Perspektif Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam terhadap Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari (Bhg. 2)
Oleh AMIN FADLILLAH
SUMBER MAKLUMAT PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
Rajah 3 menunjukkan peratusan bagi sumber maklumat mengenai penerapan nilai-nilai Islam. Berdasarkan rajah ini, responden menyatakan bahawa maklumat mengenai penerapan nilai-nilai Islam diperoleh secara meluas daripada surat khabar dan majalah (17.5%) diikuti pula dengan televisyen dan radio (16.3%) serta risalah/poster/helaian maklumat (14.4%). Ini menunjukkan bahawa sumber-sumber berkenaan berkesan dalam menyampaikan maklumat mengenai penerapan nilai-nilai Islam kepada orang ramai. Selain itu, sumber maklumat yang lain adalah bersumber daripada ceramah-ceramah dan khutbah di masjid (13.4%), perbincangan dan seminar (13.7%), internet (9.1%), daripada rakan/saudara/keluarga (8.2% ), pameran (6.5%) serta dari lain-lain sumber (0.8%). Dapatan ini juga memberi petunjuk bahawa dasar penerapan nilai-nilai Islam yang dikeluarkan pada dekad 1980-an hanya dapat dirujuk dan diakses melalui media yang sesuai dengan zamannya. Ini tentu berbeza dengan keadaan sekarang di mana sumber internet merupakan salah satu sumber yang paling berkesan dalam menyebarkan maklumat.
Rajah 3: Bilangan Respons Berdasarkan Sumber Maklumat
SUMBER MAKLUMAT PENDEKATAN ISLAM HADHARI
Rajah 4 menunjukkan bilangan respons dan peratusan bagi sumber maklumat mengenai pendekatan Islam Hadhari. Berdasarkan rajah di bawah, responden menyatakan bahawa maklumat mengenai pendekatan Islam Hadhari di peroleh secara meluas daripada televisyen dan radio (18.8%) diikuti pula dengan surat khabar dan majalah (18.4%) serta Risalah/poster/helaian maklumat (13.6%). Ini menunjukkan bahawa sumber-sumber berkenaan berkesan dalam menyampaikan maklumat mengenai pendekatan Islam Hadhari kepada orang ramai. Selain itu, maklumat yang lain adalah dari Ceramah-ceramah dan khutbah di masjid (11.3%), Perbincangan dan seminar (12.1%), internet (8.3%), dari Rakan/saudara/keluarga (7.9% ), pameran (8.6%) serta dari lain-lain sumber (1.0%).
Rajah 4: Bilangan Respons Berdasarkan Sumber Maklumat
PERSEPSI TERHADAP PENDEKATAN ISLAM HADHARI
Pendekatan Islam Hadhari yang digagas oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi mengalami dinamika yang pasang surut dalam pelaksanannya. Pada peringkat awal tidak lama setelah pelancarannya, pendekatan Islam Hadhari dialu-alukan kehadirannya terutama di kalangan parti pemerintah yang berkuasa UMNO. Pandangan yang positif ini kerana Islam Hadhari menawarkan satu konsep atau pendekatan yang meletakkan Islam sebagai teras utama dalam arus pembangunan negara yang berdasarkan kepada keunggulan tamadun dan peradaban bangsa. Selain itu, pendekatan ini juga diyakini mampu mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang cukup terjejas berikutan berlakunya kes penyingkiran dan pemenjaraan Anwar Ibrahim pada 1998.
Hal ini dapat dibuktikan dengan keputusan Pilihan Raya ke-11 pada 2004 yang mana UMNO meraih kemenangan terbesar dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Sebagai salah satu manifesto BN dalam menghadapi Pilihan Raya 2004, Islam Hadhari dilihat memainkan peranan yang cukup penting dalam mempromosikan Islam yang moderat dan progresif sekaligus menolak pendekatan keislaman ala PAS yang kolot dan tradisional. Peranan yang dimainkan Islam Hadhari ini dilihat menjadi faktor utama dalam meraih sokongan pengundi Melayu:
“ Islam Hadhari was instrumental in winning the hearts and minds of the Malaysians electorate, particularly the rural Malays, prompting them to switch their support from PAS to the UMNO ”.(23)
Walau bagaimanapun, berikutan kurangnya strategi yang berkesan oleh JAKIM sebagai jentera kerajaan yang diberi tanggung jawab untuk pelaksanaannya, pendekatan Islam Hadhari mula kehilangan arah matlamat dan cita-cita besarnya dalam merealisasikan impian Malaysia sebagai negara Islam contoh mengikut acuan sendiri. Islam Hadhari menawarkan satu epistimologi yang tidak sederhana bagi kebanyakan masyarakat sehingga menimbulkan persoalan kurangnya pemahaman mereka terhadap pendekatan yang diwar-warkan penggagasnya sebagai usaha untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam. Kekeliruan umat Islam terhadap Islam Hadhari semakin menjadi-jadi berikutan tindakan golongan pembangkang terutama PAS yang membantah dan mempertikaikan pendekatan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang berlandaskan Islam.(24) Akibat kempen PAS yang cukup agresif dalam isu mempersoal kesahihan penggunaan istilah Islam Hadhari, masyarakat Melayu semakin tertanya-tanya sekaligus muncul keraguan berhubung pelaksanaan program kerajaan terbabit.
Bagi memperoleh gambaran tentang persepsi NGO Islam terhadap Pendekatan Islam Hadhari, telah dikemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan isu-isu yang menjurus kepada beberapa aspek pelaksanaan Islam Hadhari. Dalam jadual 4 mendapati kalangan NGO Islam berpendapat 66.5 % bersetuju Islam Hadhari lemah dalam aspek pelaksanaan kerana tiada gagasan yang bersifat konkrit. Hal ini mengakibatkan tiada penghayatan di kalangan Melayu terhadap gagasan Islam Hadhari yang mencecah 62.4 %. Malah, di kalangan ini juga bersetuju bahawa Islam Hadhari adalah slogan politik semata-mata 61.6 %. Oleh hal demikian itu, mereka berpandangan tidak perlu dilaksanakan Islam Hadhari kerana sudah ada Penerapan Nilai-nilai Islam 62.9%. Kalangan NGO Islam ini juga percaya Islam Hadhari hanya dilaksanakan pada zaman pemerintahan Pak Lah sebanyak 62.9%. Oleh kerana itu, sebanyak 53.1 % mereka berpandangan Islam Hadhari tidak relevan lagi setelah pilihan raya ke-13. Untuk lebih terperinci lihat jadual 4.
Jadual 4: Persepsi dan Pandangan Terhadap Pendekatan Islam Hadhari
|
Atribut |
|
|
Respons |
|
|
|
|
Tidak Bersetuju |
Tidak Pasti |
Bersetuju |
||
| 1. Kelemahan pendekatan Islam Hadhari adalah kerana tiada gagasan Islam Hadhari yang konkrit |
Bil |
30 |
52 |
163 |
|
|
% |
12.2 |
21.2 |
66.5 |
||
| 2. Masyarakat Melayu sudah menghayati pendekatan Islam Hadhari |
Bil |
153 |
64 |
28 |
|
|
% |
62.4 |
26.1 |
11.4 |
||
| 3. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan hanyalah sebagai slogan |
Bil |
41 |
53 |
151 |
|
|
% |
16.7 |
21.6 |
61.6 |
||
| 4. Pendekatan Islam Hadhari tidak perlu kerana sudah ada dasar penerapan nilai-nilai Islam |
Bil |
41 |
50 |
154 |
|
|
% |
16.7 |
20.4 |
62.9 |
||
| 5. Pendekatan Islam Hadhari hanyalah akan di laksanakan pada zaman pemerintahan Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi sahaja |
Bil |
29 |
62 |
154 |
|
|
% |
11.8 |
25.3 |
62.9 |
||
| 6. Islam Hadhari terlalu menekankan aspek material |
Bil |
42 |
74 |
129 |
|
|
% |
17.1 |
30.2 |
52.7 |
||
| 7. Kekalahan / Kemerosotan undi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 adalah kerana Islam Hadhari |
Bil |
47 |
76 |
122 |
|
|
% |
19.2 |
31.0 |
49.8 |
||
| 8. Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Islam Hadhari tidak lagi relevan |
Bil |
36 |
79 |
130 |
|
|
% |
14.7 |
32.2 |
53.1 |
PANDANGAN TERHADAP PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
Kewujudan beberapa institusi pendidikan dan kewangan yang berlandaskan prinsip Islam merupakan tolak ukur yang sederhana dalam melihat kesan pelaksanaan Penerapan Nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat Melayu. Perkara yang lain yang cukup menonjol dari dasar ini adalah kesungguhan kerajaan untuk mereformasi cara pandang (welltanschung), sikap dan mentaliti penjawat awam khasnya dan masyarakat Melayu pada amnya dalam memikul amanah dan tanggungjawab kerja. Pentadbiran dipilih sebagai komponen utama dasar ini bertujuan bagi melicinkan pelaksanaan sesuatu dasar dan atas kesedaran bahawa kejayaan rancangan-rancangan kerajaan banyak bergantung kepada penjawat-penjawat perkhidmatan awam. Penghayatan kepada nilai-nilai Islam akan dapat menjamin kelancaran dan kecekapan jentera kerajaan serta menghindari daripada perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.(25)
Salah satu ciri-ciri penting daripada penerapan nilai-nilai Islam ini adalah terwujudnya satu bentuk yang bersifat simbolik yang terhasil dari dasar ini. Simbolisme ini dapat dibahagikan menjadi dua kategori, iaitu simbolisme yang bersifat spiritual dan material. Simbolisme spiritual dapat dilihat melalui reformasi kultural secara luas yang merangkumi pelbagai aspek seperti perubahan etika kehidupan yang lebih Islamik, reformasi budaya kerja, pembentukan jatidiri masyarakat Melayu yang moden dan berdaya saing maju menghadapi zaman yang semakin mencabar.(26)
Usaha menjadikan bidang pentadbiran sebagai tunggak utama dalam reformasi budaya kerja ini juga menghasilkan satu slogan yang dikenali dengan akronim Bersih, Cekap dan Amanah (BCA). Pendekatan ini ditekankan untuk menghapus amalan rasuah, meningkatkan efesiensi pentadbiran, menstruktur semula syarikat-syarikat kerajaan yang salah urus dan tidak mengaut keuntungan.(27) Untuk lebih memperkukuh dan melaksanakan program secara berkesan ini, Mahathir Mohammad juga melancarkan kempen Kepimpinan melalui Teladan. Menurut beliau, slogan bersih, cekap dan amanah akan bermakna jika para pemimpin sama ada di kalangan pemimpin parti politik mahupun penjawat awam, memiliki dan mengamalkan secara bersungguh-sungguh nilai-nilai murni tersebut.(28) Ini selaras dengan jawaban responden yang mana 60.9 % berpendapat bahawa Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam menyemai nilai-nilai murni yang sesuai diamalkan oleh semua agama dan masyarakat berbilang kaum (lihat jadual 2, atribut 2 dan 3).
Sedangkan simbolisme yang bersifat material dapat dilihat dengan banyaknya projek-projek gergasi pembinaan pelbagai institusi kewangan Islam yang disimbolkan oleh Bank Islam dan institusi pendidikan Islam yang disimbolkan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Sedangkan beberapa institusi yang sudah sedia ada semakin diperkasakan dan diberikan peranan yang lebih luas tugas dan tanggungjawabnya. Yayasan Pengembangan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM),(29) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)(30) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).(31) Institusi yang terakhir ini antara beberapa institusi Islam sedia ada yang diberi peranan lebih besar bagi menjayakan program-program yang telah dirancang oleh kerajaan terutama yang berkaitan dengan hal ehwal dakwah.
Beberapa aspek di atas dilihat cukup mempengaruhi persepsi kalangan NGO Islam terhadap Penerapan Nilai-nilai Islam yang dianggap sebagai satu langkah inisiatif awal dalam melaksanakan program keislaman yang semakin intensif di pelbagai peringkat dan komponen masyarakat.(32) Itikad kerajaan dalam memperkukuh kedudukan Islam dan disertai dengan langkah sungguh-sungguh dalam memperluas dan memantapkan institusi Islam sedia ada, menyumbang kepada wujudnya persepsi yang positif di kalangan masyarakat termasuklah di kalangan NGO Islam. Usaha kerajaan bagi mempertingkatkan kefahaman Islam ini, pada pandangan responden merupakan satu tindakan yang murni dan bukan merupakan gimik politik semata-mata demi meraih sokongan rakyat. Hal ini dapat dilihat dari soalan adakah dasar ini hanya sebagai gimik politik di mana 85.3% responden tidak bersetuju dengan soalan ini, manakala bakinya mempunyai pandangan sebaliknya (lihat jadual 5).
Jadual 5: Bilangan Respons Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Islam
|
Atribut |
Respons |
Jumlah |
||
|
Ya |
Tidak |
|||
| 1.Mempertingkatkan kefahaman Islam dalam masyarakat majmuk |
Bil % |
205 83.7 |
40 16.3 |
245 100.0 |
| 2.Menyemai nilai-nilai Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum |
Bil % |
169 69.0 |
76.0 31.0 |
245 100.0 |
| 3.Hanyalah sebagai gimik politik kerajaan |
Bil % |
36 14.7 |
209 85.3 |
245 100.0 |
| 4.Menggalakkan pendidikan Islam |
Bil % |
148 60.4 |
97 39.6 |
245 100.0 |
| 5.Membina jatidiri orang Melayu berasaskan Islam |
Bil % |
155 63.3 |
90 36.7 |
245 100.0 |
Jadual di atas menunjukkan bilangan respons dan peratusan mengenai mengapakah penerapan nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan. Soalan dalam jadual ini memberikan kebebasan kepada responden untuk menjawab lebih daripada satu jawaban. Berdasarkan jadual di bawah, sebanyak 83.7% daripada responden berpendapat bahawa penerapan nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan untuk mempertingkatkan kefahaman Islam dalam masyarakat majmuk. 69.0% daripada responden berpendapat bahawa penerapan nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan untuk menyemai nilai-nilai Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum, 60.8% berpendapat untuk menekankan nilai-nilai murni yang sesuai diamalkan oleh semua penganut agama, 63.3% responden berpendapat untuk membina jati diri orang Melayu berasaskan Islam. 60.4% responden berpendapat penerapan nilai-nilai Islam adalah perlu untuk menggalakkan pendidikan Islam.
NOTA HUJUNG
23 Lihat, Khadijah Md. Khalid, Voting for change? Islam and Personalized Politics in the 2004 General Elections. Dlm. Terence Gomez, Edmund. (pnyt). Politics in Malaysia: The Malay dimension. London: Routledge, 2007, hal: 138.
24 Perbincangan lanjut tentang sanggahan ini, lihat Abdul Hadi Awang, Hadharah Islamiyyah bukannya Islam Hadhari, Kuala Lumpur: Nufar Street. Sdn. Bhd, 2005.
25 Huraian lanjut tentang asas filosofi, rasional dasar dan perincian nilai-nilai Islam di wilayah pentadbiran, layari http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=DasarPenerapanIslam diakses pada 25 Mei 2008.
26 Huraian lanjut tentang simbolisme ini, lihat Amin Fadlillah, Perbandingan dasar penerapan nilai-nilai Islam dan pendekatan Islam Hadhari (atas talian), http://islamhadhari.net/?p=1565 (diakses pada 24 November 2008).
27 Ho Khai Leong. 2001. The Political and Administrative Frames: Challenges and Reforms under the Mahathir Administration. Dlm. Ho Khai Leong dan James Chin (pnyt). Mahathir’s Administration: Perfomance and Crisis in Governance. Singapore: Times Book International. hal. 9.
28 Govin. Alagasari, (pnyt). 1994. Mahathir: The Awakening. Kuala Lumpur: Uni-Strength Sdn Bhd.
29 Meskipun ditubuhkan sejak 13 Oktober 1976, fungsi, sumbangan dan peranan YAPIEM dalam agenda pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat Islam tidak begitu banyak diketahui oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, setelah YAPEIM diberikan amanah untuk menguruskan Kumpulan Wang Amal Jariah yang diperkenalkan kerajaan pada 1986, institusi ini mula dikenali orang ramai sebagai badan yang menerima sumbangan, mengagihkan sumber kewangan untuk membangun ekonomi, pendidikan dan sosial ekonomi Islam di Malaysia.
30 Embrio pertama jabatan ini adalah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang diasaskan oleh Majlis Raja-Raja pada 17 Oktober 1968. Kemudian kerajaan menubuhkan urusetia kepada MKI iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang mana pada 1 Januari 1997 dinaik taraf menjadi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dikenali sekarang ini.
31 Sambutan Bulan Dakwah yang dilancarkan pada tahun 1978 merupakan aktiviti keagamaan yang melonjakkan nama YADIM sebagai institusi Islam di bawah naungan kerajaan. Sejak itu YADIM dikenali orang ramai sebagai badan Islam yang diberikan tanggung jawab oleh kerajaan untuk menyelaras, membuat program dan penerbitan berunsur dakwah di Malaysia.
32 David Camroux, State Responses to Islamic Resurgence in Malaysia: Accomodation, Co-optation and Confrontation, Asian Survey, Vol. XXXVI, No. 9, September 1996, hal: 858.
(Bersambung…)





