Menghindari fitnah dalam masyarakat

July 29, 2009 6:29 PM 0 comments

Share this Article

Author:

Oleh MUHAMMAD QASIM

Dalam Islam, kemunculan ekstremis agama bermula apabila berlakunya fitnah yang menyebabkan kematian khalifah ketiga, iaitu Saidina Uthman Ibn Affan r.a. penolong kegiatan ke arah tersebut adalah percampuran api fitnah politik dengan pelampau agama.

Sekalipun Khalifah Uthman cuba menyangkal kebanyakan daripada fitnah itu serta kesilapan yang dilakukan dalam pemerintahannya, namun puak pelampau berusaha menyalakan api fitnah untuk menghukum khalifah dan menghasut supaya membunuhnya.

Ali bin Abi Talib yang menggantikan tempatnya menyebut peristiwa itu sebagai fitnah dan huru-hara besar, manakala orang ramai yang terlibat di dalam kancah rusuhan itu dikenali sebagai al-ghaugha.

Al-ghaugha adalah satu gerakan massa yang melampau dan tidak diketahui siapa pemimpinnya. Mereka berkumpul kerana disatukan oleh rasa kemarahan yang sama. Biasanya sasaran kemarahan itu ialah `kuasa yang diwujudkan’. Namun setelah ia berhasil melaksanakan apa yang diinginkan, ia kemudiannya perlahan-lahan menghilang dan kembali ke tempat masing-masing secara normal.

Mereka menampilkan keperibadian seorang insan yang normal. Kemungkinan juga di dalam al-ghaugha itu wujud pakatan jahat yang diterajui oleh kekuatan yang tidak diketahui dengan tujuan untuk menghancurkan Islam. Mereka mungkin didalangi oleh golongan munafik moden.

Mengenai al-ghaugha ini, Saidina Ali menjelaskan perwatakannya secara puitis: “Mereka adalah kelompok orang yang apabila berkumpul sangat membahayakan, dan apabila berpisah mereka sangat menguntungkan.” Orang bertanya, “Kami mengerti akan bahaya kumpulan mereka, tetapi apa manfaat perpisahan mereka.” Ali menjelaskan, “Orang yang bekerja kembali kepada pekerjaan asalnya sehingga memberikan manfaat kepada masyarakat, iaitu tukang bangunan ke tempat bangunan, tukang tenun ke pertenunan dan tukang roti ke dapur membuat roti.”

Jadi, al-ghaugha adalah kumpulan manusia biasa iaitu perkumpulan orang-orang normal. Tetapi kekuatan `luar biasa’ yang telah mengumpulkan mereka dan menjadikan mereka ganas.

Sebelum menjadi al-ghaugha, mereka adalah anggota masyarakat yang memberikan sumbangan masing-masing kepada masyarakat. Setelah menjadi al-ghaugha, mereka kehilangan arah, tunduk kepada kemahuan massa dan seakan-akan mereka dirasuk. Sikap seumpama ini menjatuhkan martabat mereka sebagai manusia dan secara tidak langsung telah menuruni beberapa anak tangga peradaban.

Mengenai al-ghaugha ini Khalifah Al-Ma’mun berkata, “Setiap kejahatan dan kezaliman di dunia ini berasal dari al-ghaugha. Merekalah pembunuh para Nabi bahkan sesiapa sahaja yang dianggap musuh. Mereka memecahbelahkan para ulama dan merosakkan orang-orang yang saling bercinta. Di kalangan mereka ada pencuri, perompak, dan orang sombong yang membawa fitnah kepada pemerintah.” Khalifah Al-Ma’mun yang tersohor mungkin agak keterlaluan dalam mendefinisikan al-ghaugha kerana situasi pemerintahannya yang agak keras, khususnya dalam menghadapi musuh-musuh politiknya.

Al-ghaugha sebenarnya bukanlah satu kumpulan manusia yang jahat kerana ia lahir dan bertindak akibat dari sesuatu yang jahat yang menjadikan mereka tidak berpuas hati.

Mereka bertindak atas tujuan dan niat yang sama yang akhirnya menimbulkan satu suasana yang boleh memecahbelahkan sesiapa sahaja, pemerintah mahupun individu-individu tertentu. Sesiapa sahaja mungkin akan bertindak sedemikian rupa sekiranya ia berhadapan dengan apa yang dihadapi oleh al-ghaugha.

Mungkin sesuatu itu adalah perasaan tidak berdaya seseorang individu ketika berhadapan dengan sistem yang menindasnya. Kadang-kadang, al-ghaugha ini termasuk juga golongan atasan yang mempunyai kepentingan politik lalu menciptakan al-ghaugha untuk memancing di air keruh atau melempar batu sembunyi tangan.

Justeru, Saidina Ali menjelaskan segala sebab dan akibat terjadinya rusuhan sosial adalah dicetuskan oleh al-ghaugha. Dan al-ghaugha itu disebutnya sebagai fitnah dan dianjurkan kita agar berhati-hati dengannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.” (a-Anfal: 25)

Fitnah-fitnah yang dicetuskan oleh al-ghaugha yang dalam sejarah ketuanya ialah Abdullah bin Saba’ ini lah yang mencetuskan perang antara Aishah dengan Ali, Muawiyah dan Ali (Perang Siffin), lahirnya gerakan Khawarij dan tumbangnya Bani Umayah oleh kekuatan Bani Abbasiyah.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatkah bahawa angkara) fitnah, iaitu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (al-Baqarah: 191)

Dalam apa jua tindakan, janganlah kita jadi seumpama al-ghaugha kerana akibat dan kemudaratannya boleh menghancurkan sebuah peradaban. Segala sesuatu perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati haruslah diselidiki dengan tenang kerana ketenangan itu adalah dari Allah dan gopoh-gapah itu adalah daripada syaitan (maksud hadis).

Apa jua berita yang diterima harus diperiksa kesahihan fakta-faktanya kerana mungkin ia hanya bersifat provokasi atau fitnah.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Profil Menteri Wanita Pertama

    Menteri Wanita Pertama

    Tokoh ini dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Kampung Parit Keroma, Muar, Johor dan telah mendapat pendidikan formal di Sekolah Melayu Lelaki Kampung Parit Keroma dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Melayu Perempuan Mersing. Allahyarhamah Tun Tan Sri (Dr.) Fatimah binti Haji Hashim, semasa bersekolah, beliau seorang murid yang aktif dan pernah menjadi Ketua Darjah dan Ketua Kumpulan Murid Perempuan, Ketua Kumpulan (murid perempuan) kegiatan berkebun sayur, Ketua Murid Sekolah Melayu Perempuan Mersing dan ketua rombongan pasukan senaman ke pertandingan [...]

    Read more →
  • Berita

    Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Penahanan Anggota Pembangkang, Aktivis – Muhyiddin

    Kerajaan tidak campur dalam penahanan beberapa anggota pembangkang dan aktivis pada Khamis kerana ia di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata polis tentunya mempunyai asas kukuh untuk mengambil tindakan berkenaan bersandarkan kepada bukti mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. “Kita tidak mahu campurinya kerana mereka (polis) dapati ada asas kukuh untuk reman penama berkenaan kerana dikatakan telah langgar peraturan. “Apabila sudah sahih dan cukup buktinya, terserah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan [...]

    Read more →
  • Hikmah Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Pada suatu Jumat, warga Madinah digemparkan dengan suara tangis yang amat pilu dan tak ujung henti. Suara yang seperti rengekan bayi itu berasal dari Masjid Nabawi. Para sahabat Rasul yang berada di masjid pun kebingungan, siapa gerangan yang menangis. Saat itu, mereka tengah berkumpul untuk menjalankan shalat Jumat. Tangisan terdengar sesaat ketika Rasulullah memberikan khutbah. Mendengarnya, Rasulullah pun turun dari mimbar menunda khutbahnya. Sang Nabiyullah kemudian mendekati sebuah pohon kurma. Beliau mengelusnya, kemudian memeluknya. Maka, berhentilah suara tangisan itu. Ternyata, [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    BERBEDA dengan masyarakat biasa, ia lahir langsung menjadi rakyat tanpa melewati sejumlah seleksi. Sedangkan menjadi seorang pemimpin, tidak mudah dan sederhana. Ia diakui menjadi pemimpin melalui proses yang panjang dan alami (natural). Terlebih dahulu ia diuji keunggulannya dalam sebuah komunitas yang ia berada di dalamnya. Amanah kepemimpinan ini telah ditawarkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada langit, bumi dan gunung, tetapi semuanya tidak menyanggupinya khawatir mengkhianatinya. Maka manusia siap memikulnya. Kemudian manusia berlaku zhalim karena miskin iman dan berbuat jahil karena [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Keutamaan asasi barisan kepemimpinan negara yang baru dilantik ialah menjayakan agenda penyatuan nasional. Keutamaan agenda itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan harus didukung semua pihak. Sesungguhnya, ia amat mustahak dijayakan dengan kadar segera memandangkan kesan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelihatan masih belum reda walaupun sudah beberapa minggu ia berlalu. Ada tiga bentuk keutamaan yang harus diberi perhatian dalam menjayakan agenda penyatuan nasional ini. Pertama, kepentingan persoalan keretakan persefahaman dan kelunturan semangat muhibah antara kaum ditautkan kembali. [...]

    Read more →
  • Berita Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikan yang dijalankan di negara dan rantau ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama antara pelbagai pihak termasuk Unesco ke arah pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan mobiliti sosial selaras ke arah menggerakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. “Tujuan kerjasama adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada sistem pendidikan yang relevan, seimbang dan mampu dibiayai [...]

    Read more →
  • Berita Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi ‘rahsia’ dalam parti itu kepada umum. Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP. “Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak. “Sebagai seorang yang benar-benar [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati Atas kebimbangan aset milik Nelson Mendela jatuh ke tangan orang lain, dua orang puterinya mengemukakan tuntutan mahkamah meskipun tidak dibenarkan campur tangan dalam pengendalian harta tersebut. Makaziwe dan Zenani, menurut Bally Chuene, pemegang amanah Mandela berkata “Mandela tidak ingin kedua-dua puteri itu masuk campur dalam urusannya.” Chuene berkata demikian dalam satu laporan yang disiarkan oleh akhbar Star (17 Mei 2013) , yang kemudiannya dipetik oleh AFP, “Orang-orang yang dia inginkan terlibat hanyalah saya sendiri, [...]

    Read more →
  • Berita

    Raja Perlis Mahu Rakyat Mantapkan Kembali Perpaduan

    Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat memantapkan kembali ikatan perpaduan yang menjadi asas utama ke arah mengekalkan negara berdaulat. Baginda bertitah masa untuk bertelagah kerana perbezaan fahaman politik tidak perlu dipanjangkan kerana pilihan raya umum ke-13 telah berlalu. “Kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan yang membanggakan negara secara bersama. “Pepatah Melalu yang menyebut ‘kuah sama dihirup, sambal sama dicolek’ adalah releven bagi menyatakan tentang perpaduan rakyat di negara ini,” titah baginda pada istiadat penganugerahan darjah [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Pendidikan pemangkin perpaduan

    Pendidikan pemangkin perpaduan

    Hari ini adalah hari guru. Hari guru disambut sebagai satu pengiktirafan terhadap kerjaya pendidik yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Malaysia sebagai negara muda sebenarnya telah berjaya membebaskan rakyat daripada buta huruf menerusi pendidikan. Kalau sebelum mencapai kemerdekaan, lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak dapat membaca, tetapi selepas merdeka, kada literasi telah melonjak lebih 90 peratus. Persoalan pada masa ini ialah bukan membasmi masalah buta huruf, tetapi ia tertumpu kepada penyediaan modal insan yang serba lengkap bagi menzahirkan sebuah tamadun [...]

    Read more →