Jadikan tragedi Ambon sebagai pengajaran

January 14, 2010 11:38 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Tags:

63363_kerusuhan_ambon_1999

Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA

Puncanya mudah saja. Hampir 10 tahun lalu, atau lebih tepatnya pada 19 Januari 1999, seorang lelaki yang sedang menunggang basikal, telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas. Penunggang basikal itu cedera akibat daripada kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, berita tentang kemalangan tadi begitu cepat merebak kerana kebetulan penunggang basikal itu seorang Muslim, manakala pemandu bas pula seorang Kristian.

Berita itu kemudiannya disebarkan bersama fitnah, adu domba serta dendam kesumat, hingga ke seluruh pulau di Maluku. Akibatnya, mulai hari berlakunya kemalangan tadi, Ambon kemudiannya bermandi darah. Dan pada Februari 2002 – iaitu empat tahun kemudian – apabila perdamaian secara rasmi dimeterai oleh kerajaan Indonesia dan pihak-pihak yang bertelagah, dilaporkan lebih 5,000 nyawa terkorban, puluhan ribu cedera manakala 750,000 orang lagi lari meninggalkan ibu kota kepulauan Maluku itu.

Selain itu, beratus-ratus rumah ibadat, terutamanya masjid dan gereja dimusnahkan dan dibakar. Antaranya, termasuklah yang dibakar bersama-sama penduduk yang berlindung nyawa di dalamnya! Carilah fakta-fakta tentang tragedi ini, anda akan menemui pelbagai kejadian mengerikan. Penulis tidak mahu mencatatkannya kerana bukan tujuan tulisan ini untuk membangkitkan kemarahan mana-mana pihak.

Tetapi mengapa Ambon yang dibicarakan?

Begini, al-Quran diturunkan untuk kita mengambil pengajaran. Di dalamnya terkandung cerita-cerita bermula dari Nabi Adam hingga kepada khatamul Anbia, junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Tidak diturunkan cerita-cerita itu kecuali untuk kita jadikan pengajaran, bukan? Sejarah juga begitu. Ia ibarat guru  yang mengajar kisah-kisah zaman lampau untuk menjadi panduan serta pengajaran kepada kita bagi menghadapi masa hadapan.  

Sepuluh tahun adalah tempoh yang belum lama sebenarnya. Ingatan kita terhadap tragedi Ambon juga masih segar lagi. Malah, tidak sukar untuk kita ingati latar belakangnya. Jadi, bukankah elok kalau tragedi Ambon ini dijadikan pengajaran?

Kini, ada pergolakan agama yang sedang kita depani. Seperti mana di Ambon 10 tahun lalu, punca krisis itu hampir sama; pertikaian antara Muslim dan Kristian. Syukurlah, setakat ini belum ada pertumpahan darah, tetapi awas, bibit-bibit kekerasan berlaku dan disemai oleh segelintir pihak.

Juga, memang benar rakyat Malaysia ini bijak, waras, tenang serta rasional, tetapi sekali lagi awas, jika tidak ditangani dengan bijak, cepat dan tegas, kita bimbang tragedi Ambon berulang di negara yang tercinta ini.

Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada tragedi Ambon?

Banyak. Antaranya; Pertama, apabila golongan majoriti berasa dirinya terancam. Dianggarkan 80 peratus daripada 1.2 juta penduduk Kepulauan Maluku beragama Kristian. Ini terjadi hasil kempen pengkristianan yang dilakukan oleh penjajah Portugis, Sepanyol dan Belanda. Ambon pula merupakan pulau yang menjadi ibu kota kepada kepulauan Maluku. Letaknya tidak jauh daripada Irian Jaya. Penduduknya   kira-kira 200,000 orang, juga majoritinya beragama Kristian.

Tetapi dari semasa ke semasa, jumlah imigran Muslim ke pulau itu terus meningkat, khususnya dari kepulauan Jawa. Hinggakan, di sesetengah tempat, masyarakat Muslim menjadi majoriti. Maka perebutan ekonomi tercetus dan penduduk Kristian berasa tidak senang hati. Apabila tercetus konflik, golongan majoriti yang berasa terancam terus melepaskan kegundahan mereka itu.

Begitu jugalah di Malaysia. Apabila masyarakat Muslim yang menjadi majoriti berasa kedudukannya terancam, atau diancam baik secara sengaja atau tidak sengaja, maka perasaan tegang dan curiga mula bangkit.

image4

Jadi, awaslah. Jangan kita jadi seperti di Ambon. Jadilah golongan majoriti yang tenang, waras, bijak serta bersifat pendamai. Islam adalah agama pendamai, yang menyatukan umat, mencintai keamanan serta mengajar kita supaya mengasihi manusia lain, seperti yang disabdakan oleh nabi,”Barang siapa yang tidak mengasihani terhadap makhluk-makhluk di bumi nescaya ia tidak akan dikasihani makhluk di langit.

Jangan bersikap seperti golongan majoriti di Ambon. Islam tidak mengajar kita begitu.

Kedua: Campur tangan pihak luar. Dikatakan, majoriti pasukan keselamatan yang dihantar oleh kerajaan Indonesia ketika itu adalah beragama Kristian. Manakala, pasukan tentera pula majoritinya beragama Islam. Akibatnya, kedua-dua pihak saling memberi ruang kepada penduduk dari agama tertentu melakukan kekerasan kepada penduduk yang beragama lain. Itu dakwaan sesetengah pihak.

Dikatakan juga, konflik itu diapikan oleh kumpulan-kumpulan militia dari luar untuk membantu penganut agama tertentu. Misalnya, Laskar Jihad dan Laskar Kristian. Biarpun masing-masing berusaha membantu dan mempertahankan penganut agama masing-masing, tetapi campur tangan itu dikatakan secara tidak langsung menyemarakkan lagi pertempuran tersebut. Ertinya, mereka bukan datang untuk mendamaikan, tetapi ada yang datang dengan tujuan untuk menyerang.

Dalam situasi kita di Malaysia ini, awaslah dengan campur tangan pihak-pihak tertentu yang emosional. Islam wajib dipertahankan, tetapi berhati-hatilah kerana banyak pihak yang begitu ghairah untuk menunjukkan kehandalan, menonjolkan diri serta menunjuk berani. Mereka inilah yang berpotensi untuk bersikap lebih sudu dari kuah. Mereka datang bukan membawa air, tetapi membawa minyak untuk dicurah ke atas api.

Begitu juga, tidak mustahil wujud sesetengah pihak dari luar yang memberikan sokongan kepada pihak tertentu agar terus mendesak dan menekan, kerana memang itulah tujuan mereka, iaitu melihat berlakunya ketidakstabilan politik, sosial serta ekonomi di negara ini. Malah, pihak ini juga memang sebenarnya mahukan agar kuasa politik Melayu dan Islam diruntuhkan.

Awas-awaslah kepada pihak yang membawa minyak ini. Ada di antara mereka yang berselindung di dalam gelap.

Ketiga: Pendirian melampau: Ada pengkaji yang mengatakan, konflik ini menjadi teruk kerana wujudnya pendirian melampau di kalangan penduduk dan pihak luar yang datang membantu. Laskar Kristian misalnya disokong oleh pihak-pihak luar termasuk laman-laman web untuk mengutip dana bagi membantu penganut agama itu yang didakwa `telah dihukum mati’. Di pihak Muslim pula, dikatakan ia didorong oleh fahaman keras Wahabi yang dipegangi oleh golongan mudanya.

Dikatakan juga, di pihak Muslim, ramai pejuang Afghanistan turun membantu. Manakala di pihak Kristian, sangat mudah dilihat mubaligh-mubaligh dari Belanda di sana-sini. Fenomena ini menambahkan lagi ketegangan di kedua-dua pihak.

Tentu saja kita gembira apabila pejuang-pejuang Muslim turun membantu mempertahankan penduduk Muslim Ambon dan Kepulauan Maluku daripada menjadi mangsa kekerasan, kerana wajib bagi kita mempertahankan saudara seagama. Tetapi bukankah damai itu lebih baik daripada kekerasan? Sikap melampau tidak akan membantu, malah ia hanya akan menjadikan suasana bertambah buruk. Maka, kita di sini elakkanlah fahaman melampau ini yang telah ditunjukkan baik di Ambon mahupun di negara-negara lain. Simbahlah api dengan air, bukan dengan minyak.

Keempat: Kegagalan pemimpin-pemimpin agama memainkan peranan. Di Indonesia, ketua-ketua agama ini memainkan peranan yang penting. Apabila masyarakat menghadapi masalah dan apabila masalah itu gagal ditangani oleh kerajaan serta pemimpin politik, rakyat Indonesia mengadu kepada ketua-ketua agama mereka.

Tetapi ini tidak berlaku di Ambon. Ketua-ketua agama dikatakan gagal memainkan peranan mereka, gagal menjalankan amanah dan bersikap pendamai serta pelindung, menyebabkan masyarakat berasa marah. Perasaan marah itu menjadi dendam, lalu mereka membakar rumah-rumah ibadat tertentu.

Di sinilah letak peri pentingnya peranan ketua-ketua agama di negara ini. Dalam keadaan tegang, ketua-ketua agama ini hendaklah bersifat mendamaikan. Bawalah masing-masing penganut ke arah ketenangan dan menghormati. Pertahankanlah agama, tetapi pertahankan juga keamanan yang kita kecapi selama ini.

Walaupun syukur ketegangan ini tidak  lagi mencetuskan pertumpahan darah dan kekerasan, namun elok kalau diambil pengajaran daripada keamanan yang telah dinikmati di sebuah tempat di Ambon, yang bernama Wayame.

Semasa tragedi berdarah berlaku di seluruh kepulauan Maluku, ketua-ketua agamadi Wayame telah membentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh 10 orang imam dan 10 orang paderi. Majlis ini kemudiannya membentuk kesepakatan dan perpaduan yang kukuh, mengharamkan senjata serta menghukum atau membuang mana-mana anggota masyarakat yang melanggar hukum dan peraturan yang telah dibuat.

Jika penganut Islam yang melanggar peraturan itu, Imam akan menghukumnya. Begitulah sebaliknya. Langkah ini ternyata berhasil. Ketika kampung dan wilayah-wilayah berhampiran bermandi darah, Wayame kekal aman dan harmoni.

Demikianlah pentingnya peranan ketua-ketua agama. Begitulah juga harapan kita kepada ketua-ketua agama di Malaysia ini dalam keadaan yang agak tegang kini. Pertahankanlah Islam, tetapi pertahankanlah juga nikmat keamanan yang sedang kita kecapi ini. Sekali hilang, ia sukar untuk dimiliki semula.

Mungkin tulisan ini tidak menyenangkan hati sesetengah pihak. Tetapi tujuan artikel ini ditulis tidak lain dan tidak bukan, untuk kita mengambil pengajaran daripada sejarah. Sejarah boleh digunakan untuk mencegah sesuatu malapetaka daripada berlaku. Maka, ambillah tragedi berdarah Maluku dan Ambon ini sebagai sempadan, supaya kita dapat mencegahnya daripada berlaku di negara yang tercinta ini.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    MB, Salehuddin Boleh Selesai Bible Di Rampas?

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya, Salehuddin Muhkyi, mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu rampasan bible Melayu, jika mereka mahu. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin, berkata dua individu itu paling layak untuk memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri Selangor serius. Menurut satu laporan media arus perdana, difahamkan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta naskah bible yang dirampas pada Januari […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Malaysia Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa: PM

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. Beliau berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya. “Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam. “Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, […]

    Read more →
  • Berita Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad, atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu. Hakim Syarie, Azzeman Omar, menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu, Isnin. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris, memberitahu pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut. Ketika ditanya pemberita […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Parlimen Lulus Rang Undang-Undang GST

    Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan mendapat sokongan 118 ahli Parlimen, manakala 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta pertimbangan Yang Dipertua supaya diadakan undi kali kedua dan diterima oleh dewan. Bagaimanapun proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan kekecohan dalam dewan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas […]

    Read more →