Khamenei nafi Iran bina senjata nuklear
TEHERAN, 19 Februari – Pemimpin agung dan ketua turus angkatan tentera Iran, Ayatollah Ali Khamenei, berkata negara itu tidak mempercayai dan tidak membina senjata nuklear.
“Sejak akhir-akhir ini, beberapa pegawai Barat dan Amerika Syarikat mengulangi ulasan lapuk dan dan tidak masuk akal bahawa Iran sedang berusaha membina senjata nuklear.
“Kami tidak langsung mempercayai senjata nuklear dan tidak berusaha mendapatkannya,” kata Khamenei pada majlis pelancaran kapal pembinasa buatan Iran di sini hari ini.





