Pandangan Kakitangan Agensi Agama Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari (Bhg. 2)
Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID
4.2 PERSEPSI DAN KESAN PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM MASYARAKAT MELAYU
4.2.1 SUMBER MAKLUMAT
Berdasarkan Jadual 8, sumber maklumat utama mengenai PNI diperoleh melalui surat khabar dan majalah (18.0%), 17.4 % melalui televisyen dan radio dan 14.3% menerusi serta ceramah-ceramah dan khutbah di masjid yang dihadiri oleh responden. Ini menunjukkan bahawa media massa merupakan saluran penting sumber maklumat awam mengenai PNI. Sumber-sumber lain ialah melalui risalah/poster/helaian maklumat (13.9%), perbincangan dan seminar (13.0%), internet (7.9%), rakan/saudara/keluarga (7.9% ), pameran (6.8%) dan lain-lain sumber (0.9%).
Jadual 8: Bilangan Respons Berdasarkan Sumber Maklumat

PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM MEMBANTU MENINGKATKAN KEFAHAMAN ISLAM
Sejumlah 87.7% responden berpendapat bahawa penerapan nilai-nilai Islam perlu dilaksanakan bagi mempertingkatkan kefahaman Islam manakala 74.4% pula berpendapat bahawa penerapan nilai-nilai Islam untuk menyemai nilai-nilai Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum. Bagi 60.5% responden berpendapat bahawa nilai-nilai murni yang sesuai perlu diamalkan oleh semua penganut agama dan 68.5% melihat ianya sebagai satu usaha untuk membina jati diri orang Melayu berasaskan Islam. Bagi 61.9% responden berpendapat penerapan nilai-nilai Islam adalah perlu untuk menggalakkan pendidikan Islam namun majoriti responden tidak bersetuju terhadap kenyataan bahawa penerapan nilai-nilai Islam dilaksanakan kerana ia adalah gimik politik kerajaan (9.4%). (Jadual 9).
Jadual 9: Sebab-sebab Penerapan Nilai-Nilai Islam Dilaksanakan
|
SEBAB-SEBAB PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM PERLU DILAKSANAKAN |
Respons |
Jumlah |
|
|
Ya |
Tidak |
||
| 1.Mempertingkatkan kefahaman Islam dalam masyarakat majmuk |
548 87.7 |
77 12.3 |
625 100.0 |
| 2.Menekankan nilai-nilai murni yang sesuai diamalkan oleh semua penganut agama |
378 |
247 |
625 |
|
60.5 |
39.5 |
100.0 |
|
| 3.Menyemai nilai-nilai Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum |
465 74.4 |
160.0 25.6 |
625 100.0 |
| 4.Hanyalah sebagai gimik politik kerajaan |
59 9.4 |
566 90.6 |
625 100.0 |
| 5.Menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat berbilang kaum |
336 53.8 |
289 46.2 |
625 100.0 |
| 6.Memperkasakan ekonomi umat Islam |
287 45.9 |
338 54.1 |
625 100.0 |
| 7.Menggalakkan pendidikan Islam |
387 |
238 |
625 |
|
61.9 |
38.1 |
100.0 |
|
| 8.Menjadikan malaysia negara Islam |
308 49.3 |
317 50.7 |
625 100.0 |
| 9.Membina jatidiri orang melayu berasaskan Islam |
428 68.5 |
197 31.5 |
625 100.0 |
| 10.Lain-lain |
22 3.5 |
603 96.5 |
625 100.0 |
PENERIMAAN INDIVIDU TERHADAP PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
Berdasarkan persepsi responden, 58.4% PNI telah berjaya membuka ruang untuk mendalami Islam manakala 61.0% bersetuju bahawa setiap individu semakin mematuhi tuntutan agama seperti pemakaian tudung bagi wanita dan mengamalkan budaya kerja amanah. Bagi 55.4% bersetuju bahawa setiap individu semakin cenderung kepada pendidikan Islam dan 54.9% cenderung kepada aktiviti-aktiviti ekonomi misalnya melahirkan hab dan industri makanan halal. Hanya 29.0% responden mengaitkan PNI dengan kecenderungan politik dan 9.6% lagi menyatakan sejak dilaksanakan, ia tidak membawa perubahan sikap dan amalan moral dalam diri individu secara khusus. (Jadual 10)
Jadual 10: Kesan Penerapan Nilai-Nilai Islam (individu)
|
KESAN PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM (INDIVIDU) |
Respons |
Jumlah |
|
|
Ya |
Tidak |
||
| 1- Semakin mendalami Islam |
365 58.4 |
260 41.6 |
625 100.0 |
| 2- Semakin mematuhi tuntutan agama seperti pemakaian tudung bagi wanita dan mengamalkan budaya kerja amanah |
381 61.0 |
244 39.0 |
625 100.0 |
| 3- Kecenderungan politik yang dikaitkan dengan Islam |
181 29.0 |
444 71.0 |
625 100.0 |
| 4- Kecenderungan kepada pendidikan Islam |
346 |
279 |
625 |
|
55.4 |
44.6 |
100.0 |
|
| 5- Kecenderungan kepada Aktiviti-aktiviti ekonomi Contohnya: Makanan halal |
343 54.9 |
282 45.1 |
625 100.0 |
| 6- Amalan Islam hanya pada luaran sahaja |
72 11.5 |
553 88.5 |
625 100.0 |
| 7- Tidak berubah sikap dan amalan moral |
60 9.6 |
565 90.4 |
625 100.0 |
4.2.3.2 MASYARAKAT
Mengenai kesan PNI dalam masyarakat, 61.0% responden berpendapat bahawa ia telah memberikan kesan kepada penyemarakan kepada aktiviti keagamaan.
Jadual 11: Bilangan Respons Terhadap Kesan Penerapan Nilai-Nilai Islam
|
KESAN PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM (MASYARAKAT) |
Respons |
Jumlah |
|
|
Ya |
Tidak |
||
| 1- Aktiviti keagmaan semakin berkembang dan rancak |
381 61.0 |
244 39.0 |
625 100.0 |
| 2- Ikatan persahabatan dan nilai kemanusiaan semakin tinggi |
260 41.6 |
365 58.4 |
625 100.0 |
| 3. Masyarakat semakin prihatin dan bertimbang rasa |
281 45.0 |
344 55.0 |
625 100.0 |
| 4- Masalah sosial semakin berkurangan |
115 18.4 |
510 81.6 |
625 100.0 |
| 5- Hakisan moral dan gaya hidup semakin kacau |
83 13.3 |
542 86.7 |
625 100.0 |
| 6- Masyarakat semakin berpecah |
78 |
547 |
625 |
|
12.5 |
87.5 |
100.0 |
|
| 7- Ikatan kekeluargaan semakin renggang dan nilai kemanusiaan semakin menurun |
70 11.2 |
555 88.8 |
625 100.0 |
| 8- Semakin banyak masalah sosial |
158 25.3 |
467 74.7 |
625 100.0 |
| 9- Menyebabkan berlaku kefanatikan dalam amalan agama |
64 10.2 |
561 89.8 |
625 100.0 |
| 10- Menyebabkan berkembangnya ajaran sesat |
58 |
567 |
625 |
|
9.3 |
90.7 |
100.0 |
|
4.2.3.3 NEGARA
Bagi kepentingan negara, PNI dinilai sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia lebih dikenali dari segi pengamalan Islam. Ini disokong oleh 56.2 % responden manakala sebagai negara Islam contoh di sokong oleh 53.1 %. Bagi 91.7 % responden menolak dakwaan bahawa PNI tidak memberikan sebarang kesan kepada negara. (Jadual 12).
Jadual 12: Kesan Penerapan Nilai-Nilai Islam (Negara)
|
KESAN PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM (NEGARA) |
Respons |
Jumlah |
|||||
|
Ya |
Tidak |
||||||
| 18- Malaysia lebih dikenali dari segi pengamalan Islam |
351 |
274 |
625 |
||||
|
56.2 |
43.8 |
100.0 |
|||||
| 19- Malaysia dikenali sebagai negara Islam contoh |
332 53.1 |
293 46.9 |
625 100.0 |
||||
| 20- Malaysia sebagai negara Islam |
259 41.4 |
366 58.6 |
625 100.0 |
||||
| 21- Islam dilaksanakan secara luaran sahaja |
141 22.6 |
484 77.4 |
625 100.0 |
||||
| 22- Tiada sebarang kesan |
52 8.3 |
573 91.7 |
625 100.0 |
||||
(Bersambung…)
Leave a Reply