Penderitaan kaum Rohingya tiada kesudahan

April 13, 2009 9:42 AM 6 comments

Share this Article

Author:

Kaum Rohingya dalam keadaan tersepit. Mereka dilabel sebagai orang asing yang tidak dikehendaki di negara sendiri di Arakan, Myanmar. Setiap hari ditindas serta dinafikan hak untuk hidup dan bergaul sesama sendiri oleh junta tentera Myanmar. Mereka terpaksa keluar menjadi pelarian  dari negara sendiri. Banyak yang dipaksa atau terpaksa keluar dari Arakan demi menyelamatkan nyawa dan agama.

Banyak yang terlantar di sempadan Bangladesh, India, Thailand dan Malaysia. Untuk mendengar kisah terkini tentang nasib kaum Rohingya, ZAIN A. GHANI menemubual SDR. ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN, Naib Presiden Pusat Penerangan Rohingya (PPR) di Seri Kembangan, Selangor, pada 27 Mac lalu.


Apa peranan saudara di PPR Kuala Lumpur? Siapa yang menjadi ketuanya?

Saya diamanahkan sebagai Naib Presiden, manakala Presidennya ialah Haji Mubarak bin Abu Bashar.

Apakah nama tempat asal saudara di Arakan yang kini dijajah rejim Myanmar?

Tempat lahir saya ialah sebuah kampung bernama Mrauk-u, di daerah Montagung di Arakan, di dalam negara Myanmar sekarang.

Boleh sebutkan latarbelakang negara Burma? 

Burma (kini Myanmar) mendapat kemerdekaan daripada British pada 4 Januari 1948. Sebelum dijajah British, tanah air saya Arakan adalah sebuah negara tersendiri dan kami mempunyai raja-raja Muslim seperti Sulaiman Shah (Narameklah), Zafar Shah dan Hussain Shah yang memerintah sebelum kedatangan British pada 1824.

Apabila British menjajah Burma, negara Arakan ditawan dan dimasukkan ke dalam Burma sehinggalah sekarang. Sebelum itu, kami di Arakan hidup aman damai bersama kaum Buddha dipanggil Rakhaine.

Penderitaan orang Rohingya bermula sejak tahun 1978 kerana kezaliman junta tentera Burma. Akibatnya ratusan ribu orang menjadi pelarian ke negara tetangga dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Antara mereka menjadi pelarian ke Bangladesh yang bersempadan dengan Burma dan sebahagiannya menjadi pelarian di sempadan Burma dengan India.

Suasana kelaparan, berpenyakit  jelas di kawasan pelarian tersebut. Di sempadan dengan China, wanita-wanita Rohingya dijual untuk dijadikan pelacur. 

Apakah saudara dapat buktikan, umpamanya masjid atau artifak tentang kewujudan Muslim Rohingya ?

Kami adalah masayarakat Muslim yang sudah hidup di barat Myanmar ratusan tahun. Sejarah dapat membuktikan kewujudan kami. Kami mempunyai kerajaan beraja, mempunyai wang sendiri dan juga bendera sendiri.

Bukti lain ialah banyak terdiri masjid di Arakan, tetapi kini semuanya tidak berfungsi dan banyak yang diruntuhkan.

Di kampung saya di Mrauk-u terdapat dua masjid besar terkenal, iaitu Sandhi Khan dan Masjid Musa yang kini telah dirobohkan, dan semua Muslim dipindahkan ke tempat lain.

Berapa jumlah orang Rohingya yang masih tinggal  di Arakan sekarang?

Lebih kurang 1.5 juta. Dan yang melarikan diri ke  Malaysia kebanyakannya tinggal di Lembah Klang dan beberapa negeri lain.

Kenapa junta tentera tidak menyukai Rohingya?

Satu perkara yang menjadi kebencian utama ialah kerana kami Rohingya adalah Muslim. Mereka mahu menghapuskan kami secara teratur.

Sejak awal 1990-an, rejim di negara itu yang diketuai oleh Jeneral Than Shwe telah melucutkan kenegaraan orang-orang Rohingya yang tinggal di Arakan.

Kami secara sistematik dinafikan sebagai warganegara yang sah. Serentak dengan itu banyak perkara yang jahat dan tidak berperi kemanusiaan dilakukan ke atas masyarakat Rohingya.

Seperti mana berlaku di Bosnia pada 1993?

Ya, kami dinafikan hak untuk melawat saudara di kampung lain, masjid diruntuhkan, anak-anak tidak dibenarkan bersekolah dan segala peraturan yang tidak masuk akal dikenakan ke atas kami.

Kami disyaratkan mendapat kebenaran sebelum menikah, dan kebenaran biasanya disahkan setelah beberapa tahun. Pergerakan dihadkan  – kami terpaksa memohon kebenaran untuk singgah ke kampung lain, dan dihalang untuk mendapat kemudahan perubatan dan pendidikan.

Sebagai “orang asing”, masyarakat Rohingya tidak dibenarkan bekerja sebagai guru, perawat, berkhidmat pada masyarakat. Di wilayah Rohingya, para gurunya biasanya berasal dari golongan etnik Buddha Rakhine, mereka juga menghalang peluang orang Rohingya untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.

Perkosaan dan kerja paksa adalah perkara yang biasa berlaku, serta  pemerasan terhadap mereka. Tentera meminta wang dan sekiranya tidak dapat membayar, mereka akan ditahan dan diseksa.

Masyarakat Rohingya juga mengalami tekanan terhadap agama. Mustahil bagi mereka untuk mendapat kebenaran membaiki dan membangun masjid.

Dalam tiga tahun terakhir,  12 buah Masjid di Arakan Utara dihancurkan, dengan jumlah terbesar pada tahun 2006. Sejak 1962, tidak ada masjid baru yang didirikan, bahkan para pemimpin agama telah dipenjara kerana membaiki masjid. 

Boleh ceritakan sejarah orang Rohingya?

Kaum Rohingya sudah mendiami Arakan sebelum kedatangan British yang menjajah Burma pada 1824 lagi. Kami mempunyai sejarah dan raja-raja sendiri, dan untuk pengetahuan saudara, saya juga adalah daripada keturunan Raja-raja Parin.

Sebagaimana disebut terdahulu, Arakan adalah sebuah negara tersendiri dan kami mempunyai raja-raja Muslim seperti Sulaiman Shah (Narameklah), Zafar Shah dan Hussain Shah yang memerintah sebelum kedatangan British pada 1824.

Kemudian setelah merdeka, banyak perubahan berlaku. Suatu ketika kaum Rohingya mempunyai tokoh di peringkat pusat seperti  Bo Maung (Muslim Rohingya), beliau adalah bangsa Rohingya yang mewakili kaum pada ketika itu dan dilantik oleh raja Burma.

Harapan saudara sebagai wakil PPR kepada kerajaan Malaysia?

Di samping berharap mendapat sokongan berterusan daripada kerajaan Malaysia untuk menyokong supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – bahagian pelarian (UNHCR) dapat memproses segera 3,000 lagi permohonan untuk mendapatkan pas.

Kami masyarakat Rohingya di Malaysia berharap berlaku satu keputusan yang positif pada Sidang Kemuncak ASEAN di Bali, Indonesia pada 14-15 April ini.

Di Bali nanti, Menteri Luar Myanmar (tentunya seorang Jeneral) akan datang  dan akan berlaku tuduh menuduh antara beliau dengan wakil-wakil yang bersimpati dengan kaum Rohingya.

Saya mewakili PPR telah berjumpa YAB Abdullah Ahmad Badawi dan insya-Allah perkara ini akan disambung oleh pemimpin baru seperti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperpanjangkan masalah Rohingya ini.

Kami juga telah mengedarkan sejarah orang Rohingya kepada kerajaan Indonesia, kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Jusuf Kalla apakah status kami yang sebenar di negara rejim itu.

Juga diberikan bukti sejarah di mana  kami pernah diiktiraf dan diberikan jawatan sebagai ahli parlimen pada tahun 1962.

Empat ahli parlimen kami ketika itu ialah Sultan Mahmud, Abdul Ghafar, Abul Bashar, Muhammad Sultan dan Shamshul Anwarul Haq.

Tetapi Shamsul Anwarul Haq sekarang berada di dalam tahanan kerana dihukum selama 45 tahun. Beliau kononnya bersalah kerana seseorang Muslim tidak boleh berpolitik di Burma.

Berapa banyak kediaman orang Rohingya diroboh dan dimusnahkan?

Apa yang saya tahu lima buah kampung  sekitar Kawalon (Mondrapronge), Pungnamrong, Alizay, Aungdine dan Nyoungbongziy telah dirobohkan. Semua kampung itu didiami Muslim Rohingya dan mereka dipindahkan dan dipisahkan ke kampung-kampung yang ramai penganut Buddha, di daerah Mrauk-u.

Banyak tanah-tanah orang Rohingya dirampas dan sekarang diberikan kepada orang Burma yang beragama Buddha. Masjid-masjid juga turut dirobohkan.

Apakah tiada penentangan terhadap rejim ini?

Pernah, tetapi kami tidak terlawan dengan rejim tentera. Kalau kami melawan atau membantah, pernah ada yang dipotong lidah dengan gunting.

Bukan itu sahaja, kami dilarang ke masjid, dilarang berpakaian Islam seperti berjanggut dan bersongkok.

Berbalik kepada pelarian Rohingya sebanyak 18,000 di negara ini…?

Di Pulau Pinang terdapat seramai 3,000, di Perlis 2,000, di Johor 1,600, di Melaka 300, di Negeri Sembilan 350 , di Pahang 1,100 dan Kelantan lebih 200, selebihnya tinggal di Lembah Klang.

Apa harapan orang Rohingya di Arakan sekarang?

Tiada apa-apa harapan, hanya menunggu Allah menjadikan dunia  kiamat sahaja. Kami di sini pun tidak banyak yang dapat dibuat; pemegang kad UNHCR kebanyakannya tidak diterima bekerja oleh majikan.

Jika yang bekerja pun, kadang-kadang terpaksa berpindah rumah – jadi agak sukar untuk bekerja secara konsisten. Jika dapat bekerja dengan teratur tentulah kami dapat menghantar sedikit wang kepada saudara mara di Arakan.

Walaupun demikian, kami di sini lebih bertuah. Dengan memegang kad UNHCR ini kami agak bebas bergerak, katakan saya lapar, saya dapat bergerak untuk pergi ke kedai untuk mencari dan membeli makanan di mana-mana kedai di sini.

Tetapi berlainan sekali dengan kaum Rohingya di Arakan sana. Jika ada wang pun mereka belum tentu dapat keluar dari kawasan sendiri untuk pergi membeli makanan; suatu perkara yang sangat memilukan hati.

Mengenai penduduk asal lima kampung saya itu, mereka entah di mana. Apa yang saya dapat berita, ramai antaranya telah meninggal di kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh.

Kem pelarian di Bangladesh adalah kem yang sangat daif, di mana tiada bekalan air bersih – yang ada ialah bekalan air laut yang masin.

Mereka ditempatkan di kem yang sangat berkurangan di segi kemudahan. Pada malam hari, mereka kadang-kadang diserang oleh para penjahat. Ramai anak gadis yang dirogol – dan banyak berlaku pembunuhan oleh orang luar yang tidak dikenali.

Baru-baru ini ada berita tentang pelarian Rohingya yang  dilepaskan ke laut oleh kerajaan Thailand tanpa makanan dan dibiarkan hanyut sehingga diselamatkan oleh kerajaan Indonesia  di perairan Aceh…?

Ya, itulah salah satu di antara kesukaran kaum Rohingya, di negara sendiri tidak dianggap warganegara – apabila keluar tidak disukai oleh sesetengah negara. Di sini saya berterima kasih kepada negara saudara, Malaysia yang baik hati.

Berbalik ke Malaysia, ada cadangan untuk memajukan masyarakat Rohingya?

Sekarang, kaum Rohingya di sini secara tidak langsung telah menjadi bahan perdagangan. Contohnya, apa yang saya kesalkan ialah sekolah-sekolah untuk anak pelarian Rohingya di sini; (ada lima buah) turut menerima bantuan daripada Persatuan Buddha, jadi saya mahu tanya di manakah bantuan yang telah diberi oleh badan-badan tertentu Islam sebelum ini?

Dan yang paling menyedihkan, mereka memberi bantuan ini dengan meletakkan semacam syarat – apakah makna kata seperti: “Kami tidak ada peruntukan untuk guru-guru mengajar bahasa Arab – kita hanya beri bantuan untuk mengajar Sains, Matematik, English, dan Bahasa Melayu sahaja.”

Sedangkan pada kami orang Muslim, bahasa Arab sangat penting kerana ia berkaitan dengan kelangsungan agama itu sendiri.

Di sini juga saya mahu meluahkan perasaan tidak berpuas hati kepada beberapa badan kebajikan termasuk yang bukan Islam yang mengambil kesempatan menggunakan nama Rohingya untuk memungut derma dan mengadakan program tertentu semata-mata untuk mendapat keuntungan wang – tetapi orang Rohingya tidak mendapat apa-apa.

Apakah harapan saudara kepada kerajaan untuk kebaikan orang Rohingya di Malaysia?

Oleh kerana orang Rohingya sudah terpecah kepada 9 kumpulan sekarang, segala bantuan hendaklah melalui badan yang benar-benar berkhidmat untuk kebaikan komuniti Rohingya.

Saya masih ingat, ketika membuat proses pendaftaran pada tahun 2003-2005, saya di antara orang yang dilantik PBB untuk kerja-kerja itu. Tetapi selepas pejabat pemprosesan PBB berpindah pejabat dari Gombak, banyak perkara berlaku dan banyak kumpulan yang tidak puas hati tentang proses situ.

Sementara itu pejabat PBB pula mahu supaya kerajaan Malaysia menerima semua pelarian pelbagai negara  seramai 28,000 di negara ini.

Satu kemujuran – saya rasa, apabila Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang bertanggungjawab tentang urusan itu telah menjawab kepada wakil PBB di parlimen.

Kata Nazri Aziz, Malaysia adalah negara yang dikelilingi lautan di mana banyak negara berjiran mempunyai konflik, jadi mereka terpaksa melarikan diri  ke sini melalui laut.

Tetapi kita (Malaysia) tidak dapat menerima semua pelarian sebanyak 28,000 ini – ia akan membebankan kita. Kita hanya menerima Rohingya kerana Rohingya ialah pelarian yang tiada negara (stateless). Mereka mudah berintegrasi dengan orang tempatan dan mudah belajar bahasa Melayu dan lebih penting, tiada rekod jenayah.

6 Comments

  • Salam,
    Thank u very much Ummatan Wasatan, for kind advocacy for Rohingya Refugees in Malaysia through br,Abdul Gani……..We the Rohingya Community in Malaysia hope that we will get more assistance from Malaysian brothers and sisters espicially from Jounalists and news media covering our misserable plight to the those who are still unaware of the persecution on Rohingya in Arakan state of Burma. We also hope that u would be kind enough to draw your more kind attention on Rohingya to help them throughout news coverage on ur website….

    Thanks
    Saiful, Klang

  • Sampai skrg blum selesai Penderitaan mereka..tlog tulis yang kejadian baru….

    Hashim

Leave a Reply


Topik Lain

  • Hikmah Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Subhanallah, Pohon Kurma Menangis

    Pada suatu Jumat, warga Madinah digemparkan dengan suara tangis yang amat pilu dan tak ujung henti. Suara yang seperti rengekan bayi itu berasal dari Masjid Nabawi. Para sahabat Rasul yang berada di masjid pun kebingungan, siapa gerangan yang menangis. Saat itu, mereka tengah berkumpul untuk menjalankan shalat Jumat. Tangisan terdengar sesaat ketika Rasulullah memberikan khutbah. Mendengarnya, Rasulullah pun turun dari mimbar menunda khutbahnya. Sang Nabiyullah kemudian mendekati sebuah pohon kurma. Beliau mengelusnya, kemudian memeluknya. Maka, berhentilah suara tangisan itu. Ternyata, [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    Kontrak Para Pemimpin dengan Allah Azza Wa Jalla

    BERBEDA dengan masyarakat biasa, ia lahir langsung menjadi rakyat tanpa melewati sejumlah seleksi. Sedangkan menjadi seorang pemimpin, tidak mudah dan sederhana. Ia diakui menjadi pemimpin melalui proses yang panjang dan alami (natural). Terlebih dahulu ia diuji keunggulannya dalam sebuah komunitas yang ia berada di dalamnya. Amanah kepemimpinan ini telah ditawarkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada langit, bumi dan gunung, tetapi semuanya tidak menyanggupinya khawatir mengkhianatinya. Maka manusia siap memikulnya. Kemudian manusia berlaku zhalim karena miskin iman dan berbuat jahil karena [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Penyatuan nasional menerusi pendekatan dialog

    Keutamaan asasi barisan kepemimpinan negara yang baru dilantik ialah menjayakan agenda penyatuan nasional. Keutamaan agenda itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan harus didukung semua pihak. Sesungguhnya, ia amat mustahak dijayakan dengan kadar segera memandangkan kesan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelihatan masih belum reda walaupun sudah beberapa minggu ia berlalu. Ada tiga bentuk keutamaan yang harus diberi perhatian dalam menjayakan agenda penyatuan nasional ini. Pertama, kepentingan persoalan keretakan persefahaman dan kelunturan semangat muhibah antara kaum ditautkan kembali. [...]

    Read more →
  • Berita Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia Komited Tingkat Kualiti Hidup Melalui Pendidikan

    Malaysia komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya melalui pelbagai program dan aktiviti pendidikan yang dijalankan di negara dan rantau ini. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama antara pelbagai pihak termasuk Unesco ke arah pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan mobiliti sosial selaras ke arah menggerakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi. “Tujuan kerjasama adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada sistem pendidikan yang relevan, seimbang dan mampu dibiayai [...]

    Read more →
  • Berita Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Tunku Aziz Bakal Disaman Jika Terus Dedah “Rahsia” DAP

    Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menghentikan segala cerita yang menjadi ‘rahsia’ dalam parti itu kepada umum. Beliau yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Abdul Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP. “Kita akan bawa perkara ini ke mahkamah, biar beliau (Tunku Abdul Aziz) faham dengan jelas, kini sudah tiba masanya untuk kami bertindak. “Sebagai seorang yang benar-benar [...]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati (dan 4 berita lain)

    Berebut Aset Meskipun Mandela Belum Mati Atas kebimbangan aset milik Nelson Mendela jatuh ke tangan orang lain, dua orang puterinya mengemukakan tuntutan mahkamah meskipun tidak dibenarkan campur tangan dalam pengendalian harta tersebut. Makaziwe dan Zenani, menurut Bally Chuene, pemegang amanah Mandela berkata “Mandela tidak ingin kedua-dua puteri itu masuk campur dalam urusannya.” Chuene berkata demikian dalam satu laporan yang disiarkan oleh akhbar Star (17 Mei 2013) , yang kemudiannya dipetik oleh AFP, “Orang-orang yang dia inginkan terlibat hanyalah saya sendiri, [...]

    Read more →
  • Berita

    Raja Perlis Mahu Rakyat Mantapkan Kembali Perpaduan

    Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat memantapkan kembali ikatan perpaduan yang menjadi asas utama ke arah mengekalkan negara berdaulat. Baginda bertitah masa untuk bertelagah kerana perbezaan fahaman politik tidak perlu dipanjangkan kerana pilihan raya umum ke-13 telah berlalu. “Kita haruslah bersatu, berkongsi kesusahan dan meraikan kesenangan yang membanggakan negara secara bersama. “Pepatah Melalu yang menyebut ‘kuah sama dihirup, sambal sama dicolek’ adalah releven bagi menyatakan tentang perpaduan rakyat di negara ini,” titah baginda pada istiadat penganugerahan darjah [...]

    Read more →
  • Makalah Pilihan Pendidikan pemangkin perpaduan

    Pendidikan pemangkin perpaduan

    Hari ini adalah hari guru. Hari guru disambut sebagai satu pengiktirafan terhadap kerjaya pendidik yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Malaysia sebagai negara muda sebenarnya telah berjaya membebaskan rakyat daripada buta huruf menerusi pendidikan. Kalau sebelum mencapai kemerdekaan, lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak dapat membaca, tetapi selepas merdeka, kada literasi telah melonjak lebih 90 peratus. Persoalan pada masa ini ialah bukan membasmi masalah buta huruf, tetapi ia tertumpu kepada penyediaan modal insan yang serba lengkap bagi menzahirkan sebuah tamadun [...]

    Read more →
  • Paparan Khas Anwar sukar terima takdir Tuhan

    Anwar sukar terima takdir Tuhan

    Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4. Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara. Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi [...]

    Read more →
  • Komentar Perhimpunan haram sebab tak terima hakikat gagal kuasai Putrajaya

    Perhimpunan haram sebab tak terima hakikat gagal kuasai Putrajaya

    DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah. Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya. Hakikatnya, pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat, biarpun mereka mencanangkan di seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 [...]

    Read more →