Situasi perpaduan kaum di Malaysia
Oleh MOHD KHAIRI WAN ALI
Ada dua berita yang menarik perhatian dalam memperkatakan tentang keharmonian dan perpaduan antara kaum yang ada di Malaysia.
Pertama, ialah berita mengenai saranan Prof Khoo Kay Kim supaya isu yang mengarah ke sensitiviti kaum ditangani dengan segera, kerana bimbangkan berulangnya 13 Mei. Namun, bagi saya, jika ianya berulang, padah dan parahnya amat besar dan mungkin tidak boleh dihentikan lagi. Malah boleh menarik Selatan Thai dan juga Singapura ke dalam kancah tersebut.
Kedua, ialah isu peruntukan untuk masjid yang dibangkitkan oleh pihak DAP. Isu ini mendapat sokongan dari kalangan Melayu sendiri, khususnya dalam Pakatan Pembangkang – PKR dan PAS. Konsekwennya, NGO Melayu bangkit menyuarakan bantahan dengan ‘berselindung’ di sebalik Perlembagaan, manakala pihak pembangkang ‘menggunakan’ isu keadilan terhadap bukan Islam Malaysia.
Sehubungan dengan isu ini, apa yang menghairankan saya ialah tulisan Noraini Abdul Razak, yang hanya mengutip contoh dari Selatan Thai dan negara-negara lain, tetapi tidak menyentuh situasi di Singapura.
Adalah diperhatikan situasi di Singapura tidak diambil iktibar, sebaliknya dibawa situasi di Indonesia bila memperkatakan tentang kerakyatan, hak, dan kesamarataan.
Apakah mereka cuba menyembunyikan situasi di Singapura? Orang Melayu sudah tidak ada, melainkan Jawa, Acheh, Johor dan sebagainya. Dengan kata lain, apakah orang Melayu sudah lupa pada sejarah Singapura? Maksud orang Melayu di sini, bukan saja terarah kepada pihak Pembangkang, bahkan UMNO khususnya.
Malahan, tidak salah dikatakan UMNO turut ‘mengkalutkan’ situasi dengan laungan rakyatnya, dan bangsa Malaysia. Ini hanya mengambarkan UMNO sendiri pun sudah hilang teraju wau orang Melayu. Mereka ikut angin saja!
2
Antara kedua-dua berita itu, yang hendak diulas dengan lebih lanjut ialah isu peruntukan kepada masjid, yang dilihat sebagai menganaktirikan penganut agama lain, sedangkan Rukun Negara menetapkan kepercayaan kepada Tuhan sebagai rukun yang pertama.
Dalam membawa isu ini, soal keadilan pun di sentuh. Walaupun tidak bermaksud untuk menafikan hak orang Melayu, namum bila soal keadilan dimunculkan, mau tidak mau, orang Melayu, yang beragama Islam, yang mengajar keadilan, perlu menjawab bukan sekadar mengikut kerangka Perlembagaan, tetapi ajaran Islam itu sendiri. Jika pihak Kerajaan UMNO-BN tidak dapat menjawabnya, bererti benarlah bahawa : kerajaan yang ada tidak berlaku adil, sebagaimana yang diajar dalam agama, yang menjadi pegangan orang Melayu, bahkan ketuanan Melayu itu sendiri; ataupun sememangnya UMNO menolak ajaran Islam!
Biasanya, apa yang berlaku ialah polemik. Maka saya boleh mengambil contohnya, misalnya apa yang dilakukan oleh PAS. Mereka tidak membina masjid yang terbesar di Asia Tenggara, sebaliknya ketik. Apakah PAS, Mursyidul Am, dan MB Kelantan telah berlaku adil? Mereka mengambil tanah orang Melayu Kelantan dan diserahkan kepada bukan Melayu, untuk membina tempat ibadah bukan Islam… Kalau dalam pepatah Melayu ada disebut tentang memberi bunga kepada kera, dan kalau dalam Islam pula, dengan bercontohkan Nabi s.a.w, tidak pernah saya terbaca Nabi s.a.w ada mengizinkan bukan Islam membina tempat ibadah lebih besar daripada masjid. Ataupun menyerahkan tanah milikan orang Islam kepada bukan Islam untuk dirikan tempat ibadah. (PS: kalau ada, sila jelaskan.)
Apa yang tidak berlaku ialah penjelasan mengenai keadilan, terutamanya dalam Islam. Ini kerana sistem keadilan yang ada dan diterimapakai bukanlah berteraskan pada ajaran Islam, malah hukuman mengikut syarak pun diperkotakkatikan! Ini dilakukan oleh pemimpin Islam di Malaysia, dan oleh orang Melayu sendiri.
Beginilah jadinya jika minda orang Melayu-Islam ini dijangkiti oleh virus hak asasi manusia, demokrasi, kesamaan, membela rakyat dan sebagainya. Orang Melayu-Islam lupa bahawa hak asasi manusia dan demokrasi Barat ini dicipta untuk menjustifikasikan dan melegitimasikan status mereka sebagai pendatang ke wilayah atau koloni asing.
Selain itu, kejayaan mereka (Barat) pula dilihat hanya dari sudut konsep dan falsafah di sebalik hak asasi manusia dan demokrasi, dan orang Melayu lempar jauh sudut ketenteraan dan persenjataan yang mereka miliki. Barangkali orang Melayu sudah lali dengan ‘bantuan’ kewangan yang disediakan oleh Barat ini untuk mereka melaksanakan agenda ‘agung’ ini.
3
Dalam memperkatakan tentang keadilan, adalah diperhatikan keadilan (bersekali dengan nilainya) Barat dan Islam tidak sama. Persamaannya hanyalah dari segi niat dan perbuatan yang tercetak dalam sistem keadilan, sedangkan dalam Islam ada terdapat satu lagi nilai yang digunapakai iaitu nilai yang telah ditentukan secara qatii (jelas dan sah) oleh Allah s.w.t. Akibatnya, hukuman pun berbeza. Tetapi dalam peraturan dan kaedah, mungkin ada persamaan yang boleh diterimapakai oleh umat Islam dalam menentukan cara-cara keadilan berfungsi dan beroperasi.
Justeru, bagaimanakah sesuatu itu sepatutnya dilihat dan ditentukan sebagai adil?
Terpentingnya, perlu juga melihat siapakah yang memperkatakan tentang adil. Kalau golongan atau asalnya adalah pendatang, maka kita perlu perhatikan aspek jaminan yang boleh diberikan oleh golongan pendatang ini, jika suatu titik keadilan itu di capai. Ini kerana, apabila mereka sudah berkuasa, apakah mereka akan lakukan seperti di Singapura, atau pun kulit putih Australia, bahkan Amerika sendiri terhadap penduduk asal?
Jika tiada jaminan boleh diberikan, atau tidak dapat dipercayai, maka keadilan yang dituntut oleh golongan pendatang ini hanyalah salah satu daripada agenda tersembunyi mereka untuk menguasai sesuatu tempat!
Melihat pada realiti ini, sebaik-baiknya orang Melayu menerima pakai keadilan dalam Islam. Pertamanya, ini adalah ajaran agama mereka, yang menekankan tentang keadilan. Keduanya, kerana keadilan adalah antara sunnahtullah, yang bererti mematuhi penentuan Ilahi.
Oleh hal yang demikian, dengan bersandarkan pada orang Melayu-Islam, keadilan yang perlu ditentukan ialah prinsip mengikut situasi. Oleh kerana bukan bumiputera adalah golongan pendatang, maka adalah adil untuk mereka dikekalkan dalam status tersebut. Ini bererti walau pun mereka warganegara, walau pun mereka bukan musuh, walau pun mereka percaya pada orang Melayu, mereka tetap pendatang.
Memberi mereka persamaan adalah sesautu yang tidak adil!
Keadilan yang diberikan tidak boleh menjangkaui tahap kehormatan antara sesama manusia!
Dengan itu, hujah, misalnya, kerana mereka lahir di Malaysia, maka Malaysia adalah negaranya, boleh dibatalkan dengan hujah, babi itu tetap haram, walau di mana sekali pun mereka berada!
4
Satu perkara yang perlu juga diambil ingatan ialah tentang pendatang.
Nabi s.a.w adalah seorang Muhajirin (pendatang) dan diterima sehingga sebati dengan penduduk asal, Ansar, Madinah. Selepas itu ramai lagi pendatang, yakni bukan dari Madinah, yang datang untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w berjuang menegakkan Islam.
Kebanjiran pendatang ini adalah fenomena yang ‘normal’ dalam sejarah Islam dan juga manusia.
Saya mengambil insiden ini adalah kerana, adalah jelas, bahawa pendatang akan membawa masuk pendatang baru dari satu keturunan. Maksudnya, jika Cina Malaysia, maka mereka akan membawa masuk Cina dari negara atau wilayah lain, kerana keturunan Cina ini berada di mana-mana.
Dengan itu adalah ‘normal’ jika Melayu membawa masuk keturunan Melayu dari daerah atau wilayah lain.
Peringatannya ialah: Orang Melayu perlu sedar tentang extent keturunan Cina yang bakal berada di Malaysia
5
Marilah bersama-sama berdoa agar situasi tidak bertambah buruk. Iktikadkan juga untuk berlaku adil kepada mereka yang bersama-sama kita, walaupun bukan seagama atau seketurunan.
Sebaik-baiknya doa Melayu-Islam adalah bersama-sama Melayu-Islam saja.
Tetapi, janganlah kita bimbang jika Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, akan berdoa bersama-sama dengan bukan Islam, kerana hajat umat Islam hanya tertunai jika tidak dicacatkan oleh kehadiran bukan Islam.





