Islam agama ‘kaffah’

November 17, 2009 9:25 AM 0 comments

Share this Article

Author:

kaabah

Oleh KETUA EDITOR

Michael Hart meletakkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam senarai 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Jika diambil dari aspek peribadi awal Rasullullah s.a.w, baginda merupakan seorang yang buta huruf: tidak boleh membaca dan menulis. Melalui dorongan dan petunjuk Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w telah muncul sebagai manusia yang paling besar pengaruhnya dalam peradaban manusia.

Nabi Muhamad s.a.w, sebelum kelahiran telah digambarkan dalam beberapa kitab agama yang lain sebagai seorang utusan Allah yang akan membawa obor kehidupan baru kepada manusia. Lantaran itu, dengan berpandukan wahyu dan peribadi mulia, Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya meletakkan kedudukan Islam menjadi cara hidup terbaik sehingga mampu menguasai hampir tiga suku dunia dan berkembang luas.

Nabi Muhammad s.a.w muncul sebagai insan teladan yang terbesar. Peribadinya yang mulia dan terbaik telah mendorong Islam berkembang luas sehingga kini mencapai jumlah 1.7 bilion orang. Penganut Islam berada di tangga kedua terbesar di belakang penganut Kristian yang muncul lebih awal dengan perbezaan sekitar 600,000 orang.

Berasaskan kepada kedudukan tersebut, penganut Islam dilihat bukan sahaja akan mengatasi jumlah penganut Kristian dalam masa kurang 50 tahun, malah akan kembali menyinarkan kembali peradaban baru bagi menggantikan peradaban Islam yang telah dikeronyokkan oleh faham sekularisme dan budaya Barat setelah tewas dalam Peperangan Salib.

Kesan kegagalan peradaban Barat, termasuk kemerosotan fahaman kapitalisme yang telah menjerumuskan keruntuhan sistem ekonomi dan kewangan, krisis pengurusan dan kepimpinan menjadikan kehebatan sistemnya ‘tergoncang’ teruk. Semakin banyak institusi kewangan mengalami masalah dan terpaksa ditutup, dan perhatian sekarang tertumpu kepada alternatif sistem kewangan dan ekonomi Islam.

Sistem ekonomi dan kewangan Islam bukan sahaja telah diterima sebagai pilihan negara-negara Islam, malah institusi kewangan Barat turut memperkenalkan pakej tertentu selaras dengan prinsip-prinsip syariah. Masyarakat bukan Islam semakin ramai menerimanya kerana yakin dan merasakan ia lebih selamat berbanding sistem konvensional.

Bagaimanapun, apa yang penting kepada umat Islam ialah meningkatkan kefahaman terhadap perkembangan sistem Islam itu sendiri. Masih ramai lagi umat Islam meraguinya, kerana telah sekian lama terbelenggu dengan sistem konvensional. Mereka lebih selesa menggunakan sistem tersebut, kerana ia telah dijadikan sebagai pengkhususan dan mata pelajaran baik di peringkat sekolah ataupun universiti. Bentuk dan kurikulum yang mendekati prinsip syariah walaupun telah dimulakan, ia masih dianggap masih baru.

Islam adalah merupakan agama yang kaffah (lengkap).Sebagai agama besar dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan, Islam perlu dijadikan olahan pemikiran yang meluas dan mendalam dalam setiap kurikulum yang akan dibentuk. Berpandukan prinsip-prinsip al-Quran, amalan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dan pendekatan pemikiran para ulama, kurikulum pendidikan Islam perlu dibentuk secara lebih mendekati kepada penyelesaian masalah semasa.

Sistem pendidikan moden yang banyak menggunakan pendekatan psikologi barat dari satu segi dilihat sangat berjaya, dan dari aspek yang lain ia jatuh merudum. Pendidikan barat yang berfalsafahkan psikologi perkembangan kendiri telah berjaya melahirkan ramai manusia yang pintar, cerdik dan berfikiran terbuka.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan itu, pendidikan Barat telah gagal membentuk manusia yang meletakkan moral dan etika, kedudukan Maha Pencipta di atas segala-galanya. Dan, kerana itulah apabila menemui kegagalan, mereka seringkali menyalahkan kepada orang lain atas konsep persaingan, sabotaj, monopoli dan lobi, sedangkan tidak menerima kegagalan itu sebagai sesuatu yang ditakdirkan berlaku disebabkan lupa tanggungjawab dan amanah Allah s.w.t.

Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sepanjang kehidupannya sebagai seorang pedagang perlu dijadikan motivasi yang besar. Baginda melakukan kerja-kerja tersebut dengan penuh amanah dan tanggungjawab telah menyebabkan ia dipercayai oleh Siti Khadijah (seorang janda kaya dan pedagang hartawan), sehingga menarik perhatiannya untuk bersuamikan Nabi Muhammad s.a.w. Kejujuran dan keikhlasan dalam mengatur uruskan perniagaan yang dimodali oleh Siti Khadijah, menjadikan perniagaan semakin berkembang maju.

Nabi Muhammad s.a.w juga merupakan seorang strategis yang cekap di samping mampu memotivasikan orang ramai. Sikap sederhana dan baik hatinya perlu dijadikan sebagai satu kurikulum yang baik, terutamanya dalam sistem pengurusan sumber manusia. Sistem pengurusan sumber manusia yang dipakai dan diajar di sekolah-sekolah dan universiti lebih berdasarkan dapatan psikologi industri dan tingkahlaku Barat semakin menghadapi masalah. Prinsip pengurusan yang berdasarkan ganjaran kewangan dan peningkatan pangkat melalui pengiraan prinsip untung-rugi telah menyebabkan berlakunya pengorbanan etika.

Keruntuhan sistem kewangan Amerika Syarikat memberikan kita sedikit pengajaran apabila pihak pengurusan mengambil kira keuntungan dari segi spekulatif. Bermula dengan sistem gadai janji, dengan harapan pinjaman diberikan dengan harapan harga hartanah akan melonjak, menyebabkan ramai pemimjan menghadapi masalah. Pihak bank tidak dapat mengutip hutang, manakala rumah yang dicagarkan itu tidak mampu dijual kembali dengan harga tawaran kerana tidak ada pembeli.

Dalam sistem Islam prinsip nilai etika dan moral menjadi asas utama pertimbangan sesuatu transaksi. Sebelum sesuatu kelulusan pinjaman diberikan, ia dinilai berdasarkan prinsip harga tertangguh dalam tempoh sesuatu waktu, dan dari situlah akan ditetapkan kadar perkongsian keuntungan antara pembeli dan pihak bank yang menjadi penanggungnya. Prinsip ini berkembang kerana peminjam yakin bahawa ia tidak melibatkan unsur-unsur spekulatif yang besar dan lebih menguntungkan institusi pemberian pinjaman.

Sistem konvensional, juga tidak berasaskan kepada perkongsian. Ia lebih memihak kepada bank kerana sebelum membuat sesuatu transaksi pinjaman, pihak bank akan membuat jangkaan keuntungan terlebih dahulu. Jika jangkaan keuntungan itu berpihak kepada pemberi pinjaman, maka permohonan pinjaman itu akan diluluskan, dan kerana itulah dokumen menjadi terlalu besar kuasa penentu dalam meluluskannya. Dalam transaksi itu tidak termasuk prinsip moral, walhal berdasarkan pengasas faham kapitalisme telah menyatakan etika perniagaan perlu dijadikan pertimbangan sejagat jika tidak mahukan sistem itu menghadapi kegagalan.

Prinsip pendidikan Islam bukan sahaja berasaskan kecerdikan akal, ia turut menekankan prinsip tingkahlaku atau dipanggil sebagai amalan. Islam memandang tinggi kepada kedudukan ilmu pengetahuan, tetapi akan dianggap sempurna bila ilmu yang dipelajari itu diamalkan secara bermoral. Ini bererti, kurikulum pendidikan yang berasaskan Islam perlu menekankan prinsip moral dan bukannya pendidikan moral sebagaimana yang kita kenali masakini.

Pendidikan moral yang dipelajari sekolah hanya menekankan kepada mengetahui nilai-nilai tersebut secara hafalan. Ia tidak mendasari prinsip-prinsip tersebut ke dalam pemupukan dan pembudayaan tingkah laku. Dan, kerana itulah kita amat mudah menemui banyak kumpulan terpelajar yang cerdas dan pintar apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar lemas dengan pertimbangan moral. Mereka sanggup melakukan salah guna kuasa, pecah amanah sehingga menyebabkan organisasi yang mereka terajui terjejas, menerima kesan buruk dan tidak kurang pula diisytiharkan muflis.

Cara Rasullullah s.a.w mendidik umat Islam ialah dengan contoh teladan yang baik. Apabila bercakap penuh berhemat, tidak melenting seperti mana seorang ketua dalam organisasi moden. Kesalahan pegawai diperbetulkan dengan cara penuh sopan dan bukannya dihumban dan diumpat sepanjang mesyuarat untuk diketahui oleh semua orang agar turut mengutukinya. Kerana itu Rasullullah s.a.w telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh yang bukan sahaja berjiwa besar malah meperluaskan penyebaran agama Islam sehingga dianggap semakin mencabar jumlah penganut Kristian.

Justeru, berapa ramaikah tokoh besar yang telah berjaya dilahirkan melalui pendidikan dan kepimpinan Rasulullah saw. Jumlahnya sangat menakjubkan jika kita membuka kembali lembaran sejarah melalui pendidikan yang diterapkan oleh Rasulullah ia telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh besar yang amat berwibawa. Hal ini adalah disebabkan Rasulullah s.a.w tidak terlepas dari bimbingan Allah dalam setiap gerak dan setiap bidang kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui yang kamu lahirkan dan rahsiakan; dan Dia Maha Halus dan Maha Mengetahui?” (al-Mulk: 14)

Oleh kerana itu, sudah sampai masanya kita mengadaptasi kejadian-kejadian yang terdapat dalam surah nabawiah untuk diaplikasikan dalam pengurusan pendidikan di sekolah. Hanya pengurusan sekolah yang berasaskan sirah Nabawiyah yang dapat mewujudkan sekolah terunggul yang diimpikan, sekolah yang berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang cerdas secara intelektual, emosional dan spiritual. Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh satu-satunya yang paling jelas dan memiliki ciri-ciri khusus, iaitu mencakup seluruh aspek kehidupan.

Khususnya para aktivis di bidang pendidikan dan pengajaran harus berorientasi kepada sirah Nabawiyah dan mengikuti sikap para sahabat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah memfokuskan seluruh perhatian umatnya kepada akidah Islamiah. Dengan itu tumbuh-suburlahlah semangat interaksi social yang tegak di atas ukhuwwah Islamiah.

Dengan demikian, sudah jelas bahawa pengurusan pendidikan dan pengajaran harus menfokuskan perhatiannya kepada sirah Nabawiyah sebagai landasan dalam penepatan berbagai prinsip dasar yang upendidikan tersebut kerana pengurusan pendidikan memerlukan perhatian penuh bagi merialisasikan berbagai tujuan pendidikan dan pengajaran yang telah dicanangkan.

Pola hidup Rasulullah s.a.w telah menjadi contoh yang jelas bagi pelaksanaan pola interaksi sosial di muka bumi yang nyata ini. Hanya dengan berorintasi kepada sirah Nabawiyah, berbagai pengurusan dapat menetapkan berbagai prinsip yang akan dibangun di atasnya- pola-pola interaksi sosial yang baik di antara seluruh individu di dalamnya.

Kelemah-lembutan adalah satu prinsip yang digunaka oleh Rasulullah saw dalam bergaul, baik dengan lawan mahupun kawan. Dengan demikian, beliau berhasil menarik simpati masyarakat, yang akhirnya menjadi dekat dengan beliau. Demikan juga sudah seharusnya pengurusan pendidikan menjadikan kelamah-lembutan sebagai salah satu prinsip untuk menbangun sebuah interaksi sosial yang baik antara lembaga pengurusan pendidikan dengan masyarakat disekitarnya.

Demikian juga, prinsip tawaduk dan toleransi beleh diterapkan dalam pengurusan pendidikan bagi tujuan merapatkan lagi hubungan guru, murid serta masyarakat persekitaran. Pihak pengurusan sekolah harus mengetahui bahawa sikap sombong telah musnah bersama dengan datangnya akhlak Islam.

Jika pengurusan pendidikan telah menerapkan akhlak tawaduk dalam cara bergaul dengan semua orang yang bekerja di dalamnya, maka ia telah menciptakan suasana yang baik untuk melaksanakan misi pendidikan dan pengajaran di tengah-tengah masyarakat. Masing-masing berbuat dengan tawaduk yang besar dan berlemah-lembut kepada yang kecil, yang kecil menghormati dan menghargai yang besar, yang kuat menolong yang lemah. Dengan demikian, maka tegaklah interksi sosial di dalam masyarakat kecil yang pada gilirannya menjamin pertalian dan tolong-menolong di antara mereka. Tercapailah tujuan proses pendidikan dan pengajaran. Para murid berhasil menyerap akhlak yang baik itu dari para suri teladan yang berada di hadapannya, dari ketua sekolah (guru besar / pengetua) dan para gurunya.

Banyak lagi contoh keperibadian Muhammad s.a.w yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam pengurusan pendidikan sekolah seperti menanamkan sifat sabar, pemaaf, menjauhi prasangka buruk, tegas, menegakkan keadilan, menepati janji, memberi hak kepada ahlinya, memberi arahan yang jelas, berbicara sesuai dengan taraf berfikir lawan bicara prinsip uhkuwah seperti kerjasama, saling menasihati, saling mencintai, ketaatan, memuliakan orang lain, tolong menolong, menghargai orang lain, kasih sayang, meghargai bakat seseorang, bertanggungjawab, mengamal prinsip musyawarah.

Di samping Rasulullah s.a.w sebagai model teladan yang baik dalam interaksi sosial ketika bergaul dengan seluruh anggota masyarakat Islam dan lainnya. Atas dasar ini, maka pihak pengurusan pendidikan dimungkinkan untuk mengambil manfaat dari sirah Nabawiyah dengan cara mengaplikasikan dasar-dasar yang di simpulkan darinya, khususnya yang berkaitan dengan interaksi sosial. Dengan demikian, akan terjamin terbentuknya interksi sosial yang diterapkan diatas dasar-dasar yang kokoh, yang memungkinkan untuk menitinya. Selanjutnya, akan terjamin munculnya nilai-nilai positif, dengan izin Allah s.w.t.

Jelas sekali, prinsip-prinsip yang dikembangkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam kehidupannya sejak lebih 14 abad yang lalu itu tidak khusus untuk kelopok tertentu, tetapi semua itu adalah dasar-dasar yang memungkinkan untuk diterapkan di segala zaman dan tempat oleh semua individu. Sirah Nabawiyah adalah sumber yang tak pernah kering, yang dapat diterap manfaatnya dengan menarik berbagai-bagai prinsip dan dasar darinya untuk kepentingan bebagai bidang, khususnya bidang pendidikan dan pengajaran.

Pemimpin-pemimpin Islam perlu meyakinkan penganut agama lain bahawa Islam bukan mencabar mereka. Islam merupakan agama yang lengkap dan memberikan ketenangan kerana di dalamnya mengandungi peraturan dan tatacara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah manusia, menyelesaikan masalah kehidupan sejagat.

Kehidupan sejagat yang turut mengimbangkan antara dua keperluan asas, rohani dan jasmani. Ia bukan berasaskan prinsip psikologi Barat yang terlalu banyak kaitannya antara stimulus dan ransangan dalam sistem ganjaran dan hukuman. Prinsip itu telah banyak dibuktikan melalui kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w, masih banyak yang belum kita teroka untuk dijadikan teladan.

Semakin banyak kita mengkaji peribadi Rasullullah s.a.w semakin banyak pengetahuan yang kita peroleh dan kerana itulah sejarah kehidupan baginda merupakan yang paling banyak mendapat perhatian dan kajian. Ia masih belum terhenti sehingga kini, sama ada oleh orang Islam sendiri ataupun bukan Islam. Malah, semakin ramai bukan Islam yang kagum dengan peribadi Rasullullah s.a.w sehingga mampu membuka pintu hatinya menjadikan Islam sebagai pegangan.

Itulah faktor yang telah mempercepatkan perkembangan jumlah penganut Islam di seluruh dunia.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    MB, Salehuddin Boleh Selesai Bible Di Rampas?

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya, Salehuddin Muhkyi, mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu rampasan bible Melayu, jika mereka mahu. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin, berkata dua individu itu paling layak untuk memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri Selangor serius. Menurut satu laporan media arus perdana, difahamkan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta naskah bible yang dirampas pada Januari […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Malaysia Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa: PM

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. Beliau berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya. “Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam. “Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, […]

    Read more →
  • Berita Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad, atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu. Hakim Syarie, Azzeman Omar, menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu, Isnin. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris, memberitahu pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut. Ketika ditanya pemberita […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Parlimen Lulus Rang Undang-Undang GST

    Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan mendapat sokongan 118 ahli Parlimen, manakala 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta pertimbangan Yang Dipertua supaya diadakan undi kali kedua dan diterima oleh dewan. Bagaimanapun proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan kekecohan dalam dewan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas […]

    Read more →
  • Berita Makalah Pilihan

    PAC Akan Panggil Lima Kementerian Beri Penjelasan

    KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima buah kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1. yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin. Pengerusi PAC Dato’ Nur Jazlan Mohamed berkata kelima-lima kementerian berkenaan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan. “Pertanian dan Industri Asas Tani perlu dipanggil berhubung kelewatan Empangan Paya Peda di Besut sementara Kementerian Pendidikan perlu […]

    Read more →
  • Berita Paparan Khas

    Najib Cadang ‘Jambatan Persahabatan’ Malaysia-Singapura

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, berkata beliau telah mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ untuk menambah baik rangkaian jalan dan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Singapura. Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang akan membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan bersama-sama oleh kedua-dua negara, kata beliau. Najib berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di […]

    Read more →