Home » Wawancara » Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat

Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat

AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Secara tidak langsung, Al-Falak mempunyai kaitan dengan hukum alam yang dicipta Allah s.w.t bagi berlangsungnya siang dan malam. Namun, apa yang membimbangkan, kita sering diwarnai dengan pelbagai terjahan fenomena yang seharusnya sebagai satu iktibar buat kita semua.

Fenomena matahari terbit dari barat merupakan satu kejadian yang membuatkan pakar-pakar sains berfikir bagi mencari dan mengkaji akan punca kejadian ini. Ianya juga telah mula diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): “Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)

Sejauh manakah kebenaran fenomena ini? Ikuti wawancara HAPPIS BASHA bersama pakar astronomi negara, PROFESOR DR. MOHD ZAMRI ZAINUDDIN, mengenai fenomena ini.

Ybhg. Prof, apakah yang dimaksudkan dengan ’Retrograde Motion’ sehingga ada yang menyatakan bahawa matahari akan terbit dari sebelah barat?

’Retrograde Motion’ merupakan satu istilah sains atau lebih tepat dengan pergerakan orbit yang berlawanan. Seperti yang sedia maklum, planet-plenet terdiri daripada Marikh, Musytari, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Uranus, Neptun, Pluto dan Bumi. Gerakan planet ini mengelilingi orbitnya sendiri. Bagi Marikh, ia mengambil masa dua tahun mengelilingi matahari berbanding bumi yang hanya mengambil masa satu tahun. ’Retrograde Motion’ ini berlaku apabila Marikh dan Bumi berada opposition atau bertentangan di mana pada suatu ketika Marikh kelihatan seolah-olah bergerak dari barat ke timur. Ini terjadi kerana pergerakan orbitnya yang condong. Ia terjadi setiap dua tahun di mana kelihatan planet Marikh seolah bergerak dari barat ke timur dan bukan dari timur ke barat.

National Aeronautic and Space Administration (NASA) ada menyatakan bahawa planet Marikh telah mengalami fenomena ini. Sejauh manakah kebenaran fenomena ini dan adakah matahari telah terbit dari sebelah barat di Marikh?

Apabila kita melihat daripada Bumi, seolah-olah Marikh bergerak dari barat ke timur. Tetapi apabila kita berada di Marikh, pergerakan orbitnya masih bergerak dari timur ke barat. Seperti yang kita ketahui, planet ini mempunyai 75 peratus ketumpatan berbanding Bumi, dan tidak mempunyai medan magnet sekuat Bumi. Kejadian matahari terbit dari barat di Marikh masih belum terjadi dan masih di dalam kajian dan penyelidikan para saintis dunia.

Apakah pandangan atau kajian saintis mengenai kejadian ini dan adakah ia boleh berlaku kepada bumi dengan cara yang lain?

Ia boleh berlaku dalam keadaan Bumi dilanggar komet yang besar, lalu beralih pusingan orbitnya dari barat ke timur. Dari sudut yang lain pula, ia boleh terjadi kerana matahari merupakan bintang yang besar dan ia boleh mengembang dan membesar apabila matahari membakar keseluruhan hidrogen di dalamnya dan menjadi red giants atau gergasi merah. Malah pengembangan ini akan merangkumi orbit Utarid dan orbit Kejora sehingga ia akan menghampiri dengan Bumi dan dikatakan sejengkal berada daripada kepala manusia. Saintis menjangka matahari berusia 5,000 juta tahun dan pembakaran hidrogen ini juga dijangka mengambil masa sehingga 10,000 juta tahun, malah ia turut membimbangkan para saintis jika ia berlaku dalam masa yang terdekat.

Adakah kejadian fenomena ini telah dijangkakan atau satu keganjilan dalam ilmu astronomi?

Ia bukanlah satu keganjilan dalam dunia sains, cuma ia terlalu kompleks untuk dikaji dan diketahui bila ianya akan berlaku. Seperti yang kita ketahui, saintis Barat juga mengakui kebenaran matahari akan terbit dari sebelah barat dan ia akan berlaku kepada semua planet termasuk Bumi sendiri.

Apakah implikasi besar kepada pergerakan Bumi jika fenomena ini terjadi?

Pergerakan Bumi masih lagi seragam dan stabil. Cuma jika dibandingkan dengan Marikh, orbit Bumi lebih kecil daripada Marikh kerana Bumi berada dekat dengan matahari. Malah pergerakan bumi dipengaruhi oleh graviti bulan dan matahari kerana bulan berkaitan dengan proses air pasang surut laut. Jika berlaku sebarang kejadian atau perubahan pada bulan ia turut memberi kesan kepada Bumi yang akan mengakibatkan ketidakseimbangan sistem kepada Bumi.

Bolehkah para saintis mentarifkan bila akan berlakunya fenomena ini?

Fenomena ini masih di dalam kajian dan dijangka pada 2014 nanti satu komet yang besar akan berada lebih kurang 40 km laluannya dari Bumi. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Bumi, malah penemuan kawah tinggalan asteroid di Chicxuclub, Semenanjung Yucatan kira-kira 322 km di Barat Cancun, Mexico, pada tahun 1991 telah membuktikan bahawa perkara ini pernah terjadi. Kawah dengan diameter selebar 160-240 km ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana diliputi sedimen sejak jutaan tahun lalu. Komet adalah asteroid yang merupakan objek angkasa bersaiz kecil dan tidak mempunyai bentuk yang khas. Permukaannya beku serta mengumpul debu dan batuan kecil dari angkasa dan jika ia sebesar gelanggang tenis kekuatan hentamannya pada Bumi adalah lima kali ganda daripada letupan atom yang berlaku di Hiroshima.

commentscomments

  1. maya says:

    kalau setiap umat islam muhasabah diri kan bagus..sebab apabila kita nak fikirkan ummah pun diri kita ni kadangkala lagi teruk..tanyalah pada diri sendiri kan..

  2. jamil kds says:

    yela kalau ada iman kita tak perlu risau..kalau barat kata perkara ini benar-benar terjadi melalui kajian, kita kena kuatkan iman kita melalui akal pula..iman di hati dan juga iman di akal..

  3. johar adel says:

    wah bagusla kau jamil…kadang-kadang orang barat ni dah buat kajian pun tak percaya lagi kan susahkan..itulah hanya allah yang boleh memberi hidayah, tugas rasul hanya menyebarkan apa itu islam..thanks pada artikel ini yang menytakan perkara ini telah dinyatakan kira2 1400 tahun dulu melalui rasulullah saw..

  4. johar adel says:

    wah bagusla kau jamil…kadang-kadang orang barat ni dah buat kajian pun tak percaya lagi kan susahkan..itulah hanya allah yang boleh memberi hidayah, tugas rasul hanya menyebarkan apa itu islam..thanks pada artikel ini yang menytakan perkara ini telah dinyatakan kira2 1400 tahun dulu melalui rasulullah saw..tapi ada perkara lain pula yang tak boleh kita fikir melalui akal sahaja..

  5. yusri ahmad says:

    yela kita mana tahu allah beri hidayah melalui kajian..banyak non muslim yang masuk islam dengan cara begitu..Takkan kita nak paksa diorang masuk Islam..sedangkan rasulullah belah bulan pun ada yang masih tidak percaya kata itu sihir..kadang kala non muslim peluk islam melalui hidayah allah dengan pelbagai cara..biarla mereka peluk islam dengan apa cara sekalipun.. yang penting kita bantu diorang..

  6. yusri ahmad says:

    yela kita mana tahu allah beri hidayah melalui kajian..banyak non muslim yang masuk islam dengan cara begitu..Takkan kita nak paksa diorang masuk Islam..sedangkan rasulullah belah bulan pun ada yang masih tidak percaya kata itu sihir..kadang kala non muslim peluk islam melalui hidayah allah dengan pelbagai cara..biarla mereka peluk islam dengan apa cara sekalipun.. yang penting kita bantu diorang..

    kita tak berhak kata orang tu masuk islam sebab nak kahwin dgn org islam..kita tak berhak kata non muslim melalui kajian sains dia peluk islam..berilah mereka peluang belajar dan pelajari Islam..janganlah kita menghukum seseorang non muslim tanpa membimbing mereka..

  7. razlan says:

    ramai cendekiawan Yahudi dan Nasrani untuk memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka memilih Islam dengan mata hati setelah mengkaji dan membandingkan Al-Quran dan Kitab Suci mereka. Begitu juga bdengan penganut-penganut agama lain.

  8. razlan says:

    bila non muslim buat kajian sesetengah umat islam terus hentam tanpa mengkaji terlebih dahulu..siapakah yang memberi akal kepada mereka ? mereka cuma bukan penganut islam..

  9. razlan says:

    Maksudnya, cakap dulu, kemudian kaji. Mereka yang ada masa buat kajian tu, teruskanlah… dan cuba buktikan apa yang di cakap tu salah. Ini baru intelektual dan professional.

    kerana itulah umat islam ketinggalan bila cakap baru nak kaji..bila cakap sesuatu yg betul bila kaji salah pulak..kan malu..baik kaji dahulu barulah cakap..hmm very simple

  10. razlan says:

    Sains adalah ilmu yang berasaskan kepada metode empirikal, dan sememangnya menarik metode ini, dan adalah ruang untuk membuat hipotesa. Dan ciri hipotesa ni, memang banyak cakap dari kajian yang empirikal (saintifik la tu). Maknanya, banyak cakap pun ada peranan dalam kajian saintifik!

    -yang mana kajian sains yang tak kena kita tolak sahaja-very easy..

  11. yusri ahmad says:

    Sains adalah ilmu yang berasaskan kepada metode empirikal, dan sememangnya menarik metode ini, dan adalah ruang untuk membuat hipotesa. Dan ciri hipotesa ni, memang banyak cakap dari kajian yang empirikal (saintifik la tu). Maknanya, banyak cakap pun ada peranan dalam kajian saintifik!

    -yang mana kajian sains yang tak kena kita tolak sahaja-very easy..

  12. yusri ahmad says:

    Hari ini pun, apakah umat Islam sudah begitu reti dengan ajaran Islam?

    -kalau tak reti kita bimbinglah mereka,ini tidak kita hukum mereka..rasulullah saw pun tak hukum melalui malaikat apabila baginda dibaling dengan batu..padahal malaikat mahu menghempapkan mereka dengan gunung… its very simple man

  13. yusri ahmad says:

    Susah la macam ni, kalau ilmu sains tu diambil kerana ‘khidmatnya’, tetapi tidak pula menyelami apa asas ‘khidmatnya’ itu. Untuk makluman, saya adalah lulusan kertas Scientific Methodolgy dari UM 1972.

    anda sendiri menggunakan ‘khidmat’ barat dengan berbahasa inggeris -Johan abdullah, so u c that people enjoined Islam because of their scientific discovery? Well, u r entitle to your opinion.

    tak perlulah gunakan khidmat mereka..

  14. khairi ali says:

    Maya : Antara mengeloh, persoalan, dan jawapan, mana yang lebih berkat dan diharapkan oleh ummah?

  15. suzila says:

    bila difikirkan bagusla, kalau satu hari nanti benar-benar komet akan melanggar bumi dan saintis menjangka bumi akan bertukar orbit masa tu sekurang-kurangnya kita boleh bertaubat maksudnya jika ada kesempatan daripada kita tak tahu..setelah matahari terbit dari barat pintu taubat semua akan ditutup..hmm satu kajian yang menarik

  16. ilahaini says:

    betulla suzi, u are positif think…

  17. ilahaini says:

    tak kira siapa bukankah akal itu diberikan allah pada semua manusia..bukan pada orang islam sahaja…

  18. khairi ali says:

    Suzila, tak pernah baca hadis ke, apa dan siapa yang ada pada hari kiamat nanti? Bahkan pada masa kita nazak. Masa mana nak bertaubat, dan masa mana nak tau apa yang terjadi.

  19. munira says:

    benarla su..bagusla idea anda..maknanya jika benar satu hari nanti perkara ini berlaku sekurangnya kalau kita masih hidup sempat jua bertaubat…kalau takda ilmu susahkan macam mana kita nak survive kan..sebab makanan takkan turun dari langit..

  20. mateghaba says:

    apala khairi ni..memangla nabi xbuat kajian…sebab semua tu datang dari Allah…ilmu yang terus…lagipun apa yang hadis dan alquran cakap tu memang betul dan relevan dan akan terjadi xkira la dulu sekarang atau akan datang..cuma sains ni pelengkap untuk membuktikan yang memang Al quran dan Hadis cakap itu betul..itula prinsip yang ditiru oleh undang2 yang mana tanpa bukti xd guna kita menuduh or bercakap..buat malu je..buat kajian memangla macam2 benda baru yang orang xpernah dengar..tapi itu bukan alasan untuk kita mendabik dada yang ilmu kita itu saje yang penting dan orang lain xpenting..anda islam,orang lain pun ikut ajaran juga..kita yang patut buat kajian sebab kita ni bukan nabi..pendek kata sains ada kaitan dengan islam..kerana semuanya diciptakan oleh Allah S.W.T…tak dinafikan budaya itu bgus untuk jiwa,tapi sains itu penting untuk memartabatkan kembali keagungan islam yang telah dicuri oleh Barat..malah dilihat saintis islam itu lebih humble tapi berisi…lagi bagus dari BArat yang taw cerita macam2 tapi jiwa kosong..

  21. brozarul says:

    1)Aku ada satu teori mengatakan bahawa matahari terbit disebelah barat bukan dari sudut sains, bagi aku benda ini mungkin cuma simbolik dari kata-kata nabi, apa makna matahari? matahari adalah kiasan kepada cahaya,cahaya maknanya suci,bersih,nur,putih tetapi bagi aku lebih cantik adalah cahaya kebenaran islam.aku telah perhatikan selama 3 tahun perkembangan islam di negara barat,masyaallah hidayat telah turun berduyun-duyun disana,pakar barat(non-muslim) mengatakan bahawa islam akan dominan disana lagi 20 tahun(mungkin lebih singkat),sebab itu umat USA dapat solat aidil fitri didepan white house, geet wilder -seorang yg kuat anti islam telah menyatakan kerisauan atas perkembangan islam ini(youtube search).Tidak mustahil manusia barat akan lebih menonjol islamnya dari kita!Ustaz harun Din telah menyatakan bahawa segala tanda kiamat kecil telah berlaku!hanya tunggu tanda besar sahaja.Maknanya cuba bayangkan tiada gap lagi antara tanda kecil dan tanda besar tu.dgn sebab itu kita mula perhatikan perkembangan islam disana dalam masa terdekat ini.
    2)Perkara kedua dari nabi ada mengatakan manusia akhir zaman juga akan berlaku berperang yg paling dasyat.Mengikut ceramah Ustaz Samsuri pada masa itu peperangan ini begitu dasyat ,andaiannya seperti berikut dari 100 org yang ada cuma seorg sahaja yg hidup, 99 mati .Apa senjata yg mampu buat semua ini,tak lain dan tak bukan -brother nuklear,berapa negara yg ada nuklear?sendiri mau pikir.Maka aku ingin nyatakan bahawa jika peperangan nuklear ini jika berlaku ,cukuplah dalam satu hari anda sendiri pikirkan jawapanya. Maka dengan sebab itu sempatkah anda bertaubat dlm satu hari????Iman dan org tak beriman dah tak sempat nak buat apa-apa.Dan mungkin kenyataan hadis diatas menepati teori yg aku kemukakan -wallahuallam.For me this is the beginning.

  22. Salam,

    saya baru sahaja di tag dalam facebook akan berita pada bulan 9 ini kemungkinan planet marikh akan berputar songsang dari asal. Maknanya marikh akan berputar dari timur dan barat. perkara ini menyebabkan saya terasa sangat takut. khuatir tak sempat nak bertaubat. astaghfirullah..takutnya:(

  23. khezzek says:

    erm..fakta yang menarik..orang barat dah sememangnya tahu perkara ini akan berlaku..mereka pun merujuk kepada Al-Quran dan Hadis. Mereka pandai pun sebab Petunjuk Al-Quran dan Hadis. Mereka menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai paksi eksperimen mereka. Orang barat ni percaya yang Islam tu memang benar. Tetapi, yang peliknya kenapa tetap tidak beriman pada Allah? tapi tu semua aku tak heran sangat la..yang kita ni mengaku islam, mengaku beriman tetapi ramai yang xpercaya kiamat tu pasti berlaku. contohnya..bila kiamat berlaku? bila matahari terbit dari barat dan macam-macam lagi la…kenapa harus kita persoalkan tarikh dan faktanya. Kemana hilangnya Tauhid kita…yang nyata..tarikh tu untuk kita prepare n standby bila nk bertaubat kan..sempat x bertaubat..pelik tu orang islam sekarang ni eak…percaya tapi tak yakin..Believe but not Trust..heran-heran

  24. syahir says:

    tapi kita ni sbg org islam..,eloklah kaji je al-quran itu sebab semuanya dah terpapar dlm tu…kita ad rujukan.bagi yang barat,rujukannya semua berasaskan apa yang manusia biasa sahaja mampu buat.

  25. julkifly says:

    assalammualaikum…trus terang sy sgt kagum ngan penemuan sains yg makin bkembg pesat masa kini..bkankah sharusnya penemuan2 ini akn meningkatkn lg akan keyakinan dan keimanan kta kepada sang khaliq yakni Allah swt..knpa kta perlu pertikaikan hal2 rumit? bkankh dlm al quran Allah swt da menerangkn kpda kta agar mengambil ayat2 muhkamat(jelas mksudnya) untk djadikan dalil pengkajian..dan menegah kta untk mgambil ayat2 mutasyabihah(ayat yg smar maksudnya) untk djdikan dalil,kerna hanya Allah swt shj yang maha mengetahui sgala tiap sesuatu yg nyata maupun yg ghoib…Sesungguhnya kta sntiasa terdedah dgan tipu daya syaitan laknatullah dalam melalui jalan bmakrifat kpada Allah swt..sains merupakan salah satu titik ilmu dari lautan ilmu Allah swt yang maha luas…ilmu sains ini lahir krana wjudnya skap ingin tahu yg wujud dri akal fkiran kta..Allah swt ada menerangkn dlm al quran akan klebhan org yg suka berfkr(ulul albab)..kerana orang yg bfikir adalah org yang tahu menggunakan akal yang dianungerahkn kpda mereka..tapi dalam soal mgkaji/mnyelidik dn bfikr dlm mdalami ilmu sains…kta sharusnya mmplajari tlebh dahulu asas tauhid agar hti kta tdak mudah terpesong dgan bisikan syaitan laknatullah yg sering myesatkn kta dri jaln kbenaran..setiap penemuan sains yg smemgnya btepatan dgan simbolik ayat dlm kitabullah merupakn antara tanda2 pngenalan akan kewujudan sang khaliq yg maha perkasa bg mereka yg mahu berfkir dan mengambil pelajaran…USAH DIPERTIKAIKAN BILA HARI KIAMAT AKAN TERJADI.TP NILAI LAH DIRI KITA SUDAHKAH KITA MENGENAL AKN HAKIKAT DAN TANGGUNGJWB DIRI KITA SEBAGAI HAMBA KEPADA SANG PENCIPTA? Wallahualam

  26. Ajijah says:

    x perlu la nak tegakkan sape yg betul atau salah…bg saya dua2 pon ade bagusnye..dalam al-quran dah dibagi tau mcm mane dunia akhir zaman..dibagi tau macam kiamat,contohnye matahari muncul dari barat.tp x diterangkan secara terperinci mcm mane terjadinye kejadian itu..then para saintis barat yg telah mengkaji al-quran mencari jawapan dan membuat kajian tuk mencari bukti adakah betul yg terkandung didalam al-quran itu..so maksudnye semua org ptt berterima kasih juga pada para saintis ni cz sekurangnye kite ade waktu tuk bertaubat sebelum munculnye kiamat.dalam kate lain para saintis ni menolong kite sebenarnye.amik la perkara ini dari sudut positif lau asyik nk pk negatif je sampai bile pon kite ni bertelagah je sesame umat.x la kite dah terhantuk baru nak terngadah.maksudnye dah timbul matahari kat barat baru nak bertaubat.wassalam.

  27. hayata says:

    dari zaman sekolah subjek sain paling aku benci…

  28. wan says:

    wan mohd khairi wan ali @ khairi ali……mana komen hang????awat tak komen lagi???hahhahaha…..

  29. mat rempit says:

    org beragama islam , jika nampak ada org berkelahi maka damaikanlah ,dengan permahaman , jika mereka berdegil jugak kembalikan mereka dengan pembelajaran alquran ,, dalam islam x digalakan berpecah belah… wahai saudara ingat pesan nabi demi kesedaran dan untuk kebaikan ,,sesama umat manusia bersatu lah dan berpegah teguh dengan alquran dan sunnah rasulnyer …..supaya kita semua x sesat xsusah x bertelagah lagi ,,peace hari kiamat itu disembunyikan hari nya supaya kita dinilai apa yg kita lakukan selama ini , dan sepatutnya hari kiamat adalah hari kegembiraan bagi manusia ,,kerana ujian kat dunia dah habis ,,,nak kutip hasil kat syurga …ermm tapi nabi berpesan kalau esok hari kiamat dan dalam tangan mu ada benih pokok maka tanam lah ia …..hehehhe

    kawan 2 pesan berpesan untuk kesedaran ,kebenaran ,kebaikan dan kesabaran …..x rugi …penting ilmu alquran pada kita ,,, bagi ruang belajar pemahamanyer , baru maju dan berjaya ,ssupaya kita ada syurga dunia dan syurga akhirat , kekayaan wajib kita cari , tapi bukan semua untuk kita selebihnyer untuk saudara-saudara kita baru indah …itu dipanggal zakat ermm baru org x iri hati baru leh org pandang tinggi hehehhe ,,, al-quran the best ilmu in the world ..ermm try it u can feel it..dgn fahaman bukan baca2

  30. mat rempit says:

    rukun iman ada 6 yg paling jelas dan yg paling nampak kitab yg paling releven alquran dan membenarkan kitab 2 sebelumnyer ……………………………..

    cerita pasal iman percaya + yakin …percaya mcm mana ,yakin macam mana …its so nice …perlahan lahan surah al-alaq 1 -7..surah 96:1-7 perkara yg kita lupa ,, dan jgn melampui batas
    apakah itu melampaui batas ….
    memecahbelahkan manusia ,
    membunuh anak lelaki ,
    membiarkan hidup anak wanita,
    undi nasib dgn anak panah …hhehehe pilihan raya dah dekat ..

    kita di tipu sejak lahir sejak 1400 dahulu ,,marilah belajar balik mukjizat dari allah dan laksanakan sunnah 2 rasulnyer …mensejahterakan sesuatau tempat dgn bersatu ,,takan nak tunggu matahari naik ikut sana … bersatu kita bersatu islam ajak kita berpadu ^_^

  31. mat rempit says:

    ermm 7:179 dari kaca mata allah siapa yg x faham alquran takutnyer surah al araf

  32. fairul says:

    Orng kafir hanya nak sesakkan kite je..jangan percaya la kalau dorng yang kaji..contoh,kite percaya pada kiamat..dorng pon buat2 la ckp kiamat berlaku 2012 la,apa la..sama jgk mcm hal ni,dorng ckp akan berlaku matahari terbit dari barat,ikut kepercayaan kite mmg btul,xdinafikan..cume,bila kite percaya ckp dorng,nnti dorng tetapkan tarikh kiamat..bila kite percaya ada orng tahu bila kiamat,kufur sesat la kite..

  33. Abdullah Awang says:

    Salam… terima kasih kerana bloggers ini banyak mengongsi ilmu kepada saya, semoga diberkati

  34. ajiep says:

    pd pndpt sy,xsalah utk kita, khususnya umat islam utk mgkaji atau mendalami sesuatu ilmu itu tentang ciptaan ALLAH yg maha kuasa. Dgn ilmu2 mcm ni,keimanan kita menjadi smkin teguh dan kuat aslkan ses0rg tu mempunyai tauhid yg kuat iaitu tuhan yg satu..islam sndri myeru umatnya utk mendalami/mencari ilmu b’landaskan al-quran dan hadith. Para nabi,rasul dan shabat juga telah b’fikir tntang kebesaran ciptaan allah..
    Tak usahlah kita memendekkan akal kita dgn mjadikan islam itu susah,ini akn myebabkan gl0gan muda mcm sy tidak b’minat utk mencari sbenar2 ilmu bukn la ilmu dunia semata2..waallahua’lam

  35. sahnon says:

    penipu besar, ari tu ckp dh nk kiamat, tk jadi la plk, skrg ckp 2014 la plk, pukimak kau lah profesor babi… habis kn duit kerajaan je belanja kn kau sampai jadi profesor, anak haram punya manusia… ape2 hal, rujuk pada quran je laa… tu pn nk di ajar, babi punya profesor..!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − six =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Lajukan Akses Internet!

Gunakan Google DNS

  • 8.8.8.8
  • 8.8.4.4
*Baca lanjut di sini. Cara setup di sini.

Arkib