Mahkamah dengar permohonan KDN mengenai kalimah ‘Allah’

January 5, 2010 9:31 PM 0 comments

Share this Article

Author:

KUALA LUMPUR, 5 Januari  – Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan esok (Rabu) untuk mendengar permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi penangguhan perintah mahkamah yang membenarkan majalah mingguan Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’.

Timbalan Pendaftar, Nik Isfahanie Abd Rahman menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi memfailkan notis penangguhan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi sekitar tengah hari tadi.

Hakim Datuk Lau Bee Lan akan mendengar permohonan itu pada kira-kira 2.30 petang.

Andi memberitahu pemberita, sijil kesegeraan turut difailkan bersama-sama notis itu bagi mendapatkan tarikh pendengaran awal.

Leave a Reply