Asimilasi dalam peradaban Islam

March 30, 2010 11:46 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Oleh MUHAMMAD IQBAL

Proses akulturasi dan asimilasi kebudayaan dalam peradaban Islam diawali dengan adanya gerakan penterjemahan karya-karya dari luar dunia Islam ke dalam bahasa Arab, dan ia mencapai puncaknya pada era Kerajaan Abbasiah. Pemikiran yang terdapat dalam karya-karya yang diterjemahkan itu kemudian mempengaruhi pemikiran para intelektual Islam. Pemikiran tersebut mereka serap untuk diintegrasikan ke dalam pemikiran bagi memperkayakan peradaban Islam.

Era kekuasaan Abbasiah dianggap zaman keemasan peradaban Islam. Berkembangnya pemikiran intelektual dan keagamaan pada tempoh ini antara lain kerana kesediaan umat Islam untuk menyerap budaya dan khazanah peradaban besar dan mengembangkannya secara kreatif. Pada era itu, sikap umat Islam yang terbuka terhadap seluruh umat manusia mendorong orang-orang bukan Arab (mawali) untuk memeluk Islam. Kelompok ini ikut serta memberikan sumbangan bagi kemajuan peradaban. Para ilmuwan pada masa itu menduduki posisi penting.

Perluasan Islam tidak saja telah memperbanyakkan penganut Islam, tetapi juga ikut membangun suatu bentuk peradaban Islam. Perluasan wilayah Islam ini dalam waktu yang begitu singkat memberikan kesempatan bagi umat Islam untuk belajar daripada pelbagai kelompok masyarakat yang telah memiliki tradisi keilmuan yang maju.

Dalam waktu yang bersamaan, hal ini juga menjadi tentangan bagi para ulama untuk mempertahankan dan membela agamanya. Serangan dan tentangan pelbagai agama yang telah lama berkembang sebelum Islam, dengan sistem teologi dan tradisi keagamaannya yang khas, telah mendorong para ulama untuk menyusun dasar-dasar keyakinan (teologi) dan hukum Islam yang kukuh.

Oleh kerana itu, ilmu tauhid/kalam, fikh, usul fikh mengalami perkembangan. Hubungan umat Islam dengan umat yang memiliki peradaban lain yang sangat maju, seperti India, Mesir dan Yunani mendorong umat Islam untuk menyerap khazanah peradaban tersebut.

Selain itu, faktor ajaran Islam sendiri juga menjadi penting bagi pengembangan peradaban. Al-Quran, sebagai sumber normatif, memiliki kedudukan yang sangat khusus dan memainkan peranan utama dalam kehidupan kaum Muslim, kerana sentiasa menjadi sumber inspirasi keagamaan dan keilmuan. Bahkan pihak-pihak yang bertikai merujuk dan menggunakan ayat al-Quran sebagai alasan pendirian dan tindakan masing-masing. Pada abad kesembilan, hadis juga telah mendapatkan kedudukan penting dalam kehidupan keagamaan Muslim. Pada masa itu hadis rujukan telah dibukukan.

Kehidupan intelektual di zaman Dinasti Abbasiyah diawali dengan berkembangnya perhatian pada perumusan dan penjelasan panduan keagamaan terutama dari dua sumber utama ini, ilmu-ilmu lain kemudian berkembang. Ilmu-ilmu al-Quran dan ilmu-ilmu hadis adalah dua serangkai siri pengetahuan yang menjadi pokok perhatian dan fokus pendidikan ketika itu.

Kemajuan peradaban Islam era Abbasiyah ini juga ditandai dengan berkembangnya ilmu-ilmu keislaman lain yang meliputi teologi/ilmu kalam dan fikh.

Salah satu ilmu yang sangat menarik perhatian umat Islam di zaman ini adalah ilmu kedoktoran (at-Tibb). Yayasan latihan perubatan peninggalan zaman Bizantium di Antiokia dan Harran di Syria serta di Iskandariah, Mesir yang sudah lemah, pada era ini kemudian dibangkitkan kembali. Di wilayah timur ada sekolah khusus kedoktoran di Jundishapur Susiana, warisan era keemasan Sasaniah.

Dengan semakin banyaknya kitab kedoktoran yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, muncullah doktor Muslim yang secara terus-menerus mendalami dan mengembangkannya. Di antara para doktor tersebut ialah Muhammad bin Zakaria ar-Razi (Rhazes), yang hidup antara tahun 865-925M. Ia berjasa besar dalam mempelajari dan mengubati penyakit campak (small pox) dan cacar (measles).

Pada masa itu, matematik dan astronomi juga berkembang. Karya Claudius Ptolemaeus (ahli astronomi sekitar 100-178SM), Megale Syntaxis, diterjemahkan atas perintah Khalifah al-Mamun oleh al-Hajaj bin Yusuf, yang sebelumnya juga menghadiahkan terjemahan kitab Elements karya Euclides (ahli matematik sekitar 300SM) kepada Khalifah Harun ar-Rasyid.

Pengetahuan umat Islam dalam bidang ini juga diperkaya dengan warisan ilmu dari India. Muhammad bin Ibrahim al-Fazari, penterjemah pada era Khalifah al-Mamun, misalnya menyadur buku astronomi India terkenal, Zij as-Sindhind (table astronomi) dan mempersembahkannya kepada Khalifah al-Mansur.

Setelah menguasai ilmu-ilmu warisan Yunani dan India ini, al-Khawarizmi menuangkan hasil penelitian dan pemikiran yang gemilang dalam bidang aljabar, yang menabalkan namanya hingga saat ini dalam istilah algoritma.

Berkembangnya pelbagai cabang ilmu pengetahuan tersebut adalah usaha dan kegigihan khalifah yang banyak menyediakan kemudahan-kemudahan. Usaha pengumpulan naskhah asing dan penterjemahannya ke bahasa Arab terus digalakkan.

Meluasnya usaha ini banyak disebabkan oleh dukungan Khalifah al-Ma’mun dan khalifah sesudahnya. Al-Mamun antara lain, mengembangkan Yayasan Baitulhikmah (Bait al-Hikmah) yang menjadi pusat segala kegiatan keilmuan. Di yayasan ini para penerjemah berkumpul, baik Muslim mahupun bukan Muslim, bekerjasama mengalihbahasakan pelbagai naskhah kuno dan menyusun berbagai-bagai penjelasan serta komentarnya.

Di yayasan ini juga, Abu Yusuf Yaqub al-Kindi (801-869M), misalnya tidak saja menggali dan menyinarkan kembali filsafat Yunani, tetapi juga memperluas horizon pemikiran umat Islam. Perhatian keilmuannya mencakupi bidang yang sangat luas, tidak saja masalah logika, tetapi juga sejarah alam, meteorologi serta kimia, bahkan ilmu ketenteraan.

Kegemilangan peradaban Islam dicapai kerana kebijaksanaan daulah Abassiyah dan juga faktor terjadinya asimilasi dalam Dinasti Abassiah dan penyerapan unsur-unsur bukan Arab (terutama bangsa Parsi) dalam pembinaan kemajuan dalam banyak bidang.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    MB, Salehuddin Boleh Selesai Bible Di Rampas?

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya, Salehuddin Muhkyi, mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu rampasan bible Melayu, jika mereka mahu. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin, berkata dua individu itu paling layak untuk memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri Selangor serius. Menurut satu laporan media arus perdana, difahamkan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta naskah bible yang dirampas pada Januari […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Malaysia Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa: PM

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. Beliau berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya. “Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam. “Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, […]

    Read more →
  • Berita Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad, atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu. Hakim Syarie, Azzeman Omar, menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu, Isnin. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris, memberitahu pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut. Ketika ditanya pemberita […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Parlimen Lulus Rang Undang-Undang GST

    Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan mendapat sokongan 118 ahli Parlimen, manakala 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta pertimbangan Yang Dipertua supaya diadakan undi kali kedua dan diterima oleh dewan. Bagaimanapun proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan kekecohan dalam dewan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas […]

    Read more →