70 kumpulan ajaran sesat di Indonesia (dan 5 berita lain)

March 8, 2010 7:55 AM 0 comments

Share this Article

Author:

JAKARTA – Sekurang-kurangnya terdapat 70 kumpulan ajaran sesat termasuk kumpulan radikal yang menyeleweng daripada ajaran agama Islam telah dikenal pasti masih bergiat cergas di Indonesia.

Menurut kenyataan Pengarah Undang-undang dan Syariah, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia,  70 kumpulan ajaran sesat termasuk Barisan Pembela Islam (FPI).

 ”FPI adalah satu daripada kumpulan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar,” katanya.

Turut dikenal pasti sebagai “bermasalah” ialah Kumpulan Islam Katolojo, Darma Bandul, Islam Kejawen, Muhammad Nabirasulillah dan Amadiyah. Namun demikian, pihak kementerian tidak dapat mengawal kumpulan terbabit kerana  kebanyakannya wujud sebelum merdeka dan sebarang cubaan mengharamkan boleh membawa rusuhan.

Menurut Rohadi lagi, kementerian menaruh keyakinan kepada undang-undang bagi menghalang penghinaan terhadap agama, kerana  “Undang-undang itu akan menghalang orang ramai mewujudkan agama baru di negara ini. Negara akan hancur jika agama baru diwujudkan.”

Sebelum itu, penduduk Madura resah dengan kemunculan ajaran sesat “Siti Hajar” yang mendakwa boleh memindahkan orang yang disiksa di neraka ke syurga dan tidak mewajibkan ibadat haji.

Pengasas ajaran sesat itu ialah seorang wanita berumur 35 tahun bernama Sumaiyah, berasal dari Desa Anggun turut meminta setiap pengikutnya supaya berpuasa sepanjang hayat dan melakukan zikir secara berkumpulan dalam keadaan bergelap.

Walau bagaimanapun, Sumaiyah pernah dipanggil oleh pihak Majelis Ulama Indonesia untuk berdialog, tetapi tidak ada tangkapan telah dibuat. Sumaiyah hanya menjelaskan bahawa sumber utama ajarannya adalah diperoleh dari satu mimpi.

Sumaiyah kini berada dalam pengawasan pihak MUI bagi menyedarkan bahawa ajaran yang dibawanya adalah sesat dan tidak berdasarkan nash dan dalil. Indonesia   hanya mengiktiraf Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai menurut landasan Islam sebenar.

 

Anak pengasas Hamas derhaka, tidak takut mati 

NEW YORK – Anak seorang pengasas Hamas yang disyaki bersubahat dan membocorkan rahsia pergerakan itu kepada agensi perisikan Israel, Mosab Hassan Yousef menganggap bahawa ancaman bunuh terhadapnya bukanlah sesuatu yang menakutkan.

Mosab malah berbangga dapat memberikan rahsia aktiviti Hamas hasil intipannya mendengar perbualan beberapa pemimpin tersebut bersama ayahnya, Sheikh Hassan Yousef dan menjadi aset paling berharga kepada agensi keselamatan Shin Bet dari Israel.

Mosab telah menulis pengakuan tersebut di dalam sebuah buku yang menceritakan kisah hidupnya, Son of Hamas  bahawa dia tidak takut mati selepas mengaku menjadi pengintip untuk sebuah agensi perisikan Israel. Bagi beliau, “Secara jujurnya, dibunuh bukanlah perkara paling buruk yang boleh terjadi. Jika mereka mahu membunuh saya, biarkan. Mereka akan bertanggungjawab ke atas darah saya,”

Mosab yang berusia 32 tahun turut digelar sebagai Putera Hijau turut mengkritik para pemimpin Hamas termasuk Khaled Meshaal, ketua biro politiknya sebagai kumpulan yang tidak inginkan perdamaian dengan Israel dan hidup pada zaman pertengahan. Komennya yang lain ialah menyifatkan Islam sebagai agama yang mengajar manusia untuk membunuh.

Mosab yang kini menjadi penganut Kristian pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh Israel. Beliau dibebaskan pada tahun 1997, dan sejak itu mula menjadi tali barut dengan membekalkan maklumat rahsia kepada  Shin Bet.

Di dalam buku tersebut, Mosab turut mengakui bahawa dirinya merupakan orang yang boleh melakukan kebaikan dengan menghalang kematian penduduk Israel dan Palestin serta percaya “mendapat peluang untuk menghentikan pembunuhan.”

Beliau turut mengakui bahawa “sukakan kerja-kerja perisikan” dengan bantuan  perisik Isreal, dia telah berjaya mewujudkan satu saluran komunikasi baru dengan Damsyik. Melalui saluran itu, Khaled tidak tahu bahawa percakapannya boleh didengar oleh Shin Bet.

Akibat pendedahan tersebut, pada 1 Mac 2010 lalu, bapanya yang masih dipenjara selama enam tahun di Israel tidak lagi mengakui Mosab sebagai anaknya.

Mosab tidak berkecil hati dengan keputusan bapanya, namun, masih mengharapkan bapanya akan menerimanya kembali pada suatu masa nanti. Menurut Mosab, dia mengetahui bahawa “Bapa saya seorang yang penyayang. Dia tidak akan membuang saya. Pada satu masa nanti, kami akan bersatu kembali. Saya sayangkan bapa dan dia sayangkan saya.”

6 didakwa terlibat pertunjukan bogel

BANDUNG – Empat penari bogel wanita, seorang promoter dan seorang pengurus bar telah didakwa di sebuah mahkamah di Bandung kerana disyaki terlibat dengan tarian bogel..

Enam orang yang didakwa itu dikatakan terlibat dalam pertunjukan tarian bogel pada awal pagi sambutan tahun baru itu dikatakan telah melanggar  undang-undang antipornografi  yang mula dikuatkuasakan sejak Oktober 2008.

Menurut pendakwa raya, Dodi Junaidi, empat penari wanita, seorang promoter pertunjukan dan seorang pengurus bar akan dikenakan  hukuman penjara sehingga lima tahun jika didapati bersalah.

Keenam-enam suspek hadir dalam pembicaraan tersebut, namun prosesnya akan mengambil masa yang panjang. Perbicaraan yang diadakan pada 4 Mac itu merupakan prosiding awal.

 

Wilders semakin dapat sokongan di Belanda

AMSTERDAM – Geert Wilders yang menerbitkan sebuah filem menghina Islam berjudul Fitna memperoleh sokongan besar dalam satu tinjauan pendapat pihak berkuasa tempatan dan sekali gus menjadikan beliau seorang pencabar serius dalam pilihan raya umum Jun ini.

Dalam tinjauan pusingan pertama pandangan awam itu, Parti Kebebasan (PVV- Partij voor de Vrijheid) pimpinan Wilders mendapat kedudukan pengaruh yang besar di Almere dan tempat kedua di The Hague.

Sejak kejatuhan kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri, Jan Peter Balkenende bulan lalu, Parti Kebebasan (PVV) yang berkempan atas platform menentang kemasukan pendatang asing beragama Islam dijangka akan memenangi banyak kerusi di Parlimen Belanda.

Hasil tinjauan itu mendapat bahawa PVV akan memperoleh 27 manakala Parti Demokrat Kristian pimpinan Balkenende menang dengan 26 kerusi. Ini menjadikan pembentukan kerajaan campuran menjadi semakin sukar dan sekali gus Belanda akan berdepan dengan masalah besar dalam rangka pemulihan ekonominya.

Wilders mendapat populariti apabila menyamakan Islam dengan fasisime dan al-Quran dengan buku Mein Kampf karangan  Adolf Hitler. Kontroversi yang dicetuskan oleh Wilders pada bulan 27 Mac 2008 apabila filem Fitna yang memakan masa tayangan selama 16 minit 48 saat disebarkan melalui internet.

Dalam filem tersebut, Wilders menyeru bahawa “Muslim yang tinggal di Belanda harus berani mencampakkan sesetengah al-Quran. Jika Muhamad tinggal di sini (Belanda), sekarang aku akan menyeretnya keluar dari Belanda dengan tangan terikat.”

Wilders menganggap bahawa Islam telah mengurangi kebebasan di Belanda dan dengan itu “pesan saya jelas, makin banyak islamisasi akan  bererti berkurangnya kebebasan kita, kerana mengurangi hal-hal yang kita junjung tinggi di Belanda dan di sebuah negara demokrasi.”

Ketika berucap di Almere (4 Mac 2010), Geert Wilders menjelaskan “Elit berhaluan kiri masih percaya kepada kepelbagaian budaya, bertolak-ansur dengan penjenayah dan sebuah negara Eropah yang hebat dengan cukai yang tinggi. Bagaimanapun, baki penduduk Belanda mempunyai pandangan berbeza.”

Pada 20 Februari lalu, kerajaan campuran pimpinan Balkenende menghadapi masalah apabila Parti Kristian Demokrat gagal mendapat sokongan Parti Buruh untuk melanjutkan tempoh kehadiran tentera Belanda di Afghanistan.

Banyak pihak menjangkakan Geert Wilders akan menggunakan sentimen anti Islam sebagai batu loncatan dalam usahanya memenagi pilihan raya akan datang. Seorang profesor politik di Universiti Vrije di Amsterdam, Andre Krouwel berkata, hasil tinjauan pendapat tersebut jelas menunjukkan terdapat elemen tidak puas hati dan perkara tersebut pasti akan digunakan oleh Wilders sebagai batu loncatan pada pilihan raya akan datang.

 

Libya kenakan sekatan ekonomi ke atas Switzerland

TRIPOLI – Selepas mengisytiharkan jihad terhadap negara-negara Eropah, pemimpin Libya Muammar Ghaddafi memutuskan untuk mengenakan sekatan ekonomi ‘menyeluruh’ ke atas Switzerland.

Menurut jurucakap kerajaan Libya, Mohammed Baayou , Libya mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan ke atas semua hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Switzerland. Bagi mendapatkan sumber bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan dan kelengkapan industri yang diimport dari Switzerland, Libya sedang mencari negara pengeluar alternatif.

Ghaddafi melancarkan seruan jihad ke atas negara-negara Eropah pada 25 Februari lalu setelah tidak bersetuju dengan keputusan pungutan suara di Switzerland yang mengharamkan pembinaan menara masjid.

Walau bagaimanapun, tindakan Muammar Gadafi itu dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam perang diplomatik yang berlarutan sejak hampir dua tahun lalu antara kedua-dua negara.

Dalam ucapannya di televisyen, Muaamar Ghaddafi mengatakan “Jihad patut diisytiharkan dengan apa cara sekali pun ke atas negara kafir Switzerland. Mana-mana orang Islam di mana sahaja yang berurusan dengan Switzerland adalah kafir yang menentang Islam, Muhammad, Allah dan al-Quran.”

Ghaddafi seterusnya menggesa supaya Switzerland dipulaukan: “Pulaukan barangannya, kapal terbangnya, kapal-kapalnya, kedutaan-kedutaannya, pulaukan negara kafir yang menyerang rumah-rumah Allah itu.”

Seruan jihad beliau menandakan hubungan Libya-Switzerland menjadi semakin buruk dan menjadi semakin serius apabila apabila anak lelaki Gaddafi, Hannibal dan isterinya ditangkap dan ditahan seketika di Geneva pada bulan Julai 2008.

Penahanan tersebut adalah berpunca daripada dakwaan  dua orang gaji mereka mendakwa telah didera. Kedua-dua orang gaji tersebut akhirnya menggugurkan dakwaan ke atas Hannibal sekeluarga setelah mendapat bayaran ganti rugi.

Perbalahan menjadi semakin tegang apabila Tripoli bertindak balas menyekat dua orang ahli perniagaar Switzerland, Rashid Hamdani dan Max Goeldi daripada meninggalkan Libya.

Hamdani kemudian dibenarkan meninggalkan Libya tetapi Goeldi masih ditahan.

Taliban serang pusat tentera Pakistan

ISLAMABAD – Kira-kira 30 dari 200 militan bersenjatakan roket dan senapang automatik terbunuh dalam satu serangan ke atas  Wilayah Mohmad selepas menyerang sebuah pusat pengkalan pemeriksaan tentera di barat laut Pakistan pada 3 Mac 2010.

Dalam serangan di pengkalan pemeriksaan tentera, seorang terbunuh dan empat lagi askar cedera. Wilayah Mohmad dihuni oleh etnik Pashtun.

Kejadian berlaku dua hari selepas tentera mengumumkan kejayaan besar mengusir pejuang Taliban dan al-Qaeda dari sebuah kawasan berdekatan yang menjadi nadi kumpulan tersebut.

Dalam tempoh setahun, Pakistan melancarkan dua serangan besar di barat laut dengan menyasarkan kumpulan militan Taliban tempatan kerana  mahu menjatuhkan kerajaan sokongan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Presiden Asif Ali Zardari.

Operasi menggunakan pesawat tanpa juruterbang pada bulan Januari lalu berjaya  memusnahkan pangkalan militan dan pemimpin Taliban, Hakimullah Mehsud dipercayai terbunuh manakala dalam serangan bulan Ogos 2009, pemimpin Taliban sebelum Mehsud juga dikatakan terbunuh .

Sejak beberapa minggu lalu, pengeboman berani mati dikatakan berkurangan tetapi telah meningkat awal Februari lalu setelah puak militan Taliban mula memperkuatkan semula kedudukannya dengan melancarkan lebih banyak serangan.

Jika tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan, kemungkinan huru-hara akan terus berlaku disebabkan banyak negara berminat untuk memperkuatkan kedudukan masing-masing. Afghanistan mempunyai banyak negara yang bersempadan termasuk India, Pakistan dan Iran.

Amerika Syarikat berhasrat untuk mengekalkan kedudukannya di Afghanistan kerana ingin membina laluan paip minyak dari Timur Tengah manakala kawasan-kawasan yang dikuasai oleh puak-puak tertentu di Pakistan merupakan hab global militan sejak pejuang berkumpul di situ untuk berhadapan dengan tentera Kesatuan Soviet di Afghanistan pada 1980-an.

Bagaimanapun Pakistan berkata, ia kekurangan sumber untuk melancarkan serangan di kubu baru dan penganalisis berkata, kerajaan melihat kumpulan-kumpulan pejuang berkenaan sebagai pengimbang pengaruh India di Afghanistan.

Jumlah penduduk Afghanistan ialah 33 juta orang di mana lebih 90 peratus adalah beragama Islam (80 peratus adalah Suni manakala 19 peratus ialah Syiah). Pada tahun 1978, Afghanistan dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan selepas hampir sepuluh tahun menjajah, melalui dasar terbuka tentera Soviet berundur menyebabkan berlakunya perebutan kuasa.

Amerika Syarikat mengambil peluang untuk masuk campur bagi mengimbangi pengaruhnya dan berhasrat menjadikan Afghanistan sebagai pengkalan tentera bagi membolehkannya menguasai industri minyak Asia Barat.

Susunan MAHANOR SALEHA

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Paparan Khas

    Dapatkah PAS Melaksanakan Undang-Undang Hudud?

    MESKIPUN pucuk pimpinan PAS bertegas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, penganalisis politik percaya langkah itu tidak lebih daripada satu sandiwara politik. PAS sudah lama menyimpan impian untuk melaksanakan Hudud di Kelantan, sejak 1990-an. Impian itu kembali bersinar apabila negara jiran Brunei melaksanakan Undang-Undang Syariah dan Hukum Hudud dengan serentak. Undang-Undang Syariah dan Hukum Hudud Brunei yang berkuatkuasa pada 22 April akan memperkenalkan hukuman tersendiri untuk kesalahan rogol, zina, liwat dan hubungan seks luar nikah. […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Tok Kenali Pelopor Transformasi

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim TOK KENALI, atau nama sebenarnya Haji Mohamad Yusof Ahmad, adalah seorang ulama pondok tersohor. Lahir di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan sekitar 1860an, beliau bagaikan magnet yang mampu dekatkan pemerintah istana dengan rakyat, antara ahli agama dengan karyawan, serta membina jambatan antara pemimpin dengan orang biasa. Berguru dengan ulama pondok hebat Haji Wan Ahmad al-Fatoni, beliau mahir dalam pelbagai cabang ilmu agama. Tok Kenali adalah tokoh rohaniah, malah pemikir, penulis dan guru. Di Malaysia, muridnya […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Merungkai Salah Faham GST

    RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015. Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya. Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat. Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut […]

    Read more →
  • Artikel Komentar Makalah Pilihan

    Mahkamah Sivil Jangan Campur Keputusan Mahkamah Syariah

    Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, perlu mengeluarkan pekeliling kepada semua hakim Mahkamah Sivil agar tidak mendengar atau memutuskan apa-apa perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Presidennya, Musa Awang, berkata isu hak penjagaan anak di antara Izwan Abdullah dan bekas isterinya S Deepa tidak akan berlaku sekiranya Mahkamah Sivil mengambil pendirian tidak masuk campur dengan perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah. “PGSM berpandangan masalah ini berlaku kerana Mahkamah Sivil tetap mendengar dan memutuskan perkara yang sama […]

    Read more →
  • Berita Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    “MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini…” Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid. Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama. […]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    KAHERAH 15 April – Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, menjadi calon pertama Presiden Mesir yang secara rasminya menyerahkan dokumen lengkap, menjelang pilihan raya Presiden pada hujung bulan depan. Peguamnya, Mohammed Bahaa Abu Shuqa, mewakili beliau untuk menghantar dokumen tersebut termasuk rekod perubatan kepada suruhanjaya pilihan raya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan. Setiap calon Presiden perlu mendapat sokongan tanda tangan daripada 25,000 pengundi termasuk sekurang-kurangnya 1,000 pengundi di setiap 15 wilayah di negara ini. Menurut Mohammed Bahaa, Abdel […]

    Read more →
  • Berita Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran. Menterinya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun yang ada sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat pada Selasa bagi mengekang […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan: Bekas Hakim

    KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah. Beliau berkata, syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka. “Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →