rakyatnya telah mati semasa di culik di Nigeria.
Kumpulan pergerakan al-Qaeda Afrika Utara atau dikenali sebagai al-Qaeda Magrhib Islam (AQIM) pada hari Isnin (26 Julai) membuat pengakuan bahawa warganegara Perancis yang berumur 78 tahun itu telah dibunuh.
Michel Germaneau, bekas jurutera telah diculik pada 20 April 2010 di Nigeria dan menyebabkan pasukan tentera Perancis dan Mauritania bekerjasama untuk membantu memerangi kelompok AQIM termasuk menyerang sebuah kem padang pasir kumpulan tersebut di Mali. Walau bagaimanapun, dalam serangan tersebut, pihak tentera tidak berjaya mengesan Michel Germaneau yang pada awalnya dikatakan telah disembunyikan di situ oleh AQIM.
Ketika melancarkan serangan tersebut, Sarkozy berkata: “Keyakinan bahwa ia (Michel) akan dibunuh, sudah menjadi tugas kami untuk cuba menyelamatkannya dari para penculik. Sayangnya Michel Germaneau tidak ada di sana. ”
Kenyataan secara langsung yang disiarkan oleh TV Perancis itu menambah: “Tekad kami setakat ini masih belum lemah dan kematiannya akan memperkuatkan lagi azam kami.”
Ekoran dari tragedy tersebut, Sarkozy mendesak rakyat Perancis untuk memasuki daerah Sahel dan terus bertekad akan membalas dendam:” “Keganasan itu akan tetap mendapat hukumannya.”
Sejak bulan Mei, Sarkozy mengatakan Perancis mendapat maklumat bahawa Micel masih hidup dan berusaha membebaskannya. Pada 11 Julai 2010, AQIM mengeluarkan amaran akan membunuh Michel dalam masa dua minggu setelah pihak Perancis bersetuju untuk membebaskan anggota AQIM yang ditahan.
Kerajaan Sepanyol turut mengutuk serangan tersebut dan juga mempunyai tahanan dua anggota al-Qaeda. Walau bagaimanapun, Sepanyol turut bersama melancarkan serangan ke atas kumpulan al-Qaeda dan menurut Menteri Luarnya, Miguel Angel :”Kerajaan Sepanyol ingin menyatakan bahawa akan meningkatkan kerjasama dengan Perancis bagi mengekang keganasan tersebut.”
Enam tentera Israel maut dalam nahas helikopter di Romania
Tujuh anggota tentera, enam rakyat Israel dan satu dari Romania maut dalam satu nahas helikopter di ibu kota Rumania pada hari Isnin (26 Julai).
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Roumania, enam askar Israel dan satu rakyat Rumania berada di dalam helikopter itu. Walau bagaimanapun pengesahan mengenai kematian kesemua mereka yang berada di dalamnya masih belum dibuat.
Menurut laporan awal media, seorang pegawai tertinggi rentera Amerika Syarikat juga dikatakan berada dalam helicopter terbabit. Helikopter CH-53 milik Israel itu merupakan helikopter pengangkut dan dilihat terbang rendah ketika kejadian. Menjelang petang, pusat kawalan tidak menerima sebarang isyarat perhubungan dari helikopter tersebut.
Rumania dan Israel dalam usaha kerjasama latihan penerbangan Blue Sky 2010 yang berlangsung selama 11 hari. Mereka dilatih terbang dalam posisi rendah bagi membantu kerja-kerja mencari, menyelamat dan membawa pasukan perubatan semasa perang.
18 Julai lalu, Kementerian Pertahanan telah mengumumkan bahawa sebuah helikopter CH-53 Israel yang ikut serta dalam latihan tersebut telah melakukan pendaratan cemas setelah enjinnya menghadapi masalah.
Pimpinan Mossad kunjungi Arab Saudi secara rahsia
Seorang pemimpin Mossad – badan perisikan Israel di luar negara, Meir Dagan, dilaporkan telah melakukan lawatan secara rahsia ke Arab Saudi hampir seminggu lalu.
Menurut laporan akhbar online, WorldNetDaily, Dagan dan anggota tertinggi badan risikan Arab Saudi berbincang mengenai Iran dan program pengayaan uranium yang dibangunkan oleh Presiden Mahmud Ahmadenijad.
Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel tetapi atas masalah konflik Israel-Palestin banyak laporan telah disebarkan mengenai hubungan sulit kerjasama dengan Israel termasuk bidang pertahanan dan kaitannya dengan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran.
Sebelumnya, terdapat beberapa laporan akhbar menyebutkan tentang pertemuan rahsia antara kedua-dua pemimpin badan risikan itu telah terjalin.
Dua bulan lalu, akhbar Times (London) memuatkan satu laporan mengenai tindakan Arab Saudi mematikan sistem pertahanan udara selama beberapa jam bagi memberikan laluan kepada pesawat tempur Israel melintasi ruang udara sebagai langkah membuat ujian kemungkinan menyerang Iran.
Media Arab dan Iran pernah melaporkan mengenai pesawat pejuang Israel yang dibenarkan mendarat bagi menempatkan peralatan perang.
Tiga minggu lalu, turut dilaporkan bahawa Duta Besar Emeriah Arab Bersatu (UEA) di Washington berkata dalam satu persidangan jika Iran memilik senjata nuklear, ia adalah lebih berbahaya berbanding Israel.
Kenyataan Duta Besar UEA itu membuktikan bahawa negara-negara Arab dan Teluk tetap memberikan kerjasama secara rahsia kepada Israel kerana takutkan Iran. Negara-negara Arab lebih mudah merelakan kedudukannya digunakan oleh Zionis berbanding kesediaannya menyokong program nuklear Iran yang berhasrat menjadi penampan hagemoni Israel.
Akhirnya rabbi penghasut ditangkap
Seorang pemimpin agama Yahudi yang dikatakan banyak menghasut agar membenci keturunan bukan Yahudi telah berjaya ditangkap pada hari Isnin lalu (26 Julai).
Pemimpin Yahudi pelampau tersebut, Yitzhak Shapira ditangkap atas tuduhan menghasut secara liar agar membunuh bukan Yahudi melalui bukunya yang berjudul Raja Taurat. Pihak badan perundangan Israel telah mengeluarkan perintah tersebut setelah berpuashati dengan hasil siasatan yang dijalankan oleh polis Israel.
Melalui buku itu, rabbi radikal menulis: “Di mana saja, di mana ada kehadiran orang kafir yang boleh mengancam Israel, diizinkan untuk membunuhnya, walaupun jika mereka itu benar orang kafir dan tidak menjadi ancaman kepada Israel, ia tetap harus dibunuh.”
Tulisnya lagi: “Ketika kita menemukan seorang kafir yang telah melanggar Hukum Tujuh Nabi Nuh dan kemudian membunuhnya sebagai sebahagian dari keprihatinan bagi menegakkan mitzvoth tujuh, perbuatan itu tidak menyalahi peraturan.”
Rabbi radikal itu ditangkap ketika berada di rumah dan pihak polis sedang melakukan siasatan selanjutnya bagi mengumpul lebih banyak bukti mengenai sikapnya yang keterlaluan terhadap masyarakat bukan Yahudi.
Muslimah Bosnia bantah larangan memakai niqab
Larangan memakai pakaian menutup muka yang menjadi kontroversi dan sikap prejudis Barat terhadap wanita Muslim turut mendapat bantahan Muslimah Bosnia ketika ada cadangan untuk menggubal undang-undang mengenainya bakal diadakan.
Menurut satu tulisan yang terpampang pada sepanduk, “Niqab kami, pilihan kami dan hak kami”, seramai 50 orang muslimah Bosnia memprotes cadangan undang-undang tersebut menjelang perbahasannya di parlimen Sarajevo beberapa hari lagi.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh AFP, Parti Demokrat Sosial Pembebasan Serbia-Bosnia (SND), pada bulan April lalu telah melancarkan kempen untuk membantah cadangan mengadakan satu undang-undang melarang penggunaan pakaian tersebut kerana dikhuatiri ada kaitan dengan aktiviti ganas.
Menurut Nadja Dizdarevis, salah seorang yang terlibat dalam penganjuran bantahan tersebut: “Saya pergi ke seluruh dunia dalam soal niqab… dan tak pernah ada masalah untuk mengenali saya ataupun saya dianggap sebagai ancaman keselamatan.”
Parlemen rendah Bosnia akan membahaskan cadangan undang-undang larangan wanita muslim memakai niqab di tempat awam mulai Rabu (hari ini, 28 Julai). Walau bagaimanapun, menurut satu jangkaan cadangan undang-undang tersebut dilihat sukar untuk dilaksanakan memandangkan penduduk beragama Islam meliputi 40 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Bosnia seramai 3.8 juta.
Partai SNSD menguasai 50 peratus daripada 14 kerusi diperuntukkan kepada Serbia Bosnia daripada 42 kerusi.
Sebelum ini, parlimen Perancis telah bersetuju untuk menguatkuasakan larangan pemakaian niqab namun Britain telah menolak usul tersebut dilaksanakan atas alasan bertentangan dengan hak asasi manusia.
Walaupun sebelumnya, parlimen Perancis diberitakan akan menghadapi kemungkinan dikritik kerana memperlihatkan unsur diskriminasi penganut agama lain dan tidak berperlembagaan, Presiden Nicolas Sarkozy tetap akan menguatkuasakannya.
Sukarelawan hak asasi manusia menyindir mengenai peraturan tersebut kerana telah melanggar Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia dan menyekat kebebasan fundamental setiap individu.
Susunan MAHANOR SALEHA





