Pluralisme agama: Fahaman bahaya sedang mengancam umat Islam

December 16, 2009 11:14 AM 1 comment

anis m toha

Fahaman pluralisme agama atau “memajmukkan agama” sedang mengancam umat Islam Malaysia yang asalnya bermula di Indonesia. ZAIN A. GHANI (ZAG) menemui  DR ANIS MALIK THOHA, Timbalan Dekan di Research Management Centre UIAM, Gombak baru-baru ini. Dr Anis yang bergelut dengan isu yang mengancam aqidah umat itu sejak 2005. Tesis MA-nya tentang gerakan liberalisasi Islam di Indonesia menyentuh fenomena ini yang juga sedang melanda hebat di kalangan umat Islam di negara kita: 

ZAG: Saya telah membaca tentang pluralisme agama yang sedang bergerak di masyarakat Indonesia yang  berakhir dengan masyarakat Muslimnya haru biru. Khabarnya sudah ramai yang liberal dan ada juga menjadi Kristian di sana. Sejak lapan tahun Dr mengajar di Malaysia,  proses pluralisme agama berjalan di peringkat mana di negara ini? 

ANIS MALIK THOHA: Saya rasa di mana-mana pun sesuatu fahaman, ideologi atau agama jika tiada dokongan politik, ia berkemungkinan besar tidak akan berjaya. Jika kita kilas balik (menelusuri) kepada sejarah – agama atau ideologi jika tiada dokongan berwajib, ia tidak akan berjaya. Contoh konkrit ialah fahaman Muktazilah pernah berjaya kerana mendapat dokongan politik daripada khalifah di Baghdad. Begitu juga pergerakan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab yang sekarang sedang “dikritik” hebat di Malaysia juga berjaya di Arab Saudi kerana dokongan kekuasaan atau pemerintah.

Di dalam konteks Malaysia, saya fikir akan sebegitu juga – sama dengan Indonesia. Apa yang dapat saya lihat di Indonesia, fahaman liberal yang juga kita kita panggil pluralisme agama sudah  bermula disusupkan ke dalam masyarakat Muslim sejak tahun 1970-an.

Tokoh-tokoh muda seperti Nurkholis Madjid yang ketika itu pernah disebut sebagai “Natsir muda” sudah mula menyebarkan idea melalui organisasi beliau Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) yang bergerak di universiti. Tetapi setelah itu isu itu (fahaman pluralisme agama) diambilalih pihak pemerintah negara itu.

Bagaimana mereka melakukannya?

Setelah berlangsung pilihan raya yang pertama-tama kali di era Suharto (orde baru), beliau melantik menteri agama Prof Mukhti Ali, lulusan PhD McGill, Kanada.Sebagai menteri agama , satu-satu cara atau jalan untuk melempangkan (memudahkan) misi meliberalkan Islam di Indonesia ialah melalui  Institut Agama Islam Negeri (IAIN)-kemudian ia merekrut juniornya, Prof Harun Nasution untuk memimpin IAIN.

Harun membawa fahaman neo Muktazilah. Dan mereka faham betul bagaimana cara untuk gerak kerja, iaitu melalui faktor utamanya ialah mendapat sokongan politik dari penguasa. Harun tahu betul bahawa dia harus memulakan pendidikan asas bermula dengan kurikulum. Lalu pada 1973, di dalam workshop di Bandung;  dia merombak kurikulum IAIN seluruh Indonesia, ketika itu IAIN baru ada  14 buah saja.

Faktor politik sangat besar kesannya, pada pandangan Dr, fenomena ini juga wujud di Malaysia?

Bukan besar sahaja, tetapi ia adalah faktor yang menentukan. Mengenai Malaysia, saya sebagai pengamat pernah berdiskusi dengan sahabat-sahabat  bahawa memang terdapat upaya (usaha) ke arah itu (liberalisasi) dan pada jangka panjang akan memberi kesan yang luar biasa.

Kalau di Indonesia Pancasila itu dapat mencapai sasaran?

Pada saya, untuk mencapai kesatuan; ia amat baik. Pancasila adalah suatu kesepakatan atau menjalinkan kontrak sebagai warganegara untuk membina negara dan satu bangsa-ia adalah sesuatu yang baik. 

Begitu juga, saya rasa program perpaduan untuk tujuan harmonisasi atau slogan “1Malaysia” adalah baik- juga tiada masalah.

Tetapi segala itu jangan sampai kita melupakan  di sisi (segi) agama.Kerana akhirnya agama akan menjadi “secondary” isu sahaja- sepatutnya agama itu harus menjadi “the first” (keutamaan).Yang sebetulnya Islam itu telah menjelaskan  cara (regulation)  yang jelas untuk hidup berdampingan sesama manusia (yang lain agamanya).

Ada faktor yang menggejala yang secara tak langsung mempercepatkan proses ini, contohnya banyak pemimpin di kalangan negara Islam – dapat kita katakan dari seluruh dunia, apabila berdepan dengan non-Muslim, mereka “mengalah” sehingga ke tahap “inferiority complex”. Sedangkan Rasulullah sudah memberi teladan yang jelas bahawa ketika Islam memerintah ia tidak akan mengetepi atau menzalimi non-Muslim?

Terdapat pelbagai faktor, antaranya faktor kekurangan fahaman tentang agamanya sendiri; tidak memahami agama sendiri secara mendalam. Terdapat juga faktor “tekanan” daripada  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – kebanyakan  NGO adalah jelas adalah dari kalangan mereka (dibiayai oleh tangan non-Muslim yang kaya raya).

Ada juga faktor global politik yang tidak mudah untuk ditangani. Di dalam rentang waktu kebelakangan ini, kita telah lihat kemenangan pemimpin politik yang secara demokrasi, tetapi tidak mendapat persetujuan/ sokongan daripada kekuatan global (Amerika Syarikat dan sekutunya) – ia akan akhirnya jatuh.

Kita lihat bagaimana kemenangan FIS di Algeria di nafikan, kemenangan Hamas juga tidak diiktiraf. Di Turki, kemenangan parti Islam juga dirong-rong (ganggu gugat terus).

Jadi siapa yang sanggup – ya, jawapan yang sebenarnya adalah iman.

Sesiapa saja yang mendalami Islam – tidak mempunyai apa-apa alasan untuk tidak menghargai non–Muslim. Jadi apa yang berlaku di sesuatu negara tidak dapat dipisahkan dengan konteks global. 

Trend_pluralisme

Berbalik kepada pluralisme agama – bagaimana pengamatan Dr tentang beberapa program “perpaduan” yang berlaku di kalangan rakyat berbilang agama?

Masalah ini bukan masalah kecil, bukan sahaja di sini, di Indonesia pun sama.  

Saya menghargai inisiatif untuk merapatkan hubungan pelbagai bangsa di dalam negara – itu memang perlu-ia adalah ajaran Islam. Tetapi harus dengan cara  yang benar. Umpamanya program-program yang dijalankan sehingga dapat mengaburkan (menghancurkan) aqidah seperti “ kongsi raya” atau “deeparaya”atau lain-lainnya yang tidak perlu. 

Islam itu mengajarkan ketika kita menghargai agama lain-kita tidak diperlukan berlebih-lebihan (melampau). Begitu juga apabila kita meraikan hariraya, kita tidak mengharapkan  mereka bersama-sama, “because they don’t share what we feel” kerana hariraya itu ada muatan keimanan, agama dan aqidah.

Kenapa kita merayakan hariraya itu, mereka perlu tahu? Ia kerana merayakan kemenangan, kembali kepada fitri kita-kalau orang lain yang non-Muslim mereka tidak memahami perkara itu!

Begitu juga sikap kita, apabila mereka merayakan-kita biarkan mereka merayakannya sesuai dengan yang mereka yakini. Jangan diganggu-gugat dan  pastikan ia dapat berlaku dengan aman damai ketika mereka menjalankan ibadah. Itu adalah kewajipan agama kita.

Di dalam Islam, hal-hal seperti toleransi sudahpun terbukti di dalam sejarah…

Memang itu telah terbukti di dalam sejarah.Misalnya orang Hindu merayakan Deeepavali – perayaan itu ada kaitan dengan keyakinan mereka yang kita tidak merasakan-kalau kita ikut-kita tidak tahu apa maksud sebenarnya. Pada saya, toleransi itu bukan ikut serta – toleransi itu cukup dengan kita menghargai mereka. Biarkan mereka dengan segala apa yang ada pada mereka. Tidak boleh mengacau-jika kita lakukan – itu satu jenayah.

Jadi itu berlaku di masyarakat, bagaimana yang berlaku di kalangan akademik atau IPTA/IPTS?

Yang sangat saya perhatikan secara gigih pergerakan Institut Kajian Dasar (IKD) yang pernah dipimpin oleh Khalid Jaafar – dia kerap mengadakan workshop di peringkat regional. Pada  workshop itu dijemput semua wakil dari seluruh dunia termasuklah Indonesia, Filipina dan lain-lain. IKD itu ada networking (jaringan) dengan orang-orang di Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia.

Jadi bagaimana tanggapan kita kepada buku-buku penerbitan IKD atau Sisters In Islam (SIS) dan yang sepandangan dengan mereka yang tersebar meluas?

Saya rasa itu  faktor kebebasan,  di bidang akademik – kebebasan memang diperlukan. Jadi mereka yang berpihak kepada Islam juga harus berbuat yang sama-bukan sekadar menonton sahaja, tetapi harus melawan dengan penerbitan  yang menerangkan agama Islam yang sebenar.

Kalau di Indonesia, banyak media-media Islam yang melawan JIL ini-kita ada majalah Sabili, Hidayatullah.com dan lain-lain. Orang-orang JIL ini memang pandai bersilat lidah.Mereka bahkan melawan dengan undang-undang (mahkamah) hal-hal yang dianggap bercanggah dengan agenda mereka.Mereka begitu gigih memperjuangkannya sehingga sanggup juga membawa ke parlimen.

Agenda mereka seragam iaitu hak asasi manusia, kesamaan gender, liberalisme , pluralisme.Jadi dapat saya lihat bahawa ramai di kalangan kita masih tidak memahami apa sebenarnya pluralisme agama ini.Mereka memahami secara salah bahawa “religious pluralisme” itu sebagai “religious tolerance.”

Itu tidak betul, pluralisme agama itu lebih daripada itu. Apabila kita berbicara sesuatu kita harus merujuk kepada pakarnya. Kita  boleh mencari sendiri sumber asal pada internet yang berpusat di Universiti Harvard – Centre For Pluralism (http://pluralism.org.) Kita akan dapati bahawa pluralisme agama, “it’s is not just a tolerance…” – bukan sekadar bertoleransi.

Ini yang menjadi masalah “from Islamic point of views” – kalau kita mesti bertolak ansur tentang aqidah.

Ini bukan masalah Indonesia atau Malaysia sahaja, ini terkena semua-ia adalah isu global. Saya tengok  salah faham tentang pluralisme agama ini berlaku kerana tidak faham. Majlis Ulama Indonesia (MUI) memfatwa bahawa pluralisme agama itu haram, banyak tokoh akademik yang membantah keras.

Banyak yang salah faham dan menyalahkan MUI. Di sini pun sama ketika muzakarah dengan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, dia disalah dan diperlekehkan fakta-fakta yang dikeluarkannya tentang berlakunya pemurtadan – ia adalah kesan pluralisme agama yang sedang “berjalan” sekarang.

Di Indonesia ada sebuah buku yang ditulis oleh seorang pendeta Kristian yang juga tidak bersetuju dengan gerakan pluralisme agama – buku itu Teolegia Abu-abu membantah  gerakan ini yang mengatakan setiap agama itu sama! Pendeta itu mengatakan pluralisme agama ini akan bekesudahan dengan  “mengancam” semua agama-agama termasuk Kristian juga.

Pada masa yang sama saya menyeru supaya definisi pluralisme agama mesti difahami betul-betul, jika tidak kita akan termakan  dengan “permainan ” yang akhirnya akan merosakkan kefahaman Islam.

Bagaimana benteng untuk mengatasinya?

Kita harus kembali kepada sunnah nabi dan teladan para sahabat. Kebanyakan kita banyak membaca karya-karya  (tentang Islam) yang ditulis oleh non-Muslim. Kita boleh belajar fikiran orang barat dan mengambil yang positifnya.

Kita juga harus sentiasa membaca al-Quran yang diturunkan untuk bacaan kepada semua peringkat manusia.

Untuk memahami al-Quran harus melalui as-sunnah, pada orang yang mengingkari as-sunnah-bagaimana argumennya sedangkan al-Quran itu sendiri datang kerana Muhammad.

Jika tidak ada sunnah; al-Quran sudah  tentu tidak ada. Semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah. Hidayah harus dicari justeru Allah menyuruh kita  memohon 17 kali paling kurang sehari semalam melalui al-Fatihah yang dibaca ketika solat.

1 Comment

  • Fortunate student..

    thnx a million for the information…
    sekarang baru btul2 faham maksud sebenar pluralisme agama tu..
    dan, alhamdulillah… info ini banyak membantu saya dalam menyiapkan assignment… terima kasih…

Leave a Reply


Topik Lain

  • Berita Dunia Islam

    Berebut jadi Presiden Iran

    Persaingan menggantikan Mahmoud Ahamadinejad (gambar kecil) sebagai Presiden semakin panas di Iran, ini berikutan sokongan sebuah kumpulan berpengaruh kepada Ali Akbar Velayati, seorang daripada lapan calon untuk jawatan itu. Seorang lagi calon, Hasan Rowhani menjanjikan hubungan lebih baik dengan masyarakat antarabangsa. Kita tidak akan benarkan dasar lapan tahun lalu diteruskan” Rowhani Agensi berita Mehr melaporkan, majoriti ahli Persatuan Cendekiawan Islam Qom memberi sokongan kepada Velayati selepas mengadakan mesyuarat semalam. Ia dimaklumkan oleh ketua anggota persatuan itu, Ayatollah Mohammad Yazdi, bekas [...]

    Read more →
  • Berita

    Tiada Laporan Elektrik Terputus – SPR

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tidak wujud dakwaan bekalan elektrik terputus pada 5 Mei lalu dan mendakwa penganjuran perhimpunan haram oleh pembangkang hanya bertujuan mencemar nama suruhanjaya itu. Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Black505′ merupakan satu penghinaan terhadap sistem pilihan raya demokrasi di negara ini. Tambah beliau SPR sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi membolehkan pihaknya bertindak terhadap mereka yang mencemar nama suruhanjaya itu untuk kepentingan politik murahan. Beliau membidas Ketua [...]

    Read more →
  • Artikel Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    DILAHIRKAN di Thailand, namun Joe Gordon menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai rumah pertamanya. Pilihan itu membolehkan Gordon, 56, menerima kerakyatan AS dengan mudah, apatah lagi dia telah menetap di negara itu selama lebih 30 tahun. Barangkali apabila telah terlalu lama mengikut acuan Barat, Gordon atau nama aslinya, Lerpong Wichaikammart, lupa asal usulnya atau hilang semangat orang Asia yang selama ini menjunjung tinggi budaya dan adat resam terutamanya dalam soal institusi beraja. Mungkin fikiran moden dan keterbukaan Gordon membuatkan dia memilih [...]

    Read more →
  • Berita Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda. Pendakwaan dilakukan [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Saya tidak kenal siapakah wanita keturunan Cina bernama Melissa Gooi, tapi namanya menjadi sebutan ramai ekoran komen yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong dalam akaun facebooknya. Ekoran komen itu, Melissa terpaksa bersembunyi beberapa hari ketakutan sehingga beliau ditangkap dan kemudiannya dilepaskan oleh pihak polis setelah kenyataannya direkodkan. Beberapa orang lagi sedang dicari polis untuk direkodkan kenyataannya. Sebenarnya bukan Melissa seorang yang dikatakan menghina Agong, bahkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun 2013 mendedahkan menurut pengendali blog Kedah Ke KL (http://kedahkl.blogspot.com) [...]

    Read more →
  • Global Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    BARANGKALI di era al-Rabei al-Arabi (Arab Spring) ini, Israel tidak perlu bersusah-payah melakukan provokasi untuk menyulut perang sektarian di kawasan, pasalanya krisis Suriah yang berlarut-larut semakin membuka lebar meletusnya perang sektarian. Betapa tidak, masker gerakan perlawanan seperti Hizbullah benar-benar telah terkuak di mata publik Arab sebagai gerakan yang ternyata mengusung kepentingan aliran tertentu di kawasan. Sebelum lebih jauh menyelami peran gerakan yang konon paling ditakuti Israel itu, mari kita mengilasbalik terlebih dahulu perang musim panas tahun 2006 antara Hizbullah dan [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Masa depan BM, BI?

    Masa depan BM, BI?

    Terlintas juga dalam hati kecil saya kemungkinan satu hari negara tunggal Melayu ini juga batu nisan Bahasa Melayu! Ada orang British juga Amerika berpendapat United Kingdom dan Amerika Syarikat satu ketika kemuka akan jadi pusara Bahasa Inggeris! Mereka yang terganggu memikirkan masa depan kedua bahasa (BM, BI) berasa tidak mustahil itu berlaku. Sebabnya: bagi kita walaupun Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi tunggal nampaknya ia terus terpinggir. Orang British dan Amerika pula nampak bahasa mereka akan menjadi bahasa pasar bukan [...]

    Read more →
  • Berita Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Negara-negara Asia digesa bekerjasama dalam menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Dalam menyentuh perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga cabaran tersebut akan menguji keupayaan Asia untuk berdiri bersama-sama sebagai satu unit dengan komitmen untuk bekerjasama, pelaburan masa, sumber dan iltizam politik. “Saya percaya kita akan melakukannya. Saya percaya dalam potensi Asia. Saya percaya dalam keupayaan Asia untuk [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi Pendedahan sebuah media tempatan Hong Kong mengenai salah sebuah cawangan francais Starbucks di kepulauan bekas tanah jajahan British telah menggunakan air kumbahan untuk membancuh kopi yang dipesan oleh pelanggannya. Akhbar Apple Daily turut menyiarkan sekeping gambar yang dirakamkan di sebuah cawangan Strabucks di Menara Bank China di mana seorang kakitangan telah mengambil air dari sebuah paip yang tertera “Starbucks Only”, yang terletak berhampiran tandas lelaki. Menurut laporan UPI, wakil Jabatan Makanan Higenik [...]

    Read more →
  • Ensiklopedia Kiai

    Kiai

    Gelaran kehormat yang diberikan masyarakat terutama di Indonesia kepada seorang ahli agama Islam disebut kiai. Dahulu, seseorang dipanggil kiai jika beliau memimpin sesebuah pondok pengajian dan mengajarkan agama Islam kepada muridnya, tetapi sekarang banyak ulama berpengaruh disebut kiai, meskipun tidak memimpin pondok pengajian. Di beberapa daerah di Indonesia, masyarakat menyebut kiai dengan istilah mereka sendiri. Di Jawa Barat, misalnya, kiai disebut Ajeungan, di Lombok disebut Tuan Guru sementara di Aceh disebut Teungku. Di Malaysia golongan ini dipanggil sebagai Tuan Guru. [...]

    Read more →