1Malaysia dalam konteks kepelbagaian agama

August 18, 2009 9:29 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Oleh DATO’ DR. ISMAIL IBRAHIM

(Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM / Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia)

Konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak kalangan dalam masyarakat kita, dan masing-masing mulai membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut. Terdapat reaksi yang baik dan positif daripada sesetengah kumpulan masyarakat, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang agak mengelirukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu. 

Bagi saya, apa-apa saja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh mana-mana pihak, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat di dalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh, malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh dicabuli. Hal inilah juga yang ditegaskan oleh Perdana Menteri ketika menjelaskan lagi konsep 1Malaysia yang dimaksudkan itu.

1Malaysia dari perspektif agama umpamanya, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan negara kita bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan, maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub itu, dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni.

Peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan negara adalah dengan permuafakatan semua kaum di Malaya ketika dirangka Perlembagaan Malaya Merdeka yang akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Persefahaman juga telah dicapai bahawa oleh kerana Islam menjadi agama persekutuan, maka balasannya, agama-agama lain bolehlah diamalkan oleh para penganutnya masing-masing di dalam aman dan harmoni.

Oleh itu, dari sudut agamanya, maka konsep 1Malaysia sebenarnya telah memberikan pengisiannya yang lengkap semenjak penggubalan Perlembagaan negara menjelang tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sehinggalah ke hari ini, ketika kita tetap mempertahankan kedaulatan Perlembagaan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga ke zaman kegemilangan Islam yang telah bertapak di Eropah dan China telah membuktikan bahawa konsep “satu” agama yang merujuk kepada agama tauhid yang  merangkumi sistem akidah, syariah dan moral penganut Islam sentiasa mempunyai prinsip memberikan kebebasan beragama kepada semua orang dan  menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.

Sejarah membuktikan bahawa pemerintahan Islam semasa Rasulullah s.a.w di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah itu tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik yang akan menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat. Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat di bawah pemerintahan itu, lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat. Konsep 1Malaysia semestinya akan mengambil iktibar dari perjalanan sejarah ini, demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Di negara kita, seperti yang telah saya sebutkan di atas, sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan, maka agama Islam merupakan agama negara, dan Raja-Raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal elwal agama Islam.

Yang Di-Pertuan Agong dalam lafaz penerimaan pelantikan baginda, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini. Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga adalah merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk memaktubkan Islam sebagai agama negara adalah merupakan satu kesepakatan di antara Almarhum Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu. Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam aman dan harmoni.

Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalahgunakan oleh sesiapa pun, dan sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, tentulah Perdana Menteri menyedari hal ini ketika meletakkan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan “Satu Malaysia”.

Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membicarakan isu-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep 1Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekalipun.

Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini telah menyaksikan kelahiran golongan radikal dan ekstremis di kalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan penganut agama Kristian, Hindu, Buddha, dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu, atau kerana kepentingan diri sendiri. Keganasan dan kekejaman sesama manusia sering dilakukan oleh kumpulan radikal agama untuk tujuan-tujuan yang tertentu, dan perbuatan segelintir penganut agama itu sering menjatuhkan imej penganut agama itu keseluruhannya. Hal inilah yang seharusnya difahami oleh masyarakat dunia bahawa aktiviti ganas yang dilakukan oleh golongan radikal itu tidaklah harus dikaitkan dengan ajaran agama mereka, kerana agama sentiasa membawa mesej perdamaian dan keamanan untuk semua manusia.

Saya percaya, konsep 1Malaysia akan memerangi tindakan golongan ini sekiranya hal ini juga akan timbul di dalam masyarakat kita, iaitu memerangi golongan pelampau yang boleh menganggu kesetabilan negara dan rakyat, malah yang mungkin juga merupakan gerakan radikal yang terkeluar dari kesucian ajaran agama itu sendiri.

Sebaliknya, konsep 1Malaysia tentunya tidak akan melihat kepada persamaan yang terkeluar dari peruntukan Perlembagaan dan terpesong daripada ajaran serta definisi agama itu sendiri, terutamanya agama Islam yang mempunyai ciri-ciri ritual dan falsafah ketuhanannya tersendiri yang tidak mungkin dirombak atau dicabar oleh sesiapa pun.

Dalam falsafah ketuhanan umpamanya, tidak mungkin sebarang penganut agama lain akan menimbulkan sebarang bantahan diatas cara penyembahan dan definisi ketuhanan masing-masing, kerana dalam hal ini Perlembagaan kita juga memberikan kebebasan kepada semua penganut agama yang beerbeza-beza untuk mengamalkan agamanya secara aman dan harmoni.

Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan tentang acara-acara keagamaan Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya yang diamalkan di negara kita pada hari-hari perayaan keagamaan atau di rumah-rumah ibadat mereka, kerana hal itu adalah merupakan ritual mereka masing-masing. Demikian juga penganut agama lain tidak seharusnya mempersoalkan konsep ketuhanan dan ritual serta pelaksanaan syariah agama Islam yang sebenarnya, kerana umat Islam lebih memahami dasar agama dan ajarannya di kalangan masyarakat mereka.

Dasar tanpa ganggu menganggu dalam ajaran agama inilah yang dapat membentuk satu kekuatan bangsa dan rakyat mengikut konsep unity in diversity, dan konsep inilah yang seharusnya didukung oleh gagasan 1Malaysia dalam menegakkan hak dan tanggungjawab semua kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama ini.

Tercatat di dalam sejarah bahawa Rasulullah s.a.w ketika diminta oleh orang musyrikin supaya bersetuju untuk saling sembah menyembah tuhan masing-masing, termasuk menyembah Allah, maka baginda mendapat panduan daripada Allah s.w.t agar tidak bertolak ansur di dalam isu yang amat fundamental ini, dengan menegaskan kepada mereka bahawa “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama aku”, ertinya di dalam isu ketuhanan dan ibadat, maka tidak seharusnya timbul sebarang persengketaan yang boleh memecahbelahkan masyarakat awam, kerana isu ini adalah isu akidah masing-masing.

Dalam konsep amalan agama yang eksklusif untuk agama itu, kita bersetuju untuk tidak mempersoalkan kesucian agama lain, walau pun dalam banyak perkara dalam amalan agama masing-masing itu, terdapat perbezaan pandangan dan pendapat, terutamanya dari segi akidah, namun hal ini tidak seharusnya dibangkit dan dipeersoalkan, kerana kita percaya kepada keharmoniaan manusia dan masyarakat, berpegang kepada dasar “agree to disagree” berpandukan kepada pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap kaum musyrikin itu.

Oleh itu, saya rasa masyarakat Islam haruslah melihat kepada sudut yang lebih positif terhadap konsep satu Malaysia ini dari perspektif agama, dan dalam masa yang sama seharusnya mengemukakan gagasan yang lebeh membina dan konstruktif bagaimanakah konsep atau gagasan ini seharusnya dibangunkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan prinsip ini, dan dalam masa yang sama dapat mengukuhkan lagi kedudukan agama negara dan umatnya, serta menambahkan lagi kefahaman yang mantap terhadap agama Islam sendiri, yang nampaknya akhir-akhir ini telah diberikan pentafsiran yang berbeza-beza sehingga menimbulkan kekeliruan yang banyak di dalam masyarakat kita.

Golongan agamawan dan para sarjana Islam seharusnya mengambil peluang daripada keterbukaan dasar negara ini untuk memberikan kerjasama dan pemikiran mereka yang membina bagaimanakah dasar 1Malaysia ini dapat digunakan sebaik-baiknya dalam meningkatkan perlaksanaan agenda agama dan umatnya di negara ini.

Masyarakat Malaysia sendiri yang terdiri dari kepelbagaian kaum dan agama haruslah memahami batas-batas tertentu dalam isu 1Malaysia ini dari sudut amalan agama dan undang-undangnya, serta menghormati prinsip agama masing-masing supaya konsep satu Malaysia akan lahir sebagai satu unsur penyatuan semua kaum dari kepelbagaian agama, bukan membuka jurang untuk persengketaan dan konflik.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    MB, Salehuddin Boleh Selesai Bible Di Rampas?

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya, Salehuddin Muhkyi, mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu rampasan bible Melayu, jika mereka mahu. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin, berkata dua individu itu paling layak untuk memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri Selangor serius. Menurut satu laporan media arus perdana, difahamkan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta naskah bible yang dirampas pada Januari […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Malaysia Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa: PM

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. Beliau berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya. “Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam. “Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, […]

    Read more →
  • Berita Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad, atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu. Hakim Syarie, Azzeman Omar, menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu, Isnin. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris, memberitahu pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut. Ketika ditanya pemberita […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Parlimen Lulus Rang Undang-Undang GST

    Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan mendapat sokongan 118 ahli Parlimen, manakala 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta pertimbangan Yang Dipertua supaya diadakan undi kali kedua dan diterima oleh dewan. Bagaimanapun proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan kekecohan dalam dewan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas […]

    Read more →
  • Berita Makalah Pilihan

    PAC Akan Panggil Lima Kementerian Beri Penjelasan

    KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima buah kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1. yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin. Pengerusi PAC Dato’ Nur Jazlan Mohamed berkata kelima-lima kementerian berkenaan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan. “Pertanian dan Industri Asas Tani perlu dipanggil berhubung kelewatan Empangan Paya Peda di Besut sementara Kementerian Pendidikan perlu […]

    Read more →
  • Berita Paparan Khas

    Najib Cadang ‘Jambatan Persahabatan’ Malaysia-Singapura

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, berkata beliau telah mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ untuk menambah baik rangkaian jalan dan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Singapura. Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang akan membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan bersama-sama oleh kedua-dua negara, kata beliau. Najib berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di […]

    Read more →
  • Artikel

    Malaysia Dihormati Dunia Kerana Sentiasa Perjuang Islam

    Perjuangan memajukan Malaysia sejak dahulu sampai sekarang tidak lari sebagaimana tuntutan Islam dan hakikat ini diakui banyak pihak dalam dan luar negara, sehinggakan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara Islam sedang membangun yang boleh dicontohi di dunia. Ungkapan berkenaan dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan menyebut bahawa Malaysia yang makmur dan pesat membangun sekarang ini juga mengikut acuan Islam. Sebab itu katanya, perjuangan yang dibawa UMNO sejak dulu tidak pernah lari daripada tuntutan agama yang sama sekali […]

    Read more →