Perihal aurat wanita

October 21, 2009 4:22 PM 0 comments

Share this Article

Author:

Tags:

Oleh MUHAMMAD HATIM

 

Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara dan seluruh badan wanita adalah aurat, namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita  meletakkan bahawa suara wanita, muka, dan tangannya adalah bukan aurat. Dan yang jelas lagi, tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara dan muka wanita serta tangannya itu aurat sebagaimana sangkaan sesetengah pihak yang banyak melakukan ‘kekejaman’ terhadap kaum wanita sahingga melarang mereka daripada berkomunikasi dan bercakap dengan kaum lelaki dan sebagainya.

Apakah mereka sedar bahawa Allah s.w.t membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap–cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir.” (Al-Ahzab: 32)

Ini menunjukkan suara itu bukan dikira daripada aurat. Begitu juga Allah s.w.t melarang daripada  mendedahkan auratnya (seluruh tubuh) selain daripada muka dan tangannya sahaja, sesuai dengan tafsiran Hibrul Ummah (Sahabat besar Rasulullah, Ibnu Abbas  r.a) sendiri, itulah apa yang dimaksudkan dengan firman-Nya yang bermaksud: “… apa yang zahir daripadanya” (An-Nur: 31), iaitu muka dan tangan.

Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka  tidak halal badannya  terdedah selain muka dan tangannya sahaja.”

Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi s.a.w dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud:

“Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya kelihatan) selain muka dan tangannya sahaja.” (Riwayat Abu Daud)

Demikian juga kaum wanita itu disuruh labuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka.

Kata Syaikh Yusof  al-Qardawi,  pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan sah pada  pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan  kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita di suruh merendahkan pandangan mata mereka. Sekiranya muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan.

Menurut pendapat Syeikh Atiyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam koleksi fatwanya Soal Jawab Wanita Islam, terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), bahawa pada prinsipnya suara muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar dan ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan ‘makhluk sosial’ yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan baik ia dari kaum lelaki ataupun kaum perempuan dalam proses kehidupan sosialnya, sedangkan aurat  wanita sebenar terletak pada kemerduan dan kelembutan suaranya dan perhiasan yang boleh menggoda kaum lelaki, bukan pada  wanita itu sendiri.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:


“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (Aal-Ahzab: 32)


Allah s.w.t tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu, Allah s.w.t melarang kaum wanita  untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun terggugah keimanannya dan menimbulkan berahinya.


Dengan demikian, pada prinsip suara muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihatkan atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah s.a.w tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat Baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin di dalam pertemuan pada suatu majlis yang diadakan di sebuah masjid, di mana dihadiri pula oleh kaum lelaki, sedangkan Umar tidak melarangnya untuk bersuara padahal beliau terkenal tegas dan kuat memegang syariat agama.

 

Rasulullah s.a.w pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah,  tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: “Kahwinkanlah wanita ini dengan saya.” Maka Rasulullah s.a.w terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu. Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat.

 

Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat, demikian juga muka dan tangannya kerana tujuan  tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki, kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya dan juga sebaliknya  melainkan kerana ada hajat atau sebab-sebab yang munasabah, kerana suara, muka dan tangan seorang wanita sejak semula jadinya memang lembut dan menarik serta dapat menggoda kaum lelaki, apalagi sekiranya dibuat-buat sehingga menjadi lebih lembut dan menggiurkan.


Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan ‘azan’ kecuali untuk jemaah wanita sahaja, bahkan di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan  yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca ‘tasbih’ sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.


Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan  mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir  merupakan aurat. Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.


Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

 

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu’ats. Kulihat Rasulullah s.a.w berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku’. Katanya, ”Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?Mendengar seruan itu, Nabi s.a.w menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata: “Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar.”

 

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah s.a.w mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah s.a.w. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut: ”Suatu hari Rasulullah s.a.w pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata, ”Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan.”


Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat. Rasulullah s.a.w juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita sepertimana ketika menerima bai’at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair. Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.


Seni bacaan al-Quran adalah termasuk dalam seni Islam yang mempunyai nilai sastera yang tinggi, indah dan juga mempunyai seni bacaannya yang unik. Apakah salah kaum wanita mempelajari dan membacanya kerana selain daripada kandungan kata dan pesan yang ingin disampaikan al-Quran, juga dari segi susunan kata dan kalimatnya yang menyangkut soal nada dan susunannya dapat memukau dan menginsafi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Muzzammil ayat 4 yang bermaksud: ”Bacalah al-Quran dengan sebaik-baik (Tartil)”.


Imam Bukhari dan Abu Daud juga meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Perindahkan al-Quran dengan suara kamu.”


Bukankah semua ini menunjukkan bahawa menyanyikan al-Quran tidak dilarang dan kerana itu menyanyi secara umum pun tidak dilarang kecuali nyanyian itu tidak selari dengan tuntutan Islam. Sebagai seni Islam, satu ciri yang dianggap positif ialah ia tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan terpancarnya keperluan bersama manusia.

 

Oleh hal yang demikian, kita seharusnya tidak menyempitkan pemikiran kita apabila berbicara mengenai aurat wanita. Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus ‘menzalimi dan menghukumi’ wanita secara sewenang-wenangnya.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Berita Dunia Islam

    Berebut jadi Presiden Iran

    Persaingan menggantikan Mahmoud Ahamadinejad (gambar kecil) sebagai Presiden semakin panas di Iran, ini berikutan sokongan sebuah kumpulan berpengaruh kepada Ali Akbar Velayati, seorang daripada lapan calon untuk jawatan itu. Seorang lagi calon, Hasan Rowhani menjanjikan hubungan lebih baik dengan masyarakat antarabangsa. Kita tidak akan benarkan dasar lapan tahun lalu diteruskan” Rowhani Agensi berita Mehr melaporkan, majoriti ahli Persatuan Cendekiawan Islam Qom memberi sokongan kepada Velayati selepas mengadakan mesyuarat semalam. Ia dimaklumkan oleh ketua anggota persatuan itu, Ayatollah Mohammad Yazdi, bekas [...]

    Read more →
  • Berita

    Tiada Laporan Elektrik Terputus – SPR

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa tidak wujud dakwaan bekalan elektrik terputus pada 5 Mei lalu dan mendakwa penganjuran perhimpunan haram oleh pembangkang hanya bertujuan mencemar nama suruhanjaya itu. Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata perhimpunan yang dikenali sebagai ‘Black505′ merupakan satu penghinaan terhadap sistem pilihan raya demokrasi di negara ini. Tambah beliau SPR sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi membolehkan pihaknya bertindak terhadap mereka yang mencemar nama suruhanjaya itu untuk kepentingan politik murahan. Beliau membidas Ketua [...]

    Read more →
  • Artikel Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    Thailand tegas kuat kuasa lese majeste

    DILAHIRKAN di Thailand, namun Joe Gordon menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai rumah pertamanya. Pilihan itu membolehkan Gordon, 56, menerima kerakyatan AS dengan mudah, apatah lagi dia telah menetap di negara itu selama lebih 30 tahun. Barangkali apabila telah terlalu lama mengikut acuan Barat, Gordon atau nama aslinya, Lerpong Wichaikammart, lupa asal usulnya atau hilang semangat orang Asia yang selama ini menjunjung tinggi budaya dan adat resam terutamanya dalam soal institusi beraja. Mungkin fikiran moden dan keterbukaan Gordon membuatkan dia memilih [...]

    Read more →
  • Berita Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang Lagi Penceroboh Lahad Datu Berdepan Hukuman Mati

    Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda. Pendakwaan dilakukan [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Melissa Gooi? Oh Kenapa Jadi Begitu?

    Saya tidak kenal siapakah wanita keturunan Cina bernama Melissa Gooi, tapi namanya menjadi sebutan ramai ekoran komen yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong dalam akaun facebooknya. Ekoran komen itu, Melissa terpaksa bersembunyi beberapa hari ketakutan sehingga beliau ditangkap dan kemudiannya dilepaskan oleh pihak polis setelah kenyataannya direkodkan. Beberapa orang lagi sedang dicari polis untuk direkodkan kenyataannya. Sebenarnya bukan Melissa seorang yang dikatakan menghina Agong, bahkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun 2013 mendedahkan menurut pengendali blog Kedah Ke KL (http://kedahkl.blogspot.com) [...]

    Read more →
  • Global Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    Perang Sektarian di Ambang Pintu?

    BARANGKALI di era al-Rabei al-Arabi (Arab Spring) ini, Israel tidak perlu bersusah-payah melakukan provokasi untuk menyulut perang sektarian di kawasan, pasalanya krisis Suriah yang berlarut-larut semakin membuka lebar meletusnya perang sektarian. Betapa tidak, masker gerakan perlawanan seperti Hizbullah benar-benar telah terkuak di mata publik Arab sebagai gerakan yang ternyata mengusung kepentingan aliran tertentu di kawasan. Sebelum lebih jauh menyelami peran gerakan yang konon paling ditakuti Israel itu, mari kita mengilasbalik terlebih dahulu perang musim panas tahun 2006 antara Hizbullah dan [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Masa depan BM, BI?

    Masa depan BM, BI?

    Terlintas juga dalam hati kecil saya kemungkinan satu hari negara tunggal Melayu ini juga batu nisan Bahasa Melayu! Ada orang British juga Amerika berpendapat United Kingdom dan Amerika Syarikat satu ketika kemuka akan jadi pusara Bahasa Inggeris! Mereka yang terganggu memikirkan masa depan kedua bahasa (BM, BI) berasa tidak mustahil itu berlaku. Sebabnya: bagi kita walaupun Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi tunggal nampaknya ia terus terpinggir. Orang British dan Amerika pula nampak bahasa mereka akan menjadi bahasa pasar bukan [...]

    Read more →
  • Berita Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Najib Gesa Kerjasama Antara Negara Asia Hadapi 3 Cabaran

    Negara-negara Asia digesa bekerjasama dalam menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat. Dalam menyentuh perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga cabaran tersebut akan menguji keupayaan Asia untuk berdiri bersama-sama sebagai satu unit dengan komitmen untuk bekerjasama, pelaburan masa, sumber dan iltizam politik. “Saya percaya kita akan melakukannya. Saya percaya dalam potensi Asia. Saya percaya dalam keupayaan Asia untuk [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi (dan 6 berita lain)

    Starbucks Hong Kong Guna Air Kumbahan Bancuh Kopi Pendedahan sebuah media tempatan Hong Kong mengenai salah sebuah cawangan francais Starbucks di kepulauan bekas tanah jajahan British telah menggunakan air kumbahan untuk membancuh kopi yang dipesan oleh pelanggannya. Akhbar Apple Daily turut menyiarkan sekeping gambar yang dirakamkan di sebuah cawangan Strabucks di Menara Bank China di mana seorang kakitangan telah mengambil air dari sebuah paip yang tertera “Starbucks Only”, yang terletak berhampiran tandas lelaki. Menurut laporan UPI, wakil Jabatan Makanan Higenik [...]

    Read more →
  • Ensiklopedia Kiai

    Kiai

    Gelaran kehormat yang diberikan masyarakat terutama di Indonesia kepada seorang ahli agama Islam disebut kiai. Dahulu, seseorang dipanggil kiai jika beliau memimpin sesebuah pondok pengajian dan mengajarkan agama Islam kepada muridnya, tetapi sekarang banyak ulama berpengaruh disebut kiai, meskipun tidak memimpin pondok pengajian. Di beberapa daerah di Indonesia, masyarakat menyebut kiai dengan istilah mereka sendiri. Di Jawa Barat, misalnya, kiai disebut Ajeungan, di Lombok disebut Tuan Guru sementara di Aceh disebut Teungku. Di Malaysia golongan ini dipanggil sebagai Tuan Guru. [...]

    Read more →