Pembunuhan bayi pada zaman ‘jahiliah moden’

February 25, 2009 10:21 AM 1 comment

Share this Article

Author:

Tags:

Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID

Berkali-kali al-Quran dan sunnah memperingatkan betapa bernilainya hidup makhluk ciptaan Allah s.w.t. Jangankan manusia yang telah menginjakkan kaki di persada bumi, janin yang baru berada dalam perut ibu pun, meski masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan dilarang untuk dicabut hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah s.w.t.

Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi yang kian bermaharajalela di negara kita mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam, iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah, mereka membuang bayi-bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka.

Manakala pada zaman di mana Islam telah bertapak kukuh, bayi-bayi perempuan mahupun lelaki dibuang umpama sampah. Sungguh ironis dan kejam. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu sahaja?

Di dalam Islam, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mendidik anak-anak. Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak mahu memelihara anak-anak sebenarnya melambangkan sikap tidak berperikemanusiaan. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.

Terdapat tiga alasan yang diisyaratkan al-Quran dan sunnah bagi pembunuhan bayi pada zaman jahiliah.

Pertama, di kalangan ibu bapa yang miskin dengan kelahiran anak perempuan menurut mereka tidak dapat memberi apa-apa faedah, malahan menyusahkan. Menurut mereka, anak perempuan tidak produktif. Untuk alasan ini, diperingatkan di dalam al-Quran, yang bermaksud: ‘‘Kami yang akan memberi rezeki kepadamu (hai para orang tua) dan kepada mereka (anak-anakmu).’’ (Al-An‘am: 151)

Kedua, kebimbangan anak-anak akan terjerumus dalam lembah kemiskinan apabila mereka dewasa kelak. Untuk mereka ini, Allah s.w.t mengingatkan bahawa (yang bermaksud): ‘‘Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka (anak-anak) dan juga kepadamu.” ( Al-Isra’: 31)

Ketiga, mereka khuatir akan menanggung aib, akibat ditawan dalam peperangan sehingga diperkosa atau akibat perzinaan. Itulah sebabnya, maka, ‘‘Apabila salah seorang di antara mereka diberi khabar tentang kelahiran anak perempuan, hitam (mukanya merah padam) dan dia sangat marah.” ( Al- Nahl: 58)

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada masa jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu kerana untuk menutup malu yang menimpa mereka setelah berlaku perzinaan.

Jika pada zaman jahiliah mereka membunuh antara lain kerana khuatir anak diperkosa atau berzina, maka pada masa jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau telah berzina.

Pada zaman jahiliah, anak dibunuh oleh mereka yang tidak berpengetahuan, dan yang belum mengenal apa yang dinamakan hak asasi manusia. Tetapi pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh oleh ibu bapa dan doktor atau bidan yang berpengetahuan.

Apa pun alasan, pelaku pembunuhan bayi mutakhir ini sebenarnya lebih buruk dan kejam daripada alasan mereka yang terpaksa melakukan pembunuhan bayi pada masa lampau.

Pembunuhan bayi perempuan atau anak-anak pada masa turunnya al-Quran dilakukan oleh beberapa kabilah sahaja. Kononnya, yang pertama melakukan pembunuhan dan penanaman hidup-hidup anak perempuan adalah Bani Rabiah, diikuti oleh Bani Kindah dan sebahagian anggota suku Bani Tamim. Kabilah Quraisy serta keturunannya dikatakan tidak pernah terlibat dalam kancah ini. Kerana itu, riwayat yang mengatakan bahawa Umar bin Khattab r.a pernah menanam hidup-hidup anak perempuannya, tidak dinilai sebagai riwayat yang sahih oleh pakar-pakar sejarah.

Perlu dicatat bahawa penguburan anak perempuan hidup-hidup bukanlah adat kebiasaan yang direstui oleh masyarakat jahiliah. Oleh hal demikian itu, sebahagian suku bahkan memberikan tebusan kepada orang tua yang bermaksud atau berniat menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka.

Pada zaman jahiliah moden ini, kita berhadapan dengan krisis ‘kebutaan minda’ yang memerlukan usaha yang bersepadu daripada pelbagai pihak bagi mengembalikan akal budi ke tempat yang selayaknya, bukan diletakkan di tempat yang memungkinkan lagi berleluasa keruntuhan keperibadian dan jati diri ummah.

1 Comment

  • emh..kesian baby yg kene buang olh manusia yg brhati bnatang..xda perasaan ksh syg langsung trhadap drh daging sndri…huuhh…insaflh wahai mnusia..bhwa ini adalh tnda2 awl kiamat..

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Paparan Khas

    Dapatkah PAS Melaksanakan Undang-Undang Hudud?

    MESKIPUN pucuk pimpinan PAS bertegas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan, penganalisis politik percaya langkah itu tidak lebih daripada satu sandiwara politik. PAS sudah lama menyimpan impian untuk melaksanakan Hudud di Kelantan, sejak 1990-an. Impian itu kembali bersinar apabila negara jiran Brunei melaksanakan Undang-Undang Syariah dan Hukum Hudud dengan serentak. Undang-Undang Syariah dan Hukum Hudud Brunei yang berkuatkuasa pada 22 April akan memperkenalkan hukuman tersendiri untuk kesalahan rogol, zina, liwat dan hubungan seks luar nikah. […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Tok Kenali Pelopor Transformasi

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim TOK KENALI, atau nama sebenarnya Haji Mohamad Yusof Ahmad, adalah seorang ulama pondok tersohor. Lahir di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kelantan sekitar 1860an, beliau bagaikan magnet yang mampu dekatkan pemerintah istana dengan rakyat, antara ahli agama dengan karyawan, serta membina jambatan antara pemimpin dengan orang biasa. Berguru dengan ulama pondok hebat Haji Wan Ahmad al-Fatoni, beliau mahir dalam pelbagai cabang ilmu agama. Tok Kenali adalah tokoh rohaniah, malah pemikir, penulis dan guru. Di Malaysia, muridnya […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Merungkai Salah Faham GST

    RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015. Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya. Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat. Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut […]

    Read more →
  • Artikel Komentar Makalah Pilihan

    Mahkamah Sivil Jangan Campur Keputusan Mahkamah Syariah

    Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, perlu mengeluarkan pekeliling kepada semua hakim Mahkamah Sivil agar tidak mendengar atau memutuskan apa-apa perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Presidennya, Musa Awang, berkata isu hak penjagaan anak di antara Izwan Abdullah dan bekas isterinya S Deepa tidak akan berlaku sekiranya Mahkamah Sivil mengambil pendirian tidak masuk campur dengan perkara yang diputuskan Mahkamah Syariah. “PGSM berpandangan masalah ini berlaku kerana Mahkamah Sivil tetap mendengar dan memutuskan perkara yang sama […]

    Read more →
  • Berita Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    Dahulu Gereja Methodist Kini Masjid

    “MASJID akan terus wujud di atas muka bumi ini…” Satu kenyataan yang terjadi di United Kingdom (UK) pada hari ini. Populasi penduduk Muslim yang semakin bertambah setiap hari itu telah mengalih fungsi tempat ibadah agama lain menjadi sebuah masjid. Di UK, tidak semua masjid yang ada ketika ini adalah dibina di atas tanah kosong, khususnya yang mempunyai reka bentuk tempatan. Tetapi ia telah dibeli oleh komuniti Islam setelah tempat ibadah agama lain itu terbiar kosong dalam tempoh yang agak lama. […]

    Read more →
  • Berita Dunia Islam Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    Abdel Fattah Al-Sisi Serah Borang Pencalonan

    KAHERAH 15 April – Bekas ketua tentera Mesir, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, menjadi calon pertama Presiden Mesir yang secara rasminya menyerahkan dokumen lengkap, menjelang pilihan raya Presiden pada hujung bulan depan. Peguamnya, Mohammed Bahaa Abu Shuqa, mewakili beliau untuk menghantar dokumen tersebut termasuk rekod perubatan kepada suruhanjaya pilihan raya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan. Setiap calon Presiden perlu mendapat sokongan tanda tangan daripada 25,000 pengundi termasuk sekurang-kurangnya 1,000 pengundi di setiap 15 wilayah di negara ini. Menurut Mohammed Bahaa, Abdel […]

    Read more →
  • Berita Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Dipinda – Zahid

    PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran. Menterinya, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun yang ada sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat pada Selasa bagi mengekang […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan

    Ibu Bapa Bukan Islam Boleh Dapat Hak Jagaan: Bekas Hakim

    KUALA LUMPUR: Mahkamah sivil boleh berlaku adil dalam memutuskan pertikaian membabitkan hak penjagaan anak antara ibu bapa yang beragama Islam dan bukan Islam dengan meletak beberapa syarat, jika membuat keputusan yang memihak kepada pihak bukan Islam, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mohd Noor Abdullah. Beliau berkata, syarat itu termasuk tidak membiarkan kanak-kanak beragama Islam makan makanan yang tidak halal, atau cuba menukar agama mereka. “Saya percaya kedua-dua ibu bapa beragama Islam dan bukan Islam boleh berkongsi hak penjagaan anak […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Asean Mesti Bergerak Sebagai Kuasa Bersama

    KUALA LUMPUR: Asean mesti bergerak sebagai kuasa bersama untuk memperkukuh pengaruh ekonomi, sosial dan keselamatan dan mencapai kejayaan lain yang mungkin sukar dicapai secara individu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika berucap pada Forum Putrajaya 2014 di sini Isnin, beliau menegaskan bahawa kedudukan Asean yang kukuh dan berjaya bukan sahaja menjadi satu keperluan ekonomi tetapi juga penting dalam konteks strategik. Untuk mencapai matlamat ini, Najib berkata institusi yang diketuai Asean seperti Proses Dialog Asean Campur Satu, Forum […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →