Manifestasi dan cabaran politik Islam

July 30, 2009 10:17 AM 0 comments

Share this Article

Author:

Konsep politik dalam Islam sering dimanifestasikan dengan sikap tertutup dan pandangan yang amat kasar sekali sehingga menjerumuskan bahawa pelaku-pelaku politik dengan keganasan, ortodoks dan ektremis. Pola kelakuan itulah akhirnya menyebabkan wajah politik Islam diukur dengan bilangan keganasan, permusuhan dan perseteruan ideologi.

Di tengah-tengah kekalutan itu, Gordon P. Means seorang profesor emeritus sains politik Universiti MacMaster, Amerika Syarikat ingin membuktikan bahawa politik Islam tidak seharusnya dikaburi oleh pandangan-pandangan yang skeptik  yang sengaja dilakukan seolah-olah menggambarkan bahawa Islam itu tatacara kehidupan itu menganjurkan kepada perlakuan ganas.

Beliau yang pernah berada di Malaya pada tahun 1954, menggambarkan bahawa “sebelum pilihan raya pertama, parti-parti politik diasaskan hanyalah sebagai tujuan memenuhi keperluan pemimpin-pemimpin bergiat dalam politik.” Namun setelah mengalami proses yang panjang, bergaul dan mengenali lebih dekat dengan penduduk setempat, akhirnya beliau menyedari bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu mampu berbincang dan menganalisis isu-isu politik dengan kaedah yang rasional, rational calculus.

Pada tahun 1962 di hantar oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai profesor pelawat Smith –Mundt di Universiti Malaya. Jangkaannya ialah membantu bagi membangunkan pengajian dasar-dasar awam dan dilantik sebagai Senat Universiti. Ketika itu, Tanah Melayu sedang dalam proses menilai pilihan politik pembentuk Persekutuan Malaysia dan pada tahun 1970-an, beliau mula menyedari dengan kemasukan para pelajar Melayu luar bandar ke  pusat-pusat pengajian tinggi awam menjadikan minat penyertaan pelajar dalam politik, peningkatan penggunaan bahasa Melayu, amalan-amalan budaya dan latar belakang pendidikan asal telah menambahkan lagi rencah politik negara.

Perkembangan tersebut menyebabkan Gordon P. Means mula menyedari bahawa politik Islam akan terus mewarnai politik masa depan Asia Tenggara. Berdasarkan pengalaman berada di Malaysia dan mengadakan kajian-kajian berkaitan tingkahlaku politik di beberapa buah negara Asia Tenggara, beliau akhirnya berjaya menulis sebuah buku yang cuba meninjau kesan dan cabaran mengenai politik Islam dalam perpsektif yang lebih luas.

Buku setebal lebih 400 halaman ini membahagikan kepada 5 bahagian utama. Bahagian Pertama cuba melibatkan pemahaman asas mengenai Islam, undang-undang Islam,  kedudukan semasa penjajahan dan legasinya ke atas politik tempatan. Bahagian Kedua berhubung dengan cabaran-cabaran politik selepas merdeka bagi Indonesia dan Malaysia.

Bahagian Ketiga ialah mengenai kebangkitan Islam semasa Indonesia dimpimpin oleh Suharto, Malaysia oleh Dr. Mahathir dan kebangkitan semangat Jihad di Asia Tenggara. Bahagian Empat membincangkan mengenai pemberontakan dan kumpulan-kumpulan pemisahan Moro (Filipina), Aceh (Indonesia), dan Patani (Thailand). Bahagian Kelima merungkaikan mengenai demokrasi dan Islam di Indonesia, etnisiti dan Islam di Malaysia, dan Islam dalam peralihan di Asia Tenggara.

Menyoroti perkembangan politik ketika Dr. Mahathir berada ditampok kekuasaannya, pengarang melihat bahawa pada tahun pertama banyak menekankan kepada dasar-dasar asas yang dirangka selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu meningkatkan kedudukan ekonomi dan memperbanyakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor ekonomi moden, dengan memberikan jaminan bahawa tidak ada perubahan mengenai Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara.

Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negara, Dr. Mahathir yang pernah disifatkan oleh Tunku Abdul Rahman sebagai “ultra Malay” mengambil peluang membebaskan tahanan ISA, melepaskan pengharaman buku Malay Dilemma dan dalam masa yang sama memberikan membentangkan pindaan undang-undang Akta Pertubuhan bagi membolehkan kerajaan berkuasa mengawal dan membubarkan kumpulan-kumpulan berkepentingan, pertubuhan-pertubuhan professional dan bukan kerajaan (NGO). Disebalik memberikan ruang untuk berbincang mengenai politik, Dr. Mahathir turut menggalakkan pertumbuhan kritikan diam dan mengurangkan tuntutan mengenai hak-hak asasi manusia. 

Bagi membendung ancaman politik dan tuntutan pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan Islam, Dr. Mahathir telah berjaya membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1981. Kesan kemasukan Anwar Ibrahim, pengikut-pengikut Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah berpecah, di mana sebahagian pemimpinnya mengikuti jejak Anwar manakala sebahagian yang lain memasuki PAS dan terus berjuang dalam ABIM.

Pada tahun 1982, Dr. Mahathir menghadapi ujian pertama melalui pilihan raya umum dan berjaya dengan cemerlang menghadapi persaingan ideologi politik dengan PAS hasil kemasukan Anwar ke dalam UMNO.  Menurut pengarang, Anwar dibentuk sebagai “an image of a leader on the move, seeking to build a modern dynamic economy that would be increasingly based on industrialization and producing for world market.For Mahathir, the new emphasis on Islam was expected to generate social and political changes to enable Malays to adapt to demand of an industrialized, highly productive economy. He also viewed Islam as a means to create “Muslim/Malay unity” to ensure Malay support for UMNO and to retain Malay hegemony within the political systems.” (hal. 125).

Usaha juga turut dilakukan bagi mempiawaikan amalan dan doktrin masyarakat Islam termasuk kaedah pencerapan bagi menentukan tarikh permulaan puasa dan hari raya yang sering bercanggah antara satu negari dengan negeri lain kesan pemakaian dua kaedah yang berlainan, iaitu berdasarkan rukyah dan melihat anak bulan. Dr. Mahathir melihat kaedah ini tidak sepatutnya dilaksanakan secara berbeza kerana ia boleh memberikan gambaran buruk mengenai Islam. Apabila mengumumkan cadangan menggunakan kaedah rukyah, Sultan Johor mencabar Dr. Mahathir kerana dianggap biadab dan menghormati kuasa Raja-Raja Melayu berhubung dengan hal ehwal Islam.

Permulaan itu dianggap oleh pengarang sebagai usaha memberikan makna yang lain kepada percikan amalan Islam othordok yang telah sekian lama digunapakai di Malaysia.Beliau mula menyusun semula kedudukan agensi-agensi kerajaan yang menyelia mengenai hal ehwal Islam termasuk Bahagian Hal Ehwal Islam kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mahathir turut memperkenalkan dasar-dasar pentadbiran yang menekankan nilai-nilai Islam dan ini telah memberikan tamparan hebat kepada PAS yang pernah menuduh dan mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam. Oleh kerana itu, UMNO dan penyokong-penyokongnya adalah kafir kerana tidak meletakkan gagasan “Islam sebenar” dan memperjuangkan pembentukan sebuah “negara Republik Islam”. Atas dakwaan tersebut, Haji Hadi Awang, Naib Presiden PAS ketika itu menganjurkan supaya rakyat tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan dan menyatakan seseorang yang menentang UMNO, jika dia mati, kematiannya adalah syahid.

Semasa pentadbiran Dr. Mahathir, kes-kes yang melibatkan penyelewengan agama semakin banyak dikesan, antaranya penerbitan buku-buku yang mempertikaikan kesahihan hadis, pergerakan Darul Arqam, konflik orientasi Islam dengan Anwar, satu kepimpinan dua visi (Mahathir dengan Wawasan 2020 dan  Anwar dengan Kebangkitan Asia), reformasi kesan pemecatan Anwar, pilihan raya umum 1999 (imej Dr. Mahathir sebagai diktator,  zalim dan kejam), negara Islam dan kontroversi hukum hudud (BN dengan PAS, PAS dengan DAP dan sebagainya).

Mengenai reformasi, pengarang menjelaskan “Anwar mounted a near-revolutionary rhetoric againstcronyism,corruption, and nepotism” to energize his supporters and encourage their continuing mass protests. ..he was a victim of a “conspricay at the highest levels,” and his lawyers followed this defense strategy. As a result, his defense did not effectively address issues of his illegal acts. As  the trials proceeded, the presiding judge became ever more determined to limit Anwar’s political accusations against an unnamed Mahathir. As the trial dragged on, the public became more aware of the excesses of an authoritarian system, and most Malaysians were appelled at the lurid accounts of sexual encounters that became part of daily news report.” (hal.139)

Dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan mengenai tingkah laku politik gerakan Islam di Asia Tenggara, pengarang melihat bahawa politik Islam akan terus menjadi tunjang politik sekurang-kurangnya bagi Malaysia dan Indonesia. Beberapa isu yang dianggap sensitive sebelumnya, mula diperbahaskan secara terbuka termasuk keperluan memperbaharui struktur politik dan jaringan pemikiran Islam liberal (termasuk tuntutan Sister in Islam). Perkembangan-perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa, termasuk dasar negara barat memerangi keganasan,  ledakan 11 September 2001, masyarakat madani dan etos masyarakat akan membentuk national psyche baru dalam politik Islam.

Walau bagaimanapun, apa yang jelas menurut analisis pengarang, setelah Dr. Mahathir melepaskan baton kuasanya, bekas Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) juga gagal “to assure Malays supremacy and guarantee stable political support from Malaysia’s largest religio-ethnic community, neither these two leaders was prepared to propose significant reforms to that structure of authority, perhaps because they were products of that systems…By 2008, with the return of Anwar Ibrahim to the Malaysian political secene, a new configurations of politics was beginning to be formed.” (hal 369-370)

Secara keseluruhannya, buku ini memang menarik untuk dikupas dan dibaca bagi membolehkan kita memahami perubahan-perubahan politik masa depan yang mula ditandai dengan kebangkitan Islam. Dengan tidak memjeruk rasa sangsi terhadap pandangan penganalisis dalam kerangkan pemikiran pertembungan antara agama, pengarang berupaya memberikan gambaran kebangkitan Islam berdasarkan perspektif bebas prejudis. Ini mungkin kerana kefahaman pengarang mengenai Islam dan pengaruhnya ke atas masyarakat Melayu (Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina) banyak membantu mencerakinkan manifestasi dan kemunculannya.

 

Nama Buku             : Political Islam in Southeast Asia

Pengarang               : Gordon P. Means

Penerbit                  : Strategic Information Research Development Centre

Tahun                     : 2009

Pengulas:  KAMARUN KH

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Paparan Khas

    Dapatkah PAS Melaksanakan Undang-Undang Hudud?

    MESKIPUN pucuk pimpinan PAS bertegas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, penganalisis politik percaya langkah itu tidak lebih daripada satu sandiwara politik. PAS sudah lama menyimpan impian untuk melaksanakan Hudud di Kelantan, sejak 1990-an. Impian itu kembali bersinar apabila negara jiran Brunei melaksanakan Undang-Undang Syariah dan Hukum Hudud dengan serentak. Undang-Undang Syariah dan Hukum Hudud Brunei yang berkuatkuasa pada 22 April akan memperkenalkan hukuman tersendiri untuk kesalahan rogol, zina, liwat dan hubungan seks luar nikah. […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Tok Kenali Pelopor Transformasi

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim TOK KENALI, atau nama sebenarnya Haji Mohamad Yusof Ahmad, adalah seorang ulama pondok tersohor. Lahir di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan sekitar 1860an, beliau bagaikan magnet yang mampu dekatkan pemerintah istana dengan rakyat, antara ahli agama dengan karyawan, serta membina jambatan antara pemimpin dengan orang biasa. Berguru dengan ulama pondok hebat Haji Wan Ahmad al-Fatoni, beliau mahir dalam pelbagai cabang ilmu agama. Tok Kenali adalah tokoh rohaniah, malah pemikir, penulis dan guru. Di Malaysia, muridnya […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Merungkai Salah Faham GST

    RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015. Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya. Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat. Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut […]

    Read more →
  • Artikel Komentar Makalah Pilihan

    Mahkamah Sivil Jangan Campur Keputusan Mahkamah Syariah

    Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, perlu mengeluarkan pekeliling kepada semua hakim Mahkamah Sivil agar tidak mendengar atau memutuskan apa-apa perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Presidennya, Musa Awang, berkata isu hak penjagaan anak di antara Izwan Abdullah dan bekas isterinya S Deepa tidak akan berlaku sekiranya Mahkamah Sivil mengambil pendirian tidak masuk campur dengan perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah. “PGSM berpandangan masalah ini berlaku kerana Mahkamah Sivil tetap mendengar dan memutuskan perkara yang sama […]

    Read more →
  • Berita Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    “MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini…” Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid. Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama. […]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    KAHERAH 15 April – Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, menjadi calon pertama Presiden Mesir yang secara rasminya menyerahkan dokumen lengkap, menjelang pilihan raya Presiden pada hujung bulan depan. Peguamnya, Mohammed Bahaa Abu Shuqa, mewakili beliau untuk menghantar dokumen tersebut termasuk rekod perubatan kepada suruhanjaya pilihan raya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan. Setiap calon Presiden perlu mendapat sokongan tanda tangan daripada 25,000 pengundi termasuk sekurang-kurangnya 1,000 pengundi di setiap 15 wilayah di negara ini. Menurut Mohammed Bahaa, Abdel […]

    Read more →
  • Berita Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran. Menterinya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun yang ada sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat pada Selasa bagi mengekang […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan: Bekas Hakim

    KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah. Beliau berkata, syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka. “Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →