1Malaysia dan budi bahasa

November 2, 2009 9:23 AM 0 comments

Oleh DATO’ DR ISMAIL IBRAHIM

Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM

 

Saya beranggapan bahawa semua pihak, tidak kira latar belakang agama dan budaya, bangsa atau kaum, dan tidak kira pula latar belakang pekerjaan atau khidmatnya di dalam masyarakat, haruslah menyokong kempen berbudi bahasa dan budaya kita yang telah dilancarkan bertahun-tahun yang lalu dan saya percaya masih berterusan hingga ke hari ini.

 

Rasulullah s.a.w pun diutuskan adalah untuk semua manusia, untuk menyampaikan mesej Islam, kerana mesej itu adalah sesuai untuk semua, tanpa mengira latar belakang bangsa kaum dan budaya manusia itu, terutamanya dalam konteks ajaran Islam yang universal dan sarwajagat yang boleh diterima oleh semua manusia.

 

Maka kempen budi bahasa dan budaya kita itu, adalah sesuai untuk semua kaum di negara kita, dan sesuai pula untuk semua golongan, kerana budi bahasa dan budaya yang baik itu haruslah dihayati oleh semua orang, kerana dalam masyarakat manusia ini, tidak ada sebarang golongan yang benar-benar unggul dan ideal dalam mengamalkan budaya dan budi bahasa yang baik itu.

 

Sokongan itu pula haruslah dilakukan dengn ikhlas dan jujur, dan seharusnya dilaksanakan dalam konsep kepimpinan melalui teladan, iaitu yang bermaksud bahawa kempen itu bukanlah hanya untuk “orang lain”, atau hanya “orang lain” sahaja yang perlu dilatih dan dididik untuk bersopan santun dan berbudi bahasa dengan menganggap bahawa golongan yang tertentu itu adalah baik, dan sudah pun bersopan santun, jadi mereka itu tidak perlu lagi dijadikan sasaran kempen ini.

 

Saya menyebut hal ini kerana teringatkan satu peristiwa yang berlaku agak lama dulu, iaitu ketika kempen ini mula-mula dilancarkan, terdapat segelintir ahli Parlimen Malaysia yang membantah apa bila terdapat kalangan ahli Parlimen sendiri yang menyarankan agar kempen ini perlulah juga di jalankan di kalangan ahli Parlimen kita. Alasan yang diberikan dalam bantahan ini, ialah sekiranya kempen ini dijalankan di Parlimen kita, maka tindakan ini akan  menunjukkan bahawa seolah-olah ahli parlimen kita juga termasuk di dalam golongan yang tidak bersopan santun yang perlu di jalankan kempen tersebut.

 

Kalau sekiranya saya ditanya, apakah kempen ini perlu juga dijalankan di kalangan ahli-ahli agama, para mufti dan alim ulama kita, maka saya akan menjawab ya, kenapa tidak? Bukankah ahli agama, alim ulama itu juga manusia biasa, yang ada kalanya terlupa atau lalai, atau tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang adat resam budaya kita yang baik, jadi kenapa pula mereka tidak semestinya mempelajari hal ini semua? Dan dengan penegasan ini, bukanlah bererti saya ingin mengatakan bahawa para agamawan kita tidak berbudi bahasa, atau tidak mempunyai budaya yang tinggi, malah saya menegaskan bahawa sebarang kempen kesedaran, pendidikan yang berdasarkan sesuatu nilai dan ilmu itu, tidak seharusnya diabaikan oleh sesiapa sahaja walau setinggi mana sekali pun ilmu dan pangkatnya.

 

Hal ini tergambar juga di kepala saya, pada satu ketika tidak lama dulu pernah dibangkitkan di dalam media kita bahawa iklan yang menunjukkan seorng pemuda Melayu bersikap tidak sopan, iaitu enggan memberikan tempat duduknya di dalam keretapi transit aliran ringan kepada beberapa penumpang lain yang mengandung, cacat penglihatan dan sebagainya, telah dianggap sebagai satu iklan yang menjatuhkan imej orang Melayu. Bantahan ini memberikan gambaran kepada kita bahawa dalam memperojekkan imej buruk itu maka yang menjadi sasarannya ialah orang Melayu, sedangkan mesej iklan itu bukanlah gambaran kaum yang hendak ditonjolkan, tetapi perilaku dan sikap manusia itulah yang hendak digambarkan dengan lakonan itu.

 

Dua kes yang dibangkitkan ini, saya rasa perlu di berikan pertimbangan semula tanpa sebarang prasangka kepada ahli parlimen, atau kepada orang Melayu yang secara kebetulan melakonkan watak rakyat Melaysia yang tidak bertimbang rasa semasa menumpang kereta api itu.

 

Pokok perbincangan yang harus dibicarakan oleh kita semua, bahawa sebagai manusia, tanpa mengira kaum dan agama, kita semua sering melakukan kesilapan, dan ketika inilah kita perlu membetulkan kesilapan kita sebagai rakyat Malaysia yang bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

 

Sebelum saya meneruskan pandangan saya tentang dua kes yang tersebut, maka ingin saya paparkan di sini, satu contoh yang saya alami sendiri semasa kunjungan saya ke London tidak lama dulu, yang memberi gambaran kepada saya bahawa kebaikan dan kejahatan, atau sikap bertanggungjawab dan kejujuran, tidak semestinya berada di dalam kalangan yang tertentu sahaja, atau di dalam kaum dan bangsa yang tertentu, malah di dalam penganut agama yang tertentu.

 

Kejujuran dan rasa bertanggungjawab terhadap orang lain, dapat menjelma di dalam masyarakat kaum atau bangsa mana sekalipun, dan sikap ini boleh wujud di kalangan penganut sebarang agama.

 

Saya mengambil kesimpulan ini daripada satu insiden ketika saya bersama-sama dengan para pegawai Jabatan Penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) baru-baru ini, apabila salah seorang daripada pegawai tersebut kehilangan kamera digitalnya. Pegawai tersebut yang menumpang kenderaan jabatan tersebut bersama-sama dengan saya dalam perjalanan kami pulang ke Malaysia Hall daripada perjumpaan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke UK, esoknya tiba-tiba ia tersedar bahawa kameranya kehilangan, yang tidak tahu dimanakah ia meletaknya. Kamera itu amat berharga kepadanya, dan lebih berharga lagi ialah gambar-gambar rakaman di dalam kamera tersebut yang merakamkan semua perjumpaan kami dengan para pelajar Malaysia dari utara ke selatan UK, yang seharusnya disimpan sebagai dokumen penting dan amat bersejarah.

 

Maka pada hari berikutnya, ketika kami dalam perjalanan ke Leister, pegawai tersebut menerima panggilan telefon daripada isterinya, yang memberitahunya, bahawa seorang “mat saleh” telah menelefon isterinya itu bertanyakan di manakah dia boleh menghantar kamera digital yang ditemuinya di atas jalan raya di hadapan pejabat Jabatan Penuntut Malaysia semalam.

 

Pegawai ini dalam perasaan lega dan gembiranya menerima berita itu, barulah teringat bahawa kamera itu mungkin telah tercicir semasa kami sampai di hadapan pejabatnya ketika turun dari kenderaan, dan orang yang menelefon isterinya telah terjumpa kamera tersebut, yang harganya ribuan ringgit.

 

Tetapi timbul pula tanda tanya di dalam hatinya, di manakah orang baik yang menelefon isterinya mendapat nombor telefon isterinya itu? Dan apabila diingat-ingatkan kembali, barulah dia tersedar bahawa nombor itu telah dimasukkan ke dalam salah satu zip sarung kameranya ketika menambah nilai telefon bimbit isterinya semasa kami singgah di satu tempat rehat dalam perjalanan kami dari London ke Lake District beberapa hari yang lalu.

 

Pegawai ini lalu menghubungi pemanggil yang bertanggungjawab itu melalui nombor telefonnya yang diberikan kepada isterinya, dengan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih, dan memintanya supaya sudi menghantar kamera itu ke pejabatnya di Jabatan Penuntut Malaysia. Lalu tepat dengan janjinya itu, si pemanggil “ mat saleh” itu pun telah menghantar kamera tersebut, dan penyambut tetamu di pejabat Jabatan Penuntut Malaysia, menghubungi pegawai yang sedang berada di dalam kenderaan bersama saya, bahawa kamera itu telah selamat sampai ke pejabatnya di London!

 

Peristiwa ini sungguh-sungguh membuka mata kami, bahawa sifat amanah dan kejujuran itu tidak semestinya hanya terdapat di kalangan orang Timur atau Barat, di kalangan penganut agama Islam atau agama lain, di kalangan orang Inggeris atau orang Melayu, kerana sekiranya kejujuran itu hanya berada di kalangan orang Melayu yang bergama Islam, atau hanya dihayati oleh orang Cina atau India, maka peristiwa yang berlaku ini menunjukkan bahawa “orang putih”, yang entah apa agamanya, dan entah apa pula asal keturunannya, telah menunjukkan satu sifat dan sikap unggul, yang mungkin tidak terdapat di kalangan kebanyakan orang kita sendiri, kerana bagi kebanyakan orang bukan sekadar hanya akan menyimpan dan memiliki barang berharga yang dijumpainya, malah barang berharga itu akan disamunnya untuk kepentingan dirinya sendiri.

 

Tetapi orang yang terlibat di dalam peristiwa ini, rupa-rupanya lebih mementingkan hak orang lain daripada kepentingan dirinya, dan lebih mementingkan kejujuran daripada sifat tamak halobanya sendiri. Dia boleh memiliki kamera itu, dan boleh menjualnya untuk mendapatkan wang, kerana tidak ada sesiapa yang tahu, tetapi dia lebih mengutamakan bisikan hati kecilnya bahawa dia tidak seharusnya mengambil atau memiliki harta benda orang lain, dan kerana sifat jujurnya inilah dia berusaha mencari jalan untuk memulangkannya kepada tuan punyanya, dan secara kebetulan pula dia terjumpa nombor telefon di dalam sarung kamera itu, lalu dia bersusah payah menghubunginya dan meninggalkan pula nombor telefonnya, kemudian berusaha pula menghantarkannya ke pejabat Jabatan Penuntut Malaysia. Dia mungkin lebih mementingkan perasaan puas hati dan kelegaannya kerana dapat memulangkan harta orang lain dengan selamat, daripada memikirkan keuntungan sendiri secara yang tidak betul, dan tidak selaras dengan kata hatinya sendiri.

 

Berdasarkan hal ini, saya rasa semua orang haruslah menerima hakikat bahawa sebaik mana dan sesopan mana kita sekalipun, yang kita rasa selama ini berada pada diri kita, maka dari semasa ke semasa kita perlu juga menghitung diri kita, dan menganggap bahawa kita masih perlu kepada pendidikan dan pendedahan, termasuk menghayati kempen budi bahasa budaya kita ini. Malah sangkaan kita yang sering kita lemparkan kepada orang lain, dengan mengatakan bahawa orang lain itu tidak baik, tidak sopan atau jahat, tidak semestinya menepati hakikat yang sebenarnya.

 

Di dalam masyarakat mana sekalipun, memang terdapat ramai orang yang baik, tetapi tidak dapat dinafikan, bahawa di dalam masyarakat yang sama, terdapat beberapa ekor kambing atau kerbau hitam yang sering memalitkan lumpur ke badan rakannya, lalu merosakkan keseluruhan masyarakat tersebut, maka golongan inilah yang seharusnya dicuci dan dibersihkan.

 

Oleh hal yang demikian itu, penghakiman yang harus kita lakukan, bukanlah penghakiman hitam putih, tetapi penghakiman yang menyeluruh, menuju kepada semua, dan sasaran kempen ini juga tentulah merangkumi semua pihak dan kalangan, agar yang kurang baik menjadi baik, dan yang telah baik, menjadi lebih baik lagi. Oleh itu, ahli Parlimen, atau orang Melayu tidak seharusnya merasa tersinggung dengan kempen ini di kalangan mereka, kerana realiti di dalam masyarakat itulah yang paling penting direnungkan.

 

 

Leave a Reply


Topik Lain

  • Berita Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    “MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini…” Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid. Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama. […]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    KAHERAH 15 April – Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, menjadi calon pertama Presiden Mesir yang secara rasminya menyerahkan dokumen lengkap, menjelang pilihan raya Presiden pada hujung bulan depan. Peguamnya, Mohammed Bahaa Abu Shuqa, mewakili beliau untuk menghantar dokumen tersebut termasuk rekod perubatan kepada suruhanjaya pilihan raya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan. Setiap calon Presiden perlu mendapat sokongan tanda tangan daripada 25,000 pengundi termasuk sekurang-kurangnya 1,000 pengundi di setiap 15 wilayah di negara ini. Menurut Mohammed Bahaa, Abdel […]

    Read more →
  • Berita Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran. Menterinya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun yang ada sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat pada Selasa bagi mengekang […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan: Bekas Hakim

    KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah. Beliau berkata, syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka. “Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →