Dampingi dan bukannya musuhi ilmuwan

February 23, 2010 10:46 PM 0 comments

Share this Article

Author:

KUALA LUMPUR, 23 Februari – Kekayaan intelek negara harus terus ditambah melalui usaha yang memberikan dorongan dan keyakinan kepada ilmuwan dan bukannya mewujudkan persekitaran politik yang memusuhi kumpulan itu, titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Baginda bertitah, kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan budaya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pimpinan yang sedang berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar.

“Pemikiran politik sedemikian amatlah destruktif. Pimpinan yang stabil dan negara yang maju sentiasa memilih pendirian untuk mendampingi dan bekerjasama dengan ilmuwan,” titah baginda pada pelancaran buku Knowledge, Language, Thought and the Civilisation of Islam: Essays in Honor of Syed Muhammad Naquib Al-Attas di sini hari ini.

Raja Dr Nazrin Shah bertitah usaha memuliakan ilmuwan adalah usaha yang amat konstruktif memandangkan seseorang ilmuwan itu memiliki kehebatan yang lebih istimewa dan lebih tulen.

Titah baginda pengiktirafan yang diabadikan kepada ilmuwan adalah lebih berkekalan, lebih berpanjangan dan lebih berterusan sehingga melangkah ke pascahayatnya dan ia tidak sekadar semasa ilmuwan itu masih bernyawa atau sedang menyandang jawatan tertentu.

Leave a Reply