Pandangan Kakitangan Agensi Agama Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari (Bhg. Akhir)
Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID
4.5 PERLUKAH ISLAM HADHARI DITERUSKAN?
Daripada 625 orang responden, 344 orang daripada mereka memberi respons terhadap soalan ini, iaitu 57.3% (197) berpendapat bahawa Islam Hadhari harus diteruskan manakala 42.7% lagi (147) tidak bersetuju. (Jadual 17)
Jadual 17: Bilangan Responden Tentang Perlukah Islam Hadhari diteruskan

Bagi mereka yang tidak bersetuju Islam Hadhari diteruskan, mereka berpendapat ianya tidak perlu diteruskan kerana tidak wujudnya teladan yang ditunjukkan oleh kepimpinan (75.5%), manakala 70.1% pula berpendapat bahawa kandungan Islam Hadhari ini adalah tidak jelas dan 72.8% lagi menyatakan Islam Hadhari hanya sebagai satu pendekatan, ia bukanlah satu dasar utama seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam. (Jadual 18).
Jadual 18: Bilangan Respons Tentang Islam Hadhari
|
SEBAB-SEBAB TIDAK SETUJU |
Respons |
Jumlah |
|
|
Ya |
Tidak |
||
| 1 : Tidak wujudnya teladan yang ditunjukkan oleh kepimpinan |
111 |
36 |
147 |
|
75.5 |
24.5 |
100.0 |
|
| 2 : Kandungan dan Pendekatan Islam Hadhari tidak jelas |
103 |
44 |
147 |
|
70.1 |
29.9 |
100.0 |
|
| 3 : Islam Hadhari hanya sebagai pendekatan bukan satu dasar seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam |
107 |
40 |
147 |
|
72.8 |
27.2 |
100.0 |
|
| 4 : Lain-lain |
25 |
122 |
147 |
|
17.0 |
83.0 |
100.0 |
|
4.5.2 CADANGAN BAGI MENINGKATKAN LAGI PEMAHAMAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELAYU
Jadual 19: Cadangan bagi meningkatkan lagi pemahaman Islam dalam masyarakat Melayu
|
CADANGAN MENINGKATKAN PEMAHAMAN ISLAM DALAM MASYARAKAT MELAYU |
Respons |
Jumlah |
|
|
Ya |
Tidak |
||
| 1 : Wujudkan dasar yang lebih mantap yang memberikan kefahaman Islam yang lebih jelas sebagai kesinambungan kepada Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam |
266 |
78 |
344 |
|
77.3 |
22.7 |
100 |
|
| 2 : Perkasakan pendidikan Islam dalam semua peringkat |
278 |
66 |
344 |
|
80.8 |
19.2 |
100 |
|
| 3 : Memantapkan perlaksanaan undang-undang syariah |
261 |
83 |
344 |
|
75.9 |
24.1 |
100 |
|
| 4 : Perkasakan peranan institusi kewangan Islam seperti takaful, perbankan Islam dll |
217 |
127 |
344 |
|
63.1 |
36.9 |
100 |
|
| 5 : Perluaskan bidang kuasa institusi-institusi kerajaan yang berkaitan dengan Islam seperti JAKIM, IKIM, YADIM, YAPEIM dll |
221 |
123 |
344 |
|
64.2 |
35.8 |
100 |
|
| 6 : Perluaskan peranan persatuan bukan kerajaan yang berkaitan dengan Islam seperti ABIM, PKPIM, JIM dll |
184 |
160 |
344 |
|
53.5 |
46.5 |
100 |
|
| 7 : Perluaskan peranan insitusi masjid dan surau sebagai agen perubahan dalam masyarakat tanpa campur tangan politik |
227 |
117 |
344 |
|
66.0 |
34.0 |
100 |
|
| 8 : Kurangkan program hiburan yang tidak mengikut landasan Islam |
257 |
87 |
344 |
|
74.7 |
25.3 |
100 |
|
| 9 : Tingkatkan program Islam ynag melibatkan kakitangan kerajaan,masyarakat umum dll |
235 |
109 |
344 |
|
68.3 |
31.7 |
100 |
|
| 10 : Perbanyakkan program yang berunsurkan Islam di TV |
259 |
85 |
344 |
|
75.3 |
24.7 |
100 |
|
| 11 : Perbanyakkan penerbitan yang berunsurkan Islam |
239 |
105 |
344 |
|
69.5 |
30.5 |
100 |
|
| 12 : Meningkatkan penguatkuasaan penggunaan tanda dan pemberian sjil halal |
200 |
144 |
344 |
|
58.1 |
41.9 |
100 |
|
| 13 : Lain-lain |
22 |
322 |
344 |
|
6.4 |
93.6 |
100 |
|
5. RUMUSAN KAJIAN
Secara umumnya, persepsi dan pandangan kakitangan agensi kerajaan mengenai dasar penerapan nilai-nilai Islam dan pendekatan Islam Hadhari menunjukkan kepelbagaian. Dalam erti kata lain, tidak wujud satu pandangan yang konsisten dalam merespons soalan. Bagaimanapun, secara keseluruhannya persepsi mereka terhadap agenda pengislaman ini menonjolkan pandangan yang cukup positif. Secara ringkasnya, kesimpulan kajiselidik bahagian ini dapat dirumuskan sebagai berikut:
- Dari segi latar belakang responden yang berjumlah 625, kebanyakannya berasal daripada kawasan bandar (64%), tinggal di kawasan zon tengah (46.7 %), umur 21-40 tahun (70.2%), berpendidikan tinggi atau mempunyai ijazah universiti (51.7%), berpendapatan 1000 – 3000 (63.2%) dan 51.6 % merupakan kakitangan jabatan atau majlis Islam negeri. Dilihat dari latarbelakang ini, maka kumpulan sasaran ini merupakan golongan yang memiliki tahap kemampuan sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan tahap pengetahuan yang cukup dapat mewakili suara masyarakat Islam. Ini bermakna dari segi kredibilitinya dapat dipertanggungjawabkan persepsi dan pandangan mereka tentang pembangunan Islam di Malaysia.
- Dari segi sumber maklumat, responden relatif memberikan jawaban yang meletakkan semua saluran media mempunyai peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat. Media utama itu adalah surat khabar, majalah televisyen dan radio yang memperoleh secara purata 35 %. Kaedah lain dalam menyampaikan maklumat seperti risalah, poster cukup berkesan iaitu 13.9%. Manakala kaedah ceramah dan khutbah di masjid, seminar, perbincangan dan pameran mencecah 35 %. Yang agak mengejutkan adalah peranan website atau media internet dalam kajian ini dianggap tidak begitu penting iaitu sekitar 8% sahaja. Dilihat dari jumlah peratusan yang tidak sampai mencecah 20% pada setiap sumber maklumat, ia membawa mesej bahawa semua sumber maklumat mempunyai peranan dan keberkesanan yang relatif seimbang. Ertinya, bagi menghebahkan sesebuah program, maka semua sumber itu harus dimaksimumkan memandangkan masyarakat dewasa ini dapat mengakses semua sumber maklumat berkenaan.
- Dalam merespons tentang perlunya penerapan nilai-nilai Islam, secara umumnya responden memberi pandangan yang positif. Ini bermakna mereka menyokong dan bersetuju dengan agenda kerajaan ini. Bagaimanapun, daripada beberapa atribut soalan, terdapat dua atribut yang mendapat peratusan yang tinggi, iaitu penerapan nilai-nilai Islam mempertingkatkan kefahaman Islam dalam masyarakat majmuk (87.7%) dan penerapan Islam bukan sebagai gimik politik kerajaan (90.6%). Pandangan ini adalah wajar memandangkan responden merupakan kakitangan agensi Islam yang tidak lain adalah sebagai bahagian daripada komuniti kerajaan itu sendiri. Manakala atribut yang lain memaparkan jumlah peratusan yang seimbang.
- Persepsi responden terhadap pendekatan Islam Hadhari pula menyerlahkan jawaban yang positif. Secara purata, pandangan responden terhadap pendekatan ini mencapai 50% ke atas. Dalam konteks hubungkait Islam Hadhari dengan pilihan raya ke-12, dapatan kajian ini menunjukkan jawaban yang neutral. Ertinya, atribut berkenaan tidak dapat memberikan gambaran yang pasti kerana peratusan jawaban relatif seimbang. Begitu juga penilaian responden terhadap 10 prinsip Islam Hadhari, secara keseluruhannya memberikan jawaban yang positif iaitu masyarakat Melayu telah berjaya dari segi tercapainya prinsip-prinsip Islam Hadhari yang telah dilaksanakan. Mengenai persoalan institusi yang sepatutnya menjadi penggerak utama, tiada wujud perbezaan yang ketara yang diberikan oleh responden. JAKIM (14.2%) dan Majlis Islam Negeri (13%.2) dianggap yang paling sesuai menjadi penggerak utama pelaksanaan Islam Hadahri. Margin perbezaan yang tipis ini menunjukkan pandangan responden bahawa semua institusi Islam di negara ini layak dan mampu menjadi penggerak sesebuah program yang dilancarkan kerajaan.
- Bagaimanapun, dari segi tentang kelanjutan Islam Hadhari pasca kemerosotan prestasi parti kerajaan dalam pilihan raya ke-12, jawabpn responden cukup negatif. Hal ini kerana peratusan jawaban yang bersetuju Islam Hadhari tidak diteruskan mencecah 42.7%, manakala 57.3% menyokong. Jumlah perbezaan yang tidak jauh berbeza ini menimbulkan isyarat bahawa ramai kakitangan agensi Islam ini tidak menyokong pelaksanaan Islam Hadhari. Persoalan tidak wujudnya teladan dalam aspek kepimpinan (75.5%) menjadi faktor utama persepsi responden tentang tidak perlunya Islam Hadhari diteruskan.
- Memperkasakan pendidikan Islam dalam semua peringkat merupakan atribut yang paling tinggi 80.8% dalam menilai cara yang paling sesuai bagi meningkatkan kefahaman Islam dalam masyarakat Melayu. Cara lain yang juga dianggap penting adalah memantapkan undang-undang syariah 75.9%. Responden juga memandang bahawa mengurangkan hiburan yang tidak sesuai dengan landasan Islam (74.7%) dan pada masa yang sama memperbanyak program yang berunsur Islam di TV merupakan langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan pemahaman tentang Islam (75.3%).
Leave a Reply