Realisasi cita-cita menjana ummah gemilang

July 15, 2008 1:58 PM 1 comment

Share this Article

Author:

penutup4.gif

(Ucapan alu-aluan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B. DATO’ DR MASHITAH IBRAHIM pada Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-51, 1429H / 2008M)

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh.

Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk bertemu sekali lagi di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 bagi Tahun 1429H bersamaan 2008 Masihi. Tilawah pada tahun ini lebih bermakna lagi kerana ianya diadakan sempena menyambut jubli emas, pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia  Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibudin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang telah sudi menjadi tuan rumah majlis tilawah pada tahun ini.

Sesungguhnya kerjasama seumpama ini akan tetap diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri sebagai usaha memperkukuh ukhuwah, memperkasa perpaduan dan mempertingkat penyatuan fikrah.

Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. telah lama meninggalkan kita, melebihi 1400 tahun yang lalu. Dalam tempoh yang begitu panjang, umat Islam pada setiap zaman telah melalui pelbagai liku kehidupan.

Namun begitu, kita amat bersyukur kerana rasa cinta terhadap risalah Ilahi bersumberkan wahyu al-Quran yang dibawa oleh Baginda S.A.W. masih lagi mekar di dalam minda dan sanubari masyarakat kita hingga ke hari ini.

Kita juga yakin bahawa survival Ummah amat bergantung pada kekuatan hubungan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ini tidak mungkin berlaku jika tiada keimanan dan kecintaan yang mendalam terhadap Kitabullah dan Sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Justeru, kecintaan terhadap al-Quran seperti yang dimanifestasikan melalui majlis ini perlu kita suburkan sebaik-baiknya dan sewajarnya ia mendapat tempat di hati generasi muda selaku pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.

Kita amat yakin bahawa matlamat ingin mencapai status sebagai sebuah negara maju dan masyarakatnya terdiri daripada komuniti yang progresif, berdaya saing, memiliki minda kelas pertama dan dalam masa yang sama bertakwa kepada Allah hanya dapat direalisasikan apabila al-Quran dan as-Sunnah dijadikan pedoman dan neraca pemikiran dalam memacu pembangunan ke arah mengatasi cabaran kehidupan terkini dan akan datang.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan saban tahun ini bukanlah semata-mata platform bagi kita untuk berlumba-lumba memperdengarkan bacaan al-Quran dengan alunan irama yang terhebat sahaja. Kita perlu mengambil perhatian bahawa di samping alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dipersembahkan, mesej dan isi kandungannya yang tersirat juga wajib kita hayati sebaik mungkin.

Antara mesej penting yang terkandung di dalam ayat-ayat suci al-Quran ialah kepentingan pemugaran konsep Tauhid di dalam segenap aspek kehidupan manusia, kefahaman tentang kedudukan dan darjat manusia terhadap Allah Yang Maha Esa, dan kefahaman tentang hubungan dan peranan insan terhadap seluruh makhluk ciptaan-Nya.

Allah S.W.T. berfirman di dalam surah Anaam ayat 165:

Maksudnya: “Dan Dialah yang menjadikan kamu sebagai pemimpin di bumi dan meninggikan sebahagian kamu daripada yang lain dengan beberapa darjat, ini semua kerana Allah hendak menguji kamu dengan kurniaan yang dianugerahkan kepada kamu.”

Mesej dan ajaran yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran adalah bersifat universal. Menurut Islam, kedudukan manusia adalah lebih tinggi berbanding dengan lain-lain kejadian kerana manusia diciptakan sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi. Oleh sebab itu, Islam menggalakkan kita maju ke hadapan serta menjadi teraju membimbing kaum lain agar turut sama-sama membangun dari segi material, intelektual dan spiritual menurut perspektif maqasid syariah.

Manusia dikurniakan kebolehan dan keupayaan yang tidak dikurniakan kepada lain-lain makhluk demi menjalankan amanah Ilahi ini. Justeru, kuasa mentadbir yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah mandat yang tertakluk kepada kehendak Yang Maha Esa.

Sehubungan dengan itu, masa untuk kita melakukan perubahan demi pembangunan Ummah yang gemilang telah tiba. Kita perlu berubah daripada bersikap pasif kepada sifat aktif dan proaktif dengan menjadikan setiap urusan yang berkaitan dengan kehidupan dan kemasyarakatan adalah perkara penting bagi setiap individu yang mengungkapkan kalimah syahadah “Laa ila haillallah Muhammadur Rasulullah”.

Marilah kita bersama-sama menghayati ungkapan “Menjana Ummah Gemilang” yang dipilih sebagai tema bagi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Maksud tersurat dan tersirat yang terkandung di dalamnya perlulah diperhalusi oleh setiap individu Muslim dalam usaha pemerkasaan dan mengangkasa tamadun bangsa ke tahap yang lebih cemerlang.

Saya amat berharap falsafah di sebalik tema yang dipilih pada tahun ini dapat dihayati sebaiknya oleh setiap individu Muslim di negara ini. Sesungguhnya kejayaan pembangunan Ummah gemilang amat bergantung kepada penyertaan setiap individu dan semua pihak.

Hanya penyertaan dengan niat ikhlas, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak sahaja yang dapat membuahkan hasil yang diharapkan.Kehadiran kita ke dunia ini mempunyai misi dan visi yang serius di sisi Allah iaitu untuk menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan ke atas bahu kita selaku Khalifah Allah S.W.T.

Insan yang bijak ialah mereka yang senantiasa memastikan matlamat dan amanah kehidupan yang diberikan oleh Allah S.W.T. tersebut berjaya disempurnakan. Di antara amanah tersebut ialah menyatukan umat Islam khususnya di negara kita agar sentiasa wujud kesatuan hadaf dan amal ketika bertindak menghadapi cabaran.

Dunia pada hari ini disarati dengan pelbagai bentuk kekeliruan dan kekacauan yang menyebabkan timbulnya keganasan sesama manusia. Jendela dunia pada hari ini, diwarnai dengan pelbagai masalah di antaranya, serangan pemikiran yang menggugat akidah Islamiah, keruntuhan akhlak dan budaya yang semakin meruncing. Akibatnya, ramai manusia menanggung derita, terperangkap dalam arus kehidupan tanpa mengetahui arah yang dituju sehingga terjebak dalam kancah kebejatan sosial yang amat parah sehingga meruntuh tamadun ummah.

Fenomena ini turut memberi erti signifikan bahawa Allah S.W.T. tidak akan meminggirkan kita daripada berdepan dengan ujian dan tribulasi sepanjang hayat hanya semata-mata kerana kita adalah Muslim yang beriman dengan-Nya.

Hakikat yang perlu kita insafi ialah setiap individu akan diuji dan setiap individu perlu membuktikan bahawa kewujudannya mempunyai nilai yang amat berharga di dunia ini. Inilah keadilan Allah S.W.T. yang telah memberi peluang kepada semua insan di dunia untuk membuktikan ketaatan-Nya bagi mendapat balasan yang baik daripada Allah S.W.T.

Saya bagi pihak Kerajaan pusat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas kerjasama baik yang telah diberikan di sepanjang majlis ini diadakan. Tidak lupa juga sekalung tahniah dan terima kasih saya rakamkan kepada semua yang terlibat yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran perjalanan Majlis pada kali ini.

Untuk akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga apa yang kita usahakan akan diberkati dan diredhai Allah S.W.T. dan seterusnya membawa kejayaan kepada kita semua. Semoga Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini mampu menjadi pemangkin ke arah merealisasikan cita-cita menjana Ummah yang gemilang.

1 Comment

  • Marshitah Mohd Aini

    sebuah ucapan yg cukup mantap dan padat dengan mesej2 yang perlu ditelusuri oleh setiap individu muslim.Renungi dan hayati setiap bait kalimah agar kita benar2 mendapat manfaatnya.Syabas.

Leave a Reply


Topik Lain

  • Artikel Komentar

    Hudud PAS Dipinggir Rakan Sekutu

    Oleh Juhaidi Yean Abdullah Usul pelaksanaan ke Parlimen uji keanjalan tahaluf siyasi parti dengan DAP, PKR Hasrat PAS membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan melaksanakan hukum hudud pada Jun atau Disember depan akan menguji keanjalan tahaluf siyasi parti itu dengan DAP dan PKR. Keadaan sama dihadapi mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 berakhir dengan perpecahan Barisan Alternatif dua tahun kemudian apabila DAP terutamanya menentang keras cadangan PAS mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hukum […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Tinta DMI

    Pondok Lahir Pemikiran Islam Kukuh

    Oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ANTARA sebab institusi pondok masih relevan hingga ke hari ini, justeru perlu dipertahan dan diperkasa, ialah kerana ilmu pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modernisme yang sedang berlaku. Banyak karya hebat dan kajian akademik bersumberkan teks pondok. Inilah juga yang dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam. Berikutan itu, amat perlu sekali bagi ulama dan intelek Islam untuk berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan […]

    Read more →
  • Artikel Makalah Pilihan Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    Wasatiyah Adalah Mesej Perpaduan Sedunia: Prof Dr Hlayyel

    KUALA LUMPUR: Konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam Islam merupakan suatu mesej perpaduan sedunia yang penting bagi menepis segala persepsi buruk masyarakat dunia terhadap Islam. Penasihat Agama kepada Raja Jordan, Prof Dr Ahmad Mohammad Hlayyel, ketika menyatakan perkara ini berkata konsep itu dapat memperkukuh lagi imej keamanan dan keharmonian yang dianjurkan Islam kepada pengikutnya. Perkara ini dinyatakannya dalam kertas kerja bertajuk ‘Pelaksanaan Pendekatan Wasatiyyah Masa Kini: Cabaran dan Masa Depan’ pada Seminar Antarabangsa “Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah”, Khamis. Penyampaian kertas […]

    Read more →
  • Ensiklopedia Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    Siapa Sheikh Tahir Jalaluddin

    SYEIKH Tahir Jalaluddin atau nama sebenarnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad bin Ahmad Jalaluddin, adalah seorang ulama reformis yang mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar hujung 1890-an dan awal 1900. Bapa beliau, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali dengan gelaran Syeikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin, merupakan seorang ulama yang terkenal di Minangkabau. Syeikh Tahir dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada 1869 Masihi dan berketurunan Melayu Minangkabau. Beliau pernah menetap dan mendapat pendidikan di Mekah […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Wasatiyyah: Malaysia Berada Di Landasan Benar

    Ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak,  merasmikan seminar antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, di Menara Felda, Kuala Lumpur ALHAMDULILLAH, lafaz syukur dan segala puji-pujian yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan inayah-Nya jua, kita dapat berkumpul di dalam majlis ilmu yang saya anggap sangat penting lagi bermakna ini. Saya harus katakan semuanya bermakna dan penting kerana ianya menjadi akar kepada usaha pembenihan faham wasatiyyah dan kesederhanaan yang seringkali kita ucap […]

    Read more →
  • Artikel Komentar

    MB, Salehuddin Boleh Selesai Bible Di Rampas?

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco agamanya, Salehuddin Muhkyi, mempunyai kuasa untuk menyelesaikan isu rampasan bible Melayu, jika mereka mahu. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ng Chok Sin, berkata dua individu itu paling layak untuk memulangkan bible yang dirampas pihak berkuasa agama negeri jika Kerajaan Negeri Selangor serius. Menurut satu laporan media arus perdana, difahamkan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong, dilaporkan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara meminta naskah bible yang dirampas pada Januari […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Malaysia Wujudkan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa: PM

    Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, mahu Malaysia memainkan peranan ke arah penubuhan Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, bagi mengukur komitmen sesebuah negara dalam melaksanakan syariat Islam. Beliau berkata, indeks itu boleh berperanan menangkis dakwaan pihak tertentu kononnya kesungguhan Malaysia melaksanakan dasar-dasar Islam tidak mengikut syariat Islam sebenarnya. “Saya merasa begitu musykil kalau ada pihak masih menuduh kita sebagai tidak cukup Islam, ada juga yang mempertikaikan dasar-dasar kita tidak berlandaskan kepada Islam. “Alangkah baik kalau ada Indeks Maqasid Syariah Antarabangsa, […]

    Read more →
  • Berita Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    Kassim Dituduh Hina Islam Dibicara 6, 7 Mei

    PUTRAJAYA – Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad, atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu. Hakim Syarie, Azzeman Omar, menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu, Isnin. Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris, memberitahu pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut. Ketika ditanya pemberita […]

    Read more →
  • Artikel Paparan Khas

    Parlimen Lulus Rang Undang-Undang GST

    Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dengan mendapat sokongan 118 ahli Parlimen, manakala 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan. Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta pertimbangan Yang Dipertua supaya diadakan undi kali kedua dan diterima oleh dewan. Bagaimanapun proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan kekecohan dalam dewan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas […]

    Read more →
  • Berita Makalah Pilihan

    PAC Akan Panggil Lima Kementerian Beri Penjelasan

    KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil lima buah kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1. yang dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin. Pengerusi PAC Dato’ Nur Jazlan Mohamed berkata kelima-lima kementerian berkenaan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan. “Pertanian dan Industri Asas Tani perlu dipanggil berhubung kelewatan Empangan Paya Peda di Besut sementara Kementerian Pendidikan perlu […]

    Read more →