Budi Bahasa Budaya kita

April 15, 2010 2:11 PM 1 comment

Share this Article

Author:

Oleh SUTUNG UMAR RS

Budi diberi erti oleh Kamus Dewan sebagai; 1. Akal, kebijaksanaan; 2. perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan kebaikan orang; 4. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. Berbudi bermakna; 1. Berakal, bijaksana; 2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan; 3.baik hati, pemurah.

Berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh Kamus Dewan itu wajarlah apa-apa yang sedang terjadi dan dilaksanakan oleh pemerintah masa kini dengan Kempen Budi Bahasa yang begitu meluas. Pelbagai poster dan iklan, dalam pelbagai media – elektronik mahupun cetak – yang memaparkan slogan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.

Sekali imbas kempen itu seolah-olah tidak memberi makna yang besar kepada individu, kumpulan mahupun masyarakat kita umumnya – masih banyak perlakuan zalim, pencerobohan dan tindakan yang tidak berbudi bahasa terjadi dalam masyarakat kita – sama ada pada peringkat individu biasa mahupun yang mempunyai kedudukan. Apapun kempen itu pada hakikatnya amat penting sekali agar penduduk, rakyat iaitu individu,
kumpulan mahupun masyarakat kita pada keseluruhannya hidup dalam keadaan berbudi.

Memang hal yang seperti itu tidak mudah mencapai matlamatnya, namun dengan kempen yang seperti itu dan dilaksanakan secara terus menerus setidak-tidaknya menunjukkan masih ada manusia mahupun kumpulan dalam masyarakat kita yang melihat bahawa gejala buruk, dalam apapun bentuknya yang terjadi dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada ketiadaan budi, berpunca daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, menularnya perangai-perangai dan tabiat yang buruk.

Dalam perbendaharaan Melayu ada banyak frasa mahupun kata-kata yang mendukung hidup berbudi seperti misalnya “orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.” Ataupun “Yang kurik kundi, (kundi itu sejenis buah semacam buah saga tetapi kurik, ataupun berbelang-belang, banyak yang tak tahu menulisnya sebagai “kendi”) yang merah saga, yang baik budi, yang indah bahasa” Dalam sebuah pantun budi yang amat tinggi mutunya telah diperturunkan oleh pujangga Melayu tak bernama: Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati

Begitulah penting dan besarnya makna dsan hakikat budi dalam hidup individu, kumpulan dan masyarakat Melayu. Dilihat dalam aspek lain ia selari pula dengan pegangan pentingnya akhlak dalam kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Apakah sifat-sifat tak berbudi atau sifat-safat tercela mereka yang hidup tidak berbudi itu? Antara lain dapat senaraikan di sini ialah bodoh, amarah, dendam, iri hati, kikir, sombong, angkuh, congkak, suka berkhayal atau panjang angan-angan, suka mempamerkan diri (dalam semua aspek kehidupan), cinta pangkat dan kekuasaan, banyak bercakap, senda gurau yang melampau, besar mulut, dan penuh kesombongan, merosak hubungan nmasyarakat, suka mencampuri urusan orang lain, tamak.

Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi. Antara lain adalah cintakan ilmu pengetahuan, sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t.

Begitulah pentingnya budi dalam kehidupan sesebuah masyarakat, apatah algi dalam sebuah masyarakat pelbagai bangsa, etnik dan agama sebagaimana Malaysia ini. Apabila semua individu, kumpulan dalam masyarakat menghayati hidup berbudi dengan sebenarnya-benarnya maka dengan sendirinya lenyaplah segala mala petaka yang dilakukan oleh tangan manusia. Tidak adalah lagi bunuh, rogol, samun, rompak, segala macam bentuk penyalahgunaan dadah, rasuah, penipuan – peringkat kecil/rendah mahupun peringkat tinggi – kecurian dan kehilangan harta benda pun tidak akan ada lagi. Yang miskin ditolongi, yang kaya dihormati, yang berkedudukan dimuliakan kerana kedudukannya. Yang alim diminta barakahnya. Yang berpengetahuan diminta ilmunya.

Rupa orang yang dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas. Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.

Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya. Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain.

Tidak kurang hebatnya ialah sifat kikir (bukhl). Allah Swt berfirman (Maksudnya): “ Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Hasyr[59]:9). Berlawanan dengan sifat kikir yang bermastautin dalam rumah orang-orang yang tak berbudi ialah kedermawanan, iaitu memberikan kepada orang lain apa-apa yang melebihi daripada keperluan sendiri, sifat yang mementingkan orang lainh (itsar)adalah lebih baik kerana itu adalah darjat tertinggi dermawan.

Congkak (‘ujd) juga bahagian daripada rumah orang yang tak berbudi. Congkak adalah sejenis sifat tinggi hati yang muncul dalam diri seseorang apabila dia membayangkan dirinyalah yang sempurna,, baik pengetahuan mahupun perilakunya. Hidup bersama sifat congkak ialah sifat terpedaya (ghurur) iaitu suatu sikap yang meyakini sesuatu yang bertentangan dengan kenyatan dan jiwanya menerima terhadap apapun yang bersifat khayal dan samar-samar serta menurut hawa nafsunya sendiri. Ada banyak orang yang ditawan nafsu ini seperti misalnya berpakaian seperti orang salih atau alim dan seumpamanya.

Tidak kurang buruknya ialah sifat yang dinamakan Ingin di Puji (Riak).Dalam apa keadaan pun mereka yang bersifat begini senantiasa ingin dipuji. Kalau tidak mendapat pujian, biasanya ia menjadi sangat marah. Di sinilah duduknya para pengampu dalam masyarakat kita, sebab ia membuat sesuatu tidak ikhlas.
Tidak berapa jauh daripada sifat Ingin di Puji ialah Cinta Pangkat (hub al-jah wa al-riyasah).

Inipun satu penyakit orang tak berbudi yang juga sukar diubati. Orang yang mendokong sifat ini jauh sekali daripada ikhlas. Sahabat orang tak berbudi lainnya ialah banyak bicara (katsrah al-kalam). Sifat ini tercela kerana ia mendorong pada hal-hal yang diharamkan dan kepada hal-hal yang tidak dianjurkan. Seperti misalnya menyebut dosa mereka yang telah mati, cerita fasak perempuan, berdebat bersaing-saing, berbicara dengan gaya yang angkuh pura-pura, menhina cabul, mengutuk, mengejek, ceroboh, mencemoh, membocorkan rahsia, berdusta, memfitnah, mengumpat dan yang seumpamanya. Sesungguhnya tidak banyak yang menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa bahaya lidah amatlah besarnya.

Senda Gurau (mizah) juga tidak mendatangkan manfat. Oleh itu lebih baik sahaja meninggalkannya. Sifat buruk lainnya ialah Berhias Kerana Makhluk (al-tazayyun lil-khalq) Para pencari kebenaran al-Khalik mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini kerana ia menjadi penghalang, mengganggu perhatiannya daripada hanya mengingati Allah Swt. Perangai seterusnya ialah perangai buruk. Ini memang perangai yang dibenci oleh sesiapapun.

Sebagaimana yang disebutkan pada bahagian awal tulisan ini sebenarnya banyak lagi sifat-sifat tercela orang yang tak berbudi itu tetapi untuk kali ini cukuplah setakat ini dahulu. Di sebutkan secara agak terperinci sifat-sifat tercela dan sifat orang tak berbudi dalam tulisan ini bertujuan supaya yang membacanya kenal pasti apakah sifat-sifat itu berada pada dirinya. Sementara sifat-sifat terpuji pula tidak sisebutkan secara terperinci di sini. Hakikatnya yang terpuji itu, budi luhur itu adalah sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat tercela yang disebutkan itu.

Ingatlah, Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “Dan telah Kami (Allah) jadikan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih.” (Surah Al-Thin: 95: 4-6).

Demikianlkah pentingnya budi dan pentingnya kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” dalam kehidupan bermasyarakat, berbudaya dan bernegara bagi negara kita Malaysia.

1 Comment

Leave a Reply


Topik Lain

  • Berita Dunia Islam

    Berebut jadi Presiden Iran

    Persaingan menggantikan Mahmoud Ahamadinejad (gambar kecil) sebagai Presiden semakin panas di Iran, ini berikutan sokongan sebuah kumpulan berpengaruh kepada Ali Akbar Velayati, seorang daripada lapan calon untuk jawatan itu. Seorang lagi calon, Hasan Rowhani menjanjikan hubungan lebih baik dengan masyarakat antarabangsa. Kita tidak akan benarkan dasar lapan tahun lalu diteruskan” Rowhani Agensi berita Mehr melaporkan, majoriti ahli Persatuan Cendekiawan Islam Qom memberi sokongan kepada Velayati selepas mengadakan mesyuarat semalam. Ia dimaklumkan oleh ketua anggota persatuan itu, Ayatollah Mohammad Yazdi, bekas [...]

    Read more →
  • Berita

    Tiada Laporan Elektrik Terputus – SPR

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tidak wujud dakwaan bekalan elektrik terputus pada 5 Mei lalu dan mendakwa penganjuran perhimpunan haram oleh pembangkang hanya bertujuan mencemar nama suruhanjaya itu. Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Black505′ merupakan satu penghinaan terhadap sistem pilihan raya demokrasi di negara ini. Tambah beliau SPR sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi membolehkan pihaknya bertindak terhadap mereka yang mencemar nama suruhanjaya itu untuk kepentingan politik murahan. Beliau membidas Ketua [...]

    Read more →
  • Artikel Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    DILAHIRKAN di Thailand, namun Joe Gordon menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai rumah pertamanya. Pilihan itu membolehkan Gordon, 56, menerima kerakyatan AS dengan mudah, apatah lagi dia telah menetap di negara itu selama lebih 30 tahun. Barangkali apabila telah terlalu lama mengikut acuan Barat, Gordon atau nama aslinya, Lerpong Wichaikammart, lupa asal usulnya atau hilang semangat orang Asia yang selama ini menjunjung tinggi budaya dan adat resam terutamanya dalam soal institusi beraja. Mungkin fikiran moden dan keterbukaan Gordon membuatkan dia memilih [...]

    Read more →
  • Berita Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda. Pendakwaan dilakukan [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Saya tidak kenal siapakah wanita keturunan Cina bernama Melissa Gooi, tapi namanya menjadi sebutan ramai ekoran komen yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong dalam akaun facebooknya. Ekoran komen itu, Melissa terpaksa bersembunyi beberapa hari ketakutan sehingga beliau ditangkap dan kemudiannya dilepaskan oleh pihak polis setelah kenyataannya direkodkan. Beberapa orang lagi sedang dicari polis untuk direkodkan kenyataannya. Sebenarnya bukan Melissa seorang yang dikatakan menghina Agong, bahkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun 2013 mendedahkan menurut pengendali blog Kedah Ke KL (http://kedahkl.blogspot.com) [...]

    Read more →
  • Global Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    BARANGKALI di era al-Rabei al-Arabi (Arab Spring) ini, Israel tidak perlu bersusah-payah melakukan provokasi untuk menyulut perang sektarian di kawasan, pasalanya krisis Suriah yang berlarut-larut semakin membuka lebar meletusnya perang sektarian. Betapa tidak, masker gerakan perlawanan seperti Hizbullah benar-benar telah terkuak di mata publik Arab sebagai gerakan yang ternyata mengusung kepentingan aliran tertentu di kawasan. Sebelum lebih jauh menyelami peran gerakan yang konon paling ditakuti Israel itu, mari kita mengilasbalik terlebih dahulu perang musim panas tahun 2006 antara Hizbullah dan [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Masa depan BM, BI?

    Masa depan BM, BI?

    Terlintas juga dalam hati kecil saya kemungkinan satu hari negara tunggal Melayu ini juga batu nisan Bahasa Melayu! Ada orang British juga Amerika berpendapat United Kingdom dan Amerika Syarikat satu ketika kemuka akan jadi pusara Bahasa Inggeris! Mereka yang terganggu memikirkan masa depan kedua bahasa (BM, BI) berasa tidak mustahil itu berlaku. Sebabnya: bagi kita walaupun Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi tunggal nampaknya ia terus terpinggir. Orang British dan Amerika pula nampak bahasa mereka akan menjadi bahasa pasar bukan [...]

    Read more →
  • Berita Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Negara-negara Asia digesa bekerjasama dalam menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Dalam menyentuh perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga cabaran tersebut akan menguji keupayaan Asia untuk berdiri bersama-sama sebagai satu unit dengan komitmen untuk bekerjasama, pelaburan masa, sumber dan iltizam politik. “Saya percaya kita akan melakukannya. Saya percaya dalam potensi Asia. Saya percaya dalam keupayaan Asia untuk [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi Pendedahan sebuah media tempatan Hong Kong mengenai salah sebuah cawangan francais Starbucks di kepulauan bekas tanah jajahan British telah menggunakan air kumbahan untuk membancuh kopi yang dipesan oleh pelanggannya. Akhbar Apple Daily turut menyiarkan sekeping gambar yang dirakamkan di sebuah cawangan Strabucks di Menara Bank China di mana seorang kakitangan telah mengambil air dari sebuah paip yang tertera “Starbucks Only”, yang terletak berhampiran tandas lelaki. Menurut laporan UPI, wakil Jabatan Makanan Higenik [...]

    Read more →
  • Ensiklopedia Kiai

    Kiai

    Gelaran kehormat yang diberikan masyarakat terutama di Indonesia kepada seorang ahli agama Islam disebut kiai. Dahulu, seseorang dipanggil kiai jika beliau memimpin sesebuah pondok pengajian dan mengajarkan agama Islam kepada muridnya, tetapi sekarang banyak ulama berpengaruh disebut kiai, meskipun tidak memimpin pondok pengajian. Di beberapa daerah di Indonesia, masyarakat menyebut kiai dengan istilah mereka sendiri. Di Jawa Barat, misalnya, kiai disebut Ajeungan, di Lombok disebut Tuan Guru sementara di Aceh disebut Teungku. Di Malaysia golongan ini dipanggil sebagai Tuan Guru. [...]

    Read more →